Aku Tuan Ihsan

AKU…TUAN IHSAN

‘’ Hang pa tunggu lah, satgi orang-orang aku mai ambil aku balik. Depa mai dari K.L nu, naik Ferrari lagi. Hang pa semua tau dak aku ni sapa? Aku lah TUAN IHSAN….’’

‘’ Tu dia aaiihh, Tuan Ihsan pulak dah. Semalam dia RAJA SULAIMAN lagi, haghi ni dah jadi Tuan Ihsan pulak dah.’’Menggeleng-geleng Mak Tok melihat tingkah cucu lelaki sulungnya itu.

‘’Dia tengok cerita Tuan Ihsan la tu mak. Tadi cheq tak laghat dah kena kapan ngan dia, cheq bagi la dia tengok cerita tu. Tak laghat la mak, Asyik kena kapan ja. Satgi tak layan kalau dia mengamuk pulak’’ adu angah kepada mak tok. Termenung angah seketika, memikirkan nasib dirinya.

Dalam keadaan dirinya yang bergelut melawan sihir yang dihantar kepadanya tanpa henti hampir sepuluh tahun lamanya, tiba tiba angah dikejutkan dengan kehilangan kewarasan anak lelakinya itu.

‘’sabarlah angah, ALLAH sayang angah. Sebab tu lah ALLAH uji angah tak henti-henti. Angah sabaq, angah redha naa. Kalau angah sabaq ja tapi tak redha, nanti angah boleh jadi pendendam. Elok-elok ALLAH nak tingkatkan darjat angah, tak pasai-pasai angah dapat dosa pulak. Ingat ni angah, mak bukan selamanya disisi angah. Mak ni dah tua, sampai masa nanti mak pun takdak dah kat dunia ni.’’

‘’Cheq ingat la mak.Dah kat empat puluh taun cheq hidup,Yang tu la mak dok ulang-ulang, takkan cheq boleh lupa pulak.’’

‘’Ya la hang ingat, ni bawang ni,awat yang hang tinggai atas meja ni,’’

‘’ Ya ALLAH mak…cheq terlupa la.’’ Kelam-kabut angah menguis nasi didalam kuali kepinggir.Dikosongkannya ruang ditengah-tengah kuali lalu menuang sedikit minyak masak disitu.Diambilnya bawang putih dan bawang besar yang telah siap dihiris tadi lalu dimasukkannya kedalam kuali.

‘’Eloklah tu, orang tumis bawang dulu, Hang tumis nasi dulu,’’cepat-cepat maktok beredar dari dapur.Sebak dadanya melihat anak perempuannya itu.Dengan rambutnya yang jarang-jarang akibat sihir bertahun lamanya,angah kelihatan lebih tua darinya. Namun apa yang lebih menggusarkan maktok,apabila ingatan angah semakin hari semakin pudar.

‘’Ahmad… mai makan ni. Umie dah siap hidang ni.’’
‘’Sapa Ahmad ?’’

‘’ Ahmad tu anak umie. Anak umie tu hang la.’’

‘’ Hang buat lawak apa ? aku bukan anak hang. Anak hang dah tak dak dah. Dia dah mati. Berapa kali aku nak ulang, aku ni Tuan Ihsan.

’ AKU TUAN IHSAN’ faham. Ni lagi satu aku nak habaq kat hang, hang jangan caghi anak hang. Dia dah matii..’ AHMAD DAH MATI ‘ ingat tu.’’Melengking- lengking suara Ahmad menjerkah ibunya. Dengan helmet bercermin hitam menutupi seluruh wajahnya, Ahmad kelihatan bagaikan power rangers.

Ditambah sepatu dikakinya dan lengkap bersarung tangan, Ahmad bagaikan riders yang sudah siap untuk memulakan perjalanannya. Namun berjayakah Ahmad mencari jalan pulang? Pulang ketubuhnya sendiri.

‘’ Ha..ha..ha..’’ berderai ketawa angah memenuhi ruang tamu rumah itu.Kelam-kabut mak tok menuju kearah angah.

