Assalamualaikum semua warga FS. First of all, thanks admin FS siarkan cerita ni. Sebelum aku mulakan story ni, kenalkan aku A dan aku boleh rasa kewujudan benda ni sejak family aku disihir 15 tahun yang lalu. Kisah yang aku akan ceritakan ni merupakan kisah yang betul-betul terjadi dalam family aku. Sebelum tu aku minta maaf la kalau cerita ni tak seram or tak menarik pada korang. So, let’s begin.
…
“AllahuAkbar, AllahuAkbar”
Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib (fuhhhh.. macam dalam tv) dan sesi menjamah makanan yang sedia terhidang setelah seharian berpuasa pun bermula. Masa ni, aku, ibu dan dua orang adik, balik kedah untuk menyambut Ramadhan sekaligus beraya bersama dengan nenek yang dipanggil “tok”. Abah di Kelantan sebab kerja disana. Cuti dibekukan, jadi abah hanya menghantar kami balik ke kampung.
Malam tu seperti biasa, tok akan ke surau untuk terawih. Aku?? masa ni aku jahil lagi. Hahaha. Malas nak pergi terawih. Adik-adik pun sama. Ibu memang tak boleh, biasalah masalah wanita tiap-tiap bulan. So, kami tinggal berempat di rumah. Dah kenyang kan, apa lagi berehat la. Tengah sedap bergolek tu, perut buat hal pula (Time tengah sedap baring ni la, baru kau nak sakit kan).
Rumah tok aku ni rumah teres, tapi jenis memanjang ke belakang. Ada 3 bilik yang sebaris di belah kanan. Ada dua ruang tamu. Ruang tamu pertama dijadikan tempat tengok tv, dan bilik pertama di kawasan ruang tamu ni. Ruang tamu kedua tempat kami satu family tidur lagi-lagi bila sepupu sepapat pakat balik. Memang penuh rumah tu. Jadi bilik kedua dan ketiga kat area sini. Untuk ke dapur, kena langkah dulu tembok kecil depan bilik nombor 3.
Nak dijadikan cerita, bilik nombor 3 tu agak seram, kelam. Bilik ni gelap lain macam sikit. Entah la nak describe macam mana. Ni bilik tok, tapi dia jarang guna. Dia masuk pun nak salin baju, tak pun nak ambil apa-apa. Dia pun tidur kat ruang tamu kedua sebabnya bilik tu panas. Bilik tu memang rasa semacam la. Mungkin tak ada siapa yang duduk bilik tu. Aku yang tak tahan nak membuang ni, cepat-cepat la berjalan. Sampai depan bilik ketiga ni, sebelum nak langkah tembok kecil untuk ke dapur,
“zappp”
Hujung mata aku tangkap satu kelibat budak kecil warna hitam berdiri tepi rak kain. Rak tu tok aku simpan baju-baju budak mengasuh dia. Ada la tinggi 110cm. Gigih aku ukur tau. Hehehe. Kebetulan memang lampu ruang tamu dengan bilik tu tak buka. Cuma lampu dari arah dapur je yang menerangi bilik tu. Dup dap dup dap, jantung aku berdegup. Aku dah meremang. Setahu aku, rumah tu tak ada budak kecil. Sebab perasaan tak tahan nak melepaskan hajat lagi kuat dari perasaan takut nampak benda tu, aku gigih juga la langkah tembok kecil tu nak ke tandas.
Okey!! dah settle membuang. Then, rasa berdebar datang semula sebab aku nak kena langkah tembok tu dan lalu depan bilik tu untuk ke ruang tv. Lepas langkah tembok tu,
“zappp”
Aku nampak budak tu lagi , masih berdiri kat tepi rak tu. Aku pun berlari la pergi kat ibu. Gila apa nak tunggu situ. Ibu pandang pelik.
Ibu: haaa.. hang kenapa lari-lari
Aku: mana ada.. saje jek (sambil buat muka selamba, padahal kau takutkan nampak benda tu)
Esok tu, budak mengasuh pun datang ke rumah. Dua beradik dan aku panggil asyraf kat abang dia dengan bangcik kat si adik. Aku ni jenis suka budak-budak. So memang aku melayan dorang la. Tengahari tu dah tiba waktu tidur dorang.
Tok: asyraf.. bangcik.. p ambil bantal.. waktu tidoq dah ni (sambil bancuh susu dorang)
Asyraf & Bangcik: …. (buat tak tahu.. mungkin dorang tak nak tidur lagi kot)
Tok: laa.. hampa tak ambil bantal lagi..
Asyraf: asyraf tak mau.. asyraf takut bilik tu..
Tok: laa.. bukan ada apa pun.. nak takut apa..
Asyraf: tak mau.. takut..
Tok pun pergi la ambil bantal dorang suruh dorang tidur. Aku?? terbongkang dah kat ruang tamu. Penat weh main dengan budak-budak, dengan puasa lagi. Dah la bangcik baling kentang kat aku. Marah apa entah sampai baling kentang kat aku. Nasib tak kena kepala. Mesti rembat kentang tok kat dapur tadi. Haihhh.
Selang beberapa hari tu. Selepas berbuka, macam biasa, tok akan pergi terawih. Aku, adik-adik dan ibu duduk rumah. Tiba-tiba, adik aku si angah tu sakit perut.
Angah: Ibu, jom la teman jap pergi bilik air. Tak tahan ni..
Ibu: Hang pergi la sendiri. Tu pun nak kena teman..
Angah: Tak nak. Jom la jom la. Tak tahan ni..
