Aku, Hijab yang Terbuka, dan Pocong

Salam. Nama aku Gabriella. Aku pernah hantar cerita Adik Nyaris Dibunuh Ibu sebelum ni.
Yang belum pernah baca, boleh tengok link ni. http://fiksyenshasha.com/adik-nyaris-dibunuh-ibu/

Memandangkan ada permintaan untuk sambung cerita, so aku cerita pasal aku pulak. Kebetulan harini tak banyak sangat kerja kt office. LOL.

Sebelum tu, untuk makluman, cerita aku takde penghujung walaupun bersiri. Gangguan tu kerap. Tapi cuma sekali dua saja aku pergi berubat.

Aku ingat lagi kali pertama aku diganggu. Masa tu aku bersekolah asrama di pedalaman. Memang tradisi semua adik beradik aku akan dihantar ke sekolah berasrama apabila naik ke tingkatan 1. Setiap malam aku akan ditindih. Bila bangun, tercungap2 keletihan dan ketakutan. Aku mengadu pada ibu, ibu berpesan supaya membaca 3 Qul dan ayat kursi , dan niat ‘pagar katil /bilik’ sebelum tidur.

Aku buat. Dan jarang menjadi. Aku tetap akan ditindih. Lama kelamaan, ditindih tu jadi perkara biasa untuk aku. Dan perkara yang aku tak rasa takut langsung. Sehingga 1 tahap, aku berlawan dengan ‘dia’, cuba tolak ‘dia’ dan cuba buka mata ketika ditindih. Maki2 tu dah jadi perkara yang wajib buat bila aku ditindih. hehe . Percubaan aku melawan menjadi. Hasilnya, separuh mata aku terbuka dan aku boleh nampak ‘dia’ berdiri depan katil aku. Seekor pocong. Ya tuan puan. Seekor pocong.

Aku mengaku aku takut pada awalnya. Sebab dia tak statik. Dia macam moving around, mundar mandir macam jelly, semakin dekat dan dekat. Aku tak mampu bergerak walaupun aku dah berjaya buka separuh mata. Aku baca ayat qursi, ada kala jadi dan adakala dia akan gelakkan aku sebab aku salah baca. Adakala dia akan baca Al-Fatihah ajuk aku dengan ayat yang tunggang langgang. Walaupun ayat dia tunggang langgang, aku tahu dia baca Al- Fatihah.

Aku cerita pada ibu, ibu akan ‘pagar’ aku dari jauh. Bila ibu ‘pagarkan’, Alhamdulilah, jarang aku diganggu ketika tidur. Sehingga aku menuntut di IPT, aku masih kerap diganggu. Sampai nampak pocong tu perkara biasa untuk aku. Dan aku tak rasa takut seperti mula2 diganggu. Boleh katakan macam2 size pocong aku dah pernah tengok. (Bukan membongak dan bukan nk bongkak, tapi ni cerita aku ketika itu).

Pernah sekali, aku ditindih lagi. Aku nampak pocong dihujung kaki aku, dan aku nampak pontianak di kepala katil aku. Technically, aku tak boleh nampak pun pontianak tu sebab dia atas kepala aku. Tapi, dalam kes ni aku boleh rasa and aku seolah2 boleh nampak dia dengan rambut panjang, baju lusuh kat situ. Dan aku actually boleh rasa dia pegang tangan aku sebab tak nak bagi aku bangun. Yes.

Aku tak takut sangat, cuma rasa geram sebab aku nak tido. Aku picit jari dia. Jari dia panjang, berurat2, kurus kering rasa tulang and rasa sejuk beku (Pernah cium dahi/ pipi jenazah sedare mare korang? Ha. macam tula sejuk dia). Masa ni aku picit jari dia sebab aku nk dia lepaskan tangan aku. Tapi dia picit balik tangan aku. Cakar dengan kuku dia. Ni first time aku bersentuhan secara fizikal dengan ‘dia’ and aku akui aku rasa takut sikit. Aku cuba bertenang, dan cuba baca ayat yang aku tahu. Tak menjadi. Aku gelabah, sebab rasa macam dah lama sangat aku tak sedar ni.

Ibu pernah cakap, minta bantuan dari Allah, bukan baca ayat sebab nak ayat tu lindungi kita. Baca ayat quran / berzikir lah memuji kebesaran Allah, dan niat mohon berlindung kepada Allah, atau selawatlah ke atas nabi. Insya Allah jadi. Aku tenangkan diri aku. Aku berzikir, dan puji kebesaran Allah. Tiba2 terasa macam angin yang kuat menderu dalam bilik aku. Macam ada ribut taufan, sehingga aku dapat rasa kain selimut aku berterbangan kat kaki. Tak lama lepas tu, pocong, pontianak tu hilang dan aku berjaya bergerak dan bangun.

Gangguan tu masih berterusan sehingga tahun terakhir aku di IPT. Sebab gangguan semakin teruk dan aku mula menyerupai pocong (Ni kawan2 aku cakap, setiapkali aku balik dari kelas malam). Aku mula nampak hantu cina sekali. (Perempuan pakai cheongsam merah berdiri depan locker aku) Mental aku masa tu down, aku jadi penakut, dan aku tak mampu untuk tidur sendirian. Jadi ibu bawa aku berubat lagi sekali. Kali ni ibu minta supaya ditutup lagi hijab aku dan minta rawatan berterusan supaya tidak diganggu lagi. Dan Alhamdulilah, aku tak lagi diganggu selama hampir 3 tahun.

Tapi semuanya tak berhenti di situ. Makcik yang mengubat aku masa tu dah pernah cakap, ” Hijab ni akan tutup sementara je. Sampai satu masa nanti, dia akan terbuka lagi. Banyakkan amal ibadah, solat, dan baca Al-Quran. Setan takkan berhenti sesatkan kita. ”

Dan ya. Betul. Selepas 3tahun dari tempoh rawatan tu, hijab aku kini terbuka semula. Aku bukanlah setiap masa boleh nampak hantu setan jin, cuma ada masa.

1 perkara yang aku rasa bersyukur sangat, aku tak pernah dirasuk atau histeria. Aku cuma diganggu dengan penampakan, dan diganggu dengan bunyi – bunyian. 🙂

Kalau ade permintaan, InsyaAllah aku akan sambung cerita pasal adik aku.

6 thoughts on “Aku, Hijab yang Terbuka, dan Pocong”

  1. Saya selalu kena tindih masa tidur tp x pernah lg nampak. bila saya try baca ayat quran dia akan kelirukan kita dgn mimpi2. contohnye rasa macam dah bangun tp sebenarnya kita dlm mimpi lg. setan tu buat mcm tu sebab x bagi kita teruskan baca ayat quran. lepas tu dia tindih blk buat x boleh gerak. Tp Alhamdulillah sekarang dah jarang kena tindih semenjak dah kawin ni. huhu

    Reply
  2. Pendapat: rasanya masalah saudara ni bukan pada bacaan tapi aqidah @ kebergantungan pada Allah. Ingat: ayat mana memberi bekas, yang hanya memberi bekas adalah Allah. Bacaan ayat perlindungan adalah ikhtiar dan hasil / bekas adalah milik mutlak Allah, yang tiada sekutu bagiNya. Apa kata saudara dalami ilmu Aqidah yg asas dahulu seperti sifat wajib yang 20. Belajar mengenal yang Maha Pencipta, kemudian belajar utk betulkan bacaan al Quran dengan guru. Sedikit demi sedikit tak ape. Yang penting consistent. Selamat Berjaya.

    Reply

Leave a Comment