‘’ awat ni angah ? Pasaipa hang gelak ni?’’
‘’Mak tengok la ni, pakai helmet,jaket,kasut, siap sarung tangan lagi..tapi pakai kain pelekat. Mana cheq tak gelak, lawak la mak.’’kata angah lalu menyudahkan sisa tawanya.
‘’Hang ni angah, buat mak ketaq ja. Ingat ka hang kena ghasuk lagi.Dah la tu,hang pi bagi anak hang makan cepat.Satgi masuk angin peghut dia hang jugak yang susah.’’ Angah angah, anak hang sendiri hang bantai gelak.Kalau dah jenih wayaq putuih ni,kot mana pun nak masuk ayaq jugak. Bebel maktok didalam hati.
‘’Tuan Ihsan mai makan lekaih. Satgi sakit peghut tu. Kan baru baik gastrik ja.’’ Laung angah kepada anaknya. Ya.. memang dia tak sepatutnya ketawakan anaknya. Tetapi perlukah dia meratap,menangis hiba sentiasa. Sedangkan apa nak jadi,pasti akan terjadi. KUN FAYAKUN. Ya ALLAH kepada MU aku berserah. Rintih hati angah sambil menahan airmatanya yang sudah pun mula bergenang. Dilihatnya keruang tamu, power rangers berkain pelekat masih lagi mundar mandir disitu.Sebentar duduk disofa,sebentar lagi melihat- lihat dirinya dicermin.Namun kebanyakan masa dia berjalan-jalan disetiap ruang rumah itu. Memandangkan setiap pintu keluar telah dikunci,anaknya cuma mampu mengambil angin didalam rumah sahaja. Begitulah sejak dua tiga hari ini. Dengan helmet sentiasa dikepala, tak panaskah?. Detik hatinya.
‘’Tuan Ihsan mai makan lekaih.’’ Laung angah sekali lagi.
‘’ Masak apa ni?. Bau sedap ja. La.. nasi goreng ja ? Ayam goreng takdak ka?’’ Laju Ahmad menuju ke tempat makan. Dibukanya helmet lalu diletakkannya diatas meja.
‘’La.. awat yang hang pi bukak helmet tu’’.
‘’ Hang gila ka? Takkan nak makan dengan helmet? Akai ada pikiaq la sikit. Takkan tak kat lutut kot’’.
‘’ Aii.. pandai pulak hang’’.
‘’awat hang ingat aku bodo. Ni dari tadi aku tanya, ayam goreng mana?’’
‘’Ayam goreng takdak. Ni ja yang ada. Ala,, satgi kan orang hang nak mai dah, hang balik k.l nanti hang makan la kat ghumah hang.’’
‘’ Hang tau pun. Hang tau dak rumah aku besaq mana? Besaq istana ooo.., mana la depa ni tak sampai-sampai lagi. Aku nak jumpa Seroja ni.’’
‘’La.. haritu hang kata Balqis tunggu hang kat istana, ni Seroja pulak.’’ Usik angah pada anaknya. Sempat juga dia melihat anaknya itu mula menambah nasi, sesenduk demi sesenduk.
‘’Bila masa aku kata ? Hang jangan dok buat ghoplah jingga aaa..’’ Terhenti suapan dimulut Ahmad. Dengan mata yang membulat dan suara yang menyinga dia memandang kearah ibunya.
‘’ Kan hang yang kata dua tiga malam sudah. Masa kita baru balik dari jumpa ustaz malam tu. Kan hang tak mau masuk rumah. Hang kata Balqis dok tunggu hang kat istana. Sampai hang terajang aku sebab nak balik tempat hang. Masa tu hari-hari hang kata hang Raja Sulaiman. Lupa ka SETAN ooii..’’ Jerit angah dengan hati yang penuh geram.
