Assalamualaikum semua pembaca page cerita seram terbaik di Malaysia. Thanks kepada admin kalau siarkan cerita aku ini. Ini cerita aku yang ketiga selepas ‘Akibat Mengular‘ dan ‘Akibat Ghost Prank‘. Terima kasih kepada semua pembaca yang memberi reaksi positif untuk kedua-dua cerita itu. Ada yang menyambung dengan cerita mereka sendiri di ruangan komen. Kelakar dan mencuit hati. Korang memang ‘superb’!. haha
OK. Sambil minum kopi tengah-tengah malam ni, aku nak bercerita tiga kisah seram aku semasa aku menuntut di Kolej Matrikulasi di sebuah negeri nasi kandar pada suatu masa dahulu. Ya, sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Polimas, aku masuk belajar di KM** dahulu selama satu tahun. Panjang kisah hidup aku ini. haha
Sebagai pendahuluan, di matrikulasi aku ada tiga jurusan iaitu, Hayat (Biologi), Fizik dan Akaun. Aku seorang budak Hayat dan seorang lelaki. Sebenarnya tak ramai budak lelaki Hayat kat Matrik ni dan kalau ada pun kebanyakannya ‘Nerd’ dan membosankan.haha. Tapi beruntungnya menjadi budak hayat adalah anda tidak perlu meng’usha’ budak perempuan kerana budak perempuan yang akan meng’usha’ anda kerana jumlah perempuan yang sangat ramai dan ‘competitionnya’ sedikit. Haha.
Tapi aku bukan seperti budak hayat yang lain, aku jenis yang nakal tapi bukan jahat. Kenakalan aku disokong oleh dua lagi kawan aku Daus dan Acik yang juga budak hayat. Kami sukakan ‘adrenaline rush’ dan suka mencuba melakukan benda yang dilarang oleh pihak Matrikulasi. Ya lah, peraturan di matrikulasi ni agak ketat, hanya boleh ‘outing’ di hujung minggu. Dah rasa macam duduk dalam penjara pun ada haha. Kami ada jugak join dan berkawan dengan budak fizik tetapi hanya untuk bermain bola sepak dan bersukan sahaja. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama kerana kami satu kuliah. Daus dan Acik tinggal di bilik yang sama di aras 3 blok C4. Manakala aku tinggal dengan tiga roommate aku yang lain di aras 2 blok C4. Dua dari roommate aku juga budak hayat dan seorang budak fizik. Daus dan Acik suka melepak di bilik aku kerana pada masa itu kami gemar bermain game ‘PES’ di laptop aku.
Kolej Matrikulasi ini boleh tahan banyak kisah seramnya. Dan yang paling femes adalah hantu Makcik Karipap yang dikatakan memang origin dan berasal cerita itu daripada kolej ini. Tapi entahla..
Kisah Pertama: Galah di atas padang
Di suatu malam yang hening. Jam menunjukkan pukul 12.15 pagi taktala ramai pelajar lain hendak melelapkan mata kerasa esok ada kelas yang amat padat, Daus dan Acik yang masih leka melayan game sedang aku melayan mesej skandal-skandal aku di atas katil. Tergetus di hatiku perasaan bosan.
Aku: Woi, bosan la… takda plan ka malam ni (Plan buat jahat)
Daus: Kau plan la..kitorang ikut je..
Acik: Goallll!!!! (Acik score goal melawan Daus)
Dah teruk Daus kena sayur dengan Acik 5-2. Daus bersuara.
Daus: Dahla… Jom keluar weh. Pegi memana…
Acik: Main bola kat bawah jom. Ajak budak fizik C5.
Aku: Malas la main bola.. nanti pakgad ligan macam haritu. Main pun tak puas. Lagipun dah lewat. Ramai dah tido..
Daus: Wehh. jotter (Kerja rumah) aku belum siap la..
