Syarat
Lima hari sebelum tarikh sepatutnya Salmah melahirkan anak pertamanya.
“Hello, abang! Mah terjatuh bang! Perut Mah terhantuk bucu meja! Banyak darah keluar ni! Mah takut… takut gugur!” Kedengaran raungan Salmah dari hujung talian.
Adam tergamam. Sejak dari pagi tadi dia rasa tidak sedap hati. Senyuman Salmah kepadanya sebelum dia berangkat ke tempat kerja tadi dirasakannya cukup lain.
“Mah…. tunggu Mah! Abang balik sekarang!”
Salmah memutuskan talian.
Dia bangkit dari kerusinya. Dengan senyuman halus terukir pada wajahnya, Salmah mengusap lembut perutnya yang sedang sarat. Langsung tidak kelihatan sebarang kesan darah. Langkahnya dihayun perlahan menuju ke arah dapur. Dibukanya laci paling atas lalu dikeluarkannya seketul batu lesung.
“Aku setuju dengan syarat kau,” kata Salmah tenang ke arah bucu siling dapurnya.
Tangannya diangkat tinggi. Dengan satu hembusan nafas, dia menghayun laju batu lesung tadi ke atas perutnya.
Enam bulan sebelumnya…
“Abang, nanti kalau baby kita dah lahir, kalau baby girl kita nak letak nama apa?” Tanya Salmah sambil mengusap lembut perutnya yang masih kecil. Bantal di belakang kepalanya sengaja Adam tinggikan.
“Eh, pandai-pandai jer baby girl ya?” Adam tersengih menarik selimut. “Naluri abang kuat kata baby boy.”
“Ah, tak kisahlah bang. Asalkan sihat, kan?” Salmah memejamkan matanya. Saat doktor menyampaikan berita itu petang tadi dirasakan Salmah bagai saat paling bahagia dalam hidupnya.
Adam mengangguk mengiyakan. Dahi Salmah dikucupnya lembut.
Tiga bulan kemudian…
Kini kandungan Salmah sudah masuk bulan keenam. Dia sedang duduk di bucu meja makan. Lauk yang dihidangnya sejak jam enam tadi sudah sejuk berkeladak. Salmah menjeling jam. Waktu isyak sudah berlalu sejam yang lepas. Di dalam hatinya, Salmah rasa cukup bersalah apabila mengenangkan pertengkaran yang berlaku antara dia dengan Adam semalam.
Ya, memang semalam Adam balik ke rumah dengan bauan minyak wangi wanita harum semerbak pada baju kemeja yang dipakainya. Tapi mungkin betul apa yang Adam katakan. Dia sekadar tersilap menyembur minyak wangi wanita yang tergeletak di atas pantri pejabat. Mungkin Salmah yang terlalu bersangka buruk.
Pagi tadi pun Adam melangkah keluar dari rumah tanpa sepatah kata, apatah lagi kucupan di dahi seperti biasanya. Dia harus hubungi Adam, menawarkan kata maaf. Salmah mencapai telefon bimbitnya. Tengannya galak mencari nama Adam lalu icon memanggil ditekan. Panggilan tidak disambung… Sekali lagi dia mengerling ke arah jam. Entah kenapa nalurinya kuat mengatakan bahawa Adam ada di rumah Haris, rakan sepejabatnya. Salmah tekan nama Haris pula. Kedengaran nada deringan buat beberapa saat, kemudian panggilannya disambut.
“Hello? Hello? Salmah?” Kedengaran suara Adam disebalik bunyi bingit dentuman bass muzik. Salmah terdiam.
“Haris… sorry, Adam ada dengan kau ke?”
“Ah, ya, ya… Adam ada dekat rumah aku ni. Dia tengah tidur,” jawab Adam yakin. Bunyi dentuman muzik semakin meredam hilang. “Hello? Mah?”