Ya.. dia memang pelupa, seperti kata ibunya. Tetapi apa yang ibunya tidak tahu ialah dia sekali-kali tidak akan lupa pada apa yang menghiris hatinya. Bagaimana mungkin dia terlupa disaat dia ditendang bertalu-talu oleh anaknya. Sehingga terhoyong-hayang dirinya bersama ayahnya, semasa mengangkat tubuh anaknya itu. Dari pintu kereta hinggalah kepintu rumah.Dengan kudrat wanitanya yang semakin uzur, dan kudrat ayahnya seorang lelaki tua yang bertongkat, hanya ALLAH yang tahu rasa hati mereka. Terlentang dia dipintu rumah. Dengan nafas yang tercungap-cungap dan airmata yang mengalir dipipi dan juga hatinya, diseret anaknya itu ketengah rumah. Ditambat anaknya ketiang dengan serban putih yang selalu digunakan oleh anaknya untuk mengafan dia hampir setiap hari. Meraung-raunglah Raja Sulaiman merindukan kekasih hatinya Puteri Balqis.
‘’Hang dengaq sini, aku Tuan Ihsan. Raja Sulaiman dia dah balik dah kat tempat dia. Aku pun nak balik dah ni. Tunggu orang aku sampai ja. Hang pun bukan suka aku kat sini kan. Lepas ni hang tak payah dah dok tanggung susah sebab aku.’’
‘’ Wooii !!! Hang kalau nak balik, hang balik. Anak aku hang tinggai. Hang jangan bawak dia balik. Aku tak redha.’’
‘’ Anak hang dah matiii… Berapa kali aku nak cakap. Jasad ni aku punya. Aku nak bawak dia balik. Ahmad dah mati.. faham dak? Ahmad dah mati.’’ Terjerit-jerit Ahmad memarahi ibunya. Berlalu Ahmad kedepan setelah membasuh tangannya disinki.
‘’Kepala hotak hang. Hang nak blah hang blah lah. Yang hang nak bawa Ahmad pi sekali apa pasai?’’ Balas angah geram. Dah la mai tak jemput, peghambat tak pi pi. Belagak macam tuan. Habis dua pinggan nasik aku. Masa bila la dia melantak ni. Gumam angah perlahan.
‘’ Hang kata apaa.. ? Dengan anak sendiri pun nak berkira ka ?’’ Laung Ahmad dari ruang tamu.
‘’Bila masa hang anak aku ? Perasan punya setan.’’Dengaq pulak dah budak ni. Telinga lintah ka apa?’’Desis bibir angah.
‘’ Hang ni.. sat kata aku anak hang, sat kata aku bukan anak hang. Pening kepala aku. Boleh gila aku lagu ni.’’
‘’ Ooo.. hang pikiaq hang punya gila ? Aku punya gila hang tak mau pikiaq ?’’ Angah naik darah lagi.Sudah hampir dua minggu anaknya ghaib dari tubuhnya sendiri. Berkali sudah dibawanya berjumpa ustaz.Namun sehingga kini masih belum bertemu penyelesaiannya.Mungkin ALLAH masih belum mengizinkan.Atau masih ingin menduga?
‘’Astaghfirullahal ‘ aziim.. angah angah, yang hang pi layan setan ni buat apa? Tak pasai-pasai hang yang jadi setan ngah ooii..’’ istighfar mak tok melihat angah. Diurut-urut dadanya berulang kali. Alhamdulillah ayah hang tak nampak ngah ooii.. Boleh gol orang tua tu kalau dia ada tadi. Dah la ada darah tinggi, dengan jantung lagi. Bisik mak tok perlahan.
‘’ Apa dia pompuan gemuk ? Cikgu sakit ka ? Mai sini nak baca doa, kita buat ubat sikit.’’Laung Ahmad dari ruang tamu.
‘’ Mak dia dengaq la. Mak kata apa tadi ? Nampak mulut ja dok bergeghak-geghak. Sogha tak dengaq pun. Mak mengata kat cheq aaa..?’’
‘’ Ceh… tak dak gheja mak nak mengata kat hang. Hang tu yang pekak badak. Mak kata ayah hang tu sakit,ada daghah tinggi, kencing manih ngan jantung lagi.’’
‘’ Aaik.. tadi tak sebut pun kencing manih? Kata daghah tinggi ngan jantung ja.’’ Celah Ahmad tiba-tiba.
‘’ La.. dia dengaq ka? Mak bisik ja tadi. Hang pun tak dengaq, macammana dia kat depan tu boleh dengaq?’’
‘’ Ha mak kantoi aaa. Sampai hati mak kata cheq lagu tu.’’
‘’ Mak kata apa?’’
‘’ Mak kata cheq pekak badak.’’
‘’eh.. Bila masa mak kata, mana ada.’’
‘’Sat-sat mak sebut.’’
‘’Mana ada aaiih.. hang tu yang pekak badak.’’
‘’Maaaaaaaakkkkkk….’’

