“TUNANG” YANG TAK DIDUGA

Salam sejahtera, salam tak diduga kepada semua peminat FS, kenapa tak diduga? Sebab aku pun tak jangka aku tulis cerita ni. Ini kisah pertama dan terakhir aku untuk FS. Tq kalau FS publishkan cerita ni. Kisah ni kisah benar dan tak sepenuhnya habis tapi cukup lah sampai situ sahaja bagi tak menimbulkan gosip yang tak diduga pulak hahaaha…let’s begin!


“wei ali, jom pi mandi sungai esok?”
“hang tak keja ka esok min?”
“dak, aku cuti. Bosan dok umah cuti-cuti jom la mandi sungai, musim panas lit-lit macam ni syok oii dok berendam dalam air”

Aku diam sambil jari menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal. Dah jadi tabiat aku bila tengah berfikir mesti tangan tak boleh duduk diam. Rasanya kalau tak garu tu sel otak tak dapat berhubung dengan jayanya. Sambil-sambil garu dalam kepala otak dok pikir esok ada program apa kut laa dah janji dengan orang, tak pasai ja nanti.

“hmm… elok jugak la kot, esok aku free takda buat apa pun. Hang nak p berdua ja ka? Takmau ajak mad ngn fad sekali?”
“ajak la depa sekali, lagi ramai lagi syok.”

Esoknya, aku, min, mad dgn fad gerak ke sungai dekat kampung sebelah. Dah kata pun anak jantan, tak gentle la setakat berendam main percik-percik air macam budak perempuan dok main tu. Kami semua berpakat bergerak ke hilir sungai yang ada air terjun lagi mencabar. Boleh berkuak lentang, masing-masing nak tunjuk aksi handal masing-masing terjun dalam air. Kat sini tak ramai orang datang, selalu orang kampung je yang tau jalan nak masuk ke sini. Orang luar selalu mandi dekat area jeram, nak-nak yang dah ada family selalu berkelah area tu je.

Dah puas mandi, min ajak makan laksa dekat kawasan jeram. Badan sejuk, perut sah-sah lapor kate ko! Habis pulun makan nak gerak balik, aku rasa bahu aku berat. Tapi aku abaikan. Mungkin lenguh sebab pulun sangat masa mandi tadi. Tapi sepanjang perjalanan balik, fad pandang je aku. Dalam kepala otak aku dah pikir macam-macam dah. Ahh sudah, fad ni dah kenapa pandang aku macam tu? Mesti ada yang tak kena ni. Fad ni sebenarnya sejak azali hijabnya dah terbuka, bukan setakat dia je tapi family dia pun sama boleh ubat orang. Boleh dikatakan family dia ni dikalangan orang-orang alim la. Dalam geng kami dia la ustaz, dia la imam bila time kami konvoi motor ramai-ramai.

Sesampai je dekat rumah, fad pesan dekat aku, “ali, sebenarnya ada benda dok ikot kita dari air terjun tadi, tapi dia dok berkenan kat hang ja. Sebelum masuk rumah ni hang baca ayat kursi dangan 3-Qul sambil keliling umah hang tau”. Zzzzzup!!! Aku dah terasa macam terkena panahan hlilintar. Sel-sel otak tak berhubung dengan baik tapi aku tak pulak garu kepala masa ni. Kan aku habaq da, ada yang tak kena ni. Dalam kepala otak dok pikir nak masuk umah ka dak tapi masa tu dah nak maghrib. Jantung aku dah dupdapdupdap tah berapa puluh kali dia pam darah aku kat otak sampai rasa berdenyut-denyut kepala aku ni hah. Nak tak nak, aku kena jugak masuk rumah buat apa yang fad pesan.

