#AbamKiko – Jangan Cakap Abam Tak Payung – Gotong-royong di Surau Lama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Terlebih dahulu abam nak mengucapkan terima kasih kepada admin FS kerana telah menyiarkan cerita-cerita abam sebelum ini iaitu siri JANGAN CAKAP ABANG TAK PAYUNG:

1. ABAM KIKO & PEAH
2. ABAM KIKO TERSESAT MASUK KE KAWASAN BUNIAN
3. ABAM KIKO & PERISTIWA DI SEBUAH BANGLO TINGGAL

Untuk yang belum mengenali siapakah empunya cerita ini, abam perkenalkan semula diri ini sebagai #AbamKiKo. Ada banyak peristiwa seram yang pernah menimpa diri abam sepanjang hidup ini. Abam akan berlagak selamba walaupun dihimpit ketakutan apabila bersua dengan mereka semua (Hantu Puaka). Prinsip abam adalah kita semua haruslah sentiasa berada di dalam keadaan selamba walaupun tengah bersedih, sakit hati, seram, takut, ataupun panik. InsyaAllah kita semua akan selamat. Abam bukanlah seorang hero, abam cuma ingin hidup gembira seperti orang lain, selamat, dan aman tenteram. Adakalanya abam nampak akan kehadiran mereka, adakalanya haram tak nampak, dan adakalanya nampak sepanjang masa. Jom layan cerita terbaru dari #AbamKiko OK?

Lama sungguh rasanya abam tidak bersiaran dek kerana kesibukan bekerja. Maafkan abam. Terlebih dahulu abam nak meluahkan isi hati abam di sini. Untuk pengetahuan korang, kisah-kisah yang telah abam sampaikan di sini adalah berdasarkan daripada kisah benar yang pernah terjadi pada diri abam. Abam menceritakan semula detik kejadian yang berlaku dalam kisah itu. Perwatakan abam memanglah agak lucu kerana abam memang dilahirkan dengan sifat sebegini. Ada sesetengah pembaca yang membayangkan wajah abam Kiko seperti abam Bocey. Tidak dinafikan bahawa bentuk badan abam memang bulat, pendek, tetapi kulit abam adalah cerah. Cukup sampai di situ mengenai ciri-ciri fizikal abam. Abam Kiko bukan abam Bocey. Baiklah, pada kali ini abam hendak bercerita mengenai sebuah kisah yang berlalu beberapa tahun dahulu di kampung abam. Kisah yang agak menginsafkan dan semoga korang semua mendapat iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.

ABAM KIKO & GOTONG ROYONG DI SURAU LAMA

Pada tahun 2013, kariah-kariah surau di kampung abam telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan, mencantikkan, dan menaik taraf surau di kampung kami untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba ketika itu. Setiap kariah telah ditugaskan dengan tugasan masing-masing. Abam dan beberapa orang sahabat abam iaitu Kadir dan Tompel telah ditugaskan untuk membersihkan di bahagian dalaman surau itu. Kami tidak mengharapkan sebarang balasan kerana ini adalah tanggungjawab kami sebagai kariah di situ. Walaupun kami bertiga dilabel sebagai budak-budak nakal tetapi kewajipan sebagai seorang Muslim tetap kami utamakan. Biar nakal jangan jahat.

Imam surau tersebut iaitu imam Haji Azhar telah memberi jadual tugasan kepada kami semua untuk proses restorasi surau bersejarah itu.

Imam Haji Azhar: Korang budak-budak muda ni bersihkan betul-betul kat dalam dan luar surau ni. Saya ada tugas lain yang nak diselesaikan.

Abam: Menjunjung perintah imam. Kalau tak keberatan saya nak berbincang dulu kat luar dengan diorang. Mohon berundur dulu, Assalamualaikum.

Imam Haji Azhar: Waalaikumsalam.

Abam: Macam mustahil je abam rasa projek pembersihan ni.

Kadir: Apa yang mustahil? Setakat bersih membersih ni serahkan pada abang Kadir.

Tompel: Bercakap tu guna otak bai, bukan guna kepala lutut. Kau ingat surau ni besar pondok lepak kita ke?

Kadir: Itulah yang kau tak tahu. Aku dah usha baik punya dari semalam. Aku dah buat plan.

Abam: Plan apa?

Kadir: Ok, abam…Memandangkan kau rapat dengan imam, bilal, dan tok siak surau ni…Kau kena bersihkan seluruh surau. Kau pulak tompel, bahagian luar dan tandas.