“Tak apalah… bye,” Salmah memutuskan talian. Dia duduk sejenak merenung pinggan berisi nasi yang semakin mengeras sejuk. Perlahan-lahan sambil memegang perut dia mengangkat pinggan-pinggan makanan tidak berjamah tadi lalu dibawanya ke singki. Belum sempat sampai ke singki, kakinya tersadung pengalas lantai. Bersepai jatuh pinggan-pinggan di dalam tangannya ke atas lantai. Mujur saja dia tidak terjatuh. Perutnya dipegang kemas. Salmah membongkok duduk. Satu-persatu tempe goreng kegemaran Adam dikutipnya dengan deraian air mata.
Malam itu Salmah tidur seorang diri. Katilnya terasa luar biasa besarnya tanpa tubuh Adam di atasnya. Salmah mencapai bantal dari tempat tidur Adam lalu dilapiskan ke belakang kepalanya. Dicapainya satu lagi bantal dari tempat Adam lalu diciumnya puas-puas, melepas rindu. Dia tahu, parasnya kini sudah tidak secantik dulu. Anugerah tuhan yang dibawa di dalam perutnya memakan keindahan peri rupanya. Mungkin itu dapat menerangkan mengapa Adam kini sentiasa bersikap dingin terhadap dirinya. Mungkin itu juga sebabnya Adam kini memandang jijik apabila dia cuba bermanja-manja. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi Salmah membenamkan wajahnya di atas bantal Adam. Malam itu dia meraung seorang diri.
Raungan Salmah tiba-tiba disambut dari arah dapur. Salmah tergamam. Mustahil! Dia berseorangan di dalam rumah. Dadanya terasa sakit menahan degupan jantungnya sendiri. Dia mengerling ke arah tombol pintu bilik. Berkunci. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil, melangkah ke arah meja solek. Dicapainya telefon bimbitnya dari atas meja itu. Dengan tangan terketar-ketar dia mendial nombor Adam. Terasa luar biasa lamanya menanti bunyi deringan dari sebelah sana. Namun, sama seperti tadi. Panggil tidak disambung. Baru sahaja dia hendak mendial nombor Haris, tiba-tiba tombol pintu biliknya dipulas, namun tersekat. Pulasan pada tombol itu semakin deras. Semakin liar.
“Siapa?!” Jerit Salmah tidak keruan. “Abang? Abang ke tu?!”
Pulasan pada tombol terhenti mendadak. Sesaat kemudian, kedengaran pintu itu diketuk lembut. Salmah berkira-kira sebelum melangkah ke arah pintu. Dia mendekatkan wajahnya pada daun pintu itu.
“Abang?”
“Salmah…” kedengaran suara Adam dari balik pintu. “Buka pintu…” pinta suara itu. Namun entah kenapa suara dari balik pintu kedengaran janggal tidak bernada. Seakan-akan dilafazkan tanpa perasaan.
“Abang…” otak Salmah ligat berfikir. “Abang… bagi salam, bang,” pintanya takut-takut. Ketukan pada pintu terhenti. “Abang?”
“Salmah… buka pintu…”
“Abang… bagi salam bang. Tolong bang…”
“Salmah… buka pintu…”
Ketukan pada pintu kembali, namun kini semakin deras. Semakin lama semakin kuat, bagai hendak meruntuhkan pintu itu. Salmah mengundur ke katil. Matanya dipejamkan. Mulutnya terkumat-kamit membaca apa sahaja ayat suci yang terlintas di dalam benaknya. Tangannya meramas bucu tilam tanpa sedar.
“Salmah… buka pintu…”
“Pergi!” Tempelak Salmah. “Tolonglah! Pergi!”
Perlahan-lahan bunyi ketukan pada pintu beransur-ansur hilang. Salmah langsung tidak berani untuk mengeluarkan suara. Segala derianya ditumpukan ke arah pintu itu. Tubuhnya bagaikan dipaku ke atas katil. Menanti. Suasana berubah menjadi sunyi. Terlalu sunyi jika tidak kerana deruan angin tiba-tiba yang datang dari arah tingkap biliknya. Pandangannya beralih ke tingkap. Dia tidak ingat bila masanya dia buka tingkap itu.