‘’ Awat ni awat? Pompuan janda ni sakit lagi ka.?’’ Terkocoh-kocoh Ahmad bergegas dari ruang tamu mendapatkan ibunya ditengah rumah. Dipegang ibunya dengan sepenuh tenaga. Ditepuk-tepuk kepala dan muka ibunya hinggalah kekaki. Bergemalah ayat-ayat suci Al-Quran memenuhi ruang dirumah itu.Ayat demi ayat. Surah-surah dan azan berselang-seli bersilih ganti.
‘’ Ar-rahmaann. ‘Allamal quraann. Kholaqol insaann. ‘Allamahul bayaann…..’’ Ayat demi ayat,satu-persatu meluncur laju penuh fasih dan juga syahdu dibibir Ahmad a.k.a Tuan Ihsan. Bersungguh-sungguhlah Ahmad mengubati ibunya yang dianggapnya tersampuk hantu. Dan bersungguh-sungguhlah juga ibunya berusaha melepaskan diri dari cengkaman ahmad. Meronta-ronta ibunya mengelakkan tepukan maut dari ahmad,atau lebih tepat tamparan berbisa yang hinggap diseluruh tubuhnya.
‘’Melawan, melawan.’’ Jerit Ahmad a.k.a Tuan Ihsan.
‘’ Otak hang… aku bukannya sakitlah…’’ jerit angah pula.
‘’ Orang sakit mana nak mengaku sakit. Hang keluaq dari badan pompuan ni, setaann…’’
‘’Hang la setaann… lupa pulak setan mana nak mengaku setan.’’ Kata angah memulangkan paku buah keras.
Paanngg.. satu tamparan hinggap ditubuh angah,mengalir airmata angah menahan kesakitan. Mak tok cuma mampu melihat. Apa la daya mak tok. Dengan kudrat tuanya masakan dia mampu bergelut dengan anak muda yang berusia enam belas tahun itu. Ditempat ustaz pun perlukan beberapa lelaki dewasa untuk menewaskannya. Takut nanti patah pula tulang belakang mak tok yang telah sedia bengkok itu.
‘’Menjawab, menjawab lagi. Sakit dak?’’ Tanya Ahmad pada ibunya.
‘’Sakiiitt..’’ jawab angah perlahan.’’
‘’Tau pun sakit. La ni hang nak keluaq ka dak?’’
‘’ Naakk..’’ Jawab angah pura-pura menjadi setan yang merasuk tubuhnya.
‘’ Hang keluaq la ni. Hang jangan mai dah. Paham dak ni?’’
‘’Pahaamm.. ‘’ Jawab angah lalu memejamkan matanya, meneruskan wataknya sebagai syaitan.
Pap..pap..
Beberapa tepukan hinggap ditubuh angah.Perlahan-lahan angah membuka matanya.Seolah-olah baru tersedar dari rasukan.Hebatnya lakonan angah,sampai Tuan Ihsan pun boleh terperdaya. Benarlah kata mak tok, angah memang ada talent sebagai [syaitan].
‘’Sedaq dah ka?’’ Lembut Tuan Ihsan bertanya.
‘’Daahh..’’ Lemah angah menjawab
‘’Hang sapa?’’ Tanya Tuan Ihsan lagi dengan penuh berhemah.
‘’ Aku ni mak hang la bodo’’ kata angah separuh berbisik.
‘’Hang kata apaaa?’’
‘’Aku pompuan jandaaa..’’Lantang angah melatah kerana terkejut disergah anaknya.