Abam: Dah tu kau buat apa?

Kadir: Aku akan sapu sampah dan bakar sampah.

Tompel & Abam: INI TIDAK ADIL!

Abam: Apa ingat abam ni robot ke? Kau ingat bahagian dalam tu senang ke nak cuci. Plan kau berat sebelah dan bodoh. Kita bertiga buat sama-sama. Faham?

Tompel: Aku setuju. Baru adil.

Kadir: Tapi…

Abam: Takde tapi-tapi. Kita buat sama-sama.

Kami bertiga memulakan tugas kami pada waktu pagi dan akan berhenti sebelum solat Zohor. Kami akan menyambung kembali tugas kami pada waktu malam iaitu selepas semua jemaah dan kariah surau telah pulang ke rumah masing-masing.

Tompel: Korang rasalah…Surau kita ni dah berapa lama usia dia?

Abam: No komen.

Kadir: Puluh tahun jugak tu.

Tompel: Aku pun boleh cakap puluh tahun. Tapi berapa puluh tahun?

Kadir: Tak tahu pulak aku.

Abam: Daripada kau sibuk mengkaji sejarah surau ni lebih baik concentrate dengan kerja kita ni.

Ketika itu kami bertiga sedang memvakum karpet surau. Tompel ternampak kelibat seseorang berjalan masuk ke dalam bilik audio. Apa yang pelik adalah semua pintu gate telah ditutup dan dikunci oleh kami dari dalam dan sebelum memulakan pembersihan itu kami telah memeriksa di dalam surau dan tiada sesiapa yang berada di situ melainkan kami bertiga sahaja.

Tompel: Abam, Kadir, aku nampak ada orang kat dalam bilik tu.

Abam: Argh kau. Banyak berkhayal sangat. Mana ada.

Kadir: Kau biar betul Tompel?

Tompel: Sumpah aku tak tipu. Kalau tak caya jom kita gi tengok sama-sama.

Abam: Dah, tak payah layan sangat imaginasi kau tu. Kita siapkan kerja kita ni cepat-cepat pastu balik.

Kadir: Kau tunggu kat sini abam, aku dengan Tompel pergi reccee jap.

Abam: Lantak koranglah.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik audio untuk memeriksa samada terdapat orang lain atau tidak selain daripada kami. Hakikatnya memang tiada orang lain selain daripada kami bertiga tetapi bukan orang yang berada di dalam bilik itu, di dalamnya terdapat seekor puaka berjubah putih, berketinggian 8 kaki, berambut kembang dan panjang mencecah kaki, bermuka hancur, dan mata kanannya hampir tertanggal yang sedang berada di situ. Makhluk tersebut abam kategorikan sebagai pontianak.

Kadir: Takde apa-apalah dalam bilik tu. Entah-entah kau tengok benda lain kot tadi?

Tompel: Benda lain apanya? Memang aku nampak ada orang masuk dalam bilik tu tadi. Entah-entah perompak?

Abam: Kau biar logik sikit. Kalau perompak mesti dia ada kat situ. Korang ada jumpa sesiapa ke kat dalam tu? Takdekan? So, sambung kerja.

Kadir: Poyolah kau ni Tompel.

Tompel: Argh diamlah korang. Aku cakap aku nampak aku nampaklah.

Abam: Geram betullah. Abam cakap SAMBUNG KERJA!!!

Pontianak tinggi itu keluar dari bilik audio dan berjalan menuju ke tiang tengah surau itu. Dia kemudiaannya berdiri di situ tanpa melakukan sebarang gerakan badan. Abam sesekali mencuri pandang aktivitinya sambil meneruskan proses pemvakuman karpet surau. Sedang Kadir dan Tompel berbaring untuk berehat, abam mendekati pontianak tinggi itu untuk melihat rupanya dengan lebih terperinci. Dia sedang memegang selonggok kain putih yang sudah buruk rupanya. Dia berdiri dalam keadaan terapung. Kedua belah kakinya sangat buruk, dipenuhi kudis, dan baunya sungguh memualkan. Abam tidak takut kerana abam sedang berada di dalam rumah Allah dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, abam akan menjerit sekuat hati memanggil Kadir dan Tompel.

Abam: Assalamualaikum.

Pontianak: –

Abam: Der…salam tak jawab. Kafir laknat ke apa ni?

Pontianak: –

Tompel: Kau buat apa tu abam? Lepak rileklu.

Abam: Kau lepaklah dulu Tompel, abam nak tengok tiang ni.

