Hai semua. Nama saya Gaya, perempuan dan beragama hindu. FS merupakan sesuatu yang baru bagi saya sebagai penulis, tetapi tidak sebagai pembaca. Kira saya ni pembaca tegar juga la. Sampaikan baca secara curi-curi semasa berada di pejabat.
Kisah-kisah yang dikongsi di sini membuatkan semangat saya berkobar-kobar nak kongsi beberapa pengalaman seram bagi saya. Ikutilah pengalaman sebenar yang pernah saya alami sepanjang hidup saya di alam maya ini.
Kisah ni berlaku sekitar tahun 2010, semasa saya berusia 20 tahun dan sedang belajar di sebuah kolej swasta di Kota Damansara. Hostel saya adalah sebuah kondo mewah yang mempunyai 3 bilik dan hanya berada di belakang bangunan kolej saya. Sebenarnya kawasan ni merupakan area yang baru dibina/dibangunkan. Kolej itu pun kolej baru dan kami adalah βpioneerβ batch.
Alah, kolej ni dekat je dengan Kolej Segi Kota Damansara. Cerita ni melibatkan saya sendiri dan kawan-kawan saya yang bernama Veen, Itha, Dena dan Mahisha. Alkisahnya, kami merancang untuk meraikan hari jadi Veen pada malam tu tanpa pengetahuan dia. Yang lain sudah pun berkumpul di taman yang berada di tingkat 16, menyediakan apa yang patut. Saya ditugaskan untuk membawa Veen ke tempat tersebut. Itha telah pun menelefon Veen dan mengatakan bahawa dia menghadapi masalah dan berada di taman yang dikatakan tadi. Jadi kerja saya hanyalah membawa Veen ke situ.
Kami menaiki lif sampai tingkat 15 sebab dari situ hanya boleh menaiki tangga untuk ke taman di tingkat 16 tu. Sesampai saja di lorong untuk ke taman tersebut, saya menutup mata Veen dengan menggunakan sehelai kain hitam. Dia yang berasa pelik terus menanyakan sebab dan saya memberitahunya dengan nada yang serius,
βada something laaβ¦omg..you donβt want to see thisβ¦β. Muka Veen berubah menjadi risau, akan tetapi dia tetap bertanya sebab saya menutup matanya dengan kain.
Saya membawanya melalui lorong tu sambil menjawab βsabar la Veen, ko tolong jangan terfikir pun nak buka ikatan mata tu,nanti ko menyesalβ sambil tergelak-gelak.
Terus Veen diam. Tiba-tiba saya terasa seperti ada orang sedang berjalan di belakang kami. Lampu di lorong tu hanyalah lampu bulat yang kuning tu. Memang malap kalau dibandingkan dengan lampu fluroscent. Balik kepada cerita, saya pusing ke belakang untuk melihat siapa yang mengikut kami, ingatkan Mahisha yang nak buat kejutan dalam kejutan (paham tak ayat tu..hehe), tapi tidak.
Tak ada sesiapa di belakang kami. Saya terus diam dan bawa Veen secepat mungkin. Sesampai saja di taman tu, semua kawan-kawan termasuk saya berdiri betul-betul di hadapan Veen untuk mengejutkan dia. Perasaan gusar dan takut tadi saya buang jauh-jauh. Saya membuka ikatan mata Veen dan kami menjerit kuat-kuat, menyebabkan Veen juaga terjerit-jerit ketakutan. Setelah tu Itha muncul dengan membawa sebiji kek dan kami meraikan hari jadi Veen dengan agak βliarβ. Menjerit-jerit, ketawa tak ingat dunia tanpa mengetahui bahawa ada yang memerhatikan kami dengan perasaan marah.
Seusai tu, kami masuk ke rumah masing dan tertidur akibat keletihan. Itha, Mahisha dan saya merupakan sama rumah, manakala Veen dan Dena pula sama rumah. Keesokannya kami bangun dan menjalankan rutin seperti biasa sehinggalah malam tu kami bercadang untuk mengulang kaji untuk semester exam yang bakal dihadapi. Kami memilih rumah Veen dan Dena untuk study bersama-sama. Kami berkumpul pukul 10mlm dan mula study tanpa sebarang gangguan. Dalam pukul 1245malam tu, Itha bergegas ke tandas dan sejurus keluar dari tandas, dia berkata yang dia akan naik ke rumah kami untuk memakai pad.
