Tersebutlah kisah, perihal seorang lelaki marhaen bernama Jabir. Kerjanya menjual air panas kepada pengayuh beca.
Jabir tinggal bersama isterinya di dalam sebuah rumah kecil peninggalan keluarganya.
Sungguhpun hidupnya tidaklah senang, namun Jabir gemar membantu orang-orang susah.
Pada suatu hari, datanglah seorang pengayuh beca kepadanya. Samad namanya. Kata Samad, dia perlu wang sebanyak seribu duit untuk menghantar isterinya berubat.
Tanpa berfikir dua kali, bertungkus lumuslah si Jabir bekerja siang dan malam demi membantu si Samad.
Setelah diberikan duit oleh si Jabir, Samad bersumpah akan membayarnya semula suatu hari nanti.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, sewaktu sedang mengayuh basikal untuk ke warungnya, terlihatlah Jabir akan sebuah anak patung kecil di bawah sebatang pohon ara.
Berniat hendak menghadiahkan anak patung itu kepada isterinya, Jabir melangkah menghampiri pohon ara itu.
Baru sahaja tangannya dihulur, terdengar akan Jabir satu suara persis kanak-kanak perempuan datang dari mulut anak patung itu.
“Kau seorang berhati baik. Hantarkan aku ke Sungai Ubun.” Kata anak patung itu.
Tersentaklah si Jabir lalu berlari semula ke arah jalan besar.
“Kau akan kaya, Jabir!” Teriak anak patung itu.
Mendengarkan perkataan ‘kaya’, Jabir kembali melangkah perlahan ke arah pohon ara itu.
“Kau mahu kaya?” Soal si anak patung.
Jabir mengangguk deras.
“Hantarkan aku ke Sungai Ubun. Nescaya suatu hari nanti kau akan dikurniakan seorang anak perempuan yang pandai memuntahkan emas. Dengan syarat, kau namakan dia Sarina.”
Sungai Ubun bukannya jauh, fikir si Jabir. Perlahan-lahan dia mengangkat anak patung itu lalu diletakkannya ke dalam bakul basikal.
Sesampainya mereka ke hulu Sungai Ubun, Jabir merenung wajah anak patung itu, menantikan arahan seterusnya.
“Sekarang, rendamkan kepalaku ke dalam sungai itu sampai aku lemas.” Arah si anak patung.
“Mana mungkin kau bisa lemas? Kau cuma anak patung.” Kata si Jabir hairan.
“Aku boleh bercakap. Tidak mustahil aku boleh lemas.”
Memikirkan semula perkara itu, Jabir pun mengangkat anak patung itu lalu merendamkan kepalanya ke dalam air.
Buih-buih nafas naik laju ke permukaan air. Beberapa saat kemudian, buih-buih itu terhenti.
Tahulah Jabir bahawa anak patung itu sudah tidak lagi bernyawa.
Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya, Jabir membawa anak patung itu pulang ke rumah. Gembiralah hati isteri si Jabir bila terlihat akan anak patung itu.
Beberapa minggu kemudian, isteri Jabir mengandung. Sesudah sembilan bulan sepuluh hari, lahirlah seorang anak perempuan.
Teringat akan syarat yang disebutkan oleh si anak patung, Jabir menamakan anak perempuannya itu Sarina.
Terkejut isteri si Jabir mendengarkan nama itu. Itulah nama yang diberikannya kepada anak patung pemberian suaminya itu dahulu.
“Kebetulan.” fikir isteri si Jabir.
Membesarlah Sarina dengan penuh kasih dan sayang dari ibu dan ayahnya. Isteri si Jabir pun tidak lagi bermain-main dengan anak patungnya itu.
Lama-kelamaan, lenyaplah anak patung itu dari simpanan isteri si Jabir. Tidak ada sesiapa pun yang perasan akan kehilangannya.
Tepat umur Sarina enam tahun, tiba-tiba dia memuntahkan seketul emas.
Terkejutlah Jabir melihatkan perkara itu lalu teringat akan janji si patung kepadanya dahulu.
Selama tiga tahun Sarina asyik memuntahkan emas. Semakin lama, kehidupan Jabir dan isterinya semakin mewah dan bahagia.
Di dalam kebahagian kehidupan mereka, si Jabir perasan bahawa anaknya, Sarina kelihatan semakin tidak sihat dan pucat. Tubuhnya selalu sahaja sejuk. Tidurnya lama. Bangunnya pula hanya untuk memuntahkan emas.
Genap umur Sarina sepuluh tahun, tiba-tiba anak kecil itu diserang penyakit yang misteri. Tubuhnya menjadi semakin kecil. Sendi-sendinya semakin mengeras. Matanya tidak lagi berseri. Langsung tidak makan, tidak pula minum.
