Hi semua pembaca Fiksyen Shasha. Saya ingin mengucapkan terima kasih sekiranya cerita saya ini disiarkan. Pertama sekali saya ingin bercerita tentang diri saya kerana latar belakang saya banyak mempunyai kaitan dan pengaruh dalam semua pengalaman misteri dalam hidup saya. Saya, Cruz seorang yang beragama Hindu tetapi terus terang saya nyatakan bahawa saya seorang yang atheist, namun saya menghormati semua agama. Pengaruh agama Islam dalam hidup saya amatlah tinggi kerana, semasa di sekolah rendah saya seorang saja pelajar India, oleh kerana itu tiada kelas moral bagi saya.
Saya hanya akan duduk di kelas semasa kelas Pendidikan Islam. Jadi, bab doa makan, al fatihah, alam selepas mati dan byk lagi ilmu agama Islam ini memang saya tahu. Diharapkan anda dapat memaafkan dan membetulkan saya sekiranya terdapat sebarang salah silap dalam coretan saya ini. Minta maaf intro yang skema sikit, tetapi cerita ni saya sampaikan dalam cara yang lebih sempoi. Minta maaf juga kalau pengalaman ini tidak begitu seram.
Pengalaman yang aku nak cerita ni adalah semasa aku belajar di sebuah Universiti swasta. Aku tinggal di hostel sebab masa buat foundation memang semua student diwajibkan tinggal kat hostel. Selepas buat pendaftara , aku diberi kunci bilik. Aku tengok A4-04-01. Masa aku masuk bilik ni, aku rasa suram. Aku memang xde sebarang kebolehan untuk melihat ke apa, tapi cuma bilik ni memang dah obvious suram rasanya. In fact, ramai kawan2 yang bila datang lepak kat bilik aku, dorang pun cakap benda yang sama. So aku pun dah settle down dalam bilik aku. Satu apartment unit ni ada 2 bilik, satu bilik ada dua katil/almari/study table. Ada hall yang besar jugak + ada kitchen. Bilik mandi 1, toilet 1.
Sebenarnya dalam hati, aku berharap la ade budak Melayu yang jadi housemate sebab aku tahu mesti dia akan pagarkan bilik ni. Tapi meleset harapan aku, semua housemate aku Indian. Di dalam pengalaman2 aku ni, aku akan selitkan mengenai agama Hindu dalam bab benda2 mistik ni. Bukan nak kutuk, tapi memang kalau Indian ni, lebih2 lagi Gen Y, jangan harap la nak sembahyang ke apa. Nak cari yang alim tu memang rare la. Pengalaman pertama ni, adalah semasa aku kena tindih. Aku ni bukan jenis yang study2, so lepas lepak kat bilik member lain sampai dalam pukul 1pagi, balik la bilik aku nak tido. Malam tu aku rasa tiba2 macam tak sedap hati tapi tak kisah pun. Lepas tu terus tido la.
Tiba2, tak tahu la pukul berapa, aku rasa sesak nafas, terasa macam ada benda berat yang menghempap. Aku pun try bukak mata, walaupun tak jelas, tapi aku nampak macam ada satu lembaga hitam berada atas aku. Aku tak nampak muka dia, sebab lembaga tu macam hitam sepenuhnya, takde rupa. Dalam ketakutan itu, aku cuba nak panggil roommate aku, tapi suara pun tak keluar. Aku cuba nak kejutkan dia tetapi rasa jauh sangat pulak, tangan aku tak sampai nak sentuh dia, tapi yang peliknya katil kitorang memang sebelah2 jer. Kebiasaannya kalau aku baring pun, aku boleh capai dia guna tangan aku, masa kitorang buat lawak semua, pukul2 tu memang akan sampai tangan aku. Yang peliknya, masa kena tindih tu, rasa macam tangan aku tak sampai. Aku macam dapat rasakan kedua2 tangan benda tu macam kat atas dada aku.