Dengan satu deruan kasar, langsir tingkap biliknya itu berkibar liar, mendedahkan lohong tingkap yang terbuka luas. Di luar tingkap itu, sesusuk tubuh berlendir tidak berwajah sedang merenung Salmah. Dengan satu tujahan kasar meredah tingkap, susuk tubuh itu kini berdiri di dalam bilik. Salmah rebah tidak sedarkan diri.
Keesokan paginya, Salmah terjaga dengan kepala yang terngiang bingung. Di terbaring di atas lantai sebelah katil. Matanya terus menjeling ke arah tingkap yang terbuka. Hari sudah cerah. Perlahan-lahan Salmah bangkit sambil memegang perut. Katilnya masih kosong. Pintu biliknya pula masih berkunci. Adam tidak pulang semalam. Itu perkara pertama yang singgah ke dalam benaknya.
“Salmah,” panggil satu suara dari sebelah meja soleknya. “Kau sayang suami kau?”
Malam itu Adam pulang tepat jam lapan. Dilihatnya Salmah sedang duduk menyisir rambut di hadapan meja solek. Sebalik terlihat bayangan Adam dari cermin di hadapannya, Salmah tersenyum manja. Adam terpegun melihat Salmah yang kelihatan luar biasa cantiknya. Perlahan-lahan Salmah bangun sambil memegang perutnya yang masih berbonjol di sebalik baju kebaya yang dipakainya, namun terbentuk cantik.
“Lambat abang balik?” Salmah berjalan perlahan pergi mendapatkan Adam.
“Ah, ada… ada meeting tadi. Semalam… maaf, semalam abang tertidur dekat rumah Haris,” jawab Adam tersekat-sekat. Dadanya bergetar memandang keindahan wajah dan tubuh Salmah. Salmah memegang lembut lengan Adam lalu menariknya duduk di sisi katil.
“Tak apa, bang. Mah faham. Mesti abang letih, kan? Mari Mah urutkan.”
Malam itu Salmah berasa cukup bahagia di samping Adam. Sepanjang Adam berumahtangga, dia juga tidak pernah berasa sebahagia itu. Seakan-akan ada satu daya baharu yang membuatkan jiwa dan raga mereka disulam menjadi satu.
Salmah meletakkan kepalanya di atas dada Adam. Jari-jemarinya bermain-main di atas dada suaminya itu.
“Abang, kalau baby kita ni tiba-tiba hilang, abang masih sayang Mah tak?” Tanya Salmah lembut, membuatkan Adam tersentak bangkit. Salah mengangkat kepalanya, merenung Adam.
“Apa Mah cakap ni?! Kenapa cakap macam tu?” Adam memegang lembut perut Salmah. Salmah tertawa manja.
“Ada lagilah, bang,” Salmah menggeleng perlahan. “Mah tanya jer. Jawablah.”
Adam menghembus nafas lega. Belakang badannya disandarkan pada kepala katil. Salmah masih memandang suaminya, menantikan jawapan.
“Abang akan sayang Mah lagi tak?”
“Sayanglah…” Adam menjawab lambat. Salmah tersenyum senang.
“Mah minta maaf sebab tak jaga penampilan Mah untuk abang. Mah janji, Mah akan cantik sampai tua.”
Adam tergelak memejam mata. “Mana ada orang boleh cantik sampai tua, Mah.”
“Tapi kalau Mah cantik sampai bila-bila, mesti abang takkan tinggalkan Mah lagi, kan?” Tanya Salmah bersungguh-sungguh penuh berharap. Adam sekadar mengangguk mengiyakan. Matanya terasa berat. Salmah meletakkan semula kepalanya di atas dada Adam. Mereka terlelap dalam keadaan begitu sehingga ke pagi.
