AKU NAMPAK

Since banyak yg berkongsi pengalaman, aku pon nak bercerita sikit cerita aku. First time aku tengok benda tu tu masa umur aku 7 tahun. Aku ni ada habit dan jenis cepat panas. So bila tengah tidur malam-malam, bila terbangun aku akan buka tingkap untuk hirup udara malam. So dapatlah rasa sejuk sikit. Malam tu, aku tidur dengan mak, ayah aku outstation so takde di rumah. Dalam pukul 3.30 pagi seingat aku, aku tersedar. Aku pon buat benda yang aku selalu buat iaitu buka tingkap yg betul2 tepi katil mak aku. So tengah aku syok layan angin malam, tertiba aku terpandang jiran aku tengah sapu sampah tepi rumah dia. Tapi yang pelik dia berselubung hitam. Muka dia aku nampak sipi je, tapi muka auntie tu cengkung sangat, jari dia pon runcing lain macam. Dah kenapa jiran India aku ni nak menyapu di malam hari macam ni. Masa tu innocent lagi, jadi aku tak tahu benda benda mistik nih. Aku just terfikir, auntie ni gila kot. So aku kejut la mak aku yang tengah keras kejung tidur untuk cerita apa yang aku nampak, mak aku dengan muka redha tengok la tepi tingkap tu, dia cakap takde apa2 pon. Aku pelik, dah kenapa mak aku tak nampak jiran aku tu pulak sedangkan aku nampak jelas. Mungkin mak aku dah rasa lain, dia ajak tidur bilik lain.

 

Lepas kejadian tu banyak jugak yang aku alami, kalau nak cerita detail, boleh buat novel so aku cerita beberapa kejadian je la. Masa aku form 3, aku terpilih join kem kat sekolah. Aku ingat lagi tengah syok aktiviti group dekat tapak perhimpunan, malam masa tu, aku nampak ada makhluk berbulu hitam, besar benda tu, mata merah menyala dengan gigi tajam. Dia sibuk berlari ke hulu ke hilir. Dia berlari macam monyet, macam teruja tengok kami tengah bersuka ria. Tengah aku dok sibuk perhati dia, dia boleh tertiba berhenti, then duduk statik pandang aku. Boleh pulak dia menyeringai. Aku dah panas punggung, dia macam tahu aku pandang dia. Berpeluh dah masa tu, buat nya dia terkam mati weh. Aku start dah baca apa je ayat yang aku tahu masa tu, aku tutup mata rapat. Kawan2 aku dah mula perasan. Aku bukak je mata, benda tu dah takde.

 

Ada satu kali tu aku otw balik dari kelantan ke Pahang. Aku, 2 kakak aku, mak dan abg aku naik satu kereta. Nak dijadikan cerita, abang aku tak isi minyak kereta sebabnya dia malas nak stop, nak cepat sampai dan fikir minyak tu cukup. Tapi sangkaan dia silap, minyak tak cukup. So kami bercadang berhenti dekat Cameron untuk isi minyak. Sampai je Cameron pukul 2 pagi tak silap masa tu. So kami pon drive la sekitar cameron cari stesen minyak. Takde satu pon yg buka. Dah pening masa tu, pusing punya pasal tinggal berapa kilometer je kereta boleh pergi. Last2 mak aku suruh berhenti je dekat stesen minyak yang tak buka tu sebab nak stay kat surau dia sementara tunggu subuh dan stesen minyak bukak. Aku, 2 kakak dan mak aku stay dalam surau. Abang aku tidur kat dalam kereta. Masa dalam surau tu aku rasa tak sedap hati dah. Tengok jam pukul 3 lebih so aku, mak dan kakak baring2 la, nak lelap mata sekejap. Kami baring menghadap pintu masa tu.

 

Baru je nak tidur kami dengar ada orang macam ketuk pintu surau. Aku tidur hujung belah kiri dikuti mak, kak ngah, dan kak long yang menghadap pintu tu. Kak long aku pon cakap la, “eh, sape yg ketuk tu?” aku dah macam nak cepuk kak long aku. Aku dah rasa lain macam dah. Kak ngah aku cakap takde apa la, angin je tu. Guess what, dia bunyi pulak after 5 seconds. Dan makin kuat ketukan dia. Aku dah meremang. Sedang elok aku bangun aku nampak benda yang berambut panjang warna putih, muka cengkung seolah-olah tengkorak dan lapisan kulit sahaja. Mata jauh kedalam. Dia tak berdiri statik tau. Dia berdiri macam terapung-apung. Aku dah cuak, aku pandang ke lain. Agaknya mak aku dah perasan muka aku. Dia bangun terus ke tingkap. Lepas mak aku tilik tingkap tu, dia terus suruh kakak aku telefon abang aku. Suruh abang aku dapatkan kami kat sini. Tak tunggu lama lepas tu kami terus gerak ke tempat lain. Cari kedai makan or tempat yang orang ramai sikit. Masing2 x bercakap. Abang aku duduk seat paling belakang ngan aku. Dia nak tidur. So kak ngah aku drive. Berbekalkan baki minyak yang ada kami pusing kawasan cameron tu lagi. Tengah elok naik bukit, tertiba bau busuk. Kak long aku tegur pulak. Eh bau busuk apa eh?. Aku pon jawab la. Bau baja la kot. Kan kawasan cameron. Aku toleh ke kiri. Aku ingat benda tu tak ikut. Rupa-rupanya benda tu ikut. Elok je terbang sebelah tingkap aku Siap berpaling arah aku. Aku pun baca yg mana patut. Kak ngah aku tertiba tanya aku. Ada eh dik. Aku berdehem je jawab. Dia pon pasang la ayat2 suci. Alhamdulillah benda tu pergi. Kesudahannya kami melepak kat kedai makan sampai pukul 7 pagi. Masa dekat kedai makan tu baru mak aku cerita yang dia nampak kain putih melayang-layang kat pintu surau.

Mungkin apa yang aku alami ni berkait rapat dengan kejadian masa mak aku mengandungkan aku. Mak aku ada cerita, masa dia tgh mengandungkan aku dia ada naik satu gunung ni..kalau orang pahang akan kenal benar dengan gunung ni. Dekat gunung ni ada gua. Dan dalam gua tu ada satu kubur seorang pendekar. Masa dulu, pendekar ni kahwin dengan puteri bunian. Disebabkan dia langgar pantang dia tak dapat berjumpa dengan isteri dan anak2 dia. Jadi dia terus bertapa dalam gua tu sampai dia meninggal. Nak dijadikan cerita masa aku duduk depan kubur tu dia boleh terkeluar ayat lbh kurang mcm ni “kalau aku mudah bersalin kali ni aku akan datang semula ke gua ni bawak anak aku”. Mak aku risau sebenarnya sebab jarak kak ngah aku dengan aku dalam 12 tahun macam tu. Jadi dia risau ada komplikasi masa bersalin. Tu yang boleh terkeluar ayat macam tu. So mungkin aku nampak benda2 tu disebabkan aku tidak lagi pergi ke gunung or gua tu sejak aku lahir. Umur pon dah 24. Mungkin. Mungkinla aku akan berhenti tengok benda kalau aku pergi ke gunung tu. Nanti aku cerita lagi kisah aku. Panjang sangat nanti bosan pulak. Bye. -AH-

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “AKU NAMPAK”

Leave a Comment