Salam. Nama aku Gabriella, berketurunan Islam dan beragama Islam. Rasa tak perlulah panjang sangat pembuka kata, nanti reader boring.
Tapi sebelum tu, aku nak cerita sikit latarbelakang keluarga aku. Atok , nenek kedua belah ibu dan ayah aku orang yang alim. Atok belah ibu boleh mengubat orang. Teringat ibu pernah cerita, atok pernah rawat seorang pesakit yang sakit teruk kerana disihir sehingga sakitnya sembuh. Dan tak lama kemudian, atok pula disihir sehingga atok tak mampu untuk bangun tahajjud seperti selalunya. Kat dalam telinga atok selalu dengar bunyi gong Buddha tu, selalu muntah darah, muka jadi hitam. Ibu cakap, atok macam mayat bernyawa.
Atok sakit teruk, tapi paksa diri untuk bangun dan solat hajat selama 44 malam sehingga sembuh dan berdoa kepada Allah untuk diberi petunjuk. Dan pada hari yang ke 45, kawan baik atok tiba2 datang merayu minta maaf dari atok dan mohon dihentikan seksaan. Ibu cakap, keadaan pakcik tu teruk sangat. Darah keluar mengalir2 dari mulut, badan kurus kering, mulut keluar jarum, nanah. Atok tak pernah hantar semula sihir tu pada penyihirnya. Cuma mungkin ini balasan yang Allah nk tunjuk pada penyihir. Selepas ditanya, kawan atok cakap, dia guna bomoh siam dan ilmunya sendiri untuk sihir pesakit tu. Bila tak berjaya kerana dirawat atok, mereka nak hapuskan atok sekali. Tapi alhamdulillah, atok sembuh dengan izin Allah cuma kesannya sehingga tua, , atok pekak sebelah telinga sebab bunyi gong Budha tu kuat sehingga gegendang telinga atok pecah. Ok cukuplah pendahuluan.
Cerita ni masa aku berusia 12 tahun, Ibu baru lepas bersalin. Masa tu tak salah aku adik bongsu aku tu baru 8 bulan. Meh aku cerita sikit pasal ibu. Walaupun atok, nenek dan ayah aku orang yang kuat agama, ibu aku jarang solat. Ibadah pun kurang. Ok aku teruskan. Kakak2 atas aku semua di asrama. Jadi aku paling besarlah antara beradik lain yang duduk kat rumah masa tu. Aku ingat lagi bulan tu bulan hantu lapar. Kaum Cina selalu raikan bulan ni. Yang tak tahu tu bolehlah tanya lebai google.
Rumah aku rumah teres 2 tingkat. 3 bilik atas, 1 bilik kt bawah. Tapi masa kecik dulu aku suka tidur kt ruang tamu bergelimpangan dengan adik2 yang lain. Ibu dan ayah tidur dibilik atas dengan baby.
Bukan apa, sebab rumah batu malam2 panas. Kat ruang tamu sejuk sikit. So malam tu aku tidur kat ruang tamu macam biasa. Ayah ke masjid dengan pakcik jiran sebelah rumah kami. Entah kenapa malam tu ayah balik rumah lambat pulak dari kebiasaan.
Tiba2 aku terjaga. Jam pukul 11 malam. Pergi toilet jap buat apa yang patut lepas tu baring balik. Baru nak tidur tiba2 aku dengar ibu menangis kuat. Jerit2, “Abang! abang!”. Aku panik. Ayah belum balik. Ibu jatuh ke? Tapi aku tak naik atas. Sebab aku takut. Yelah, tah2 ada perompak ke kat atas. Umur baru 12tahun. Nak expect ape kan. Lol. Ibu jerit lagi, kali ni ibu jerit sambil bergegas turun bawah menangis2. ” Kenapa bu?” . Soalan aku tak dijawab. “Mana ayah? Mana ayah?”, Ibu tanya sambil ke hulu ke hilir mencari ayah. Aku diam. Sebab aku takut tengok gelagat ibu. Ibu marah ayah balik lambat kot. Aku baring semula sambil mata memerhatikan ibu menangis2.
