Angkara Psiko – Ending

Baca Part 1 dahulu di sini

“Aku…”

Joe terkejut saat dia menoleh.

“Baby?”


Perlahan – lahan Joe membuka matanya.

Dia tidak pasti sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri. Seingatnya, Elena telah memukul kepalanya menggunakan satu objek keras sehingga dia jatuh tidak sedarkan diri.

Tiba – tiba perasaan cemas menerjah setelah mendapati dirinya kini sedang berada di dalam sebuah bilik yang usang. Dia bertambah panik setelah menyedari tangan dan kakinya pula diikat rapi pada kerusi. Joe cuba meloloskan pergelangan tangannya dengan mengerakkan beberapa kali namun percubaannya itu gagal. Letih dengan tindakannya itu, Joe berhenti dan kepalanya meninjau kawasan sekeliling. Akhirnya, dia menyedari bahawa kini dia sedang berada di dalam salah satu bilik di asrama Seri Bestara International Schools yang telah ditutup. Tetapi, dia pasti asrama ini sudah lama ditinggalkan berdasarkan strukur bangunan yang kelihatan sudah usang. Lantas, dia memanggil Elena. Joe berharap, ini hanyalah satu “prank” atau pun gurauan.

Tanpa semena – mena daun pintu dikuak. Kelihatan Elena muncul dengan wajah yang muram. Tangannya pula menyeret sebuah kerusi lalu diletakkan bertentangan Joe.

“Baby, what’s all this?” Joe inginkan penjelasan. Dia masih putus akal dengan keadaanya sekarang.

Elena tidak mengendahkan pertanyaan Joe bahkan dia menunjuk isyarat diam. Setelah itu, dia meletakkan telefon bimbitnya disebuah kotak yang telah diletakkan pada kerusi tersebut. Lalu, jarinya menekan – nekan sesuatu pada skrin telefon.

“Watch…” Elena melirik matanya pada skrin telefon. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan dia berminat untuk menjawab persoalan Joe.

Tiba – tiba satu siaran berita pada tahun 2007 dimainkan. Berita itu melaporkan seorang pelajar lelaki dari Seri Bestara International Schools yang bernama Erman Shah didapati meninggal dunia akibat luka lecur ditekap dengan seterika wap dan hampir 80 peratus permukaan badannya terbakar. Mangsa juga dipercayai dibelasah selama beberapa jam sebelum itu oleh rakan – rakan sekolahnya. Empat tertuduh iaitu, Muhammad Amirul Zahid, Muhammad Iqbal Musa, Mohd Zarul Zaqwan, dan Joe Hakim Azman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Erman Shah atas alasan mangsa telah mencuri wang mereka.

Joe terperanjat saat melihat dirinya disenarai sebagai salah seorang suspek. Dia sendiri bingung bagaimana dia boleh berada dalam senarai tersebut.

Arghhhhhhh!!!

Tiba – tiba Joe menjerit kesakitan. Kepalanya terasa sakit. Dia merasakan seluruh urat saraf dikepalanya kini sedang berdenyut laju dalam memproses memori silamnya. Sikit demi sedikit ingatannya berhimpun pada stor memori.

Akhirnya, Joe dapat mengingati dengan jelas apa yang telah terjadi pada 12 tahun yang lalu…


Joe tidak pernah menyukai Erman semenjak pelajar itu menjejakkan kaki ke Seri Bestara International Schools. Apatah lagi tatkala mereka disatukan kelas ketika dia berada ditingkatan 5, rasa bencinya semakin membuak – buak. Sejujurnya, dia cemburu kepada Erman yang menjadi pelajar favorite para guru dan juga popular dikalangan pelajar. Tetapi, tidak hairan mengapa Erman mendapat lebih perhatian kerana dia adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik malah dia juga seorang yang ringan tulang dalam membantu pelajar – pelajar yang lain untuk meningkatkan prestasi mereka. Tetapi pada Joe, Erman Shah tidak layak mendapat perhatian sebegitu rupa kerana dia bukan berasal daripada golongan elit sepertinya. Joe sememangnya jijik dengan orang miskin yang mendapat perhatian lebih daripada golongan berpangkat dan berharta. Pada pendapatnya, kebanyakan orang miskin berpura – pura berbuat baik untuk mengambil kesempatan agar mendapat wang dengan cara yang mudah.

