Aku Sudah Sihatka Belum Ni?

Nama aku awin. Aku ada kemusykilan sikit pasal gangguan-gangguan ni. Kalau cerita ni publish..aku mohon sangat ada yang boleh bagi pendapat.

Masa aku belajar dulu, pensyarah aku pernah panggil aku. Ingatkan pasal tugasan ka apa. Tapi tak. Pensyarah aku cakap aku ada gangguan. Ada jin dalam badan. 2-3 ekor dia cakap.aku perasan juga pensyarah aku ni macam dia boleh baca apa kita fikir. Masa tu aku macam tak percayalah juga. Tapi memang masa tu, hidup aku pun dalam terumbang ambing. Tak ada arah. Dengan masalah family lagi. Aku memang suka sorang-sorang.

Dekat hostel pun aku mohon bilik untuk bilik single. Sebab masa tu memang aku sakit jugalah. Aku pun pegilah ikut saranan pensyarah aku tu. Pegi berubat. Mula-mula aku berubat dengan sorang ustaz ni. Tapi macam merapu ja ustaz tu. Dia pusing-pusing tasbih dia seolah-olah tasbih tu gerak sendiri untuk tentukan berapa mahar untuk berubat. Minta bubur berapa jenis. Sekali tu ja aku pergi. Kemudian berubat tempat satu kakak ni. Lepas dari kakak tu keadaan aku macam makin teruk. Masa solat pun boleh kena ganggu.

Masa tengah call dengan kawan.kawan tanya aku di mana. Sebab bising. Dengar orang macam tengah sembang padahal aku duduk bilik satu orang kot. Aku pun rasa macam kena perhati ja kalau pergi mana-mana. Bukan sebab rasa perasan lawa. Tak. Tapi pandangan yang seolah-olah orang nampak pelik dengan aku ni. Pernah juga kawan tanya aku jalan dengan siapa? Sebab nampak aku jalan dengan orang besar, tinggi selalu ada sebelah aku.mana dengan gaya panas baran lagi. Masa aku tinggal hostel.mak aku pernah call.

Tanya kalau aku ada balik.mak aku cakap aku ada balik rumah tengah hari. Masuk bagi salam. Dan terus masuk bilik. Walhal aku tak balik pun.mak aku hairan sebab masa mak aku panggil aku untuk makan malam..aku tak ada dalam bilik. Mak aku memang tak nampak juga aku keluar. Sebab aku kalau keluar tutup pintu memang macam gaya hempas pintu.gaya aku dulu macam tula. Memang dunia aku bila dirumah dalam bilik aku ja. Tak cakap dengan orang. Pastu aku adalah baca komen-komen pasal gangguan jin asyik tu. Sekali dengan ciri-ciri yang jin asyik suka ni. Allah. Aku memang suka bercakap depan cermin.

Aku low self confident. Macam serba serbi rasa kurang. Jadi bila depan cermin sorang-sorang. Aku rasa aku xla buruk mana. Masih ada orang suka kot ( sedapkan hati) aku boleh ja bercakap lancar. Tapi aku tidaklah macam hani. Aku ada juga kawan baik. Kat luar kawan-kawan aku semua nampak aku macam gila-gila. Aku suka ketawa. Tapi aku mengakulah aku memang kurang perhatian keluarga. Dulu ja aku macam buat perangai sampai sakit-sakit kena gangguan tu. Sekarang ni aku tengah lawan. Tengah baiki diri. Ada juga aku pergi berubat lagi tapi ustaz cakap dah tak ada apa-apa gangguan. Baru-baru ni.aku cadang nak kahwin. Sebulan sebelum majlis, dia batalkan nak kahwin. Kami tak gaduh apapun. Suddenly macam tu jala. Sakit wo. Terus aku punya level confident drop gila-gila.Tengok cermin pun aku tak mau da.

Ada satu hari tu dia tengok aku pelik sangat. Aku ingat cara dia tengok aku tu.sebelum tu memangla aku ada rasa macam gangguan. Ada beberapa kali aku dah sampai kawasan rumah, tapi aku tak nampak dan tak ingat rumah aku. Yang aku ingat ruma kawan aku pula. Kawan aku ni lelaki. Tapi aku tak tegur dengan dia lama dah la. Aku tak juga fikir apa-apa. Cuma langkah berjaga-jaga. Kalau lalu rumah dia, memang aku macam takut sangat. Tak tau kenapa. Aku pun ada bagitau family aku pasal ni. Sebab rajin pula mak dia tanya khabar aku akhir-akhir ni. Aku pun ada maklum dengan bekas bakal suami aku.

Kalau ada apa2 gangguan, bagi kuat each other. Tapi dia dulu tinggal aku. Macam tu ja. Hoho. Aku anggap ja kami tak berjodoh. Kurang sabar dalam buat keputusan. Kurang sabar dalam ujian. Kurang sabar dalam kekurangan.

