#AhmadRusydi: Rahsia Pasaraya Jimatraya

CERPEN: Rahsia Pasaraya Jimatraya.
GENRE: Misteri (bukan seram)

Makluman: Ini bukan kisah yang akan habis. Ceritanya tergantung dan takkan ada sambungan. Anda boleh buat kesimpulan sendiri tentang apa sebenarnya terjadi. Maaf kalau tak menepati citarasa anda.

Hari Sabtu adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh Naim dalam seminggu. Sebab pertamanya; sekolah cuti. Sebab kedua; setiap hari Sabtu, si ibu akan bawa Naim ke Jimatraya. Jimatraya merupakan sebuah pasaraya besar yang terletak tidak jauh dari rumah keluarga Naim. Lakunya, jangan cakaplah. Bila tiba hujung minggu, penuh sesak pasaraya itu dengan pelanggan.

Perasaan Naim setiap kali menjejakkan kakinya ke dalam pasaraya itu, dia terasa bagai dirinya sedang berada di alam yang lain. Rak-rak makanan yang tinggi mencuar di kiri dan kanannya. Warna terang benderang buah-buahan serta sayur-sayurannya. Peti-peti televisyen besar yang menayangkan cerita yang sama pada setiap skrin, yang membuatkan mata kanak-kanak berumur sembilan tahun itu berpusing-pusing. Namun, itulah yang menjadi tarikan utama Naim untuk ke situ.

Pagi itu si ibu terjaga lewat dari tidur. Naim dengar-dengar semalam, hari ini ada orang nak datang makan tengahari di rumah. Jadi, si ibu pun tergesa-gesa bersiap untuk ke pasaraya. Naim sekadar tergelak seorang diri apabila terlihat ibunya memakai kasut yang terbalik kiri dan kanannya.

Sedang ibunya sibuk menolak troli sambil membelek-belek hampir setiap tag harga pada setiap produk, Naim meminta kebenaran ibunya untuk ke bahagian elektronik. Si ibu yang terlalu asyik membanding-bandingkan harga sekadar mengangguk membenarkan.

Berjalanlah Naim seorang diri, sama seperti minggu-minggu sebelumnya. Sebelum sampai ke bahagian elektronik, Naim akan melalui bahagian yang menjual alat permainan, buku-buku, alat-alat perhiasan kereta dan perkakasan dapur. Beberapa langkah kemudian, barulah terlihat deretan skrin-skrin rata TV pelbagai jenama. Setiap kali ke bahagian itu, Naim sentiasa bersendirian. Setiap kali dia kembali kepada ibunya, si ibu pasti akan bertanya;

“Apa yang Naim buat dekat situ?”

Naim akan jawab;

“Dengar lagu.” Dengan wajah yang selamba. Entah lagu apa yang asyik didengarnya pun si ibu tidak faham. Tidak pernah pula terlintas di hati si ibu untuk bertanya macam perkara itu penting. Biasalah. Pasaraya. Bahagian elektronik pula. Pasti akan ada lagu.

Namun, pada Sabtu kali ini, reaksi Naim apabila pulang kepada ibunya kelihatan sedikit berbeza dari biasa. Wajahnya pucat lesi. Anak matanya pula langsung tidak bergerak. Sekadar merenung kosong. Si ibu yang pada mulanya sangka dia sekadar tersilap pandang, menarik kasar bahu Naim lalu merenung terus ke dalam mata anak lelakinya itu.

“Naim!? Kenapa ni?”

Naim menggeleng perlahan. Anak matanya masih mengekori setiap pergerakan kepalanya. Langsung tidak beralih ke kiri mahupun ke kanan. Seluruh tubuhnya terasa sejuk. Jantungnya berdegup perlahan. Namun, Naim tetap berdiri tegak, langsung tidak kelihatan lemah.

“Jom kita balik!” Si ibu semakin panik melihatkan keadaan anak lelaki tunggalnya itu. Namun, Naim menggeleng tenang.

“Naim tak nak balik. Naim nak dengar lagu ni lagi. Kita mesti beli banyak barang harini. Kena beli banyak barang. Macam lagu ni suruh…”

“Lagu apa, Naim? Mana ada lagu!” Si ibu cuba menumpukan seluruh perhatiannya untuk mencari sebarang bunyi lagu dari speaker. Namun, yang ada cuma lagu-lagu iklan produk yang diulang-ulang. Langsung tiada apa yang luar biasa.

