Alam Ghaib di Dalam Rumah

Setelah sekian lama aku menetap di rumah sewa berkongsi bilik dengan kawan-kawan, pada suatu hari aku telah ditawarkan oleh abang aku yang bekerja sebagai anggota keselamatan di Pusat Bandar untuk tinggal bersamanya.

Secara kebetulan rumah yang dia dudukinya bersama isteri dan anak perempuanya yang berumur dalam lingkungan 3 tahun adalah kuaters lama dan abang aku mendapat 2 unit rumah berkedudukan di tingkat 2 bangunan 3 tingkat.

Tujuan aku berubah angin menetap dengannya kerana rumah dia dekat dengan ofis aku bekerja dan yang penting sekali percuma. Rumah yang kami duduki hanya dipisahkan oleh tangga manakala dinding bahagian dapur dipecahkan agar senang aku berulang alik untuk menumpang tandasnya.

Aku masih ingat lagi masa malam pertama masa aku tegah baring sambil tengok TV dalam pukul 11 malam, tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi macam suara burung gagak betul-betul atas pokok besar depan tingkap kayu yang terngaga luas.

Dengan pantas aku bangun dan jengok keluar tingkap. Bayang sekor burung pun tak nampak. Lantas aku tutup tingkap terus tutup TV dan tido. Pada malam tu aku tak dapat tido. Rasa dalam bilik tu panas sangat.

Aku bukak kipas maksimum pun masih panas lagi. Ntah macamana lama kelamaan aku pun terlelap. Sampai satu waktu tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi bising syiling bilik aku. Aku dengar macam orang tengah alih-alihkan kerusi meja dekat rumah tingkat atas. Aku tengok jam loceng tepat pukul 4 pagi.

Dalam hati aku menyumpah2.. Sapa la malam2 buta ni pindah2 barang pulak. Agak lama jugaklah situasi ni berlaku. Lepas tu dalam pukul 5 tiba2 senyap. Aku pun sambung tidur balik. Esok pagi2 aku jumpa abang aku dan tanya.. Sapa tinggal kat atas? Abang aku sedikit terkejut. Lepas tu dia senyum dan tanya kenapa. Aku ceritakan semua kejadian malam tadi. Abang aku cuma cakap takde apa2.. cuma perasaan aku je. Aku rasa tak puashati dan aku tanya pulak kat kakak ipar aku. Jawapan yang dia bagi buat aku terkejut. Rupanya rumah tingkat 3 tak berpenghuni.

Selama sebulan aku tinggal di sini macam2 kejadian pelik sering berlaku. Kadang2 tengah tidur aku rasakan ada orang tengah perhatikan aku. Bilik sentiasa rasa panas dan macam2 kejadian lagilah.

Tiap2 hari mata aku hanya boleh lelap lepas pukul 4 pagi. Tiap kali mata aku nak terlelap ada dua wajah datang menerpa. Berat badan aku susut 15-20 kilo dalam masa sebulan dan muka aku jadi cengkung.

Sehingga satu hari, Masa tu hari sabtu. Lepas balik dari ofis aku minum bersama-sama dengan abang dan kakak ipar aku. Aku bagitahu yang aku nak kemaskan bilik air rumah aku yang abang aku jadikan stor simpan barang sebab selama ni aku terpaksa guna bilik air dan jamban dorang.

Abang aku setuju dan lepas minum terus aku jalankan operasi pembersihan. Lepas maghrib kerja aku pun selesai. Tapi lepas tu belakang badan aku rasa pedih macam kena toreh pisau, Sakit yang amat sangat. Aku pun suruhlah abang aku tengok. Dia cakap takde apa2. Lepas tu kakak ipar aku datang tengok. Dia terus terdiam dan muka macam terkejut. Dia suruh aku mandi dan ambil wudhuk. Lepas solat maghrib terus sakit aku hilang. Pada malam tu aku terus balik kampung.

Pada hari ahad setelah sampai dari kampung, seperti biasa aku baring2 sambil tengok TV. Lepas pukul 12 malam aku terus masuk tidur. Pada malam tu aku rasa lain sikit dari hari2 yg lain. Sepanjang malam bulu roma aku tegak seram.

Aku pun bacalah ayat Al-Quran yang aku tahu. Tapi mata tetap tak boleh lelap. Aku tengok jam dekat pukul 2 pagi. Tiba2 tingkap kayu bilik aku bunyi orang ketuk TUK..TUK..TUK.. berderau darah aku. Cepat2 aku bangun bukan lampu dan tingkap. Tengok takde sapa2. Lagipun rumah aku tingkat 2 takde balkoni sapa yang nak panjat ketuk tingkap. Aku tutup tingkap dan tidur balik dengan lampu terpasang.

Tiba2 pintu bilik pulak berbunyi orang ketuk. Masa tu aku jadi terlalu takut sampai tak boleh nak bangun. Dalam beberapa saat tiba2 hilang rasa takut dan aku gagahkan badan untuk bangun dan aku pekik kuat2. Aku terus bukak pintu bilik masa tu ruang tamu kelihatan samar2 macam penuh dengan asap.

Aku pun ketuk pintu rumah abang aku untuk minta bantuan dia. Aku ceritakan pada dia semua kejadian dan pada malam itu abang aku tidur dalam rumah aku sampai esok tanpa apa2 gangguan. Keesokan petangnya kelihatan abang aku membawa rakanya yang merupakan seorang ustaz untuk tengok2 kan rumah aku. Sebelum balik ustaz ada beritahu pada abang aku yang aku dah kacau tempat makhluk halus yang menumpang di kawasan rumah dan benda tu marah sangat kat aku.

Pada malam itu juga aku ambil keputusan untuk tidak lagi tidur dalam rumah tu sorang2. Pada malam tu abang aku suruh tidur di ruang tamu rumahnya. Ketika itu dia memasang kaset surah Yassin untuk mengelakkan gangguan.

Ketika aku sedang baring dan bergelut dengan rasa takut, tiba-tiba kaset surah yassin terhenti sendiri. Aku tersentak dan beberapa saat kemudian pintu dapur ruang tamu rumah abang akupulak di ketuk dan yang lebih menyeramkan lagi ianya diselangi dengan bunyi seperti orang mengerang…. AAARRGGGHHH… AAARRGGHHH…… AAARRRGGHHH…. badan aku terus kaku dan aku uba menjerit tapi suara aku tak boleh keluar.

Kebetulan pada masa tu abang aku pun terdengar suara tu dan dia bangun dan datang pada aku. Pada ketika tu baru suara aku boleh keluar. Lepastu aku disuruh tido dalam bilik dia. Bermula dari itu aku terus berpindah dan tak datang2 lagi ke situ.

2 thoughts on “Alam Ghaib di Dalam Rumah”

Leave a Comment