Pontianak: Haaaaaaa Kurrrrrr…

Abam: Kau pehal Peah lonjong?

Pontianak: Haaaaaa Haaaaaa Mati Mati Mati!!!

Abam: Mati apa?

Pontianak: Anak aku…

Abam: Mana anak kau?

Pontianak: Haaaaa Haaa…

Abam: Wei Peah Lonjong, aku tanya ni. Mana anak kau?

Ketika itu dia melempar gulungan kain buruk itu ke atas lantai. Abam ternampak bangkai seekor bayi pontianak berada di dalam gulungan kain itu. Ia kelihatan seperti seorang bayi manusia, warna kulitnya adalah kelabu pucat lesi, dan penuh dengan tompokan darah di bahagian mukanya.

Abam: Kenapa anak kau mati?

Pontianak: Dia yang bunuh!

Dia menghalakan tangannya ke arah Tompel yang sedang asyik berbaring di bahagian hujung saf belakang surau itu.

Abam: Dia buat apa?

Pontianak: –

Abam: Aku tanya ni. Jawablah.

Pontianak: Haaaaaa…

Abam: Kau keluar dari tempat ni sekarang! Muka buruk. Bawak bangkai anak kau ni sama.

Pontianak: Haaaaa Haaaa…

Pontinak tinggi itu tidak mahu memberikan kerjasama kepada abam lalu abam mengambil bangkai bayinya lalu mencampakkannya keluar dari surau itu. Akibat terlalu sakit hati dia telah menjerit dengan sekuatnya lalu terbang dan menjelmakan dirinya secara nyata di hadapan Kadir.

Tompel: Weh, apa benda tu kat depan kau?

Kadir: Hantuuuu…

Tompel: Pontianak ke niyang rapik tu der! Abam ada hantu sebelah Kadir! Blah!

Belum sempat Tompel melangkah seribu pontianak tinggi itu telah melompat di hadapannya. Abam membaca surah 3 Qul lalu menuju ke arah mereka. Abam telah menghantukkan kepala pontianak tinggi itu ke dinding surau. Dia menjerit dan mengilai akibat kesakitan. Abam menarik rambutnya lalu menampar mukanya dengan sekuat hati. Tompel dan Kadir tergamam dengan perbuatan abam.

Abam: Kau nak keluar dari sini ke tak?

Pontianak: Takkan aku keluar selagi dendamku belum terlunas! Haaaaaaaaaa Haaaaaaaa…

Abam: Dendam apa lagi Peah Lonjong?

Pontianak: Dengan dia!

Abam: Matilah kau Tompel. Kau dah bunuh anak dia tadi.

Tompel: Otak lu. Ya Allah. Abam…

Melihatkan wajah Tompel yang pucat lesi akibat ketakutan menyebabkan abam berasa kasihan padanya. Abam membaca ayat Qursi sebanyak 3 kali lalu menghembusnya ke tangan abam. Lalu abam menumbuk sekuat-kuatnya perut pontianak tinggi itu. Ketika itu abam ternampak kepulan asap berwarna putih menjulang ke udara disertai dengan bau hanyir seperti bangkai biawak. Hampir sahaja abam termuntah akibat terbau bauan tersebut. Tompel pengsan di situ manakala Kadir terdiam seribu bahasa akibat terkejut dengan aksi abam itu. Mayat pontianak itu menjadi kecil bersaiz tapak tangan abam. Abam mengambilnya dan menyimpannya di dalam poket baju melayu abam.

Abam: Kau ok Kadir?

Kadir: Erkk ermmm erm…

Abam: Kenapa dengan kau ni?

Kadir: Betul ke apa yang aku tengok tadi tu?

Abam: Kau tengok apa?

Kadir: Kau dengan hantu…..

Abam: Apa kau cakap ni?

Kadir: Tadi kau tibai dia…

Abam: Haaa? Tibai siapa?

Kadir: Kau jangan wat tak tahulah. Tadi aku nampak sendiri…Tompel pun nampak jugak.

Abam: Huh…Abam dah cakap dari awal lagi…Concentrate cuci surau kita ni. Korang gatal sangat pergi masuk bilik tu kenapa?

Kadir: Kau memang boleh nampak ke benda-benda ni?

Abam: Tengok masa jugaklah. Wei, abam mintak tolong sangat jangan cerita kat sesiapa pun pasal kejadian tadi tu…

Kadir: Haaaa…

Abam: Kadir! Kau faham tak?

Kadir: Faham. Tapi kenapa?