Memang lama sangat aku kena tindih dengan lembaga tu sampai aku rasa mati la hari ni. Lepas tu, azan berkumandang barulah aku rasa lega sebab slowly aku rasa berat atas badan aku tu berkurang and then terus takde. Lepas tu terus bangun, aku terduduk atas katil. Ini pengalaman pertama aku kena tindih, so aku pun macam blur dan confuse.
Sejak hari tu, aku memang dah rasa ada benda kat rumah kitorang tu. Pengalaman seterusnya bagi aku memang agak deep la. Dalam hostel aku ni, aku macam supplier untuk ubat2. Sebabnya banyak cousin aku kerja nurse, so dorang bagi la aku supply ubat demam, selsema dan sebagainya. So kawan2 aku pun memang tahu “blue box” aku tu simpan ubat. Ada satu hari ni, kawan aku Shah dia datang bilik aku nak minta ubat, tapi aku takde. Roommate aku T-burn pun suruh la Shah ni ambil blue box tu sebab Shah tu macam memang tengah demam giler. Lepas aku bali , Tburn pun cite la yang blue box tu Shah dah ambil. So aku pun lepas lepak bilik member aku gi bilik Shah yang kat blok lain la, jauh sikit jer, nak lawat dia & amik balik box aku tu. Masa aku nak balik tu, dah macam pukul 2pagi.
Shah : bro , careful bro. Late already
Aku : eh, careful for what la..near only my block
Shah : nola bro, late night edy , u know la this time this “things” are active.
Di sini la aku keluarkan satu statement yang memang aku menyesal. Aku pun tak pasti kenapa aku cakap macam tu.
Aku : ****k la bro , if dare ask to scare me la. La#### , P###
Lepas tu aku pun balik bilik aku. Aku check phone aku, Roommate aku Tburn sms (masa tu xde whatsapp lagi), cakap housemate aku John mintak ubat sebab dia demam plus dia cakap dia tak balik bilik malam tu. Aku pun pegi la bilik John, tengok dia tengah tido, so tak nak kacau la. Aku balik bilik aku, tengah main phone. Masa tu, aku baring tengah pandang dinding. Tiba2, bantal aku ditepuk dengan kuat. Dalam hati aku, aku hanya terfikir either John or T-Burn ni. So aku pun toleh and ckp, “John…”
Tapi, takde sorang pun kat sana. And masa yang sama, angin kuat gila dari tingkap, langsir tingkap yang ditutup penuh diselak hingga ke hujung (ini part yang susah nak explain sebab kejadian itu pun mcm x logik). Imagine, langsir tu dah tutup penuh, maksudnya sudah ditarik hingga ke hujungnya, tapi lepas angin kuat ni, macam ada orang tarik ke hujung yang satu lagi dan pintu bilik tertutup dgn bunyi yang mmg kuat gila. Masa ni, dah start rasa cuak yang extreme la. Aku terus bangun, buka balik pintu bilik tu. So tiba2 teringat masa sekolah dulu, ada camping, masa tu Ustaz Alias tu dia pagar area tu guna garam.
Perbezaan budaya di sini ialah, tiada siapa yang memberi tunjuk ajar bagaimana menangani isu makluk halus ini dalam agama Hindu. Mungkin ada, tetapi mungkin orang yang lebih alim sahaja yang tahu. Perbezaan yang saya lihat, dalam agama Islam, hampir semua orang mempunyai basic knowledge dalam hal2 seperti ini. So apa yg I buat, I just ambil garam kat kitchen and I tabur sikit kat entrance bilik aku. Tak baca apa2 pun, just main tabur jer garam tu. Lepas tu, aku pun tidur la. Pas tu , tiba2 tak tahu dalam pukul berapa rasa macam ada orang panggil. Masa tu I buka mata, nampak macam ada lembaga hitam betul2 di entrance bilik. Lembaga hitam sepenuhnya, macam masa kena tindih sebelum ni. Lembaga tu macam tengah panggil aku, dengan hanya menggunakan lambaian. Cara dia lambai tu pulak bukan cara lembut, tetapi macam orang ajak nak gaduh.