Lepas mandi, makan aku berguling dalam bilik sambil main fon. Jujur aku rasa tak selesa masa tu, rasa aku diperhatikan tapi aku abaikan. Aku tak nak ingat apa yang fad cakap tadi, tapi makin lama aku rasa panas dan berpeluh. Padahal kipas depan muka kot! Dasar setan betul! Aku dah la tak pernah hadap benda-benda macam ni! Dalam takut berani aku jerit, “hang kalau ada dekat sini hang on fon aku kat sebelah ni!”. Click! Bunyi fon aku on, dekat bahagian mesej sambil random huruf keluar dekat balloon chat tu.

“jkbjbcdhcdwyvwbljbkhbjhduyvbkjbsxkjbksabusbxkubsiacbsnxkjsabxkuasbcisuabciubyb”. Oh damn!!! Adrenalin aku time tu dah memuncak campur cuak campur takut semua ada. Aku ambik fon aku sampai tangan terketar-ketar. Aku tak kira aku kena bagi tau fad. Bahu aku tiba-tiba rasa makin berat. Dari tepi telinga sampai lengan aku rasa panas berbahang lain macam. Laju je aku on screen fon cari contact number nama fad.

“hello fad!
“hah wa’alaikumusalam. Dah tak reti bagi salam pulak ka hang ni?”
“yelahh-yelah sorry. Assalamualaikum fad! Weii hang tolong aku fad! Aku rasa benda ni ikut ak masuk umah weii! Tadi aku jerkah dia soh on fon aku, dia on woi!!”
“sekarang hang rilek, hang mai umah aku sekarang jugak boleh?”

Tak sempat aku respond apa fad cakap, aku terus letak fon, ambil kunci motor pecut pergi rumah fad. Nasib baik rumah fad tak jauh mana nak p malam-malam ni dengan benda yang dok ikut aku lagi! Sampai rumah fad, fad dah tunggu aku dekat depan rumah. Mata fad tajam pandang bahu aku sebelah kiri. Aku pun ikut pandang jugak lah, tapi tak nampak apa pun bahang panas tadi pun dok terasa sampai sekarang. “ali, benda ni minat kat hang sampai dok kat hang macam tak mau lepaih. Berbelit-belit rambut dia kat bahu hang nuh.” Sambil jari fad tunjuk ke arah bahu aku. Aduh! fad nii kut ya pun tak payah la tunjuk. Aku dah la cuak sampai berpeluh-peluh badan aku ni ha.

“Dah tu aku nk buat macam mana ni fad, hang buang la benda alah ni cakap kat dia aku tak mau kat dia.” Tak pernah aku merayu kat fad sampai mcm tu sekali. Lantaklah buruk macam mana sekali pun muka aku masa tu aku dah tak heran dah. “Payah la li, kita kena berkomunikasi dengan dia tapi lani dia tak masuk kat badan hang pun. Kita kena panggil ila soh benda ni masuk kat badan dia, baru boleh cakap dengan dia.” Ah sudah… dah kena babitkan orang lain pulak. ila ni kawan perempuan kami, dia sebelum ni pernah kena rasuk, jadinya kami terpaksa mintak pertolongan jugak dan nasib baik ila bersetuju nk tolong aku.

Lepas fad terangkan dekat ila masalah aku, fad arahkan benda tu masuk dalam badan ila. Bahu aku tak semena-mena rasa ringan. Lepas tu aku tengok ila dah lain macam, mata hitam dah tak dak, semua putih! Aku dah rasa serba salah tengok ila macam tu. Lepas tu ila senyap. Tak lama lepas tu sayup-sayup aku dengar ila menangis. Fad pun tanya benda yang dah menakluki badan ila.
“Assalamualaikum”. Ila senyap. “awat hang nangih? awat tak jawab salam? Hang kafir ka?” ila masih senyap. “awat hang ikut kawan aku balik? Lani aku nak hang balik pi kat tempat asal hang semula!”

