#Aku vs makhluk halus
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi untuk menyiarkan kisah aku ini. Kisah ni bukan pengalaman aku tetapi pengalaman adik aku. Kejadian ni baru lagi berlaku pada tahun lepas. Untuk pengetahuan pembaca FS, adik aku (Ina) masih lagi bersekolah menengah di sebuah sekolah tak jauh dari rumah kami. Biasalah student sekarang banyak habiskan masa di luar berbanding duduk dirumah. Begitu juga dengan Ina. Setiap hari lewat petang baru nampak muka dia depan pintu rumah. Tak menjadi masalah la kan asalkan pandai menjaga diri dan aktiviti yang dilakukan tu berfaedah.
CERITA INA..
Satu petang, lebih kurang pukul 6.30 petang, aku dalam perjalanan balik dari rumah Tika. Untuk pengetahuan pembaca, jarak dari rumah Tika ke rumah aku lebih kurang 10 minit perjalanan sahaja. Tak jauh pun. Jalan waktu nak balik aku kena lalu satu jalan kecik depan sebuah sekolah rendah, tak jauh dari situ ada dua kawasan perkuburan lama. Kawasan kubur ni agak terbiar, rumput dan lalang sudah memenuhi ruang sampai dah tak nampak mana kuburnya. Belakang kawasan perkuburan pula ada banyak pokok2 besar dan tinggi. Jadi jalan ni agak gelap dan suram. Di kawasan berhampiran juga ada beberapa buah rumah yang masih lagi berpenghuni. Disebabkan jalan yang aku guna ni bukanlah laluan utama, jadi lampu jalan belum dipasang. Kalau waktu malam pula, orang kampung bergantung pada cahaya lampu kenderaan dan rumah berhampiran saja.
Aku ni pulak jenis yang berani sikit. Dah biasa bawak motosikal sorang2. Waktu malam pun tak jadi masalah. Tapi kadang2 berteman jugak. Dipendekkan cerita, aku bawak punya bawak dah nak sampai kawasan sekolah rendah. Aku nampak pagar depan sekolah terbukak, maknanya ada orang dalam kawasan sekolah. Jadi rasa lega la sikit dalam hati bila tau ada orang kan. Jalan depan sikit dah nampak kawasan perkuburan.
Dari jauh aku nampak macam ada sesuatu tengah duduk atas jalan raya. Macam seekor monyet ekornya panjang. Tak bergerak langsung. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku perlahankan moto . Makin lama monyet yg aku nampak tadi makin dekat dan makin besar. Dalam hati dah terfikir nak patah balik ke sekolah rendah tadi. Kot2 ada yang boleh temankan aku balik. Aku cuba pusing motosikal tapi tiba2 moto aku mati. Ahhh!! Masa ni la nak buat hal kan. Berkali2 cuba dihidupkan tapi masih tak boleh hidup.
Tiba2, Pap! ada benda kat belakang aku .Macam ada orang duduk kat atas moto belakang aku. Aku cuba tak pandang belakang. Aku tunduk pandang bawah dan fokus hidupkan motosikal. Aku tahu aku nak cepat2 blah je. Tapi tetap tak berjaya. Aku dah resah. Dalam hati hanya mampu berdoa supaya motorsikal berjaya dihidupkan. Tengah aku fokus kat moto, melalui sisi mata aku nampak ada benda terbang depan aku. “Ni dah lebih dah ni. Takkan ajak aku main kat sini kot”. Aku bermonolog. Aku cuba baca beberapa surah pendek yang aku hafal dan ayat Kursi. Aku ni tak la bagus sangat dalam bab2 ni.
Yang mana terlintas di fikiran masa tu aku baca. Dalam hati tak putus2 berdoa minta pelindungan dariNya. Aku beranikan diri angkat muka pandang depan. MasyaAllah, terkejut aku bila apa yang aku nampak bukan satu bukan dua tapi ada beberapa makhluk yang mengerikan di depan aku. Ada wanita berbaju putih, ada cik cong ada makhluk besar berbulu hitam dan seekor lagi menyerupai beruk. Jelas semua tengah pandang aku. Jarak antara aku dan mereka cuma beberapa meter saja. Aku dah tak mampu nak pandang lama2. Ya Allah, apa aku nak buat ni. Aku pandang sekeliling tak nampak satu kenderaan pun yang lalu di kawasan sini. Mustahil! Biasanya ada je yang baru balik dari kerja gunakan jalan yang sama.
Aku kira memang aku tak nampak orang lain dan orang tak nampak aku kat situ. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku boleh nampak makhluk halus ni. Pernah beberapa kali sebelum ni aku ternampak ketika pulang dari sekolah waktu tambahan malam. Masa ni kat tempat lain. Alhamdulillah, tak pernah terjadi perkara buruk setakat ini. Setiap kali aku terserempak aku akan singgah dimana2 masjid sebelum balik ke rumah. Tapi kali ini berbeza, Aku seolah2 tak dibenarkan keluar dari kawasan ini. Apa yang dia nak dari aku ni. Aku pejamkan mata, teruskan bacaan dan berdoa semampunya. Sambil menangis.