Hmmm patutlah, berjalan ke tandas macam apa je. Balik kepada cerita, tak sampai 2 minit, Itha berlari masuk ke dalam rumah sambil menangis. Kami terus mendapatkan dia dan bertanya kenapa dia lari macam tak cukup tanah, dah tu menangis pula. Dia tidak menceritakan apa yang berlaku sebaliknya meminta pad dari Dena.
Tahulah kami bahawa dia tidak sempat ke rumah dan ada sesuatu yang berlaku dalam perjalanan ke rumah Itha dan saya. Itha menceritakan semasa dia hendak menaiki tangga (memandangkan rumah kami hanya setingkat atas) dia ternampak seperti ada perempuan berpakaian lusuh, kepalanya tunduk je dengan rambut berjuntai sampai ke lantai, maka mukanya memang tak nampak.
Kami terdiam, tetapi memujuk Itha untuk bersabar. Kami mula fokus pada revision kami dan mangambil keputusan untuk tidur beramai-ramai di ruang tamu rumah Veen dan Dena dalam pukul 2pg. Sedang kami nyenyak tidur, tiba-tiba Mahisha menjerit-jerit sambil kaki dan tangannya memukul dan menendang kami, manakala matanya masih tutup. Kami segera memanggil nama Mahisha dengan kuat. Mukanya seperti terkejut dan mula bangun terpisat-pisat dari βtidurnyaβ.
Apabila kami bertanya mengenai kelakuannya sebentar tadi, dia menafikan dan mula menangis ketakutan apabila kami menunjukkan kesan pukulan di anggota badan kami.
Jam berganti hari, hari berganti minggu. Sudah dua minggu kami mengalami gangguan yang boleh dikatakan hampir setiap hari dan semester exam telah kami harungi dengan pelbagai dugaan dan gangguan. Ke mana sahaja kami membawa diri untuk mencari ketenangan, βdiaβ pasti muncul.
Hanya Itha dan saya sahaja boleh nampak βdiaβ, manakala yang lain mengalami gangguan sahaja. Bagi Itha dan saya, kelebihan βthird eyeβ dalam pengalaman kami ini sangat hebat dugaannya, kerana cara βdiaβ menakutkan kami adalah dengan menunjukkan dirinya dengan kawan-kawan kami dan menunjukkan βaksiβ seperti mengancam keselamatan mereka. Kami tidak dapat memberitahu kawan-kawan kami tentang keberadaan βdiaβ di sebelah mereka kerana ini akan lebih menakutkan mereka yang sudah sedia hidup dalam ketakutan. Itha dan saya terpaksa berani dalam ketakutan demi kawan-kawan kami.
Rumah Veen dan Dena mempunyai patung berhala di rumah (hostel) mereka, jadi kami akan sembahyang setiap pagi dan petang di situ. Semasa sembahyang, rumah kami akan kelihatan seperti kami tidak mempunyai sebarang gangguan makhluk halus, tetapi tepat sejam selepas sembahyang, gangguan akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Begitu juga jika kami ingin ke kuil. Jika perjalanan kami ke tempat lain selain kuil, Itha dan saya akan nampak entiti itu jauh sedikit dari tempat kami. Jika kami ingin ke kuil, βdiaβ akan memunculkan diri lebih dekat dengan kami. Veen, Dena dan Mahisha akan berasa takut sehingga berdebar-debar dan akan memaksa untuk patah balik ke hostel. Akan tetapi, Itha dan saya akan pujuk malah pernah memarahi untuk tidak tunduk pada βdiaβ.
Pada suatu hari, sejam selepas sembahyang, Veen ke tandas di master bedroom (bilik Veen & Dena). Menurut dia, dia ternampak saya sedang berdiri tegak, menghala ke dinding.
Veen pun menegur saya, βwei buat apa tuβ. Saya pun menjawab dengan βhmm..hm..hmmm..hmmβ (bunyi hm pendek, panjang selang seli).
