Ada Benda Ikut Balik Rumah

Assalamualaikum. Terima kasih admin FS kerana sudi menerima cerita aku ni. Harap para pembaca jangan marah ya kalau cerita aku ni tak seram ke bosan ke. Cerita ni bermula pada zaman aku belajar dulu di sebuah kolej perubatan swasta di Kuala Lumpur. Kolej aku ni ada sewa kondominium untuk pelajar. Aku dapat rumah tingkat 15. Housemate aku ada 6 orang tak termasuk aku. Kebetulan kondo tempat aku ni dekat dengan flat sepupu aku stay. Nama dia Yaya. Memang selalu la aku lepak minum dengan si Yaya ni.

So nak dijadikan cerita, kondo tempat aku stay ni sebenarnya tak ‘keras’ pun. Tak ada la cerita seram yang aku dengar dari kawan-kawan kolej aku yang lain. Satu malam tu masa aku tangah lepak dengan Yaya, dia minta izin nak tidur dekat kondo aku. Nak merasa tidur kondo aku katanya. Haha. Pada malam tu Hani, housemate aku ni keluar dengan BF dia. Yang lain semua dah balik dari keluar makan malam. Aku pun sampai rumah terus ambil bantal dengan tilam dalam bilik aku. Aku dengan Yaya nak tidur dekat ruang tamu sambal berborak, takut la ganggu roommate aku nak tidur.

Sambil kami berborak, mata aku pun tengok jam dah pukul 12.30 tengah malam. Hani belum balik lagi. Aku pun mula rasa gelisah. Tak lama lepas tu Hani pun balik, aku rasa lega dengar bunyi grill. Hani pun masuk rumah sambal merengek. Aku pun tanya, “kenapa?”. Rupanya dia dia accident motor dengan BF dia. So lutut dia tersagat dekat jalan. Aku dengan Yaya pun tolong la cucikan luka kat lutut Hani. Teruk juga lukanya. Lepas tu aku suruh dia pergi mandi, dia tak nak. “Aku tak larat”, katanya. “Takpe lah, kau tidur ya”, kata aku. Aku pun sambung borak dengan Yaya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Sedang rancak aku berborak, tiba-tiba aku dengar pintu masuk diketuk dengan perlahan. Aku pun tanya Yaya, “eh, bukan semua housemate aku dah balik ke?”. “Yelah, semua dah balik aku confirm” kata Yaya. Aku pelik sebab grill dengan pintu jauh jaraknya, tak mungkin boleh sampai tangan nak ketuk pintu. Aku pun beranikan diri pergi dekat pintu yang masih diketuk tanpa henti tu. Ahhhh !! Tak ada nampak bayang sesiapa dari bawah pintu. Sebab lantai rumah aku tu boleh reflect macam cermin. Kalau ada orang mesti boleh nampak kaki dia.

Aku pandang Yaya, Yaya pandang aku. Aku pun ape lagi, bacalah ayat kursi. Makin aku baca makin kuat pintu diketuk. Bunyi macam dihentam pulak. Sampaikan Hani terjaga. “Apa bising ni weii?”, Hani tanya macam nak marah aku. Aku pun cerita apa yang tengah terjadi. Hani pula yang takut peluk aku. Aku berbisik dekat Hani dan Yaya, “jom lari masuk bilik Hani”. Tanpa berlengah aku pun capai la semua bantal, Yaya dengan Hani angkat tilam. Takut bercampur dengan gelabah sampaikan kaki aku tersadung dekat meja belajar kami. Sakit wehh tuhan je tahu.

Sampai je dalam bilik aku terus kunci pintu. Hani terus baring atas katil dia, aku dengan Yaya tidur bawah. Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi kerusi belajar kami ditarik. Macam budak-budak main tarik kerusi. Suasana yang sangat sunyi membuatkan bunyi tu sangat jelas kedengaran. Aku pun tanya Yaya, “kau ade dengar bunyi tak?”. Yaya terus marah aku, “jangan tegurlah! Aku dengar”. Aku pun buat-buat pejam mata, tapi tak boleh lena. Tiba-tiba bunyi kerusi tu senyap. Aku pun lega, mungkin ‘benda’ tu dah pergi.

Selang 5 minit, bunyi TV pulak terbuka. Aku terus bangun. Yaya menoleh dekat aku dan tanya, “kau kenapa?”. Aku hanya geleng kepala je tak mampu nak bercakap dah. Bunyi TV sesekali bercampur dengan suara orang bercakap. Yaya pandang aku dengan muka cuak. Aku pun tarik selimut berkelubung dengan Yaya. “Rancak betul kat luar tu”, kata aku. Yaya mengangguk je. Lama juga bunyi bising tu, sampai la azan subuh baru berhenti. Aku still tak dapat tidur lena. Tidur je terjaga sebab aku mimpi ada lembaga hitam datang dekat aku. Housemate aku semua bangun solat subuh. Lepas tu kami tidur semula.

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku kejutkan Yaya dulu pagi tu. Aku dengan Yaya pun berjalan ke ruang tamu. Tak ada apa-apa yang bersepah, tersusun cantik macam semalam. Aku lega sangat ‘benda’ tu tak buat pesta dalam rumah aku ni. Selepas Yaya balik, aku kejutkan housemate aku semua sebab kami ada kelas chemistry pukul 9. Sampai kelas aku pun cerita apa yang jadi semalam. Housemate aku terkejut sampai terbeliak biji mata. Hani hanya diam je pagi tu.

Lepas dari kejadian tu baru aku ingat si Hani masuk tak bagi salam dan masuk rumah tak basuh kaki. Tambah lagi dengan luka berdarah dekat lutut dia. Memang syaitan akan ikut la masuk rumah, lagi balik dah lewat malam. Memang timing dia berlegar-legar kan. So beringat la, firstly bagi salam then masuk rumah terus basuh kaki. Semoga cerita aku ni menjadi iktibar untuk semua pembaca. Sekian cerita aku. Terima kasih.

3 thoughts on “Ada Benda Ikut Balik Rumah”

  1. Yg plg penting baca basmallah dan bagi salam sebelum melangkah msk rumah…
    Dh bg salam sebaiknye tggu org dlm umah jwb salam then br msk umh…
    Klu xde yg ngikot dr jauh, kena ingt atas pintu depan pintu umh tu stsa ade yg menggu nk msk umah…
    Org dlu2 iyelah mmg amalkan basuh kaki sbb die bsh SEBELUM msk umah…
    Sebabnye org dlu2 byknye jln kaki…
    Jln plak jln tanah x berturap,xde tar mcm zmn skrg ni…
    Soo kaki smda berhabuk atau tercalit lumpur…
    Ibaratnye mcm kaki kotor…
    Basuh sblm msk, klu kotor2 dh msk umh kena plak toilet jauuuhhh hujung dapor jenuh satu umh dh kotor,heheheheh…
    Jadinye basmallah dan salam senjata utama…
    Wallahualam…

    Reply
  2. Utk yg rumahnya ade anak kecik plak, sebaiknya lps msk umh tu basuh tgn muke sebaiknye berwuduk sblm mendekati atau dokong2 anak2 kecik td…
    Lg bagus klu mandi dlu atau tukar baju sesiap…
    Selain unsur makhluk halusss ghaib ni kena ingt gak makhluk halus a.k.a kuman yg boleh membahayakan kesihatan anak2 yg mudah terdedah pd jangkitan kuman…
    Heheheeheeee peace yooo…!!!

    Reply

Leave a Comment