Pada satu hari, Joe mendapat khabar bahawa Erman Shah memerlukan wang untuk membayar bil hospital ibunya. Lalu, dia bersama rakan – rakannya berpakat untuk mengenakan Erman Shah. Mereka menawarkan sejumlah wang besar kepada Erman sekiranya dia sanggup membantu untuk menyiapkan beberapa assignment khas yang telah diberikan oleh Dr. Andrew. Disebabkan keadaan yang agak mendesak Erman terpaksa bersetuju walau pun dia meragui Joe. Tetapi, malangnya setelah Erman menyiapkan tugasan tersebut. Joe dan rakan – rakannya tidak membayar upah seperti yang dijanjikan. Bahkan, Erman dituduh cuba untuk mencuri wang mereka. Dia ditumbuk, ditendang dan diperlakukan seperti seekor binatang bahkan tubuh badannya juga turut ditekap dengan seterika wap sehingga mengalami lecur tahap satu, dua dan tiga. Walaupun berulang kali Erman merayu agar dia dilepaskan kerana sudah tidak sanggup menanggung azab yang ditanggungnya, Joe dan rakan – rakannya tetap tidak menunjukkan sebarang belas kasihan malah liat “mengerjakan” niat jahat mereka itu. Sesudah mereka berpuas hati, mereka meninggalkan Erman seorang diri menanggung kesakitan tanpa rasa bersalah kemudian terus berlalu pergi meraikan “kejayaan” mereka itu.

Tidak lama selepas kejadian tersebut, Joe dan rakan – rakannya ditahan oleh pihak polis atas tuduhan telah mencederakan Erman Shah. Akan tetapi, bantuan dan pengaruh Datuk Azman, membuatkan Joe dan rakan – rakannya dibebaskan daripada pertuduhan. Dan, selepas sahaja tamat peperiksaan SPM, Datuk Azman terus menghantar Joe ke Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan baru disana. Namun, Joe mengalami kemalangan jalan raya selepas beberapa bulan berada di Amerika Syarikat dan impak kemalangan tersebut membuatkan Joe menghidap Post Traumatic Amnesia – gagal untuk mengingati peristiwa silam dalam tempoh yang tertentu. Tetapi, peluang ini digunakan oleh Datuk Azman untuk membuatkan anaknya itu melupakan jenayah yang pernah dia lakukan. Lalu, dia menghantar rakan – rakan Joe ke Amerika Syarikat untuk membantu Joe bersama psikiatri berserta doktor untuk mendapatkan kembali memorinya yang hilang. Justeru itu, hanya sebahagian peristiwa sahaja yang diingati oleh Joe.

Akhirnya, sekarang barulah Joe sedar bahawa pembunuh sebenar itu adalah dirinya sendiri.

“Your memory is back now?” Soal Elena sinis.

Joe mengelak renungan gadis itu. Dia tertunduk malu dan sejujurnya dia malu dengan dirinya sendiri. Kemudian, perlahan – lahan Elena meletakkan kerusi di hadapan Joe seraya melabuhkan punggungnya.

“Who is he to you?” Terketar – ketar Joe menanyakan soalan itu.

“Aku adik kepada Erman Shah,” jawab Elena dengan nada yang serius.

Joe memejam mata setelah mendengar jawapan itu. Sakit kepalanya masih lagi bersisa sehingga kini.

“Tell me, Joe. What do you remember?”

Joe hanya diam membisu dan tidak menjawab soalan yang diajukan. Dia tidak pasti respons apa yang patut diberikan pada ketika ini. Fikirannya kusut walaupun sudah berjaya mendapatkan sebahagian memorinya yang telah lama hilang.

“Oh, let me guess! You remember now that you’re the killer? Because you were so delusional before wanting to find the real killer which is yourself, right?” Elena menekup mulutnya lalu tertawa kecil. “You’re so funny, Joe! Damn funny!” Katanya lagi lalu ketawa terbahak – bahak.

“Babe….” Tiba – tiba Joe bersuara setelah diam membatu beberapa ketika.

“Don’t babe me…” Hati Elena terbakar saat mendengar ucapan “babe” itu daripada Joe. Dia mengawal pernafasannya yang kini sedang laju turun naik. “Kau tak tahu apa penderitaan yang aku dah alami,Joe…” Ujarnya lalu membetulkan postur badannya. “Aku masih ingat ibubapa aku sangat gembira bila mereka dapat tahu pihak biasiswa sudi membiayai 100 peratus pelajaran Erman di Seri Bestara International Schools. Siapa tak bangga anak dapat masuk ke sekolah elit kan? Erman merupakan satu – satunya orang harapan dalam keluarga kami. Kau tahu apa cita – cita dia, Joe? Dia bercita – cita untuk lepaskan kami sekeluarga daripada dibelenggu kemiskinan dengan menjadi seorang doktor yang berjaya suatu hari nanti,” Mata Elena sudah mula berkaca saat memulakan ceritanya.

Kemudian, dia merenung tajam wajah lelaki yang telah meragut kebahagiaannya itu.