Veen pun bengang dan keluar dari bilik, terus βapa kena ngan Gaaaβ¦ya?β belum sempat dia menghabiskan katanya, Veen nampak saya sedang menhirup teh di ruang tamu. Saya dengan muka pelik bertanya pada Veen, pada masa itulah Veen ceritakan apa yang dia nampak tu.
Kami semua terdiam. Semua orang ketakutan, termasuklah Itha dan saya. Dalam ketakutan, saya bersuara dengan berani βsudah tiba masa untuk betau kat familyβ.
Semua di situ terkejut kecuali Itha dan saya, hanya menunjukkan muka tenang di sebalik ketakutan. Ketakutan utama Itha dan saya bukanlah disebabkan gangguan, tetapi cara βdiaβ menggangu Veen. Jika sesuatu entiti itu sudah memberanikan diri untuk menjelma seperti manusia yang masih hidup, itu bermakna βdiaβ sudah mula βagresifβ dan perkara itu boleh mengancam kami, baik dari segi keselamatan mahupun dari segi kekentalan mental.
Balik kepada cerita, sejurus sahaja saya berkata yang kami perlu beritahu keluarga masing-masing, terus kami dengar bunyi cakaran dan gegaran pada sliding door yang memisahkan ruang tamu dan balkoni. Terus saya capai telefon bimbit saya dan menghubungi abang ipar saya yang arif dalam hal-hal agama dan sewaktu dengannya. Semasa saya menceritakan semuanya pada abang ipar saya, saya dapat merasakan yang βdiaβ berada betul-betul di tepi saya, belum sempat saya memalingkan kepala saya, Itha menjerit βGaya jangan! Follow your instinct!β.
Saya tidak jadi untuk pandang βdiaβ dan teruskan perbualan saya dengan abang ipar saya. Dan kali ini, saya terdengar bunyi tapak kaki seperti berlari, bukan sahaja di lantai malah di seluruh penjuru rumah itu. Saya menceritakan pada abang ipar saya yang entity itu sedang mengacau saya supaya saya tidak meneruskan perbualan. Abang ipar saya menyuruh kami untuk mengambil lada hitam dan menabur di setiap penjuru rumah.
Saya memberitahunya yang kami tidak mempunyai lada hitam memandangkan kami tidak memasak. Abang ipar menyuruh kami untuk pulang segera (ke rumahnya). Kami segera bertolak dari Kota Damansara ke Hulu Yam keesokan harinya menaiki pengangkutan awam. Bayangkan βdiaβ munculkan diri di dalam LRT dan Komuter, Itha dan saya terpaksa tenangkan diri bukan sahaja demi kawan-kawan tapi demi menjaga air muka masing-masing. Siapa yang akan percaya jika kami ketakutan disebabkan nampak entiti di dalam LRT atau Komuter.
Kami tiba di Hulu Yam dalam jam 3 petang dan malam itu kami diminta hadirkan diri ke kuil persendirian yang dimiliki oleh ayah abang ipar saya. Perjalanan ke kuil itu sangatlah mencabar. Saya yang memandu kereta kakak saya memandangkan abang ipar dan kakak saya telah ke kuil untuk persiapan awal. βDiaβ berdiri di setiap selekoh dan di satu selekoh itu hampir kereta yang kami naiki terbabas. Nasib kami sangat baik, saya dapat mengawal kereta dan kami tiba di kuil dengan selamat.
Di kuil ini, upacara akan diadakan bagi setiap orang yang mempunyai masalah, jadi kami terpaksa menunggu giliran. Sementara menunggu giliran, kami berborak di luar kuil dan kawan abang ipar saya datang memberitahu kami yang abang ipar saya menyuruh kami untuk tunggu di dalam kereta sementara menunggu giliran. Tanpa mengesyaki apa-apa, kami pun menurut dan berjalan kea rah kereta yang diparkir di hujung jalan. Sekali lagi kami bernasib baik, apabila adik bang ipar saya memanggil kami dan memberitahu bahawa giliran kami adalah seterusnya.