Sepuluh hari sebelum tarikh sepatutnya Salmah melahirkan anak pertamanya.
Salmah mengetap lembut bibir munggilnya yang baru dilapis gincu. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Sebentar lagi pasti Adam akan pulang.
Walaupun kandungnya semakin membesar, namun tubuh Salmah kelihatan seramping anak dari jika tidak kerana bonjolan pada perutnya. Dia tersenyum seorang diri menatap keindahan rupa parasnya di dalam cermin. Di belakangnya, sesusuk tubuh putih berlendir sedang berdiri memerhatikannya.
“Bahagia, Salmah?” Tanya makhluk itu. Salmah mengangguk sambil menjeling manja ke arah makhluk itu. “Kau sudah buat keputusan?”
“Ah, tunggu sajalah. Kau beri aku masa empat atau lima hari lagi. Nanti aku beritahu.”
“Kau ingat syaratnya, kan?” Tanya makhluk itu lagi. Tanpa sedar, Salmah menyentuh perutnya. Kemudian dia mengerling ke arah bingkai gambar kecil yang memaparkan wajah Adam yang sedang tersenyum kacak memandangnya.
“Ya, aku ingat syaratnya. Kau pergilah ke tempat tinggal kau! Jangan tanya aku macam-macam.” Marah Salmah. Makhluk itu diam sejenak, kemudian berlalu pergi.
Terdengar bunyi pintu hadapan rumah itu terkuak.
“Mah, abang dah balik ni. Jom kita pergi makan!”
“Ya, bang!” Salmah melangkah terhenjut-henjut keluar dari biliknya, pergi mendapatkan Adam. Adam tersengih lebar memandang Salmah. “Jom,” ajak Salmah sambil merapikan rambutnya.
Sebelum melangkah keluar, sempat Salmah menjeling ke arah bucu siling dapur, di mana makhluk berlendir itu sedang memandang tajam ke arah perutnya.
-Tamat-
Maaf kawan-kawan, cerita ni tak ada sambungan. Habis di sini sahaja. Kalian boleh buat kesimpulan sendiri, kan? Terima kasih kerana membaca. Jika sudi, boleh follow page penulisan saya di fb: Lipurlara Kampung Alor.
Jika berminat untuk baca kisah-kisah lain dari saya, boleh search Tujuh Pintu dan Diari Siti.
Assalam.
Kongsi kisah anda:Â http://fiksyenshasha.com/submit
4/10
takde nama lain ke.
ALAH…selalu mcm tu la…. next
X puas baca.. nak tau jugak ape ke PD baby tu, samaada mati @ hilang. Mcm mana pulak reaksi suami dye ble baby x de. N moral of the story x de.. sorry. Ni ape yg sy rasa je. Lain org lain pendapat kan?
Betoolll…
Nak tau gak semasa dan selepas kejadian die menggugurkan baby tu…
Ape akibat dan kesannye…
Xkan so berlendir tu dh berpuashati dgn korban baby sorg tu jer…
Klu kate kekal cantik sampai tua mesti akan ade lg habuan lain yg jd taruhan…
Adeeeehhh…spoil mood akk dik…
Penulis yg selalu buat pengakhiran tergantung. Cerita mcm tak sudah.
abiskan la cerita..gantung macam ni x brapa nak best..feel dia mcm tgh naik rollercoaster tapi rollercoaster x jalan sampai abis…aku kalau buat kesimpulan cerita biasanya aku matikan semua watak..aaa kan x molek tu.. apa2 pun cerita #AhmadRusydi terbaik..
Semua nak share page memasing. Post la sini , senang.
kenapa tak habiskan cerita nie.. kalau buat kesimpulan sendiri baik tak perlu post cerita nie..
