Assalammualaikum pembaca tegar FS. Aku A’an. Dan untuk admin terima kasih kalau cerita ni approve tuk dipublishkan. First time nak hantar cerita kat sini. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Peristiwa ni jadi masa aku masih belajar di salah satu Institusi Kemahiran di Selatan tanah air. Di mana biarlah aku simpan sendiri. Tak nak student di sana takut. Alhamdulillah hijab aku tertutup ye kawan2. Seumur hidup aku sampai sekarang ni tak lah banyak gangguan yang aku kena, aku beranggapan aku berada di tempat yang salah dalam waktu yang salah.
Aku ni duduk asrama sebab diwajibkan. Asrama tu asrama lama, tau kan struktur bangunan asrama sekolah yang terbuka tapi dihubungkan ruang pejalan kaki yang terbuka antara blok. Macam tu la asrama aku duduk ni. Asrama perempuan blok C & D. Aku duduk blok C tingkat 1 bersebelahan toilet. Kejadian ni berlaku semasa aku semester 3. Oh ya aku belajar sampai tahap 3 je. Waktu kejadian tu aku stay up malam sorang2 buat assigment yg direject lecturer last minit sbb ade kawan yg dok tiru assigment aku bulat2 haha yang seronoknye assigment dia dapat A. Aku kene buat baru, dialah Hantu yang sebenarnye ngeeee. Aku xde coursemate perempuan, semua lelaki. Tu sebab always lone ranger.
Malam tu sebelum semua roommate aku tido, memang dorang temankan aku dok pot pet pot pet, sampailah tinggal sorang je Maya. Maya ni orang utara, selalu malam2 dialah burung hantu dalam dorm tu. Aku plak pas isyak je tido, sebab course aku ni keje berat. Maya ajak temankan dia ke toilet aku cakap ok sambil tunggu sambil cek nota. Start dari tu kene ganggu, aku ingatkan Maya yang bercakap, aku pon selambe je menjawab.
Maya (H) : Akak ade kat luar lagi ke?
Aku : Ade ni ha tengah bace nota.
Maya : Akak cakap dengan sape tu?
Aku : TERKEDU sambil jawab xde pape akak bace nota lah.
Maya : Oh ingatkan akak cakap dengan ceq.
Aku : Dak aih cakap soghang ja. Hang tu lambat buang air kicik juga lagi mau dok lame dalam tu.
Haha sempat aku membebel lagi, walaupun kat tepi telinga dia dok bisik2 tapi xjelas butir bicara ewah. Pas Maya keluar ktorg terus balik bilik. Dia naik atas katil, aku sambung buat keje tepi katil. Lepas kol 12 malam aku dok kat kaki lima bilik sebab kene padamkan lampu, yang ni wajib. Lampu koridor je ade nak tak nak memang kene dok kat situ je lah, tak nak aku jadi rabun sebelum waktu. Lagipun kat koridor line wifi laju amat, lagi2 dorg sume da tido. Aku leka buat assigment sambil cari maklumat. Bukak lagu lagi kat laptop tu huhu.
Tetibe datang kucing hitam ke arah aku dari titi gajah, aku panggung kepala aku tengok je kucing tu kat mata n kucing tu pon pandang aku tepat kat mata. Dah dekat aku bersuara, “kalau kau rase nak kacau aku, aku rase baik ko pegi tempat lain, aku tak kacau ko, aku tengah struggle siapkan assigment aku”. And guess what? Kucing tu patah balik ke blok sebelah aku tunduk tengok jam pukul 3.30 pagi. Aku angkat balik kepala ok kucing tu dah takde padahal tadi elok dia jalan catwalk mase nak blah. Hati aku da xsedap tapi keje ade sikit lagi nak kene siapkan. Sambil buat keje sambil fikir nak masuk ke tak, masuk ke tak.