“Naim nak dengar lagu iklan ni ke? Dekat rumah pun boleh dengar dalam TV. Pucat muka Naim ni. Jom, jom!”

Naim menggeleng-geleng lalu berpaling dari ibunya. Dia melangkah perlahan ke arah bahagian makanan. Si ibu mengekorinya dari belakang.

“jiwaku… hidupku… seleraku… tubuhku…” Naim seakan-akan menyanyi tanpa irama. Meremang bulu roma si ibu mendengarkannya.

“Naim! Naim nak pergi mana ni? Naim cakap apa tu?”

“Lagu ni lah, ibu. Ibu tak dengar ke?”

“Mana ada lagu nyanyi macam tu!” Jerkah si ibu hilang sabar.

“Kupunyai jiwamu…” seru Naim perlahan lalu mengangguk-angguk, “ibu kena dengar betul-betul. Tengok, dia pun dengar…”

Naim menuding ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang usianya lebih kurang sebaya dengannya. Alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapati riak wajah dan gaya pergerakan kanak-kanak itu cukup sama dengan Naim. Apabila si ibu perhatikan betul-betul ke seluruh pasaraya itu, kelihatan berpuluh-puluh orang kanak-kanak berwajah pucat lesi sedang merenung kosong ke pelbagai arah. Sesetengahnya sedang mencapai berbagai-bagai kotak minuman dan paket makanan segera dalam keadaan separuh sedar.

Tidak ada seorang ibu bapa pun yang perasan akan apa yang berlaku kepada anak-anak mereka itu. Masing-masing sedang sibuk berpusu-pusu ke rak-rak barangan jualan murah dengan troli yang penuh.

“Na…Naim… apa yang terjadi ni? Kenapa macam ni?”

Naim sekadar tersenyum, merenung kosong ke arah ibunya.

“jiwaku… hidupku… seleraku… tubuhku… ikutlah seleramu…” dia mengulangi mantera tadi, “ibu kena dengar betul-betul, ibu. Jom kita beli makanan…”

Di sekeliling mereka, bayi-bayi mula merengek dan menangis. Naim pula berulang kali melafazkan perkataan-perkataan pelik tadi, membuatkan si ibu semakin panik. Sebaik terlihat seorang pengawal keselamatan keluar dari sebuah kaunter tidak jauh dari mereka, si ibu terus berlari menghampirinya.

“Encik, encik. Tolong saya. Saya… saya rasa anak saya tak sihat. Tolong panggilkan ambulans.” Rayu si ibu mendayu-dayu.

“Tak sihat? Tak sihat macam mana?”

“Wajahnya pucat. Matanya kosong. Asyik ulang-ulang ayat yang sama.”

Pengawal keselamatan itu terdiam merenung si ibu.

“jiwaku… hidupku… seleraku… tubuhku… ikutlah seleramu… kupunyai jiwamu… macam tu ke?” Soalnya perlahan. Terbeliak mata si ibu apabila mendengarkan kata-kata itu keluar dari mulut si pengawal keselamatan itu pula.

“Ya, ya… macam tu. Mana encik tahu?”

Pengawal keselamatan itu tidak menjawab soalan si ibu, sebaliknya mencapai walkie-talkie yang tersangkut pada pinggangnya.

“Bilik audio, tolong perlahankan sikit. Kanak-kanak dapat dengar. Tolong perlahankan sikit. Over.”

“Baik. Maaf… Over.” balas suara seorang lelaki dari walkie-talkie itu. Sejenak kemudian, si pengawal keselamatan kembali memandang wajah si ibu yang kini semakin pucat.

“Jangan risau, puan. Anak puan tak apa-apa.” katanya tenang, “Oh, ya! Selepas puan selesai membeli-belah nanti, tolong ambil sampel minuman di kaunter, ya. Percuma dari kami.” Kata si pengawal keselamatan sambil tersenyum kaku, menampakkan hampir seluruh giginya.

Beberapa orang juruwang yang sedang berdiri di dalam kaunter juga turut tersenyum dengan gaya yang sama. Mengangguk-angguk memandang si ibu dengan sebelah tangan mereka mengangkat cawan-cawan kertas.