Lengan baju dah lencun pun huhu. Aku dah buntu hanya mampu berserah. Aku masih pejamkan mata sambil kaki aku cuba untuk hidupkan motorsikal. Agak2 je la kaki kan. Cubaan pertama, gagal. Kedua, masih gagal. Aku tarik nafas dalam2 dan tiba2 vroooomm vroooomm bunyi motorsikal kedengaran. Aku buka mata. Alhamdulillah. Dah hidup pun moto. Aku masukkan gear dan terus keluar dari kawasan tersebut. Aku dah tak pandang keadaan sekeliling. Aku agak yang ramai2 tadi dah hilang la kot. Dah puas agaknya mainkan aku. Tak jauh dari situ aku nampak beberapa buah rumah dan kenderaan. Maknanya aku dah selamat keluar dari tempat tadi. Aku pandang jam di tangan. Tepat jam 7.15 malam. Ya Allah, lama jugak aku kena tahan tadi. Tapi aku bersyukur, aku dah pun selamat dan tak de perkara buruk yang berlaku.
Sampai dirumah, aku terus letakkan motorsikal ditempatnya dan naik kerumah. Kali ni aku tak singgah masjid tapi aku lalu je depan masjid. Aku pun tak pasti kenapa aku tak singgah seperti biasa. Aku ketuk pintu. Dengar dari dalam ada orang tengah buka kunci. Untuk makluman, rumah aku rumah kampung. Half kayu half batu. Pintu rumah aku jenis pintu kayu, boleh selak dari dalam. Tombol pintu pulak dah rosak, jadi setiap masa pintu berselak. Orang dari luar memeng tak dapat nak buka. Kena tunggu orang buka dari dalam.
Aku harap korang faham la ye. Sementara aku menunggu aku rasa angin sejuk je dekat luar. Yelah dah nak masuk waktu maghrib pun kan. Keadaan sekitar pun dan sunyi. Aku tak fikir bukan2. Adik aku buka pintu dan jenguk keluar, nak tengok sapa yang ketuk pintu tadi. Yelah tadi aku tak bagi salam. Aku nampak muka dia berubah tapi dia diam je. Aku masuk rumah, adik aku pulak duduk atas kerusi sambung main telefon. Dia sempat la pesan suruh aku gi mandi. Macam la aku tak tau kan. Aku pun pegi la mandi. Aku selesaikan rutin harian aku macam biasa. Tak ada apa yang pelik pun berlaku. Sampailah waktu aku nak tidur, aku masuk bilik. Aku ni tidur dengan adik aku,perempuan. Berdua dalam bilik. Bilik kitaorang dekat bahagian bawah, dekat bahagian atas bilik mak ayah aku dan kakak2 aku. Rumah aku bukan dua tingkat. Tapi dekat ruang tengah rumah ada tangga kecil yang pisahkan ruang atas dan bawah.
Jadi malam tu aku dengan adik aku berdua kat bahagian bawah, dalam bilik. Rumah aku ni sebelum tidur akan pasang cd bacaan ayat2 suci al -Quran sehingga ke pagi. Oleh sebab aku kat bilik bawah, bacaan pun kurang jelas. Dengar sayup2 je. Kalau tutup pintu bilik langsung tak dengar apa2. Aku dah ready nak tidur, adik aku masuk bilik dan baring sebelah aku. Sekejap je aku dah lena. Penat sangat agaknya. Adik aku pulak biasalah main telefon sebelum tidur. Dia membelakangi aku. Bila je dia pusing badannya menghadap aku, dia terperanjat sebab yang dia nampak bukan aku tapi cik cong. Adik aku cuba beranikan diri baca apa2 yang patut. Benda tu hilang. Dia rasa keadaan selamat, dia pun tidur.
Malam tu aku terjaga, aku tak pasti pukul berapa. Aku tengok sebelah adik aku dah takde. Aku tercari2 jugak dia ni. Rasa takut nak tidur sorang bila teringat kejadian petang tadi. Aku pusing2 badan atas katil tetiba aku terlanggar sesuatu. Aku pandang tempat yang aku langgar. Adik aku rupanya. Bila masa dia tidur kat sini. Tadi takde. Aku malas nak fikir banyak. Aku sambung tido. Pagi esoknya, barulah aku dan adik aku bercerita pasal kejadian semalam. Risau perkara buruk berlaku, terpaksa aku ceritakan pada mak dan ayah aku pasal kejadian yang menimpa. Ayah aku usahakan apa yang sepatutnya dan alhamdulillah tiada lagi kejadian pelik berlaku selepas itu. Ku kira ini peringatan yang diberikan untuk aku. Aku pun dah tak berani nak lalu jalan yang sama bila lewat petang.
#Aku nak berpesan pada pembaca supaya sentiasalah berhati2. Jangan dah lewat petang baru nak balik rumah. Tak elok sebenarnya merayau waktu senja. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Selagi boleh elak cubalah kita elakkan. Semoga pengalaman adik aku boleh dijadikan iktibar buat pembaca di luar sana. Terima kasih kerana sudi membaca. Okbai.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
huhhu….seramnya
ok critenye, tp tajuk melawan…igtkn lawan brsilat ke, atau merawat mangsa…
Cerita Ape ni???..
Nama je melawan tapi takde pun babak melawan dalam cerita ni