Abam: Kau nak kena kacau lagi ke? Abam tak berani tanggung…

Sengaja abam menakutkan Kadir kerana abam bimbang sekiranya kebolehan abam diketahui oleh orang ramai. Abam bukanlah sombong tetapi abam juga perlukan ruang untuk bersendirian dan berjauhan daripada makhluk-makhluk puaka ini. Tompel demam teruk akibat daripada kejadian yang telah berlaku itu. Seminggu dia tidak bercakap dan berada dalam keadaan murung. Daripada ceritanya, dia memberitahu bahawa ketika masuk ke dalam bilik audio itu dia telah terpijak sebiji batu kecil yang berada di atas lantai. Batu itu pecah dan serpihannya telah dibuang olehnya di luar tingkap bilik itu. Pada pendapat abam, batu kecil itu mungkin anak kepada pontianak itu. Mungkin ya mungkin tidak. Wallahualam.

Abam telah memasukkan mayat pontianak itu ke dalam sebuah botol air bersaiz 1.5ml lalu membuangnya ke dalam sungai di kampung kami.

Imam Haji Azhar: Abam, mana kawan-kawan kamu yang 2 orang tu? Diorang tak datang ke surau ke malam ni?

Abam: Owh, diorang kat rumah. Kenapa imam?

Imam Haji Azhar: Ni ada sikit sumbangan ni. Korang kongsilah sama-sama nanti.

Abam: Eh susah-susah je imam. Tak payahlah.

Imam Haji Azhar: Ambiklah buat belanja. Ikhlas sumbangan daripada kami semua.

Abam: Tapi kita orang pun ikhlas jugak. Susah-susah je imam.

Imam Haji Azhar: Surau kita pun dah cantik sekarang. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Oklah abam, saya nak balik dulu. Assalamualaikum.

Abam: Waalaikumsalam. Terima kasih imam.

Ketika abam pulang ke rumah, abam ternampak sesuatu yang ganjil berada di celah pokok pisang yang berhampiran dengan surau itu. Untuk kepastian, abam telah menyuluh lampu suluh ke arah pokok pisang itu. Alangkah terkejutnya abam kerana terdapat beberapa ekor hantu pocong berada di situ berdiri sambil memandang abam. Muka mereka berwarna hitam legam, mata putih melepak, dan terdapat banyak ulat putih menggelitis di atas muka mereka. Mereka kemudiannya terlompat-lompat dan terjoget-joget menuju ke arah abam. Dalam keadaan ketakutan tetapi selamba, abam telah melepaskan beberapa das tumbukan ke arah muka salah seekor daripada pocong itu serta memaki hamun mereka semua supaya tidak mengganggu abam. Abam menyambung perjalanan pulang dalam keadaan berdebar dan resah. Perjalanan itu terasa begitu lama walhal jarak di antara surau dan rumah abam bukanlah jauh. Hanya dalam tempoh 10 minit sahaja dengan berjalan kaki. Kelajuan maksimum yang dicapai ketika abam berjalan kaki adalah di dalam anggaran 2km/jam. Abam berjalan tanpa menghiraukan sesiapa. Tanpa disedari abam sebenarnya telah diekori oleh pocong-pocong itu sejak dari awal lagi. 3 ekor pocong sedang bergolek di sisi kanan abam. Kelakuan mereka ketika itu tak ubah seperti sebuah penggelek jalan yang sedang menggelek jalan. Habis semua benda digeleknya. Taik lembu, lopak air, dan sampah sarap diredah oleh mereka tanpa sebarang masalah.

Akibat panik abam telah tersilap jalan. Entah macam mana abam termasuk ke kawasan perumahan orang Cina. Nyalakan anjing-anjing yang dibela oleh penduduk di situ sangat kuat mungkin kerana mereka ketakutan akibat melihat pocong ini. Di hujung kawasan perumahan itu terdapat beberapa buah kedai makan milik orang Cina dan abam mengambil keputusan untuk berehat sebentar di situ untuk melepaskan lelah. Sesampainya abam di situ, 3 ekor pocong itu kembali berdiri di dalam keadaan normal dan sedang menunggu di seberang jalan sambil memandang setiap pelanggan yang berada di dalam kedai itu.

Pelayan kedai: Adik mau minum apa? Makan apa?

Abam: Sini halal ke tokei?

Pelayan kedai: Halal punya. Takda babi punya. Adik mau makan apa?

Abam: Betul ke takde babi ni?