Lastly aku angkut laptop beserta baldi sebagai alas laptop bukak pintu masuk dalam. Aku buat keje kat koridor dengan pintu bertutup? Yesza haha. Mase ni aku rase nk terkucil, cuba kejut roommate semua, huh 8-8 tdo mati, adeh. Aku beranikan diri capai tuala terus pegi toilet. Kat dalam toilet takde ape yang jadi kecuali bisikan2 kecil je lah. Aku husnudzon je yang boleh pon. Aku bukan berani ye, korang salah klo ko anggap aku berani, juz aku pon xboleh nak takot pade gangguan Jin, Iblis dan Syaitan ni. Tu pesan uztaz aku dulu, dan aku berpegang teguh pada ape yang ustaz aku katakan mase tu.
Tu belum kemuncak lagi tau, masuk bilik aku sambung sikit keje aku dan sekali lagi terganggu dengan bunyi angin, seriously aku tak tau pon yang bunyi angin ni petanda dia ade, aku tau start aku bace dalam FS ni lah. Aku panggung kepala, toleh kiri kanan. Ok lah dia nak buat keje dia aku rase, aku save keje aku tutup laptop. Tadi mase kat toilet da cuci muka, kaki semua terus aku panjat katil. Katil aku double decker besi padu, typical katil asrama sekolah kerajaan hihi. Aku duduk je atas katil bunyi pintu kene ketuk sampai bergegar. Kali ni aku terkejut dan terkedu untuk beberapa saat. Aku terus tarik selimut aku, aku baca doa tido.
Elok aku letak kepala ke bantal, aku dengar macam bunyi pintu kene langgar kuat sangat2 dan bunyi ade benda berlari di tengah2 laluan katil kami sampai melepasi tingkap, aku nampak langsir terangkat2. Aku juz cakap, “ko ni da main kasar ni, aku tak kacau kau pon jadi kau jangan nak kacau aku ea setan”. Aku mengiring ke kanan tarik selimut tutup muka terus tido. Pukul 5 pagi aku bangun sambung balik keje aku, da siap edit aku save dalam pendrive. Aku mandi dan solat subuh sebelum bersiap pergi print kat bilik bawah dan pergi kelas hantar assigment tu. Setel semua aku naik bilik sambung tido. Kepala pon da tingtong. Aku bangun bila perut nyanyi lagu dangdut raggae.
Aku capai tuala, pergi toilet nak cuci muka dan buang air. Masuk toilet macam biasa, mase tengah membuang aku nampak pantulan dari air dalam baldi makhluk rambut mengerbang tengah mencangkung kat atas dinding antara toilet . Toilet bangunan lama ni tandas cangkung yang mangkuk dan tempat berpijak tinggi tau, bila kita berdiri sama level dengan tempat makhluk tu mencangkung. Aku da kecut perut menggeletar pon iye jugak. Lama aku fikir camne nk bangun ni. ‘ Tak boleh jadi ni’ aku terus bangun berdiri aku tengok benda tu dah takde. Aku terus berlari keluar toilet. Bersiap dan lari ke dewan makan.
Aku menggeletar sampai kan penjaga DM tu tanya aku kenapa. Aku geleng je. Aku tunggu roommate aku naik makan kat DM pastu baru aku balik dorm aku bersama mereka. Petang tu aku gi balik toilet tu cek tengok air dalam baldi, sah bayang tadi tu memang benda tu sebab bayang shower dan besi paip tu kecik je, terus aku keluar sengih2 ke arah roommate aku. Diaorang tanya aku kak kenapa, aku pon bukak cerita ape yang jadi dari malam tadi. Komen diorang kental betul ko kan kak. Aku tak kental sis aku terpaksa. Uhukuhuk.
Untuk pengetahuan pembaca semua, masa kejadian tu kami baru naik cuti mid sem, aku biasanya akan naik seminggu lambat dan seminggu lewat bercuti disebabkan course aku akan pergi belajar mesin di tempat lain semasa semua orang bercuti. Yang lain naik baru kami cuti. Semasa kami bercuti tu asrama dilanda histeria. Baru lah aku tau punca aku diganggu. Selama ni elok je aku angkat kain baju dan masuk toilet waktu malam pergi kelas dan duduk dorm sorang2 tak pernah sekalipun aku kene kacau macam tu.