Oh ya kemusykilan aku, aku dah sihat ka belum ni? Kalau aku pergi berubat pun ustaz akan cakap aku da ok. Ka mindset aku ja rasa aku masi ada gngguan? Oh ya beberapa hari lepas. Aku kena gangguan masa tidur baru nak lelap. Aku sempat dengar ada orang bagi salam. Pastu terus badan tak boleh gerak. Aku bacalah ayat kursi. Tapi orang tu betulkan balik bacaan aku. Hoho. Dan lagi satu, bolekah berubat dari jauh?

8 thoughts on “Aku Sudah Sihatka Belum Ni?”

  1. kalo ko xmo p mana2 ko cari dalam google ada je ayat alquran kita boleh guna nak check ada gangguan ke tak..

    Reply
  2. Amalkan baca Al-Mathurat selepas subuh & maghrib sis. Mungkin juga dah takde gangguan, tetapi masih trauma lagi. So benda tu masih menganggu sebab kita lemah.

    Reply
  3. aku pon ada masalah macam kau..Cuma ustaz tu ckap aku berani. So benda tu tak teruk.
    Ustaz ada ckap, semua bermula dari diri dan hati kita. Kita sendiri kena berusaha Jangan mengharap pada ustaz, harap pada Allah. Diri sendiri kena kuat.amalkan al manzil, selalu baca Quran, cuba untuk bersosial secara sihat ,’Dia ‘ lagi suka bila kita cuba menyendiri dan asingkan diri dari orang ramai. Yang penting jangan dok terperat dlam bilik..memng menjadik..

    Reply
    • Haa aku sokong nasihat ni. Kau kene ikot ni. Aq pon nak menambah.
      .
      Amalkan ayat qursi, pada waktu subuh dan asar setiap hari. Seeloknya setiap kali selepas solat fardhu. Solat fardu jgn pernah tinggal. Baca 3 qul setiap waktu subuh n asar. N pling bagus, amalkan surah al-Mulk setiap hari sebelum tidur mlm & surah al-Kahfi (ayat 1-10) stiap hari. Rajin2 baca alQuran setiap hari. In shaa Allah, ni boleh mnjd pendinding utk jiwa.
      .
      Dulu aq selalu kene ganggu. Tiap mlm kene tindih. Kadang2 nampak makhluk ngeri time nak tido. Kadang2 kene kacau terjaga dari tido, sedar2 pkol 3 pagi. Tp alhamdulillah sejak amalkan ni bende ni dah tak kacau. Kalau dia kacau pon jarang sangat lah.
      .
      Semoga kau terus kuat ye. Ini semua ujian Allah. Kita kene lawan iblis n syaitan.

      Reply
  4. Nasihat saya:
    1) Banyakkan solat2 sunat selain solat fardu
    2) Mengaji setiap hari
    3) Zikir byk2…walau semasa didalam kereta..jgn putus
    4) Sentiasa dlm wuduk
    5) Puasa sunat
    6) Sebelum tido baca 4 qul/ayat kursi/fatihah/ambik wuduk..lagi bagus pasang rukyah dari waktu nak tido sampai pagi…
    7) Berubat dengan pengamal perubatan yang bertauliah..
    8) Elakkan dengar lagu2 melalaikan/elak tonton rancangan melalaikan (hiburan) lagu2/hiburan ni memanggil jin datang pada kita ya dik…
    9) Elak ketawa berdekah2 atau terlalu seronok\
    10) Jgn terlalu sedih/menangis/bercakap dgn cermin/termenung/khayal
    11) Jika mmg suka bersendirian dlm bilik mmg kesukaan entiti tu lah…jadi jika nak bersendirian tu apa kata mengaji atau dgr surah2 Quran di phone/laptop…zaman canggih ni semua di jari aje…ceramah2 agama ada je kat youtube video tu kan? Tapi pilihlah video ceramah ustad2 yg bertauliah…

    makhluk halus ni jika dibuang pun akan datang semula atau benda lain datang bertandang…entiti ni mmg gemar manusia yg suka bersendirian…murung…sedih..emosi tak stabil…bilik jgn biarkan gelap terutama waktu siang kerana makhluk halus paling suka ruang yg kelam/gelap…

    Insyallah jika kita sentiasa beribadah dan dekat dgn Allah..makhluk2 halus tu akan pergi dengan sendirinya…LAWAN DIK LAWAN…..

    P/S: Saya pernah alami keadaan dimana jin2 jantan mengekori mana saya pergi…jodoh saya lambat…hubungan sentiasa putus…tp mrk tak dpt masuk dlm badan saya krn saya amalkan mengaji setiap hari…yg penting kita sendiri kena kuat/tabah dan jgn sesekali takut dengan mereka..takutlah hanya dengan Allah…

    Reply

Leave a Comment