Pelayan kedai: Betul adik. Lu tengok itu pak lebai dan tok haji makan manyak syok jugak.

Abam ternampak Haji Suki dan Pak Meor berada di bahagian luar kedai. Abam beralih kedudukan dan menyertai mereka berdua.

Abam: Tokei, kasi Maggi goreng pedas tak nak babi satu dan air soya ais satu. Hantar kat table haji sana ya.

Pelayan kedai: Haiya…Ini kedai mana ada babi bos. Halal punya. Ayam ikan melayu punya. Tukang masak Siam mari.

Haji Suki: Eh kau buat apa kat sini?

Abam: Abam tersilap jalan tadi haji. Nak balik ke rumah tapi entah macam mana terlencong ke kawasan ni. Haji buat apa kat sini?

Haji Suki: Aku macam biasalah nak tengok bola kejap lagi. Sini memang tempat aku lepak.

Abam: Owh…Haji, kedai ni memang halal ke?

Haji Suki: Halal. Kedai sebelah ni baru haramjadah. Tu kau tengok tu…

Abam: Tengok apa?

Haji Suki: Kau tengok tu diorang bakar apa?

Abam: Bakar apa?

Haji Suki: Sate Babi dan Babi Percik.

Abam: Uwerkkk…

Pak Meor: Mak kau sihat abam? Dah lama tak nampak dia.

Abam: Dia sihat, sibuk sikit…Pengetua sekolahkan…Pak Meor macam tak sihat je nampak. Demam ke?

Pak Meor: Demam kau. Aku nak cerita pun tak sedap jugak ni.

Haji Suki: Cerita apa Meor?

Pak Meor: Arghh biarlah.

Haji Suki: Kau ni lain macam je. Ceritalah, kot-kot aku boleh tolong ke?

Pak Meor: Kalau aku cerita mesti korang takkan percaya punya…

Abam: Alah pak Meor ni. Cerita jelah. Percaya ke tak itu belakang kira.

Pak Meor: Tadi, masa aku nak datang sini, ada benda ikut belakang aku.

Abam: Cerita lagi…

Pak Meor: Motor aku berat semacam je. Korang bayanglah dari surau aku bawak motor gear 1 je sebab berat sangat.

Abam: Gear 1? Sampai macam tu sekali…Apa benda yang ikut tu?

Pak Meor: Pocong! Betul-betul duk kat belakang aku. Macam mana tak berat motor.

Abam: Pastu apa jadi?

Ketika kami rancak bersembang mengenai hantu pocong yang mengacau pak Meor itu, 3 ekor pocong itu tiba-tiba sahaja muncul di depan kami. Mereka bertiga berdiri di sebelah pak Meor.

Pak Meor: Aku bacalah ayat Qursi tapi dia ada kat situ lagi. Aku pun panas jugaklah masa tu.

Haji Suki: Kau panas kau buat apa? Buang baju ke?

Pak Meor: Bukan panas badan. Hati aku yang panas. Aku berhenti tepi jalan pastu aku carut-carut depan dia. Aku cakap kalau berani lawan aku.

Abam: Wah…Biar betul?

Pak Meor: Terpulanglah kau nak percaya ke tak.

Abam: Saya percaya walaupun berat hati. Hahahaha.

Pak Meor: Inilah sebabnya yang aku malas nak cerita. Kau tengok budak ni Suki, kurang ajar betul!

Haji Suki: Kau ni abam. Hormatlah sikit kat pak Meor kau ni.

Abam: Abam mintak maaf pak Meor. Maafkan abam yer…

Pak Meor: Argh kau belum kena bolehlah gelak.

Haji Suki: Dah dia dah mintak maaf tu. Kau ni…Cerita lagi…

Pak Meor: Pocong tu lompat depan aku. Terkejut aku masa tu. Aku apa lagi. Bukak buah silatlah. Aku tibai kepala dia, aku kunci leher dia, kemudian aku terajang dia cukup-cukup.

Haji Suki: Dah macam pendekar pulak kau ni. Pastu apa jadi?

Pak Meor: Dia menjeritlah. Dia mintak maaf, dia nangis pastu hulur tangan dia nak salam dengan aku.

Abam syak bahawa kami berdua telah dipermainkan oleh pak Meor. Belum pernah lagi abam tengok hantu pocong menangis dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan manusia. Abam sendiri pun belum pernah lagi melihat bentuk tangan hantu pocong. Sejurus kemudian 3 ekor pocong itu mula merapati badan pak Meor. Mereka menjilat muka dan menggigit telinganya dengan begitu agresif. Akibat daripada itu, pak Meor tergaru-garu muka dan telinganya ketika itu.