‘’alhamdulillah.., woii!! Pompuan gemuk ni anak hang dah sedaq dah ni. Hang jaga dia sat,aku nak pi ambik kain sat.Dia sejuk ni. Hang sejuk dak?’’ Tanya Tuan Ihsan kepada angah pula.
‘’Sejuukk..’’ Jawab angah terpaksa. Tak ingin lagi angah melawan anaknya.Kalau bukan penampar, penendang yang akan dia dapat.
Berlari la Ahmad ke bilik.Diambilnya kain telekung ibunya dan juga kasturi putih.Dengan pantas dia kembali kepada ibunya.Ini lah saat yang paling ahmad suka.Selama hampir dua minggu ini, Ahmad akan menjadi terlalu baik,lembut dan berhemah bila mendapat saat ini. Saat untuk mengafankan ibunya.
‘’Dok diam-diam tau,jangan bergeghak.Kaki ni bagi lughus ja.Tangan ni jangan angkat tau.’’ Kata Ahmad sambil mengqiamkan tangan ibunya.Diambilnya kain telekung lalu dipakaikan dengan perlahan lahan ketubuh ibunya.Lembut dan penuh tertib.Minyak kasturi pula Ahmad gosokkan disetiap sendi ibunya.Setelah selesai menyimpan kasturi putih miliknya Ahmad kembali kesisi ibunya bersama serban putih kesayangannya sepanjang tujuh hasta.Dengan penuh tertib Ahmad menghamparkan serban putih itu keatas seluruh tubuh ibunya.Kemudian Ahmad menyelitkan bahagian tepi serban dibawah tubuh ibunya.Perlahan-lahan Ahmad menjalankan tugasnya.Cuma dibahagian muka saja Ahmad biarkan terbuka,tetapi diambilnya hujung serban dan dililitnya dikepala ibunya.Maka selesai lah sudah tugas Ahmad.Tersenyum Ahmad gembira.Diusap-usap wajah ibunya dengan penuh kasih-sayang.Terbujurlah ibunya ditengah rumah bagaikan jenazah yang menanti untuk disembahyangkan.
‘’Umie ada nak apa-apa dak?’’ Tanya Ahmad dengan lembut.
‘’Ada..’’
‘’Umie nak apa?’’
‘’Umie nak tengok goblin.’’

# Kisah benar yang diolah semula.
# Nury Irfan

10 thoughts on “Aku Tuan Ihsan”

  1. Hurmmm..penuh dgn perbualan yg bosan. Loghat kedah yg terlebih kasar even aku sendiri org kedah dan akui loghat kedah memang kasar, tapi yg ni dah mcm kurang ajar pun ada.

    Reply
  2. Kesiannya..awat yg org kedah dok terasa kasaq plak..ok what..aku nk tergelak jugak..hope depa dah pulih noo..kesian

    Reply
  3. Penceritaan secara zahir menghiburkan…
    Tapi di sebaliknye, hanya yg menghadapi mengetahui segala penderitaan, kesukaran, kedukaan yang menyelubungi…
    Semoga Allah merahmati dan melindungi Angah sekeluarga…

    Reply
  4. Nice story . but still tertanya2 ke mana ahmad ?

    For me tkde kasar mne pon penceritaan ni. kalau ni mmg hakikat cerita. Even kite manusia yg waras ni pon cakap carut2 tk jge bahasa. ni kan pulak org yg dlm keadaan mcm ni. Pandai Angah Layan kerenah SETAN tu ye ??

    Reply

Leave a Comment