Adat Melawat Ke Kubur

Assalamualaikum FS dan semua pembaca. Saya memang meminati semua cerita seram yang dikongsi di sini , oleh itu saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya. Mungkin sesetengah individu rasa tidak seram, tapi seram bagi saya ??

First kisah yang pernah berlaku di rumah saya. Okay, biasalah adat kita akan melawat ke kubur ketika hari raya. Oleh itu, saya berserta keluarga (termasuk adik) ikut ke kubur. Antara kubur yang kami lawat ialah kubur moyang saya (kami panggil toknek). Saya dan adik amat familiar dengan toknek sebab pernah dijaga oleh nenek semasa hayat tuanya sehingga meninggal dunia. Kemudian malamnya, saya pergi tidur bersama adik di bilik kami. Lebih kurang pagi, pukul 4 , saya terjaga dan mendapati katil adik saya kosong, dan pintu bilik terbuka.

Tapi saya tidak ambil endah dan tidur semula. Esoknya , dalam pukul 10 saya bangun , mandi dan bersarapan, saya tanya kepada adik saya tidur kat mana semalam. Dia memberitahu bahawa , dia berlari tidur kat bilik abah mama sebab malam tu dia terjaga dan terlihat toknek di hadapan katil dia sambil berkata “bangunlah , ini katil toknek”.

Saya terkedu dan marah, sesuka hati dia tinggalkan aku sorang-sorang pastu. Tapi , saya tak pelik sebab katil adik saya guna tu memang bekas katil toknek kami , kemudian ayah recycle balik untuk adik guna sebab katil tu nampak elok lagi. Pagi tu juga, ayah saya , jenis pandai jugak hal2 mistik ni, pergi scan , cakap memang ada benda ikut balik selepas melawat kubur. Kemudian ayah buat dinding di sekitar rumah dan tidak lagi berlaku apa kejadian pelik lagi.

Selain itu, saya pernah juga terbangun pagi, tak surelah pukul berapa , tp confirm pagi sebab sunyi je. Apa yang saya dengar bunyi orang menyangkul tanah kat belakang rumah. Jelas gila wehh , satu malam tak tidur. Esok pagi check kot ada bekas/lubang cangkul, takda pulak. ??

Ini pula kisah ketika di sekolah. Saya bersekolah di sebuah sbp di selangor. Sekolah saya ini agak keras. Pernah satu hari, ada pelajar dirasuk di kelas belakang.  Habis semua keluar keliling kelas tu, tengok ustaz nak buang benda tu. Akhirnya, ustaz menyembelih benda tu sebab degil sngat kot (bunyi dia buat serupa bunyi lembu kena sembelih).

Malam tu, memang terbayang-bayang , masa nak tidur. Habis light off je , tidur macam biasa, tp dalam pukul 3 pagi tu tetiba perut rasa memulas pulak. Ingat nak tahan sampai esok, tp tetiba terdengar mcm orang mandi kat sebelah (dorm betul2 sebelah tandas). Masa tu tak fikir apa, ingat ada orang , jadi takdalah rasa takut, jadi saya bangun terus ke tandas, langkah je ke dalam tandas, senyap pulak dah. Saya mula pelik, patah balik masuk dorm, kemudian bunyi balik orang mandi.

Dalam 3 kali saya ulang-alik , dan itulah sekejap hilang, kemudian bunyi balik. Then, I realise, cara dia mandi tu mcm guna gayung. Tak salah saya, tandas tu mana ada gayung sebab semua shower, kolah pulak memang jauh kat luar asrama. Apa lagi , terus lagi masuk dorm , terik selimut. Lepas tu dengar mcm bunyi gendang, and then gelak kecil. Menggeletar satu badan, lagi2 teringat benda kat kelas tadi.

Then , benda tu berterusan, saya takut, terus lari kat katil sebelah , sebab sorang ni macam alim lah jugak, lompat terus tidur kat tengah2. Then, benda tu pulak main locker , terbuka, tertutup, dalam beberapa minit , dia stop, penat kot. Esoknya, saya senyap je , tak cerita kat sesiapa, lebih kurang seminggu lepas tu baru buka cerita.

Tapi dorang tak pelik, sebab semua pernah kena, ada jumpa pocong lalu tengah dorm tembus dorm sebelah, ada nampak benda bertenggek kat atas locker dan ada juga nampak orang kawad kat tengah tapak perhimpunan.

Lastly, inilah , pengalaman aku dan aku sure, siapa pernah duduk asrama , mesti dapat alami perkara misteri eventhough sikit. ???

2 thoughts on “Adat Melawat Ke Kubur”

  1. Wajib ada..aku pon dlu duk asrama jgk n gngguan² tuh xley nak elak laa nak xnak hadap jelaa apa²pon nice story kipidap 😄

    Reply

Leave a Comment