Salam FS. Saja nak share kisah sendiri.Kalau sudi boleh la FS sharekan dengan peminat FS Akibat rajin Menegur!
Assalamualaikum para pembaca FS. Terima kasih kpd team FS kerana sudi uploadkan cerita aku (Missy – nama pena aku). Kisahnya bermula begini. Aku, Fasya ( bukan nama sebenar) dan Mamat (bukan nama sebenar jugak) nak pegi makan malam di pekan Tangkak. Kami bergerak dari Jementah dah hampir tengah malam. Bagi sesiapa yg dah biasa lalu jalan tangkak ni taula keadaan jalan tu macamana. Kebetulan malam tu malam jumaat tapi sbb nak makan asam pedas punya pasal kami sanggup la meredah jalan angker tu tengah-tengah malam. Fasya malam tu tak berapa sihat so dia dah telan panadol sebelum kami gerak. Sebelum sampai kat satu selekoh kawasan kemalangan, tiba – tiba si Fasya ni mual nak muntah. So si Mamat ni cepat – cepat berhentikan kereta. Kiri kanan jalan tu memang kawasan kelapa sawit dicelahi semak samun. Usai muntah tiba–tiba si Fasya ni boleh pulak pandang kawasan semak tu sambil tanya kat kami. “ Tu sape pulak yg berdiri kat celah semak tu?”. Si mamat apa lagi, terus hidupkan enjin pastu cepat–cepat suruh si Fasya tutup pintu. Kami tak jadi mkn di Tangkak. Mamat u turn hantar kami balik rumah sewa aku. Lepas hantar kami, Mamat balik ke rumah dia.
Aku suruh si Fasya tidur umah aku malam tu. Kebetulan kami berdua uzur pulak time tu. Masuk je rumah sewa aku, Fasya terus masuk bilik air untuk Mandi. Aku baring mengadap Fasya dalam bilik tidur aku. Aku pandang je muka dia yang tengah tidur. Tengah aku perhatikan dia, tiba–tiba Fasya bukak mata bulat dia dan bagitau aku. “Takpe kak Missy, dia ade kat luar dia tak boleh masuk”. Pastu Fasya tutup mata balik. Jantung aku macam nak pecah sebab takut sangat lepas dia cakap macam tu. Aku tak tidur sampai ke pagi. Lepas Fasya balik ke rumah sewa dia, aku pergi kerja macam biasa. Masalahnya bila balik rumah mesti aku rasa macam ade seseorang perhatikan aku. Tengah tengok TV aku rasa meremang, bila nak tidur pun sama nampak bayangan kat luar kelambu aku. Sudahnya aku tidur pasang lampu.
Dua hari lepas tu, kebetulan Fasya datang nak tidur rumah aku.Tengah kami bersembang dekat hall , kami terdengar bunyi seolah–olah kotak kat bilik belakang ditendang–tendang sekuat hati. Aku pandang muka Fasya, Fasya pandang muka aku. Fasya terus tarik aku keluar rumah. Aku tidur rumah Fasya sudahnya malam tu. Pagi esoknya , aku jumpa seorang kawan aku yang selalu berhadapan dengan kes mistik macam ni. Dia pun baca la ayat–ayat Al Quran. Sambil pejam mata. Dia mainkan jari dia kat atas angin ala–ala orang main piano tu. “Rumah kau kat sini ye?” Dia describe kawasan rumah aku. Apa ada depan rumah aku. Keadaan bilik2 yang ada dalam rumah aku. Padahal kitorang ade kat ofis kawan aku tu. Aku mengiyakan description dia. Tiba–tiba dia tersenyum dalam keadaan mata masih tertutup. “Ada Sekor ni ha. Tengah baring–baring kat bilik belakang“. Aku dengan Fasya saling pandang muka masing–masing. “Kau buat ape kat rumah anak dara orang ni?” aku tak tau ape benda tu jawab. Kawan aku sambung dialog “kalau kau tak nak aku tendang ko keluar dari rumah tu. Baik kau keluar elok–elok sekarang jugak”. Kawan aku tu buka mata . “Dia dah keluar dah. Dia nak berkawan dengan korang je. Kecik je makhluk yang kacau kau tu.” “ Alhamdulillah dia dah keluar. Kecik mana dia tu?”. “ Ala .. besar 5 tiang elektrik je.. Rileks la”. Aku rasa nak pengsan bila dengar kawan aku tu bagitau pasal makhluk tu. Sabar ajela.
::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
dasyat kawan kak Missy. nak contact member tu boleh? sbb kat rumah pun ada gangguan.
kak missy dah lama pindah dr tmpat tu.xde pulak terpikir nak simpan number member tu.. sbb laki org… takut ada misunderstanding dgn memnya nnt… 😉
Seram
Haha bole tahan power kwn kau yg tau bab² mistik ney caya laa bgi contct num 😂
wah..tangkak…aq dok jasin je nie..sebelah je ngan tangkak…hihi…besar 5 tiagn lektrik?kecik je?