Roommate aku cerita ade antara student yang histeria tu mulut celupar yang amat. Student lelaki tau yang celupar tu. Belakang asrama kami hutan bukit yang agak tebal. Tak la seram tapi tu kan memang tempat tinggal mereka. Jangan la ditegur atau dikacau. Dan yang paling bez masa ni baru aku teringat mata kucing yang aku dok bertentang mata malam tu, mata kucing tu bukan mata normal kucing tau tapi mata menyerupai mata kita dengan bebola mata yang hitam pekat. Aku mampu istighfar je dalam hati, minta dijauhkan dari perkara yang tidak2 hendakNya. Aku minta maaf kalau susah korang nak paham huhu. I’m amateur.
P/s kita harus ingat yang tinggal atas muka bumi Allah ni bukan kita sahaja tapi ade makhluk lain juga. Kata- kata kena jaga. Kalau pembaca fs berminat aku ada 1 lagi cerita berkaitan mulut celupar waktu camping dulu hihi. Lagi satu nak pesan pada yang wanita kebersihan tolong lah jaga, bukan pada diri kita je, pada persekitaran sekali benda tu suka, suka yang amat2 lagi2 kalau tengah ABC.
#orangpunyapasal
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
x berapa faham..macam mana tau yg maya tu hantu?
Ade ke die mentioned yg Maya tu antu…???
Ghase mcm abis gitu je lps teman Maya g toilet tu…
Ke den ni tertdo mse part Maya is antu tu…??
xlah..soalan first maya kpda penulis tu yg “hantu maya”..sbab maya xtanya pon soalan tu dekat dia, thats why maya tanya penulis dia bercakap dengan siapa
Bace jer name MAYA tu akk trs seram saspen sensorg…
Iyelah…
Akk ni dh tua…kdg2 sel sel otak tu wpon x berhubung, deme connect gune bluetooth…
Lajuuuu je byg bukan2…
Sbbnye kt FS ni name MAYA tu kan angker…
Dh membyg bebukan ghupenye Maya tu watak super extra tambahan jer…
Caaiittt…penat membygkan…
Assalammualaikum..kak yulie..sy Ade terbaca Kat Komen dlm cerita yg dipost dua hari lepas kot..yg mnyatakan kak yulie sdh meninggal dunia..betol @ salah??maaf bertanya..
omaiaih….betol ke…kesian kak yullie…huhu…trsalah kot
kak yulie meninggal dunia, dua hari lepas???
Uishh dapat bayangkan mcm mana benda tu mencangkung ?. Btw jala cerita mudah utk difahami. Next story pasal mulut celupar dekat camping tu pls. And buat tag name supaya senang nak cari you punya cerita. Hehehe seram and best! ?
Sorry typo hahaha jalan*
Maya (H) : Akak ade kat luar lagi ke?
Aku : Ade ni ha tengah bace nota.
Maya : Akak cakap dengan sape tu?
Aku : TERKEDU sambil jawab xde pape akak bace nota lah.
Maya : Oh ingatkan akak cakap dengan ceq.
Aku : Dak aih cakap soghang ja. Hang tu lambat buang air kicik juga lagi mau dok lame dalam tu.
** kan ke maya tu tanya akak tengah ckp ngan sape… so makna bukan maya la yang tanya “akak ada kat luar lagi ke”?
seram aih… debor rasa…
berulang kali aku baca dialog tu tp tak paham2. sampai la aku perasan fungsi (H) tu. cehhh…
utk pengetahuan penulis, anak mata kucing waktu malam kebiasaannya akan menjadi bulat besar mcm mata kita sebab kekurangan cahaya waktu mlm, anak matanya mmbesar utk mnangkap cahaya yg terhad..waktu siang dia jadi sgt kecik sbab terang,bnyak cahaya..
kucing yg penulis jumpa mungkin kucing betul mungkin jugak bukan kucing..hehe
owh yeke tq la bgtau, saya memang xtau pasal tu, juz maksud saya mata kucing kan jernih, tp kucing tu x, sebijik macam mata kita. cube bandingkan, xtau la nk describe.. hahaha
paham2..hehe..sebab sy pun ade bela kucing,mlm2 memang anak mata dia penuh..anak mata kita pun sama, cuma xnmpak sgt sbab warna mata kita kan gelap, sekadar berkongsi..hehehe 🙂
berani jugak ye marah benda tu
xmarah la @ramzimiyumaru, juz tegur je..