Beberapa orang pengawal keselamatan pula muncul tiba-tiba dari belakang rak-rak jualan. Berjalan perlahan menuju ke arah pintu keluar lalu berdiri di hadapannya. Menutup satu-satunya jalan keluar dari pasaraya itu, tersenyum kaku memandang si ibu.

Tamat

16 thoughts on “#AhmadRusydi: Rahsia Pasaraya Jimatraya”

  1. ” Mengangguk-angguk memandang si ibu dengan sebelah tangan mereka mengangkat cawan-cawan kertas.”

    #mindfucked

    Reply
  2. Salam. Bro Ahmad Rusydi. Aku baca penuh penghayatan. Kalau ikut kepala otak aku senang je. Si ibu & Naim, & budak-budak lain MAMPOS. Kah kah kah. Gila apa dah sangkut macam tu.

    Ini yang bermain di benak mindaku:

    Tatkala itu si ibu mula memerhatikan keadaan sekeliling, pengawal-pengawal keselamatan mula mengerumuni mereka berdua. Diamati dengan teliti wajah mereka semua. Aneh kerana muka mereka hampir sama. Bezanya pada bentuk dan ketinggian badan sahaja.

    “Ibu, ibu…Kenapa diorang semua muka garang tu?” Bicara si budak kecil yang masih kosong pemikirannya.

    “Naim. Nampak tak lorong ais krim kat depan tu?” Bisik ibu sambil menghalakan jarinya ke arah sudut tempat makanan sejuk beku.

    “Nampak.”

    “Ibu nak Naim berlari ke situ, papa menyorok kat hujung sana…” Nista si ibu demi survival anak tunggal kesayangannya itu.

    “Papa ada kat situ ke? Kenapa tak nampak pun tadi?”

    “Alah papa lewat…Naim ikut cakap mama ok?”

    Diciumnya dahi dan pipi anaknya dengan sepenuh hati. Seolah-olah itu adalah kali terakhir belaian sayangnya kepada anaknya.

    “Naim, sekarang!”

    Naim membabi buta berlari ke arah yang dimaksudkan itu. Kelihatan beberapa budak kecil yang berusia 3-4 tahun terkulai layu di sisi peti sejuk beku itu. Fahamlah Naim bahawa ibunya hanya menyedapkan cerita tentang kehadiran papanya. Demi kelangsungan hidupnya Naim berlari dan terus berlari. Dia akhirnya tiba di hadapan sebuah pintu. Sebuah pintu yang dilihat lain daripada pintu-pintu yang pernah wujud sebelum ini.

    “Masuklah…”

    Terdengar suara budak perempuan mengajaknya masuk ke dalam bilik itu.

    “Naim, masuklah…Ibu dan papa awak ada kat sini.”

    Naim kehairanan, bagaimana ibunya boleh berada di belah dalam sedangkan dia telah lari jauh meninggalkan ibunya tadi.

    Pintu itu terkuak dengan sendirinya. Naim seolah-olah disedut masuk ke dalam bilik itu. Pintu itu tertutup rapat kembali usai budak itu disedut masuk ke dalam bilik itu.

    Seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Tiada langsung bunyi yang kedengaran. Pengawal-pengawal keselamatan, ibu-bapa yang sibuk dengan aktiviti membeli belah, dan anak-anak kecil yang pada mulanya menangis serta merenggek kini tiada. Semuanya menjadi kosong.

    Adakah pintu itu menyimpan rahsia yang lain?

    Adakah itu salah satu daripada elemen Tujuh Pintu?

    Argono? Kampung Alor? Bungkam habis di mindaku sekarang. Oh Ahmad Rusydi… Helaku sambil menghembuskan beberapa asap yang beracun hasil daripada pembakaran sebatang rokok keluaran British Tobacco.

    Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri dari saya. Sekian, terima kasih.

    Reply
  3. https://chat.whatsapp.com/8svNbGtJUwOH1MooR2i99Z
    *Rules Group*
    ?Hormat admin
    ?Admin hanya 3 orang(Kalau nk jd admin boleh PM mna² admin dlm group ni)
    ?Boleh share cerita seram kat group ni
    ?Hormat azan tunaikan kewajipan dulu
    ?Peminat cerita seram sila join
    ?Jgn ckap bnda mengarut *a.k.a.* bnda lucah (kalau tak auto-kick)
    *p/s:kalau tak nak join pun tolong share

    Reply
    • Admin pasaraya psg mentera utk lariskan jualan tapi yg blh dgr cuma kanak2. Tp endingnya pun sy krg fhm. Air minum free kt kaunter byrn tu utk pulihkan kanak2 yg dpt dgr mentera tu ka? Apsal ada guards yg halang jln keluar? Does that mean naim & mum would be killed?