Bila dah femes bajet hot plak buat cerita tergantung.hmmmmm
admin jangan post cerita yang takde penghujungnyaa. kecewa !
Dengan rendah hati saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pembaca atas kesilapan saya menulis cerita yang tiada kesudahan.
InshaAllah selepas ni saya akan tulis cerita yang ada kesudahan.
Apa pun, terima kasih atas kritikan anda. Termasuk juga juri-juri FS yang komited memberikan markah kepada penulis-penulis.
Anda membantu kami perbaiki diri penulisan.
Sekali lagi saya mohon maaf. Harap anda semua maafkan kesilapan saya ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semuanya.
Lain plk pandangan saya. biasanya cerita/filem yg tergantung pengakhirannya lebih mengujakan. Pembaca /penonton bebas buat andaian masing2. Well done, AR.
Sambung la yg ni. Nk tau pengakhirannye. X suke cerita tergantung cmni.
X suka buat kesimpulan sendiri. Share la sambungannye sampai habis. 1 lagi, sambung cerita cermin plss.. Nk tau dtg dr mana cermin tu, kenapa cermin tu telan org, kenapa org buta tu letak cermin tu dlm rumah tu sedangkan dia buta, mana perginye org buta tu, mcm mana akak tu tahu pasal cermin tu telan org n kenapa dia x bg alih tempat cermin tu ape semua. Jalan cerita best n buat kita ase cm berada kt tmpt tu n bley bayangkn situasinye tp byk persoalan x terjawab. Cuba dah fikir tp saye punye imaginasi x sampai. Time sekolah dlu bila jawab soalan kbkk mesti melalut.
Bro, sorry to say.
Kena faham tekak pembaca melayu.
Semua nak disuap.
Lagi dramatis macam drama melayu pukul 7 lagi diorang suka.
Cerita berkualiti macam ni korang kondem.
Cerita melalut korang suka.
Aku pun tak faham
Atleast ada penyudahnya dah cukup.
Yg baca story ni semua tekak melayu yg ko cakapkan tu la. Takde dorang, sape lagi nk baca?
Kalo paham tekak melayu mcm ko maksudkan, better suap dorang mcm yg dorang nak. Sebabnya, utk pembacaan dorang jgk kan?
Kita memang tak bole nak puaskan hati semua org, tapi sekurangnya kita cuba buat mcm yg orang selalu nak.
Cth mudah, mcm filem ahmad idham dibandingkan dgn filem abg long fadil. Yg kutipan abg long fadil lagi meletop. Sebab apa? Sebab memenuhi citarasa masa kini dan selera tekak melayu yg mahukan filem2 aksi komedi.
Berbalik pada story ni, sangat2 okay. Penulis memang berbakat. Cuma tergantung dan byk persoalan tercetus. Lama2 pembaca pun stress, asyik tergantung je.
Rasanya penulis pun dlm planning buat novel, lagi gempak. Nak jual novel plak akan berbalik pada situasi filem abg long fadil tadi. Kalo tak memenuhi citarasa pembaca, sape nak beli?
Bodoh, jangan nak samakan kes ahmad idham ke fattah amin ke kat sini la ngok.
Jelas cerita kat atas tu ada endingnya cuma penulis nak sedikit twist biarkan pembaca tentukan pengakhiran sebenar.
Tak pandai baca ke? Tak reti tafsir ke?
Salmah buat perjanjian dengan jin tu untuk dia kekal lawa.dan harus memilih sama ada nak cantik atau anak.
Salmah pilih cantik le bangang. Sebab tu dia hempuk batu lesung kat perut dia.
Yang tanya apa jadi kat baby dalam perut tu. Dah dihempuknya dek batu lesung mesti la mati kandungan dia.
Itulah endingnya. Salmah memilih kecantikan dan mengorbankan anugerah Allah.
Tu pun ko tak reti nak tafsir ke culake?
Tak payah nak selitkan cerita ahmad idham la kat sini.