Acik: Alah.. esok kau tiru la sesapa budak tutor kau.. aku pun tak siap lagi..haha
Aku: Weh jom pi astaka kat padang tu. Lepakk barang sejam dua sebelum beradu..
Acik dan Daus bersetuju. Lagipun kami tak pernah lepak di astaka tu memalam buta. Nak try lah juga kan mana tahu best atau tidak. Kami pun bersiap mengambil henfon dan berpakaian gelap untuk melakukan aktiviti terlarang itu. Setelah turun tangga kami pandang sekeliling melihat kelibat motosikal pakgad yang meronda di malam hari. Kami ikut laluan yang tiada lampu jalan dan berjalan merentas padang yang gelap sebelum sampai ke astaka tersebut. Keadaan malam yang sunyi dan sejuk itu memberikan kami ketenangan.
Sesampai kami di astaka tersebut kami pun memanjat ke tingkat paling atas sambil melihat pemandangan ‘highway’ yang terletak betul-betul di sebelah astaka tersebut. Sungguh indah pemandangan malam itu. Sedang kami asyik berbaring dan berborak di atas astaka sambil ditemani lagu Coldplay sambil melihat bintang, kami terdengar bunyi ‘Sreekkk, Srekk, Srekkk..’ seperti orang menyeret sesuatu di atas padang. Kami bangun dari posisi baring dan melihat ke arah padang. Tiada apa yang kami nampak diatas padang yang diterangi cahaya bulan itu.
Daus: Woi, korang dengar tak?…
Aku: Bunyi apa eh?
Tiba-tiba terdengar bunyi ‘Hon’ lori di atas Highway. Terkejut kami semua. berderau darah. Jilakau punya lori.
Acik: Woi jom balik la. dah dekat pukul 2 ni. Ngantok la..
Tiba-tiba bunyi ‘Srekk, Srekk’ itu datang lagi cuma kali ini makin dekat bunyinya. Kami pandang-memandang antara satu sama lain tanpa berkata apa-apa. Perasaan sudah rasa lain macam. Jantung sudah mula berjoget. Peluh bercerau walaupun keadaan malam yang dingin. Tiba-tiba Daus menjunjukkan sesuatu menggunakan bibir dia ke arah padang di tepi astaka.
Aku dan Acik melihat ke arah tersebut. Alangkah terkejut beroknya kami apabila terlihat sesusuk tubuh yang panjang lebih kurang 3 meter, berambut panjang meleret di lantai padang, dan terlihat mulutnya yang rahangnya jatuh ke tanah sedang mengengsot-ngengsot badannya ke arah kami. Tergetus di dalam hati aku ‘Mak aii natang apa panjang macam naga ni!!’..
Tanpa sepatah perkataan Acik meluru lari turun dari astaka dan diikuti oleh aku dan Daus. Kami membuka langkah seribu berlari merentasi padang. Sedang kami berlari melintasi padang itu terdengar jeritan ‘Woi! Woi! hampa nak pi mana??’ Aku toleh ke tepi, terlihat kelibat motosikal pakgad berada lebih kurang 100 meter dari kami sedang mengejar kami. Kami berlari pantas ke bilik aku dan naik ke bilik dan terus mengunci pintu. Tercungap-cungap kami dibuatnya hingga mengejutkan Loh (Chinese) housemate aku yang sedang tidur waktu itu. Tetapi Loh tidak bertanya apa-apa kerana dia sudah masak benar dengan kenakalan kami. Malam tu kami baring berhimpit-himpit di atas katil aku sambil memasang ayat Al-Quran di laptop. Sebelum terlelap, kami sempat bersembang:
Aku: Nasib baik woi. Selamat dari makhluk tu. Pakgad pun tak sempat kejar, kekeke
Daus: Kau boleh gelak lagi Dan..aku dah hilang semangat fikir ‘benda’ tadi tu
Acik: Jangan cerita kat siapa-siapa benda ni..Aku takut benda ni ikut kita balik asrama..