Sejurus sampai di perkarangan kuil, abang ipar memarahi saya kerana membawa kawan-kawan berjalan di luar perkarangan kuil. Kami terkejut dan Dena segera menyoal abang ipar saya βbukan abang ke yang suruh kami tunggu di dalam kereta?β. Sekarang giliran abang ipar saya pula untuk menunjukkan muka terkejut. Abang ipar segera menyuruh kami untuk membuat upacara, tidak perlu menunggu lagi, kira kena p****g queue la. Upacara pun dijalankan dengan berjayanya. Semasa upacara dijalankan, lolongan anjing tidak henti-henti kedengaran. Akhirnya, ayah abang ipar saya memberitahu pada kami apa cerita sebenarnya dan kenapa si βdiaβ sangat benci kami sehingga mengganggu ketenteraman kami.
Alkisahnya, si βdiaβ ni seorang budak perempuan, berusia dalam lingkungan 18-20 tahun. Kehidupan βdiaβ tidak pernah tenteram dan gembira seperti budak-budak dalam seusia dengannya. Ini adalah kerana ibunya telah meninggal dunia semasa βdiaβ masih kecil dan ayahnya pula seorang yang sangat tegas di mata dunia dan sangat kejam di dalam rumah.
Ayahnya pernah mencabulinya beberapa kali dengan alasan mendendanya kerana sikapnya/kelakuannya. Akibat tidak tahan, βdiaβ telah m******h diri dengan dengan m******r urat di pergelangan tangannya sambil berdiri melihat dunia luar melalui tingkap biliknya sehingga meninggal dunia. βDiaβ tidak pernah berasa tenang dan sentiasa bersedih atas nasib dirinya yang dilahirkan di keluarga yang sangat kaya tetapi tidak pernah menghargai dirinya. Bagaimana kami menjadi mangsa? Taman yang kami membuat sambutan hari jadi Veen adalah tempat dia meratapi hidupnya yang penuh dengan kesedihan.
Jadi, sambutan kami yang agak liar (gelak ketawa dan menjerit-jerit) bukan sahaja telah mengganggu dirinya tetapi telah mencungkil perasaan dendam dalam dirinya. Kenapa dendam? Sebab pada pandangan entiti itu, hidup kami dipenuhi dengan kegembiraan dan ketenangan yang tidak pernah dirasai olehnya. βDiaβ menggangu kami untuk musnahkan rasa tenang dan gembira dalam hidup kami. Ayah abang ipar saya menyuruh kami untuk sentiasa jaga perlakuan terutamanya jika berada di luar rumah, pada waktu malam. Masalah kami telah diselesaikan oleh ayah abang ipar.
Amaran terakhir dari ayah abang ipar kepada kami masih terngiang-ngiang di telinga saya: βINGAT, KITA BUKAN HIDUP BERSENDIRIAN DI DUNIA INI. KITA TELAH MENAMATKAN SEGALA GANGGUAN DENGAN BANTUAN TUHAN, TETAPI JIKA KAMU SEMUA TIDAK JAGA PERLAKUAN, DIA AKAN KEMBALI..β
>>TAMAT <<<
p/s :
*exam semester itu kami hanya dapat pointer dalam lingkungan 2.5-2.8
* entiti dalam cerita tidak pernah menunjukkan mukanya, hanya tunduk. Ayah abang ipar berkata itu adalah nasib baik kami
* saya memiliki kelebihan βthird eyeβ bermula dari pengalaman ini. Lepas inilah, hijab saya terbuka. Hehe..tak bangga weiβ¦k bye!
*kalau tak suka jangan kutuk, bagi inspirational comments. I sudah lama karang cerita, so BM saya mungkin outdated.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/sub
Hi Gaya, BM awak sangat bagus. Sesuai & molek penggunaan setiap perkataan. Saya senang menghayati cerita & mudah difahami. Seramnyaaa dua minggu kena ganggu sampai tak dapat nk fully perform utk exam.
tq daisy.. a’ah, mmg seram sgt. sem 3 tak dibenarkan celebrate apa2 di luar hostel, lbh2 lagi slps 10pm..
