Kisah Akong

Assalammualaikum dan hai guys. Ini kali kedua aku share story kat sini. Story pertama aku tajuk HOME ALONE so bagi yang dah baca mesti rasa familiar jer dengan nama Akong ni kan haha. Kali ni cerita berpunca dari Akong.

Dia cerita kat aku, aku cerita balik kat sini. Kemain korang yer.. sorry kalau aku mencarut dalam cerita sebelum ni. Memang aku cilaka macam ni malas aku nak cover-cover haha. Untuk apid, hang memang betul. Akong setan ni kawan paling setia k even perangai macam iblis haha. Dan rata-rata cakap aku ni orang Melaka. Anda semua salah haha. Aku sabahan k. Cuma aku ada ramai kawan dari semenanjung. Senang cakap setiap negeri aku kutip sorang jadi kawan aku haha. Ok melalut apaka. Kali ni story mungkin agak panjang aku malas nak buat sambungan acah retis lahabau mana aku ada masa untuk semua kebabian ini. Haha

AMARAN KERAS: cerita ni panjang dan tak best dan tak seram haha.

Dalam penulisan kali ni aku akan cuba untuk tidak buat humor. Waktu aku type cerita HOME ALONE tu berpeluh-peluh aku tapi korang huhahuha pulak baca cerita aku. Misi nak kasih feel seram kat korang failed. Hmm kbai. Sebelum aku start, aku kenalkan dulu la Akong ni macam mana. Dalam penulisan aku sebelum ni aku cakap muka dia huduh kan.. Hakikatnya dia ni hensem tahap khinzir. Khinzir pun tak hensem macam dia. Pan-asia kottttt abah orang sepanyol. Memang aku ngaku dia hensem. Aku ni apalah sangat, muka cikai je macam channing tatum, hmm. Tapi even perangai Akong ni macam setan, dia ni juara tadarus tiap tahun wakil sekolah youuu. Kemainn, muka hensem, pandai ngaji, suara dia lunak ya Tuhanku, memang pakej jadi idaman anak dara.

Fast forward, cerita ni happen waktu kami form 6. Tinggal dalam asrama la jawabnya. Akong ni ramai peminat. Tiap tahun ada je yang confess. So, ada la satu group ladies night tiga orang, Nina (leader), Ain dan Tina. Jadi satu hari Nina datang kelas kitaorang (nina kelas sebelah) dia nak confess dengan Akong. Sebelum tu biar aku describe sikit geng ladies night ni. Tipikal budak acah hot, pakai stoking dan kain singkat pastu baju kecil ikut body shape, tudung pendek, jalan tergedik macam ada kurap, control ayu pijak semut tak mati. Ok dah sambung balik. Si nina dan dua orang konconya datang ke kelas kami pastu confess la dengan Akong depan kelas waktu rehat. Akong ni spesis takda perasaan muka batu mulut takda insurans selamba badak dia cakap dengan si Nina
“muka kau cantik tapi ketiak kau bau”.

Ohh myyyy. Hahahahaha Aku dah gelak habis sampai berterabur gigi dengar si Akong cakap macam tu. Aku tau dia memang jenis jujur tapi agak-agaklah cakap perempuan camtu. Memang ketiak dia basah siapa suruh bijak sangat pakai baju ketat. Pastu si Nina muka dah merah habis pastu dia nangis then blah. Konco-konco si Nina siap ugut nak tumbuk muka kitaorang lagi acah gangster. Pfft. Lelaki-lelaki dalam kelas dah macam baboon bagi award kat si Akong tu haha. Then. The story begin.
Fast forward lagi sebulan lepas kejadian confess tu, waktu tu ada cuti 3 hari entah cuti apa aku tak ingat. Satu dorm ada 6 orang, semua rumet aku balik tinggal aku dan Akong je. Waktu tu hari jumaat, esok hari sabtu aku ada kelas taekwondo ajar junior jadi tu lah aku tak balik.

Akong pun setia nak teman aku jadi dia tak balik la. Pendekkan cerita, sabtu malam lepas isyak tu aku awal sampai bilik praktis, jadahnya aku awal datang padahal kelas mula jam 9. Waktu tu jam 8 (waktu sabah awal). So aku pun menempel la sorang diri dalam bilik praktis, seram doh cermin besar sana sini. So untuk buang rasa seram aku pun duduk luar bilik praktis. Duduk di kerusi panjang depan bilik praktis. Nak 20 minit juga la aku duduk sambil dengar lagu. Tetiba ada seorang perempuan datang dan duduk sebelah aku. Macam Chinese. Aku pun bergetar tulang rusuk. Tapi aku tak pandang sangat dia, kena control cool bro.. then tetiba dia tanya aku

“Abang. Mata saya mana?”