“Sudah seperti patung sifatnya.” fikir Jabir.
Pergilah si Jabir membawa Sarina berjumpa dengan seorang pawang.
“Anak kau ini boleh sembuh. Jemurkan dia di bawah sebatang pohon ara. Tinggalkan dia selama lima hari. Jangan diteman. Jika diteman, tidak akan mujarab.” Beritahu pawang itu.
Berkayuhlah si Jabir membawa anaknya untuk dijemur di bawah sebatang pohon ara lalu ditinggalkannya.
Sesudah lima hari, si Jabir kembali semula ke bawah pohon ara itu. Alangkah terkejutnya si Jabir apabila dilihatnya Sarina tidak lagi berada di situ.
Puaslah si Jabir dan isterinya pergi bertanyakan kepada setiap orang yang selalu melalui jalan berhampiran pohon itu. Namun, tidak seorang pun yang pernah melihat budak perempuan itu di situ.
Berdukalah si Jabir dan isteri selama bertahun-tahun, meratapi kehilangan anak perempuan mereka itu.
Hendak dipendekkan cerita, enam tahun kemudian, datanglah si Samad ke rumah Jabir. Niatnya adalah untuk membayar semula seribu duit yang dipinjamnya dari Jabir berbelas tahun dahulu.
“Terima kasih Jabir. Aku mohon maaf kerana berhutang terlalu lama.”
“Tak apalah Samad. Kau ada duitkah kalau aku terima bayaran kau ini?” Tanya si Jabir risau.
“Ada Jabir. Aku sekarang sudah senang.”
“Bagaimana? Kau berniaga?”
“Rahsia.” Jawab Samad mengukir senyuman.
“Yalah.”
“Oh, ya. Jabir, senang-senang kau datanglah ke rumah aku hujung minggu ini ya. Ada buat kenduri doa selamat. Hari jadi anakku yang keenam.”
“InshaAllah. Aku tak tahu pun kau dah ada anak. Siapa namanya?” Soal Jabir teruja.
“Sarina.” balas Samad sambil tersenyum lebar.
– Tamat –
SARINA
Makluman: Ini adalah sebuah kisah rekaan.
#AhmadRusydi memang thorbaek la
not bad. hihi
terbaikkk
Annabelle MELAYU?
* Jom tengok same same, Pavilion, Ahad .. Haha
9.422/10
alang2 sangat ni ..hahahabagi yo la full mark
Maybe x dpt markah penuh sbb debaran keseraman tu agak kurang kot wpun jalan cerita menarik…
Heheheheheh…
atas tu bukan saya.siapa amik nama saya juriFS tu??
wei main kotor tau! keji.hahahahaa.aku marah ni.
hahaha nak fofuler cepat la tu
Dulu akk dh selalu kena bab2 org tiru nama ni…
Maafkan jelah…
Org nk tumpang kepopularitian kita agknya, kesian…
kak yulie mmg popular..
Haahahahhaha…
Nk.jadi retis x kesampaian…
Glamer kt FS pon jadiklaaahhh…
hidop kak yulie hahaha
this is pure sarcasm.
Asyik bagi markah kat orang.
Omn what category and criteria you nak judge cerita orang.
Dulu identiti saya pun dicuri orang untuk buat onar oleh budak spm victim 2k17.
Last-last admin banned email saya dari komen.
Yang buat onar orang lain.huhuhuhuhuhu
-ex ‘Pengkritik FS’ name holder-
takpela sy maafkan.
tapi tak elok amik nama org lain kan.heheheh
saya kat sini nak baca dan nak bagi rate yg mana best.
kalau niat buruk pergunakan nama sy.sya marah! hehe
Saya nasihatkan kalau tak mahu orang salah gunakan nama anda.
Sila daftar email anda kat gravatar.com
lepastu letak gambo sendiri macam writer2 buat.
atleast only you can use the original avatar.
saya hanya nasihat.
nama kak yulie ke, Juri Fs ke, bang seman ke, wak kajo ke, semua orang boleh menyamar.hehehehe
gambar mcm dulu2 je
10/10
TERBAIK!!
Cerita copy ni. Lama dh baca kisah ni.
Menarik cerita ni!
best bro
eh?? ada sini juga haha
why?
rileks..haha baguslah rajin2 komen kat tmpt lain juga..haha
pic tu mcm FS yg lama ja.. seram tu kurang ..tp senyum di Samad tu buat seram lebh
StoryLine – 9/10
Penulisan -10/10
Seram – 1/10
Misteri – 8/10
Komedi – 0/10
Ok nice
boleh laaa