Walaupun waktu itu aku nak terkencing, tetapi aku terpaksa batalkan niatku kerana Daus dan Acik tak berani nak teman aku ke tandas. huhu. Tamatlah kisah pertama.
Kisah Kedua: ‘Pontianak lagi mau ngikut’
Kisah kedua yang aku nak kongsi ini adalah berkait dengan aku, Daus dan Acik juga. Garis masanya adalah diwaktu study week sebelum final exam semester dua. Seperti biasa study week adalah masa dimana semua pelajar bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran last minit sebelum peperiksaan. Dan tidak ketinggalan juga kami bertiga yang berhempas pulas buat study group di bilik aku.
Akibat terlalu gigih study (kononnya), kami berasa lapar. Aku memberi cadangan untuk memasak megi dengan water heater sahaja namun Ariff (satu kuliah dengan kami) yang kebetulannya join study group kami bertiga menyuarakan idea dia yang agak gila. Jam menunjukkan pukul lebih kurang 1 pagi.
Ariff: Woi, jom fly..pi makan kat kedai luaq
Aku: Fly?? hang biaq betoi.. ikot mana? kedai kat mana?
Ariff: Aku pernah fly la ngan housemate aku bebudak fizik. Hampa ja peghakk ingat hampa power..haha
Daus: Woi jom! best ni ‘adrenaline rush’ geng..
Acik: Aku on saja..
Ariff: Ok, aku bawak hampa. Dont worry benda senang.. tapi hampa pi tukar baju gelap-gelap dan sesuai untuk lari dulu. Nanti kita jumpa kat bilik Dan.
Setelah selesai Daus, Acik dan Ariff menukar pakaian mereka, mereka pun tiba di bilik aku. Kami meletakkan henfon kami dalam ‘silent mode’ dan aku memasukkan wallet dalam poket. Ariff menyuruh aku membawa botol air kononnya nak buat-buat nak pergi isi air di mesin ‘RO Water di bawah’. Setelah tiba di mesin ‘RO Water’ kami ‘usha’ keadaan sekeliling. Keadaan tenang dengan tiada pelajar lain lalu lalang dan tiada kelibat warden dan pakgad di sekitar blok asrama. Kami memasang hoodie sweater kami dikepala memulakan perjalanan. Alah zaman tu zaman indie, semua orang ada sweater hoodie.
Ariff membawa kami mengikuti blok-blok akademik kerana laluan itu gelap dan sukar dilihat oleh pakgad yang meronda dengan motosikal. Kami lalu di belakang blok Pentadbiran (Pentad), dan kemudian mengikuti dibelakang Kafeteria D, menembusi Makmal Kimia, seterusnya melalui makmal Biologi. Perasaan ketika itu bercampur baur antara seronok, takut kena tangkap, lapar dan takut jumpa hantu. Kerana pelbagai cerita kami dengar mengenai Makmal Biologi. Kononnya laluan bunian lah. Ada langsuir lah.
Setelah melalui makmal biologi dengan selamat dan tiba di sebatang jalanraya di tepi tasik di sebelah makmal biologi, Ariff check keadaan sekeliling. Dah macam askar kami malam tu buat ‘Black-Ops’.haha . Ariff memberi signal tangan untuk kami ‘cross’ jalanraya itu dengan cepat kerana dari situ kami boleh lihat Security post dengan jelas dan risiko untuk kantoi adalah tinggi. Setelah Ariff lepas ‘cross’ jalanraya itu, kami pula mengikut seorang demi seorang. Akhirnya tiba kami di tasik di dalam kampus ini. Kami berjalan menuju ke pagar yang diperbuat daripada ‘zink’ di tepi tasik itu.
Ariff mengeluarkan handphonenya untuk menyuluh ke arah pagar zink untuk mencari ‘lubang tikus’ tempat orang fly. Tiba-tiba kami terdengar bunyi motosikal. Ya Pakgad sedang meronda! Kami semua baring di atas tanah dengan harapan tidak dilihat. Ariff jumpa lubang yang kecil itu dan dia keluar dahulu melalui lubang tersebut diikuti kami. Perasaan ketika itu amatlah seronok dapat keluar dari ‘penjara’ ni malam-malam buta. Haha.