Ibu capai telefon rumah. (Masa tu handfon tak femes lagi) . Aku tengok ibu tekan2 button fon tu banyak kali. Lewat malam begini, siapalah yang ibu call. Dan siapalah yang nak angkat call.
” Hello Assalamualaikum ayah. ”
Oh, ibu call atok.
” Ayah, saya kena ganggu setan. Tolong saya, ayah”.
Aku panik. Darah mengalir deras dikepala. Roma aku meremang x semena2. Aku mula berminat dengan perbualan tu. Apa yang dah jadi pada ibu. Aku cuba pasang telinga lagi dan aku cuba menghampiri ibu untuk tenangkan dia. Aku mengaku aku takut. Tapi perasaan nk menyebok tu menguasai diri. Aku kan minah kepoh. lol
“Saya tengok baby saya, saya rasa nk bunuh dia ayah! Saya nk tekup dia dengan bantal. Saya nk bunuh dia ayah!”, Ibu menangis meraung lagi kuat.
Astaghfirullah. Aku mengucap panjang (Actually masa tu kecik lagi. Aku takdela cakap astaghfirullah. Hehe). Setapak aku jauhkan diri dari ibu , aku undurkan diri, kau bayangkanlah mak sendiri cakap nk bunuh anak. Aku tak tahu apa yang atok pesan kat ibu, sampai sekarang ibu tak nak buka cerita ni bila aku korek. Ibu letak telefon. Menangis tak berhenti. Aku cuba hampiri ibu, minta ibu tenangkan diri. Ibu seolah-olah tak endahkan aku. Ibu naik atas semula. Aku panik. Macam mana kalau ibu bunuh baby? Selepas ibu naik, aku tak senang duduk. Aku nak naik tapi tak berani. Kang aku yang kena bunuh. Lol.
Dalam 10 minit kemudian ayah balik. Aku berlari bukak pagar dan cerita pada ayah. Pakcik jiran sebelah rumah bawa isterinya sekali untuk ziarah ibu. Yelah tak manis pula datang sendiri. Keadaan kelam kabut, ayah naik dapatkan ibu, ibu tengah menangis tekup muka dengan bantal. Ayah bukanlah tok dukun yang pandai ubat orang. Ayah cume baca ayat kursi kat telinga ibu dan hembus pada ibu. Ibu pengsan. Ayah letak air dalam gelas, pastu baca surah. (Aku tak tahu ayah baca surah apa ) Kamudian lap2 pada muka ibu.
Ibu terjaga dan cerita semua pada ayah. Ibu kata, dia dengar suara suruh dia bunuh baby kemudian bunuh diri sendiri. Aku tak dapat korek banyak cerita ni sebab ibu tak kuasa nak layan aku bila aku tanya balik cerita ni. Tapi, ni adalah 1 titik permulaan hidup baru ibu, ibu pergi berubat dengan orang yang kuat agama., ibu dah rajin solat, dan dah rajin beribadah. Dan sejak dari itu juga, ibu dianugerahkan boleh mengubati orang yang diganggu mahkluk halus. 🙂
Adakala , ada hikmah bila ujian diturunkan oleh Allah .
Dan, ini juga titik permulaan hidup kami semua berubah. Terutama kami adik beradik. Sejak dari kisah ibu tu, kami ada keupayaan untuk melihat makhluk halus dan sering diganggu makhluk halus (Tapi bukanlah 36 jam boleh nampak, ada masa).
Aku juga punya cerita sendiri selepas dari kejadian yang menimpa ibu. InsyaAllah kalau ade permintaan, aku akan cerita.
- hantar kisah anda:Â fiksyenshasha.com/submit
boleh la share cerita awak pula.. keep it up
Suka cite awk.. sambung lg ye pasni..
selalunya ini orang panggil postpartum pregnancy atau bahasa mudah meroyan.
Jadi bila badan lemah (boleh jadi faktor spiritual seperti yg diceritakan oleh adik pasal iman ibu adik pada ketika itu), dan tak cukup tidur, penat jaga anak lepas melahirkan boleh kena. berkaitan dengan hormon dan mental kita.
best…share next story pls
suka bca cita nie weyhh
Best
…3/5…
bruneians reader
best