Aku pun macam jawab la, “siapa ni..kenapa ni”. Lepas tu ini bahagian yang agak scary untuk aku. Aku hanya terfikir dalam hati, “mungkin itu John kot, nak minta ubat”. And u know what, terus2 lembaga hitam itu menukar rupanya sebiji macam John. Aku hanya bermonolog dalaman, tetapi benda ini mcm dapat catchup apa yang aku fikirkan. John ni dalam rumah selalu pakai boxer jer, and dia cover body dengan selimut. Lembaga tu sekarang sebiji macam dia, termasuk muka.
Aku : Kenapa John, demam ker ?
Lembaga itu hanya menunjukkan expression seperti orang yang mengigil.
Aku : Oh, sejuk ker, ada ubat nanti I bagi.
Lembaga tu pulak macam lambai lagi pastu ajak aku. Aku cakap tak boleh ikut. Tiba2 terasa macam tangan lembaga tu memanjang dan tarik selimut aku. Aku pun mula macam meracau sikit la, cakap, “jangan, jangan”. Tiba2 John(yang sebenar) yang tengah tidur kat bilik sebelah datang bilik aku bukak lampu.
John : Bro, u ok or not..
Aku : Eh bro , u got come n ask me medicine ah juz now
John : No la bro, I saw in ur room the box not there and I slept d. Now aso I heard ur sound so loud so I came.
Lepas tu aku pun cite la , apa yg jadi tadi. Dia pun macam terkejut tapi dia cakap dia pun rasa memang ada benda dalam rumah kitorang tu. Dia pun start cite dia yang macam selalu nampak macam aku terbaring dalam bilik aku, tapi lepas tu terdengar aku balik dalam pukul 1-2 pagi (memang aku selalu lepak dekat bilik member lain and balik dalam time ni) so bila dia nampak aku, dia buat macam biasa jer la. Lebih2 lagi, roommate aku T-Burn ni budak gym. So dia selalu beli stok telur and suka makan telur tu mentah2.
Selalu pagi2 jer kitorang tengok bersepah kulit telur tu kat kitchen tapi isinya macam dah bersih orang makan. Harap korang faham. Macam korang baling telur kat lantai, kulit telur tu ada lagi, tapi yang isinya 100% clean, memang xde kesan langsung. Pelik la kan. And weekend memang semua balik, sebab Uni kat kl and semua budak KL so semua akan balik rumah. Masa balik memang kitorang tutup lampu/kipas. Tapi lepas balik, mesti bilik aku ni lampu/kipas terbuka. Banyak sangat kisah seram kat dalam rumah kitorang ni sampai masa nak keluar, ada member cakap tolong la tulis message yang rumah ni berhantu, so at least budak yang masuk next batch alert sikit.
Itu saje pengalaman saya untuk kali ini. Akan saya kongsikan banyak lagi pengalaman mistik yang saya alami di masa yang akan datang.
Terima kasih.
- Cruz
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best Cruz!… kipidap…
you awesome la D..terbaik Macha! U boleh belajar sikit sikit tentang Islam.
Mana tau satu hari U rasa best dan ngam..kipidap
Nice story bro! Waiting for your next story (y)
PERGH..seram…tp lawak masa tabur garam tu…jadi jgk yer dia x leh masuk..
cerita hantu dan hostel berpisah tiada.
Bestt..please keep sharing your story…
Dude your bahasa is so good. Kipidap!
Subhanallah…segala puji bagi allah tuhan sekalian alam…tuhan bagi semua makhluk samada dari kalangan islam atau bukan islam… Maha penjaga
Good story… Alam lain memang wujud… Cuma kita jangan terlalu mengagungkannya… Terlalu sedikit Hal kebaikan namun tak mustahil terlalu banyak kemudharatan tanpa akal kita fahami Dan sedari