Along Dan Mistik

Assalamualaikum dan selamat malam para peminat FS termasuklah aku. Hai aku Iz. Aku ingin ceritakan kisah mengenai abang sulungku, Along. Along boleh kata agak lemah dalam pelajaran. Semasa Along di alam remaja, dia suka pergi ke surau terutama pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Surau tu terletak kat  sebelah rumah ja. Waktu subuh selalunya tak dak orang hanya Along seorang je selalu di surau tu.

Along pernah beritahu pada mak bila dia selesai azan dan nak mulakan solat subuh, dia rasa seperti ada orang berjalan naik ke surau tu tapi tak nampak pun orangnya. Macam tu la juga setiap hari bila Along solat subuh di surau tu. Lama-kelamaan, entah macam mana Along tiba-tiba rapat dengan seorang anak jiran umur dalam 19 tahun. Along masa tu baru 17 tahun. Nama anak jiran tu Ali (bukan nama sebenar). Ali ni keturunan bomoh dari moyangnya lagi. Along selalu ikut Ali ni pergi mengubat orang. Tak kira ke mana-mana sahaja, Along setia mengikuti Ali. Ali mengubat orang secara turun-menurun, selalunya akan bercakap seperti orang tua dalam bahasa indonesia. Rupa-rupanya dalam diam selama Along mengikuti Ali, dia mula belajar ilmu dengan Ali.

Dalam 1t ahun selepas Along rapat dengan Ali, tiba-tiba Along berubah perangainya menjadi lain, tak seperti yang dulu. Dulu Along rajin solat, bulan puasa pun selalu puasa penuh. Sekarang Along dah jarang solat. Puasa pun tak dalam bulan Ramadhan. Along pun tak mau dengar cakap mak dan ayah. Along lebih percayakan cakap Ali. Semakin hari, Along makin berubah menjadi panas baran. Along hanya akan solat maghrib dan hanya memakai pakaian warna hijau dari ketayap, tasbih, baju melayu, kain pelekat dan sejadah semuanya hijau. Dan Along akan tidur di tempat dia solat selepas mahgrib. Kekadang tu Along tak tidur pun pada waktu malam. Kebiasaannya dia akan berjalan keliling rumah sampai pagi menjelma.

Perkara yang paling tak boleh aku lupa, tiba-tiba satu hari tu Along tak balik rumah sampai pagi. Mulalah kami sekeluarga risau. Tiba-tiba kawan ayah telefon bagi tau Along duk dalam parit tak pakai apa sambil pegang quran. Ayah pun pergi dengan bawa kain pelekat untuk Along. Lama juga adegan ayah dengan Along. Akhirnya, ayah dapat juga pujuk Along ajak balik rumah. Sampai rumah, ayah pakat dengan ketua kampung minta telefon polis.

Polis sampai dalam setengah jam, masa tu Along tidur. Along dengan mamai hanya ikut dan tangannya digari. Along dihantar ke wad gila di hospital berdekatan. Tiap-tiap hari mak dan ayah akan melawat Along di hospital. Dalam sebulan lebih kurang pastu, Along dah boleh keluar dari hospital. Bila Along dah keluar, mak dan ayah bawa dia pergi berubat. Rupa-rupanya Along menuntut ilmu tak habis. Jadi dalam badan dia penuh dengan bermacam-macam jin. Along pandai panggil jin tapi tak pandai nak suruh balik.

Banyak juga tempat Along pergi berubat tapi kebanyakannya x mampu nak buang semua makhluk tu. Satu hari tu, Along beritahu mak dia nak belajar agama dekat sekolah di satu tempat ni. Mak dan ayah setuju lalu diorang pun hantar Along ke sekolah pondok tu. Tak sampai seminggu pihak sekolah pondok tu telefon yang Along mengamuk dengan membakar barang-barangnya. Mak dan ayah pergi ke sekolah pondok tu esok pagi. Dengan persetujuan mak dan ayah, Along telah dimasukkan di hospital Tanjung Rambutan. Kejadian ni berlaku pada tahun 2004.

Selepas hampir 2 bulan Along di hospital Tanjung Rambutan, dia dah dibenarkan keluar. Selepas dia keluar dari hospital tu, mak dan ayah telah bawa Along untuk pergi berjumpa dengan tok guru sekolah pondok yang dia pernah belajar dulu untuk berubat. Alhamdulillah, proses berubat dipermudahkan. Tok guru tu telah buang semua jin dalam badan Along. Dan tok guru tu tanya dekat mak sapa yang sambut Along masa dia dilahirkan. Mak diam je tak cakap apa-apa. Lepas tu tok guru tu cakap orang yang sambut Along tu berpakaian hijau dari atas sampai bawah kan. Mak hanya mengangguk. Kata tok guru, itu adalah penjaga Along. Mak memang pernah cerita dekat kami adik-beradik masa mak nak bersalin Along. Bidan tak mau datang rumah sebab ayah hanya menaiki basikal. Mak bersalin hanya seseorang sahaja tanpa sesiapa. Along lahir tahun 1978 di kampung ayah di Klang.

Alhamdullilah sekarang Along dah sihat tapi ubat hospital tetap kena makan. Pernah aku tanya Along kenapa dia masuk parit dan pegang quran pada masa tu. Ini jawapan Along, sebab dia tak tau nak jalan kat mana. Dia nampak atas langit ada orang ramai, dalam air pun ada orang ramai juga, atas darat pun lagi ramai orang.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]
iz

6 thoughts on “Along Dan Mistik”

  1. Tu bahaya org pendiam+lone ranger ni…
    Buat benda x tanye2 org…
    Udahnye slh amal slh ilmu…
    Alhamdulillah along dpt diselamatkan…

    Reply
  2. Orang kata klu “belajar” x habis atau langgar pantang larang masa belajar tu, boleh kena gila isim.. mungkin penyakit tu yg terkena kt along.. syukur la masih smpt d selamatkn…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.