Dah. salam.
???
Explanation paling low class. Ingat, 1 jari tuding bodoh dekat orang, 9 jari tuding bodoh dekat diri sendiri. Nak explain pun biarlah beradap. Mcm ni ke cara nak buat org paham? No wonder la.
Again, low class.
Cara macam ni ja ngam dengan orang angkuh macam kau ni rumorss.bajet bagus..aku sokong 4narnia.peace
best je aku baca cerita ni.
Best. Wpn hadam btl2, apa yg terjadi sebelumnya..keep it up bro.
macam mn nak tahu ending kalo cerita awal tu pun x sampai
Alamak, kecewanya bila ending kena buat kesimpulan sendiri. buat pengetahuan AhmadRusydi, saya dah lama tak bukak FS. first thing saya buat bila bukak page ni adelah search #AhmadRusydi. bila nampak ada cerita baru excited saya baca. saya tak gelojoh terus scroll sampai habis cerita utk tahu cerita ni ada sambungan atau tidak malah saya baca dari mula dan menghayatinya mcm cerita2 AhmadRusydi yg lain. cerita yg bagi saya paling terbaik dalam FS. tapi utk post kalini, maaf. saya kecewa teramat sangat dan dah tawar hati utk ikut post AhmadRusydi yg seterusnya. maaf dan terima kasih AhmadRusydi..
Rasanya story 7 pintu tu pun mula2 mcm tergantung. Sebab dia penah bagitau takde sambungan. Tup2 dia sambung. Entah, kejap mcm tu kejap mcm ni. Sebenarnya penulis ni memang ada talent. Cuma pembaca terpinga2.
Betul sangat. terpinga2 dibuatnya terkebil2 mata bila baca endingnya kena simpul sendiri. penulis kena faham, bukan budak remaja shj yg membaca yg dapat simpulkan cerita dgn sendirinya. mak2 budak mcm akak ni pun pembaca setia disini. banyak lg benda akk nk fikir dik. niat baca cerita awk pun utk nk menghiburkan hati. daripada nak perah otak memikirkan kesimpulan sendiri lebih baik akk fikirkan ank akk..
Tak payah nak kritik pasal ending, hak penulis. Tak suka takpe tak kene bayar pun bace cerita2 yang dipublish. Bagi pendapat ayat elok-elok kan lebih manis.
Carian pertama tentunya #AhmadRusydi. Suka penulisan darinya. Penuh mistik. TAHNIAH AR!! Saya dah like page Lipurlara Kampung Alor
Maaflah sy bukan nk kritik… tapi bila org kata penulisan AR ni best, sy trs search.. tp, kebanyakkan ceritanya memerlukan kita pikir sendiri ending dia apa… kan bgs kalau abiskan cerita spy org tak tertanya2.. cerita mmg dh best… tp, sentiasa xde ending… maaf sekadar meluah pendapat…
hahahah…. aku baru baca cerita ni… sorry baru berjinak2 dengan cerita2 dalam FS ni, btw cerita dari karya AS ni semuanya best, aku x sure dia ni still active writing or not..ye la last update tahun 2018 kan… mb dah jadi penulis novel yg femes, untuk comment2 dari pembaca2 tegar FS yang lama aku faham pe kehendak korang dan dapat aku simpulkan, ye la kalau selalu di hidangkan dengan air sirap je hari2.. jemu jugak kan?.. sekali sekala nak la jugak minum air milo… sekarang ni yang mana2 penulis2 cerita yang best2 banyak yang dah buat page sendiri, fb sendiri dan kurang publish korang punya karya dala FS ni, kesian kat kami para pembaca yang menanti… yup still boleh baca korang punya karya dalam fb and blog.. tp untuk aku pages fs ni je yang mampu aku baca kat office,… if x ad fs nie.. terlelap la aku kat kaunter bank ni sorang2.. nk pegang phone x boleh… all pages kena block…. TT