Tapi aku tak berapa nak dengar. Yang aku dengar dia tanya spek mata dia mana. Suara dia pun tak kuat sangat, aku lagi sumbat telinga dengar lagu tapi sebelah telinga kanan je. Dia duduk belah kiri so aku tak berapa nak dengar.

“Tak tau dik.” Aku jawab tanpa toleh dia. Mata masi tertancap ke arah telefon N.Gage nostalgia syial.
Pastu diam beberapa minit dia tanya lagi. Kali ni aku dengar dengan jelas sebab waktu tu dengar lagu slow jiwang meremang bhai.

“ABANG MATA SAYA MANA?”

Otak gigi tangan jari jantung aku dah beku waktu tu. Gigil habiss doh. Aku dengan wajah kuncup-kuncup bunga menoleh ke arah dia anddd aku Nampak mata dia sebelah kanan takde doh. On the spot aku Nampak. Muka dia entah la macam labi-labi kot. Tapi dia tak pandang aku, Nampak dari tepi je.

“Abang mata saya mana huhuuu” dia cakap lagi sambil tunduk. Rambut dia pendek je tapi macam sabut mashaAllah.

“Aku tak tau setan” aku dah cakap kan mulut aku memang cilaka haha. Seraya dengan itu dia pusing kepala dia tengok aku slow motion. Aku apa lagi ambil langkah sejuta masuk dalam bilik praktis. Belum mula praktis dah lencun berpeluh. Dan aku perasan belt aku tertinggal di kerusi tu. Najis la aku nak ambil. Lepas tu junior2 dah datang baru aku berani ambil belt aku tu. Dan lepas tu dia tak muncul lagi.

(dalam waktu yang sama)
Akong sedang baring-baring sambil dengar lagu dan tiba-tiba dia nak berak. Dan dia pun bangun pergi tandas sebelah dorm je. (waktu dia cerita ni dia sempat bagitau aku ciri-ciri najis dia cilaka yahudi). Dah settle semua dia pun balik ke dorm dan dia Nampak roommate kami, Amos di atas katil salah sorang roommate kami yang balik kampong (katil double decker, di bawah) sedang berselubung macam orang kesejukan. Akong pun bodo sangat telampau prihatin sebab dia ingat Amos sakit ke demam ke dia pergi duduk di katil tu dan cek suhu badan dia, dia letak tangan atas dahi Amos. Dia pelik asal sejuk sangat weh. Dia tanya la dengan wajah kerisauan sehh

“mos, kau ok tak. Demam ke kau ni?bukan kau balik rumah ke?”

Lepas je dia tanya tu, terus blackout. Dia pun bangun cari phone dia. Lepas dia jumpa phone dia terus ada lampu balik. Dia toleh balik tengok katil tu dah kosong dan Amos pun dah takda kat situ. Akong pun buat bodo je pastu dia tengok dekat pintu masuk dorm ada satu makhluk tuhan paling seksi tegak berdiri. Hantu bungkus kfine. Mau tak terberak si Akong. Terus Akong pura-pura tak Nampak naik atas katil dan berselubung dan dia tertidur sampai aku balik.

Hahaha tak seram kan. Belum habis lagi. Keesokannya hari ahad aku bangun pagi jer dah takda Akong. Aku pun pelik la mungkin dia keluar Bandar tak ajak aku binawe tul. Aku try kol tapi asyik tak dapat. Alone la aku sampai malam. Dalam firasat aku mesti si Akong setan ni balik kampong tak gitau aku. Dengan berbekalkan amarah yang terpendam, aku pun buat segala tugasan pengajian am yang banyaknya innalillah sikit lagi aku meninggal siapkan segala tugasan tu.

Dalam aku siapkan tugasan tu adalah rasa seram sikit sebab budak bilik lain pun ada juga sedang berfoya-foya macam berclubbing dalam dorm sebab warden pun balik kampong haha. Jam 2 pagi aku Berjaya menyiapkan tugasan aku. Pastu aku tidur. Keesokan paginya isnin) aku bangun nak pergi tandas aku Nampak Akong sedang tidur lena di katil dia. Aku punya katil bawah dia. Aku nak acah-acah merajuk dengan dia sebab tinggalkan aku kelmarin sorang-sorang. Lepastu tengahari tu dia bangun, aku tengok movie di laptop. Dia tegur aku

“haaaa baru reti nak bangun. Sunyi tau aku semalam”

Aku pun pelik la. Apa maksud dia.

“apa kau merepek ni setan” aku cakap dengan nada meruap. Dia yang tinggalkan aku semalam dia pula yang sunyi. Tak layak dia cakap macam tu haha

“****. Kau tidur macam teda roh doh, aku pikir kau mampus ke pengsan ke. Aku kejut kau balik2 tapi kau tak bangun2.” Akong balas . Aku dah pelik. Aku bidas kenyataan dia balik.