Sedihnye jalan cerita makhluk halus tu…
Sgt tertekan kehidupan die…
kan…tu la, lps tu kena sound hbis2 ngan parents masing2..
Bernanah ar tadah telinga kena lecture…
Hahahhaha…
hahaaha..yes..
Well written, Gaya. Good luck for your study!
makcik gemok, tq.. dh lme x tulis ni sebenarnya.. kolej ditutup sbb managemnt problem. lps tu Gaya dh kluar skrg dh kawen n dh ada 2 org anak π
ayat awak teratur dan senang nak faham. kudos!
tq izzat
Kusyuk baca sampai kawan tegur saya bolr menjerit terkejut
hahaha..
Best jugak cerita u..salute sebab menggunakan bahasa melayu yang orang melayu biasa guna hihi..penceritaan ok,senang faham,ejaan ok..rasa macam seorang kawan bercerita pada i..hihihi tahniah dan teruskan menulis..
tq matrona… mmg suka mengarang.. will keep up
Best dan seram ?
BM awak lebih baik dari BM saya ?. Mesti A1 time SPM. Apapun, semoga awak sentiasa selamat dan tidak diganggu lagi.
hehe..tq…spm percubaab dpt A2..real one dpt 3b je..
Betul tu gaya.. BM awak lebih bagus dari BM saya.. ?? seramnya cerita ni.. ??
ishh x de la wak.. sedang2 je..anyways tq.
good one dear. keep on writing
tq Yan π
Well done Miss Gaya, Penulisan BM you better dari sesetengah penulis disini yang menulis cerita seram, tetapi seakan – akan sedang ber”chatting” bersama – sama teman di “wechat”..
Good luck for your studi Gaya…!!!
tq mr nobody.. haha mcm chatting ye, hmm ok ke x tu? kalo x ok, akan perbaiki. x study dh, skrg 27thn dh kwen ada anak 2 org..
Nice story and writing..keep it up
tq rozzy
tq semua… akan publish lagi…
Good job gaya.. kita kan malaysian dah memang bahasa ibunda kita bahasa melayu so not an issues, in fact better dari orang yang suke tulis shortform ala wechat hehe
Gaya jangan lupa sambung lagi cerita !
OK tq sari
baca kisah awak ni buat saya meremang bulu roma walaupon skrg ni waktu siang ahahahaha… seram giler wooo… lagi2 yg sampai part u nk on call tu… wuishhhhhhhhh tk dpt bayang kalau itu saya… good try π slalu sy malas komen.. ni sy rajin sbb cerita nya mmg real…heheh
tq miss silent π
i just read your experience.its quite interesting ang terryfying too.Did you saw it again???
thank you, ganesh. well, it is terrificking, seriously! after the prayers, i never saw it again.. but that’s only for that particular entity, not for others.. huhu..
till now masih nmpk lagi ke entiti tu gaya
hi niza cantek.. x, gaya x nmpk dh entiti itu lps upacara tu..tapi entiti tu je la yg x nmpk…huhu
Boleh melihat makhluk lain itu bukan kelebihan..try to think out of box…kalu kelebihan pasti semua org inginkannya..am i right?.
Raizzo, you are absolutely right. Tu bukan kelebihan, definitely not. Hmm, but could you explain on what should i think out of box?
BM Gaya lagi bagus dari kita yg melayu?
haish..okok je Fira…terima kasih bagi komen yang positif
oh mcmtu tingkat 16 ade taman eh mcm best je.. BM u okay senang nk faham. Tapi seram gak kene ingtkan pada org lain juga la kisah ni tkot jadi pada dorg juga.. “DIA” tu m**i kat kawasan situ ke? umah dia kat situ ke
tq yana.. “DIA” m**i b***h diri di rumah dia.. so tmpt tu rmh dia n tmpt dia m**i juga
Betul kata ayah abang ipar you.
ya.. saya sedar akan kebenaran itu selepas peristiwa ni..
bgus bm
Thirdeye tu bukan kelebihan. Tu maksudnya u tgh sakit. Frequency penglihatan kamu dah sama dgn frequency alam jin. Segera lah berubat dgn perawat.
absolutely bukan kelebihan. saya x penah anggap ianya satu kelebihan.