Di seberang pagar adalah ladang kelapa sawit dan ada juga rumah kongsi pekerja kontrak disebalik pagar itu. Untuk sampai ke warung makan, kami perlu berjalan selama lebih kurang 7 minit didalam ladang kelapa sawit yang gelap itu sampailah kami jumpa sebuah warung di tepi jalan besar di hujung ladang kelapa sawit itu.
Sesampainya di warung itu, rupa-rupanya, ramai lagi group-group pelajar lain yang ada sedang menjamu selera di warung itu. Rupanya bukan kami sahaja yang fly pada malam tu. Budak fizik ada, budak akaun ada haha. Sedikit lega di hati aku kerana kalau kantoi semua kena, bukan aku sorang. Kami pun memesan makanan dan makan dengan rakusnya akibat kelaparan. Kebetulan pula malam tu ada ‘Live’ Chelsea vs Man United di televisyen. Menang besar lah kami malam tu bersorak tengok bola!
Usai perlawanan bolasepak, kami pun mengikut group-group yang lain untuk pulang ke kolej.
Memang ramai, adalah dalam berbelas orang malam tu. Jadi tiada perasaan takut waktu itu untuk melalui ladang kelapa sawit. Setibanya kami di pagar kolej, seorang demi seorang masuk dan lolos melalui pagar itu termasuk aku, Ariff, Daus dan Acik. Dan kemudian kami berempat berjaya cross jalanraya tanpa dikesan. Tetapi alangkah malangnya terdapat beberapa orang yang kantoi semasa mereka cross jalanraya. Pakgad bergegas datang beramai-ramai ke tasik itu. Bertempiaran kami semua lari menyelamatkan diri masing-masing. Kami lari sekuat hati menuju ke asrama.
Tapi sebelum sampai asrama rupanya pakgad dah tunggu di persimpangan jalan asrama untuk tangkap geng-geng yang fly ni. Nasib baik aku ada tinggalkan botol air di mesin RO Water berdekatan Kedai pakcik 4flat tu. Kami buat-buat mengisi air. haha. Datang seorang pakgad menyapa kami:
Pakgad: Ni buat apa tengah-tengah malam buta kat sini
Aku: Isi air cik.. Tengah study, lapar nak buat megi.
Daus: Kenapa pakcik?
Pakgad: Takdak apa, isi ayaq apa ramai-ramai ni. Ka hampa fly?
Acik: Takut pakcik dah lewat pagi, kami teman la Dan ni haha. Nak fly pi mana la pakcik malam-malam buta ni.
Usai kami kelentong pakcik tadi kami pun balik ke blok asrama dengan geli hatinya. Selamat dari tertangkap dengan idea licik aku haha. Setelah pulang kami pun sambung main PES sampai subuh dan tidur.
Keesokan harinya kami dengar ada tiga orang kena tangkap dengan pakgad dan warden akibat fly. Dan kami bernasib baik tak tertangkap malam tu. Tapi malam kelima study week, hanya aku, Daus dan Acik study group bersama, Ariff study berseorangan. Setelah lelah mengulangkaji pelajaran, Daus memberi cadangan untuk fly lagi malam tu (Jam 11 malam).
Daus: Wei jom fly, nak release tension la. Lagipun aku teringin nasi goreng cili padi warung tu lagi. Mantop…
Acik: Kau pergi la ajak Ariff, lagi ramai lagi best.
Aku: Ariff dah takmau fly dah, ni aku mesej dia. Dia kata dia takut kena tangkap. Tapi dia mintak tapaukan nasi goreng cili padi.
Daus: Ala.. kita pi bertiga sudah la. Lagipun kita dah tau jalan kan Jom siap tukar baju!