Daripada bunyi cengkerik aku dengar ila merintih sayu and for sure bukan ila la yang menangis tapi lebih tepat benda yang dalam badan ila sekarang ni. “AKU NAK DIA!!!!! AKU SAYANGKAN DIA!!!” jerkah benda tu. “awat hang nak dekat kawan aku ni? Hang pi cari spesis hang nuh. Dunia hang dengan dia berbeza. Lani aku tak mau kacau dia dah. Hang pi balik kat tempat asal hang.” Makin lama makin kuat dia merintih sayu je aku dengar tapi antara rasa kesian aku pilih seram! Seriau dengar dia menangis! Mendayu-dayu meremang bulu tengkok aku ni hah. Tak lama lepas tu dia pandang aku. Pandang dan pandang muka aku yang boleh tahan hensem ni. Dalam nada merintih dia bersuara “DIA!! MUKA DIA SAMA DENGAN MUKA TUNANG AKU YANG KENA BUNUH DULU!!” sambil dia menunding jari ke arah aku. Gluppp!!

Tiba-tiba aku rasa menyesal pulak cakap aku hensem. Aku tengok fad, fad tengok aku balik. “dah tu aku ni bukan tunang hang, muka ja sama, kot mana aku ni bukan orang bukan orang yang sama. Hang tak boleh ikut aku. Aku takmau aih kat hang. Hang hantu aku manusia”. Lepas ja aku cakap macam terus teriak macam apa tah. Fad pun bersuara “macam ni lah, apa kata aku jadikan hang jin islam dengan izin Allah. Tapi bukan dengan mengislamkan hang, hang boleh dok ikut si ali ni hah. Dunia kita tak sama, hang carilah ketenangan dalam di alam sana naa. Moga hang tak berdendam dengan orang yang dah bunuh tunang hang tu dulu. Hat tu urusan Allah, biaq Allah yang tentukan.” Dan dia pun bersetuju dan mengucap syahadah. “Alhamdulillah. Agama hang sekarang islam, tuhan hang sekarang Allah. Lani aku nak hang keluar dari badan anak adam ni dengan izin Allah.” Bedebukk!! Ila lemah terbaring atas lantai. Kesian aku tengok ila, sampai lembik badan dia. Lepas ila sedar fad bagi air bagi pulihkan semangat dia.

Lepas je settle kami bergerak bailk ke rumah masing-masing. Ila yang lemah semangat tu aku hantar sampai rumah dan fad pun dah cakap dekat ila jangan risau dah pasal tadi. Sampai je kat rumah dah pukul 11.50 malam. Aku pun baring sambil mengeliat, penat. Dari siang mandi sungai lepas tu jadi perkara yang tak di jangkakan. Perghh!! Tak boleh terima logik akal aku ni. Ada orang muka sama macam aku, dah tu tunang dah jadi hantu ingat aku tunang dia yang dah mati. Tragis jugak cinta dorang ni. Aku ingat coco mix rampas laki orang kena karma tu dah cukup tragis, ni ada lagi tragis.

Sesungguhnya dugaan tiap manusia atas muka bumi ni diduga atas kemampuan masing-masing, antara kita nak terima dengan hati yang terbuka atau kita terima dugaan yang tuhan duga sebagai balasan kau selama ni, lalu kau salahkan tuhan kenapa kau diduga sebegitu.
—–Adios—–

10 thoughts on ““TUNANG” YANG TAK DIDUGA”

  1. Seram giler bile membygkan rmbut dia duk berbelit kt bahu… eeee….

    Xsngka ada org mcm ila.. bgus dpt member mcm tu.. klu difikirkn… jrg ada org nk volunteer kna rasuk ni.. meletihkn dan bmbng akan di lawati lg dri sumber y sma…

    Reply
  2. kire korang ni semua mesti budak2 yang baik..sbb org slalu kata kalau nak tgk org tu baik ke tak tgk kawan2 dia..kalau kawan kau ada yang bleh mengimamkan solat dan tolong dalam keadaan mcm ni..pastu ada plak kawan yang boleh tolong bagi hantu rasuk badan dia asalkan semua benda boleh settle cara baik…so boleh dikatakan korg semua memang yang baik2..teruskan berkawan…peace no war…heheheheh

    Reply

Leave a Comment