“lipas gendut. Kau yang tinggal aku sorang2. Kau balik kampong ke semalam. Aku sorang2 doh. Tergamak kau.” Okay waktu ni muka kami dah masing2 macam alien sebab rasa pelik.

Cerita Akong, hari ahad tu dia Nampak aku tidur jer sepanjang masa tak bangun2 sampai la dia tegur aku tengahari lepas dia bangun tu. Aku ada bukti aku ada malam tu. Tugasan pengajian am aku dah siap k. Akong pun ada bukti juga. Dia pergi join budak bilik sebelah berclubbing. Siap selfie lagi. Kfine. Kami masing2 tak Nampak satu sama lain. Pelik memang pelik. Tapi aku tak fikir sangat la. Tapi lepas dari kejadian pelik tu, kami berdua selalu Nampak entity tak diundang. Yang kami selalu Nampak kain putih terbang depan dorm. Ada entiti ikut tidur di sebelah kami. Sebulan k sampai kami dah rasa biasa. Last2 ada ustaz tu bagitau yang kami ni dah dihantar sesuatu untuk menakutkan kami. Sebab ustaz tu Nampak ada dua ekor langsuir sentiasa ikut kami. Sorang satu ada bebeh kat belakang hahaha nda lucu la setan.

Jadi kami pun minta tolong la dengan ustaz tu. Dia kata kami kena minta maaf dengan orang tu sebab dia sakit hati dengan kami. Bila kami brainstorming, kami ingat Nina. Yess. So kami pun jumpa dia tapi dia mati2 cakap bukan dia yang buat. So kami mati akal. Kami minta tolong sama ustaz tu. Jadi ustaz tu pun tolonglah kami. Sesi rawatan or whatsoever aku takyah cerita la eh. Dan Alhamdulillah kami pun dah tak diganggu lagi. Kata ustaz tu orang tu hanya nak takutkan saja. Takda la niat yang boleh membawa maut kepada kami. Ustaz tu kata kami kena minta maaf sama orang tu. Ustaz tu pun sebut nama dia sebab kami betul2 mati akal.

Orang tu Tina. Ye konco si Nina. Aku pun pelik la. Kami tak pernah kot buat jahat sama dia. Dan akhirnya Akong cakap

“ohhh. No wonder laaaa”

“apa” soalku

“seminggu sebelum Nina confess dengan aku, si Tina pun confess dengan aku di kantin. Waktu tu aku sedap makan kot tapi diganggu pula. Aku pun bengang la” akong cerita dengan bersungguh2.

“dengan kuasa bulan, cibai apa kau cakap dengan dia?” tanyaku.

“aku cakap la mulut dia bau, dia baru lepas makan kot pastu bisik2 kat telinga aku. Nda tahan aku doh baunya ya ampunnn.. minta nyawa..” kata Akong. Memang musibat cilaka setan si Akong ni. Memang patut la dia kena. Tapi asal aku pun kena sekali.

Lepas tu kami pun jumpa dengan Tina dan minta maaf. Dia pun cool je tak simpan dendam dan dia pun minta maaf juga. Tamat. So pengajaran yang korang mesti ambil, jaga kata2 korang. Sebab words are sharper than swords.

Cerita Bonus

Dah alang2 aku bercerita ni aku nak throwback balik kenangan aku dengan Akong. Waktu kami kecil darjah lima kot, aku ajak Akong balik kampong beraya. Pada malam raya tu aku dengan Akong dan cousin2 beraya sakan sampai tengah malam. Rumah nenek rumah kayu. Abang aku tengah tidur di bilik kosong jauh di belakang dekat dapur. Waktu kami balik dari rumah jiran nak ke rumah nenek, kami semua Nampak Pontianak sedang mencakar-cakar dinding bilik abang aku. Waktu kami Nampak kami masih diluar ye. Otw nak sampai rumah la kiranya. Kami pun semua acah kuat tapi masing2 dah terkencing. Kami berenam waktu tu menyorok di sebalik semak sambil perati ja Pontianak tu dok cakar dinding bilik abang aku tu. Tetiba je “paaaaaapppp!” berulang kali. Kuat gila.