Kami bersetuju sebab prinsip kami ‘Sek Kito jangey pecoh!, mandi lanjey!’ haha. Kami pun memulakan perjalanan kami. Sesampainya kami di Makmal Biologi tu, aku berasa agak gelisah kerana rasa seram sejuk melalui makmal biologi tu. Tetapi tiada apa yang berlaku. Kami selamat sampai ke seberang pagar dengan berjaya. Setelah menyeberang pagar, kami dapat lihat rumah kongsi tu masih cerah lampunya didalam. Terasa sedikit lega dihati kerana maksudnya masih ada manusia dekat situ selain kami.
Ketika perjalanan itu, Acik dan Daus berjalan didepan dan aku dibelakang mereka sedang asyik aku melayan mesej skandal-skandal aku kekeke. Malam itu agak gelap dengan bulan tidak kelihatan dan angin kuat menghembus daun-daun pokok kelapa sawit seperti hari mahu hujan. Sedang kami berjalan, aku terlihat Acik sengaja curi-curi cuit bahu Daus dengan niat mengusik dia. Mereka kemudian bertumbuk, bersembang dan bergelak ketawa. Tetapi tiba-tiba gelak tawa mereka terhenti dan mereka merapati aku yang leka bermain telefon.
Daus: Dan, jalan laju sikit
Acik: Cepat Dan.
Aku tak banyak bersoal terus mengikuti arahan mereka. Kami berjalan seolah-olah berlari. Tetapi kami tidak berani berlari. Takut dikejar sesuatu pula. So kami berlagak cool. Sesampainya di warung itu, aku lihat tak ramai pelanggan disitu. Tiada pelajar kolej kami hanya tiga empat orang penduduk kampung sedang rancak bersembang. Aku yang bingung dengan arahan Daus dan Acik tadi terus bertanya:
Aku: Woi cik, asal tadi? Kenapa tiba-tiba korang cuak semacam
Acik: Kitorang terbau ‘something’ la tadi. Nak kata wangi tidak, busuk pun tidak. Tapi bau tu tak sepatutnya ada di dalam ladang kelapa sawit lah senang cakap..
Daus: Weiii… group lain tak ada la harini.. Aku takut la nak balik japgi. ingat boleh join group lain..huhu
Aku: Alahh..apa nak takut..haa order-order. jangan lupa Ariff mintak tapau tadi..
Usai kami makan nasi goreng cili padi bertemankan air kopi panas, kami pun bayar dan bersiap untuk pulang..
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi lebih lebih. Kami masih di warung sedang plan untuk balik
Acik: Apa-apa pun jadi, jangan takut. Jangan tinggal member
Aku: Betoi-betoi nak takut apa kita takut tuhan saja haha..tak ada apalah.. perasaan korang ja tadi.. (Berlagak cool untuk menenangkan hati sendiri)
Kami pun berjalan masuk semula ke ladang kelapa sawit itu walaupun kalau diikutkan hati nak saja ikut jalan depan, kena tangkap pun tangkaplah janji selamat huhu. Angin malam tu sungguh kuat menghempas daun-daun. Aku mengeluarkan handphone untuk menyuluh jalan yang gelap itu untuk mengelak terpijak ular atau benda tajam. Sedang kami berjalan, ‘benda’ tu sudah buat ‘job’ dia. Kami terdengar ada benda melompat-lompat dari satu pohon kelapa sawit ke satu pohon yang lain. Daus dan Acik menghimpit aku ditengah. Perjalanan kami semakin laju. Tiba-tiba ‘benda’ tu mengilai. ‘HEEEEEEEEHIHIHIHI…HEEEEEEHIHIHIHI…’ Hilaian dia bergema ke seluruh ladang itu. Tapi bunyi itu seakan jauh dari kami.