Haji Suki: Kau ni betul ke tak betul ni? Pocong tu keluarkan tangan dia?

Pak Meor: Betul. Lepas tu aku tepis tangan dia dan aku terus start motor datang ke sini. Uish banyaknya nyamuk kat sini. Gatal-gatal aku. Kau tengok ni merah tangan aku. Musibat punya kedai. Nak kena report kat majlis bandaran ni.

Yang sebenarnya tiada seekor nyamuk ataupun semut pun yang berada di kawasan kami itu. Itu adalah tindak balas daripada kesan air liur dan gigitan hantu pocong itu.

Abam: Pak Meor ni memang terbaiklah. Saya rasa nak berguru dengan pak Meor.

Pak Meor: Aku bukan apalah. Setakat hantu puaka jembalang ni apalah sangat. Bawah tapak kaki je. Yang penting hati kena kuat. Diorang ni takut kat kita sebenarnya. Percayalah cakap aku.

Abam: Betul tu…

Haji Suki: Betul. Tapi payah aku nak percaya Meor. Macam tak logik je cerita kau ni.

Pak Meor: Tak nak percaya sudah.

Abam menumpang kereta Haji Suki untuk pulang. Itu pun kami pulang lewat kerana beliau tidak dapat menerima hakikat akan kekalahan Liverpool pada malam itu. Dia tidak bercakap dengan abam walau sepatah pun ketika itu kerana hatinya remuk dan sedih akibat kekalahan itu. Sebelum pulang abam nampak salah seekor daripada hantu pocong itu membonceng di belakang pak Meor. Mungkin akibat bercakap besar dia menerima gangguan itu. Hampir semua penduduk kampung kami mengenali sikap pak Meor yang suka bercakap besar dan kuat bersembang. Maka tak hairanlah dia diganggu oleh hantu pocong itu. Pak Meor tidak muncul di surau hampir 2 minggu sejak peristiwa pada malam itu. Dia hanya memberitahu bahawa dia agak sibuk bekerja. Hakikat sebenarnya adalah dia demam teruk akibat dikacau oleh hantu pocong itu.

Pada keesokan harinya abam bertemu dengan Tompel dan Kadir untuk menyerahkan upah yang diberikan oleh Imam Haji Azhar pada malam sebelumnya. Walaupun upahnya kecil namun kami tidak sedih dan bersyukur kerana seperti yang telah abam terangkan pada awal tadi kami ikhlas membersihkan surau itu dan kami tidak mengharapkan sebarang balasan daripada perbuatan itu.

Abam harap korang dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah abam di atas. Jangan sesekali bercakap besar, hormatilah orang tua, dan sentiasa ikhlas di dalam melakukan sebarang pekerjaan. Banyak lagi kisah yang abam ingin kongsikan dengan korang semua. InsyaAllah abam akan berkongsi lagi kisah-kisah seram abam di sini. Semoga kita semua beroleh rahmat dariNya, InsyaAllah. Sekian, Assalamualaikum WBT.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “#AbamKiko – Jangan Cakap Abam Tak Payung – Gotong-royong di Surau Lama”

  1. # Abam telah menghantukkan kepala pontianak tinggi itu ke dinding surau.
    (bukanke abam pendek?? camane abam pegang kepala pontianak yg tinggi tu??)

    # Dalam keadaan ketakutan tetapi selamba, abam telah melepaskan beberapa das tumbukan ke arah muka salah seekor daripada pocong itu serta memaki hamun mereka semua supaya tidak mengganggu abam.

    KELAKARRRR GILER BA** ……..

    Reply
  2. Nak tanye bangkai anak ponti yg abam campak kat luar tu ape cite?kenapa xletak bersama dgn ibu dia.kesian dia bai..xbusuk ke surau tu bau bangkai.

    Reply
  3. Abam kiko konon….

    Woii gemuk!!!!

    Sini bukan tempat mencari populariti

    Xde sape nak kisah hal ko.cerita rekaan semuaa orang xsuke..

    Perasan je lebih..puiii satu kali!

    Reply
  4. Aq pun x taw nk kate ape,ko kte pk meor membongak aq pun rase ko membongak gk psl kata g tumbuk pontianak siap ade kt masjid..cito ko bkn seram tapi lawak..lgi pasal #abam n peah tu siap boley tampor2 ???? p pape pun kipidap ??

    Reply

Leave a Comment