Kami pun dengar. Pastu bunyi lagi “pappp!” “pappp!” dari dalam bilik abang aku tu . rupanya abang aku tendang dinding tu sambil jerit “diamlah!”. Sampai tercabut kayu2 dinding tu dia tendang. Rumah kayu kan. Pontianak tu pun bergegas terbang sampai terlanggar pokok2. Seraya tu kami pun bertempiaran lari masuk rumah. Masuk rumah je dah riuh dengan parents dan grandparents kat bilik abang aku. Abang aku mengamuk sebab kena kacau. Kotoh.. abang aku tu panas baran kot. Itu lah kali pertama aku Nampak hantu live depan mata bersama Akong sahabatku dunia akhirat.

p/s: dalam cerita aku sebelum ni (HOME ALONE), baru semalam Akong bagitau aku yang dia memang dah Nampak ‘kakak’ tu atas kereta waktu aku hantar dia balik tu. Jilake perangai serupa trump. Maknanya kejadian pintu kereta direntap tu ada connection dengan hantu yang singgah melawat waktu blackout tu. Bagi yang tak baca cerita aku sebelum ni confirm korang dah blur kan hahahah dikocok-kocok, dikocok-kocok.. panjang gila weh aku taip .. thesis aku pun belum panjang macam ni weh hahaha. Lepas ni aku tak submit cerita lagi. Aku busy mengalahkan menteri k mohon ampun. Apa korang pikir hidup aku sentiasa diselubungi misteri? Nama aku pun aku lupa nak bagitau kan,. Sebelum mengakhirkan nukilan, aku ingin berpesan jangan sesekali minta bantuan atau berconnection dengan segala jin setan iblis ni. Kalau nak minta tolong Allah kan ada , tuhan memasing kan ada. Okay bye tu je la. Panjang sgt dah ni. Assalam.

“dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” – surah Al-Jin ayat 6.

-Channing Tatum Kacak Keras-

14 thoughts on “Kisah Akong”

  1. “Untuk apid, hang memang betul. Akong setan ni kawan paling setia k even perangai macam iblis haha…”

    Apid…
    Nama kau kena seru bha…
    Fuiyoooo…otograp peliissss…

    “Pan-asia kottttt abah orang sepanyol. Memang aku ngaku dia hensem. Aku ni apalah sangat, muka cikai je macam channing tatum, hmm. Tapi even perangai Akong ni macam setan, dia ni juara tadarus tiap tahun wakil sekolah youuu. Kemainn, muka hensem, pandai ngaji, suara dia lunak ya Tuhanku, memang pakej jadi idaman anak dara…”

    Tu diaaa…
    Sorg lg jejaka idaman Malaya tersenarai…
    Leh lawan Jerry ni, hahahahaha…
    Tapi apsal ko panggil Akong tu Lipas Gendut????
    Buruk huduh siot…hahahahahah…

    TAHNIAH ar atas usaha gigih menaip citer pepanjang ni…
    Papepon gud luck for ur thesis…!!!

    Reply
  2. Bez, menarik bh crta kau ni. Bez knl org sbah. normal kot ksar, mencarut2 mcm cilaka. kwan sbah aku pn.. bnyk ajar perkataan sial. Hahaha.. X submit crta dh? Alaa… Btw, gud luck in u’r life ?

    Reply
  3. sian akak tau terpaksa jugek membaca perkataan perkataan itu….dah la akak ni surirumah solehah….sole sole.. ~~
    kihkihkih…

    cerita la lagi…crita laa…hahaha..

    Reply
    • Betol tu, betooolll…
      Akk jugaaakkk…
      Wpon akk ni kasor mcm tukang sebat kat penjara, tapi akk xde carut2 taauuuu…
      Mak cakap tak baek tau carut2…

      Reply
  4. Si nina dan dua orang konconya datang ke kelas kami pastu confess la dengan Akong depan kelas waktu rehat. Akong ni spesis takda perasaan muka batu mulut takda insurans selamba badak dia cakap dengan si Nina
    “muka kau cantik tapi ketiak kau bau”.

    Bila aku baca part ni gelak x payah cerita mcm orang x cukup nyawa..nak pulak imaginasi tinggi.. boleh terbayang jadinya mcm mna si akong cakp kat nina..duhh.. btw nice story ^v^

    Reply
  5. Lol. So funny but interesting. Hahaha. Btw i hate that hantu bungkus or pakcong. Banyak2 jenis hantu kat dunia ni, benda tuu la yg paling setan. Bape kali kacau aku n family. Dari kecik. Huhu. Awesome la org yg straightfoward ni, for me la, sebab aku akan sedar at that time jugak apa kesalahan aku. But dont worry, aku bukan macam tina tu. Im open minded. Kalau ada, story la lagi. Best. Kbye. Wassalam.

    Reply
  6. Kak ponti tu pon terkejut kena marah ngan abang yg panas baran kn…
    Kesian sampai terlanggar pokok…
    Cter best…?

    Reply
  7. Akak rase kau pun jejaka idaman malaya nih.cakap jer kasar..kuat cacimaki Akong tu.tapi hati selembut sutera.Dalam ati ada taman. Siap ada strawberry bole petik2 gtu.haha.

    Cerita ko ni mmg penghilang stress.kim salam akak kiut kat akong yer.lepas ni kalau tulis story lg hye2 la kat akak..dah jadi peminat cerita korang da ni?.
    Btw Selamat menyiapkan tesis.n gud luck korang 2!!

    Reply

Leave a Comment