Daus seakan-akan mahu lari. Aku sempat menarik tangan Daus, kerana bimbang Daus akan berlari dalam gelap seterusnya hilang ke apa ke. Kami melajukan rentak kaki kami. Sambil mulut terkumat-kamit membaca doa sampai Al-Fatihah pun dah tunggang terbalik. Setelah seminit kami dengar benda itu melompat dari pokok ke pokok menuju ke arah kami. Jelas kedengaran bunyi benda itu mengepak terbang ke arah kami. Tiba-tiba dia berhenti betul-betul 50-60 meter di depan kami. Jelas sosok putih berambut serabai berbaju putih lusuh mencangkung di hadapan kami. Daus terduduk. Aku dan Acik masih terpaku memeluk satu sama lain. Dalam tiga ratus meter di hadapan kami dapat terlihat lampu rumah kongsi pekerja kontrak itu. Acik yang agak berani menjerit!
Acik: Allahuakbar!!! Jangan kacau!!!
Berderau darah aku selepas Acik menjerit kat benda tu. Takut benda tu terkam kami ka apa. Tapi benda tu terus terapung sambil ketawa terhilai hilai dan lenyap dari mata kami. Aku mengangkat Daus yang ketakutan dan kami berlari menuju ke rumah kongsi itu. Sesampainya kami di perkarangan rumah kongsi yang diperbuat daripada kayu dan zink itu, kami berasa sedikit lega kerana kami terlihat dua orang berbangsa Indonesia mungkin sedang duduk bersembang di hadapan pintu rumah mereka. Kami meneruskan perjalanan menuju ke lubang untuk masuk kembali ke kolej. Daus dan Acik dah ‘cross’ lubang itu. Aku yang belum ‘cross’ ni terdengar ada orang bercakap dari rumah kongsi itu.
Pekerja Kontrak: Ada yang ngikut!
Aku: Ha?? (Sambil pandang belakang ke arah mereka)
Aku lihat dua orang tadi sudah bergegas masuk ke dalam rumah mereka. Aku rasa tak sedap hati terus ‘cross’ lubang itu dengan cepat sampai sweater aku tersangkut kat zink itu huhu. Selepas itu kami teruskan perjalanan dengan perasaan takut. Tiba-tiba aku terpandang pontianak yang kejar kami tadi kali ini tengah sedap bertenggek di atas tali yang merentasi tasik (Tali yang orang main cross tasik tu) sedang memandang ke arah kami. Aku menepuk bahu Acik dan menunjuk ke arah pontianak tu menggunakan bibir. Acik tengok. Terkejut dia dan terus dia membuka langkah berlari meninggalkan tasik itu. Nasi Goreng cili padi yang dipegang Acik pun dah terlempar entah ke mana. Padan muka Ariff siapa suruh tak mahu ikut huhu
Kami berlari ke arah Security Post kerana terlalu takut. Pakgad-pakgad terkejut melihat kelibat kami bertiga.
Pakgad: Haa. ni hampa dari mana ni? Buat apa tengah malam kat sini??
Acik: Kami ingat nak keluar tapau nasi tadi, lapar cik.. Tapi nampak benda kat tasik tu..tak sempat nak keluar (Acik menipu sambil tercungap).
Pakgad: Ni hampa fly la ni?
Acik: Tak pakcik, niat saja. tapi tak jadi sebab nampak kak ponti tengah tasik.
Pakgad: Tula.. lain kali hampa jangan buat benda tak senonoh..Orang buat peraturan sebab ada sebab dia..
Daus: Sorry pakcik. Ni first time nak buat jahat. Dah kena (Terus menerus menipu.haha)
Daus: Pakcik boleh tolong hantar kami balik asrama tak? takut la
Pakgad: Boleh..Aku hantaq hampa terus ke rumah warden ok.
Aku: Jangan la pakcik.Kami minta maaf. Kami tak sempat buat salah lagi…Kami janji tak buat dah.
Pakgad: Haa.. takpa..lain kali aku nampak hampa malam-malam kat sini siap hampa..