      Reply
      • Air tu tujuannye utk meneutralkan memori si anak dan ibu terutamanya supaya perkara tu tak didedahkan atau disebarkan pada org lain…

        Reply
        • Dah dua kali baca perihal shopping complex guna mandrem ni.
          Tujoploh kali gak kena fikir before nak pegi shopping.
          Agaknya itulah sebab kena baca doa sebelum masuk kedai/shopping complex.

          Reply
  4. Ahmad Rusydi, saya memang menantikan cerita-cerita dari anda.
    Terima kasih.
    Saya harap anda setia menulis lagi di sini (Fiksyen Shasha).
    Salam Ramadhan al-Mubarak.

    Reply
  5. aku punya ending:

    Si ibu berasa amat takut. Naim dengan yg lemah seraya berkata kepada ibunya “Ibu. Jom ikut Naim. Relakan tubuh ibu untuk…”

    “Naim! Cukup! Ibu takut!” balas si ibu dan tiba-tiba kesemua lampu di dalam pasaraya itu terpadam! Suasana yang agak bising tadi tenggelam dek kegelapan yang tak diundang.

    Bertambahlah ketakutan si ibu ketika itu. “Naim! Mana kau nak?! Tolong pegang tangan ibu! Ibu tak nak apa-apa berlaku kat Naim!”

    “Ibu!!!!! Tolong Naim!! Naim rasa ada pisau nak potong kepala Naim. Sakit bu!!!…”

    “Sakit sangat.. arghhh…” suara Naim yg agak sayu itu terus hilang perlahan-lahan..

    “Naim!!!!” Si ibu yg ketakutan itu menjerit bagai nak roboh pasaraya tersebut. Suasana sepi dan gelap tadi akhirnya berakhir. Kesemua lampu pasaraya tersebut telah hidup diiringi dengan nyanyian…

    “Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi Puan Rosma! Selamat hari jadi! Yayyyyy! nyanyian para pekerja dan pelanggan di dalam pasaraya tersebut membuat Puan Rosma bertambah terkejut!

    “Okay semua. Sempena hari jadi Puan Rosma hari ini, kami menyediakan minuman free di kaunter cashier dgn cawan plastik percuma! Semoga bergembira” jerit pengawal keselamatan itu dengan gembira kerana berjaya memberi kejutan hari jadi kepada Si ibu.

    Usai itu si ibu dgn niat hendak mencari Naim terus memusingkan badan nya untuk mencari anak emasnya itu. Baru sahaja kepala nya berpaling

    *kpapppp!*
    Pandangan si ibu kabur. Namun si ibu dapat melihat sosok anaknya yang kelihatan tersenyum lebar bak joker

    “Selamat hari jadi ibu!!!!!”

    Rupa-rupanya Naim telah membaling sebiji kek tepat ke arah muka ibunya. Si ibu mengelap matanya yang terkena kek tersebut lantas mendapatkan anak nya yang nakal itu. Dalam hatinya dia bermonolog..

    “babi punya anak. dah la kena surprise mcm haramjadah bleh plak dia tepek kek kat muka aku. cibai anjing sial noob putang ina ”

    -tamat-

    Reply
    • xde edit or pikir byk kali. org pro terus comment ni. yg nak basher aku tu, ko yg xde life tu asyik nak basher aku igt aku nak basher ko balik eh cb? plz NINGGAL BIN SILA ty noob putangina

      ok btw esok skolah homework physic x siap lgi fuck

      Reply
      • bersungguh bebenor mengomen siap bagi ending sendiri, siap letak disclaimer x edit x pikir la bagai. hahahaha. poyo habis. bdk sekolah lg ye. gaya biadap disrespectful acah2 bagus mcm dh umur 89 tahun. sian ko dik. kat rumah tak cukup kasih sayang ke? mcm jenis2 si Ramadhan Sinclair je ko ni. semoga SPM ko melingkup dik. bye2.

        Reply
  6. alahh main pintu2 pulak. kebetulan baru2 ni main game genre misteri. 9hours9persons9doors.
    and the mind-boggling continues.. jengjengjeng

    Reply

Leave a Comment