WANITA ANEH DI PAWAGAM

Kejadian ni berlaku pada tahun lepas. Aku dan kawan aku, Danial tinggal dekat Cheras. Rumah kitorang cuma selang beberapa rumah je, kira jiran juga lah. Kitorang pun memang rakan baik sebab dah lama kenal and kelas sama. Setiap kali keluar atau buat aktiviti mesti sama sama. Parents Danial ni doktor. So, kadang kadang dia tinggal sorang dekat rumah memandangkan dia anak tunggal. Dan sering kali dia mengajak aku tinggal bersama dekat rumah dia. Satu hari tu, lepas balik sekolah, macam biasa aku terus rehat dekat rumah aku.

Dalam pukul 9 malam macam tu, aku dapat call dari Danial yang mangajak aku menonton wayang cerita munafik. Tak silap hari tu hari pertama tayangan. So malam tu juga kitorang gerak dengan menaiki motor ke sebuah mall di Putrajaya dan membeli tiket untuk tayangan yang akan berakhir pada awal pagi esok. Keadaan malam itu cukup menenangkan memandangkan tak ramai orang yang tinggal dan banyak kedai kedai yang sudah tutup. Aku ingatkan hall kami akan kosong sebab dah tengah malam tapi rupanya-rupanya ada juga segelintir yang sehati sejiwa dengan kami menonton wayang ni.

Nak dijadikan cerita, lepas masuk ke dalam hall, aku dengan Danial terus duduk ke seat kami yang terletak di tengah tengah. Ada beberapa orang duduk di bahagian atas dan di bawah kami. Tapi row kami kosong. Kira pertengahan cerita tu, aku tiba-tiba rasa nak terkencing. Dah la cerita hantu, tengah malam pulak tu. Aku dah start menyumpah. Aku ajak Danial untuk teman tapi dia hanya menjawab, “Kau pergi dulu, karang aku datang”. Masa tu aku tahu dia takkan teman dan aku terpaksa pergi tanpa dia sebab memang dah tak tahan gila.

So aku keluar dengan beraninya menuju ke tandas di hujung alam. Untuk pengetahuan, aku ni seorang yang berani tapi memandangkan waktu tu dah tengah malam dan tengah tengok cerita hantu, keberanian aku menjunam ke paras paling bahaya hari tu. Tapi aku tetap gagah berjalan seorang diri ke tandas. Setibanya di tandas, aku rasa macam happy sikit sebab dari jauh aku nampak ada seorang hamba Allah baru masuk ke tandas. Aku segerakan langkah sebab dah teruja ada teman di dalam tandas yang sunyi tu (biasalah tandas wayang).

Aku melangkah dengan kaki kiri terus ke bilik terdekat dan lock pintu. Semasa kencing tu, aku perasan yang tandas tu cuma ada bunyi air kencing aku je. Aku dah mula fikir macam-macam. Aku nak cepat cepat keluar dari tandas tu. Bila je aku keluar, aku perasan ada orang kat sinki, aku pun ingat nak basuh tangan lah. Tapi bila dah dekat dengan orang tu, baru aku perasan yang sebenarnya orang yang aku nampak tu perempuan. Menggelupur aku lari memang tak pandang belakang dah. Macam nak nangis pun ada.

Aku terus masuk ke hall aku, kawan aku tengah khusyuk tengok cerita tu lagi. Aku sambung tengok cerita, tapi bulu roma aku kembali menegak. Perasaan aku mengatakan ada orang yang memerhati tapi aku buat tak layan je. Lepas habis cerita, sekitar 1 lebih pagi kitorang terus gerak balik. Dalam perjalanan tu aku diam je, masih terfikir pasal perempuan tadi. Kulit dia putih macam orang cina tapi pucat sikit. Rambut dia lurus dan panjang, muka dia aku tak perasan. Aku rasa seram sejuk. Sampai je dekat rumah kawan aku, kitorang terus masuk bilik nak tidur. Dalam tengah nak lelap tu, aku cerita dekat dia apa jadi masa dekat tandas wayang tadi. Dia cuma gelakkan aku seperti tidak percaya. Dalam sibuk bercerita, tiba-tiba kitorang terkejut dengan bunyi loceng rumah.

Kitaorang dengan muka pelik pandang sesama sendiri tanpa bercakap apa-apa. Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta ni? Dalam fikiran aku cuma terfikirkan hantu. Kitorang beranikan diri lihat ke luar tingkap bilik untuk mencari kepastian. Jelas dari atas tiada sesiapa di hadapan rumah. Mata terus meliar. Tiba-tiba kawan aku mencuit aku sambil memandang muka aku. Dengan suara yang perlahan dia cakap, “Lep, kau tengok bawah pokok tu”. Aku terus mencari pokok yang dimaksudkan dan terkejut. Dibawah pokok yang terletak di hadapan sebuah rumah salah seorang jiran kami, ada seseorang berbaju hitam merenung tepat ke arah bilik kami.

Aku terus berpaling dan menyuruh kawanku tutup langsir tingkap tu. Kami terus ke katil dengan perasaan yang takut. Ketika itu, bunyi tapak kaki dari luar bilik membuatkan kami ketakutan. Kawan aku terus mengambil phone nya dan membuka ayat Al-Quran. Sepanjang malam kami dapat tidur tanpa gangguan.

8 thoughts on “WANITA ANEH DI PAWAGAM”

  1. Tapi…
    Zaman skrg x pelik sgt dh kot klu tetbe ade yg ghupe pompuan tapi msk toilet lelaki…
    Kalau bukan Cik PONti, tu mesti Cik PONdan…
    Heheheheheh…

    Reply

Leave a Comment