Pakcik tadi pun ‘start’ motosikalnya dan sambil ditemani rakannya mengiringi kami ke arah asrama. Nasib baik lah ada pakcik ni. Selamat kami malam tu.
Pakgad: Lain kali jangan main-main kat tempat ni. Malam jadi tempat dia. Siang tempat kita. Dah pi naik study ka tidoq lantak hampa la..
Aku: Baik pakcik, terima kasih..
Setelah itu kami pun naik ke bilik aku dan tidur. Tiada lagi gangguan cik ponti pada malam itu. Kisah ini menjadi pengalaman buat kami. Dan pengalaman di Kolej Matrik adalah antara pengalaman paling indah dalam hidup aku.
Dan hari ini setelah beberapa tahun aku tinggalkan Daus dan Acik (Bukan nama sebenar) aku benar-benar merindui kalian. Kenanglah kisah ini selamanya. Ceritalah pada anak cucu kita. Hanya kita yang tahu siapa kita. ‘Bilaaaa aku sudahh tiadaaa..simpan semua laguku..jangan ditangis selalu..’- lagu tema persahabatan kami.
Sekian Terima Kasih’
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nakal nyaa korang ni..hahaha padan muka hampa..
sempat na kelentong pakgad aghahhahaha
nakal sungguh..
dlu xleh nk fly sbb mtrik jauh giler dri bndr..
huhu..
Kenangan kenangan
Beraninya pi astaka tgh2 mlm ??? #h3p5
taun bila? aku h3p3
Btw, hantu karipap tuh mmg legend, smpai ad bdak batch buat parody kat ytube. ?
lol
Kelakar part depa pura2 isi air pastu kelentong pak guard. Best cerita hampa and kisah persahabatan korang mesti best giler.
kmpp. uwaaaa. rinduu nyaaa. pakcik4 flat tu. ad lg ke kedai tu? bila baca terus terbayang kwsn selok belok kmpp. hahah
laguu hujann part last tuuuu comelll hehehe
Betul ke yg temankan korang tu pak gad? Entah2 samaran. Ha3x
SERAM NOKK.. TERUSKAN MENULIS. MAKIN RAMAI PENULIS HEBAT KAT FS NI. KIPIDAP
Lawak lagi dari seram..haha
#dh2p2#12/14 menggamit kenangan mancing kt tasik kol 3 pagi
huhu…kmpp…rindunye life kt situ dlu…h7p5 05/06???
kmpp! berani gile korang lalu kt ladang kelapa sawit tu. tgk time siang pon seram semacam inikan pulak nk redah time malam. tapi life masa kt matriks ni paling best walaupun stress.. aihh rindunyeeeee f5p4 06/07
Best. Giler seramm.
Ayat last tu mcm sweet. Hehe. Kipidap
best..seyes best
aku dulu fly ikut jalan sawah
KM apa itu
Kolej matrikulasi
KMPK kan ? Situ je yang ada makcik karipap pun ahahah
KMPP tuu
Kisah 3 mana? Ke aku silap kira/baca?
Ni la kisah ketiga nya wak..
Hakak bila baca hakak cuma rasa rinduuu sangat zaman belajaq hakak. Dia punya rindu tu rasa macam nak berjurai ayaq mata. Lagila zaman hakak tu macam2 kisah angker dekat tempat belajaq hakak.
Say hi sapa2 yg UTMKL2005-2009 UTMJB 2009-2011
Pernah baca dah kisah ni.. Sebab pernah kerja dlm matriks tu.. Kisah ni pernh jadi viral dlm kalangn geng2 km**.. Malam2 nak lalu jalan tu mmg seram.. Xsanggup teman…
2019.. Thun ni aq tmat matrik.. Betul2.. Kwn2 matrik antara pling best.. Byk kenangan.. Setahun matrik mmg jahat.. Bt byk kenangan yg sat sja.. Tp ssah nk lupa.. Hmmm.. Rindu kwn2 ganu kedah.. Aihh.. Mata msuk hbuk