Ibu: eeee.. mengada la hang ni.. besaq gajah dah nak berteman. Dah lekaih. P jalan dulu..
Macam tu la dialognya. Angah pun terkedek-kedek jalan nak pergi tandas. Ibu follow dari belakang. Aku dengan ayi (adik aku yang last), follow juga la. Mana boleh tak ikut. Angah sampai jek kat depan bilik nombor 3 sambil angkat kaki nak langkah tembok tu,
Ibu: haaaaaaaa!!!!!! (ibu sergah angah)
Angah: ibuuuuuuuu…. (jerit sambil berlari patah balik dengan suara macam nak nangis)
Ibu: hang nampak apa??
Angah: mana ada.. tak ada apa-apa.. (muka nak nangis)
Ibu: abih tu hang lari pasaipa??
Angah: mana ada..
Ibu: elehhh.. hang nampak kannn..
Angah: … (angguk)
Ibu: budak kecik sama tinggi rak tu kan.. warna hitam..
Angah: mana ibu tahu..
Aku: ehhh.. along pun nampak budak tu juga..
Ibu: aku dah nampak dari haritu lagi.. tapi aku tak nak cakap.. nak tengok sapa yang buka cerita dulu.. tapi semua diam.. ingat hampa tak nampak.. aku saja la acah angah tadi, tengok dia berlari tadi.. ye dah tu dia nampak.. hehehe..
Angah yang tadi nak membuang, terus tak jadi. Hebat penangan benda tu, dari sakit perut memulas-mulas, terus tak jadi. Hahaha. Kami pun buka lampu bilik tu. Sambil duduk cerita la tinggi mana budak tu semua. So, memang confirm, ibu, aku dan dua adik aku nampak benda yang sama. Ibu pun sediakan lada hitam dengan garam kasar, then suruh kami baca yasin 3 kali, 3 Qul, Al-fatihah dengan ayat Kursi. Dah habis baca, kami pun tabur dalam bilik tu sambil cakap,
“kalau hang ada dalam bilik ni, keluar la.. sini bukan tempat hang.. pergi tempat lain..”
Alhamdulillah, sejak dari haritu sampai sekarang ni, memang tak ada dah benda tu. Tapi bilik tu masih gelap dan suram. Baru-baru ni, aku cerita kat tok pasal benda ni. Yela sekarang aku tinggal dengan tok sebab dapat kerja area sini. Tok pun terkejut juga. Lepas tu,
Tok: hmmm.. patut la tiap kali suruh asyraf masuk bilik tu, dia tak mau.. dia nampak kot.. si bangcik pun sama.. tok pun dulu masa tidur kat ruang tamu ni (ruang tamu kedua), kaki tok kan menghadap belah bilik sana.. selalu ada benda tarik kaki.. sat lagi dia geletek kaki, tak pun dia tarik selimut.. tapi tok buat tak reti jek.. memang tak boleh tidur.. kadang-kadang, dengar ada tapak kaki dok lalu lalang.. lepas tu panggil ustaz, ustaz cakap, situ memang laluan dia.. dia saja la kot nak main-main.. tapi sekarang tak dak dah..
Tapi sepanjang aku tinggal dengan tok ni, tak ada la kena kacau ke apa. Cuma adik aku yang angah tu. hmmm. Okey la. Next time kalau ada masa aku cerita. Apa pun sorry, cerita aku tak seram.
Pen jingga, pen kelabu,
Jaga-jaga ada hantuuuu.
#kopiCeroi
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
okay nice story,
jgn lupa upload lagii,
hihihihi
( ok tak pantun 3 kerat ni?) =P
#kopicayaq
pantun ke tu??? hehehe..
#kopicayaq tu, amazing..
Hai ni cik writer ka??
hehe sori laa terkopi plak,
kami besa sebut cayaq ayaq tu, kuah ceroi.. hahaha
kami loghat kedah x pas lg sebab hidup merata tmpt.. ni baru nak mula.. hehehe..
takpaa, upload la lgi story, best.
ala2 M ( makhluk halus benci saya ) =P
burung nuri atas dahan
boleh lah tahan
hahahahahah …kipidap
nice pantun.. hehehe…
btw, thanks.. =)
Makanan masin banyak garam,
Bolehlah tahan seram..
Hahaha..
thanks song jihyo..
hehehe..
tapi kan…..satu yg ak kompius…
bkan hang citer ni bulan puasa ke??? bulan puasa ada hantu ke??
mmg betul bulan puasa.. tp aku sndri xtau knp bnda tu ada.. actually, ibu aku pon pernah kena gangguan masa bulan puasa kat rumah kami di kelantan.. entah la..
Ustaz aku ckp dulu, mmng ada “iblis” tu time bulan puasa…
Yg kena rantai yg x da job, yg ada job tu dia still blh kacau…
:: aku pun x tau tang mana yg ada job, mna plk yg x da job…
:: lg2 dekat nk raya dh…
Time puasa, hang pikiaq semua ka dok humban kat sana?
Yang hat kena penjara, nuh yg jeneral
Yg hat kuli batak tu nuhh besepahhhh ngacau.
haha.. bulan puasa setan xde tapi yang jadi setan ramai.iblis je kena rantai.macam mana dengan orang yang bela-bela?mana pergi belaan dorang tu?takkan MC kot. entah la.
yg tu aku xtau la MC ke apa.. hehehe..
Alhamdulillah family aku bersih dari belaan2 nenek monyang.. walaupon aku tau mmg ada antara dorg yg bela.. huhuhu..
mntk jauhkan dari benda2 tu..
nice story. sila buat sambungan. tq