“Selepas kematian Erman, ayah aku jatuh sakit kerana patah hati dengan undang – undang yang tidak meyebelahi kami. Tiada satu pun peguam yang rela untuk membantu dalam menegakkan keadilan bagi pihak abang aku. Nak tahu sebab apa? Disebabkan kami orang miskin! Tidak mempunyai wang yang banyak! Oh, lupa! Dan juga disebabkan ayah kau dah rasuah pihak polis. Akhirnya, ayah aku meninggal dunia kerana jatuh sakit,” Elena menyambung ceritanya. “Selepas ayah aku meninggal, ibu aku pula terpaksa mengambil alih tugas untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan kami berdua. Kau nak tahu ibu aku terpaksa buat kerja apa, Joe? Pelacur…. dia terpaksa menjadi seorang pelacur, Joe! Kesudahannya, ibu aku pun meninggal dunia disebabkan Aids. Akhirnya, tinggalah aku seorang diri,” gadis itu sudah tidak mampu menahan sebak lalu menangis teresak – esak. Dia sudah tidak mahu meneruskan ceritanya lagi kerana terlalu pahit untuk diucap.

Joe tercengang mendengar luahan Elena. Dia tidak meyangka bahawa dia merupakan punca Elena menjadi anak yatim piatu.

“3rd September 2007 was supposedly the date of Erman’s SPM. If he had attended the exam, I’m sure he would nail it. Maybe now he’s a doctor,” Elena tersenyum lalu menyeka lagi airmata yang deras membasahi wajahnya. “But, guess what? He couldn’t attend the exam because he was dying at the hospital! And you guys? You guys made it and become successful in this life. Well, I can’t watch that happens, right? It’s unfair!” Tiba – tiba gadis itu meninggikan suara.

“Then…. how about my friends? Did you ki-ll them too?” Joe inginkan kepastian bagi soalan ini kerana sahabat – sahabatnya itulah punca dia berada di dalam situasi sekarang.

“Oh, pasal kem4tian kawan – kawan kau tu memang angkara aku, Joe. Aku berpura – pura mencintai dia orang bertiga. Lepas tu, aku jinakkan pula dia orang dengan dadah dan alkohol. Kemudian, aku tamatkan riwayat dia orang dengan kematian yang nampak neutral,” jelas Elena sambil tersenyum. “Tapi kau…kau tolak semua pelawaan aku, Joe. Kau bijak! Jadi, aku terpaksa gunakan taktik lain dengan meletakkan pada makanan dan minuman kau. Itulah sebab kau selalu bermimpi dan berkhayalkan Erman Shah,” hilaian tawa Elena memenuhi ruang bilik usang itu. Dengan serta merta emosi Elena bertukar kepada gembira.

Sekarang, Joe sudah pun mendapat jawapan yang dicari – carinya. Tidak hairan mengapa Elena sering kali memberikan teori yang masuk akal. Tetapi, dia merasa sakit hati kerana kasih sayang yang dirasakannya selama ini adalah lakonan semata – mata.

“Pyscho….” Joe mengejek Elena. Dia geram setelah mendapat tahu Elena hanya berpura – pura menyayanginya selama ini. “Tapi, macam mana you tahu pasal semua ni? Pasal my memory loss?” Getaran pada suara Joe jelas kedengaran. Dia berang kerana tidak dapat mengerakkan anggota tubuhnya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menamatkan riwayat Elena ketika ini.

Sekonyong – konyong, seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik itu. Langkahnya kelihatan kemas kemudian dia merangkul pinggang Elena.

“Hubby…” Elena mencium pipi lelaki tersebut.

“Remy?!”

Joe tercengang saat melihat kehadiran Remy di situ. Dia hampir tidak mempercayai bahawa sahabat karibnya itu terlibat di dalam hal ini. Dia bertambah berang kerana Remy sanggup mengkhianatinya.

“Maafkan aku, Joe. Sejujurnya, aku tak pernah anggap kau orang semua bestfriend aku. Bestfriend aku yang sebenar adalah Erman Shah. Tapi aku terpaksa rahsiakan daripada pengetahuan kau dulu sebab aku takut akan diapa – apakan,” jelas Remy.

Sekali lagi Joe tercengang setelah mendengar pengakuan daripada Remy. Selama ini, dia menyangka mereka berdua merupakan sahabat baik. Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali.

“Bulls***!” Pekik Joe.

“Masa kejadian tu, aku cuba lindungi Erman tetapi aku lemah, Joe. Berkali – kali aku minta kau berhenti daripada mencederakan dia. Tapi, kau orang dah dirasuk syaitan masa tu. Kau tak pedulikan langsung rayuan aku malah kau herdik aku dan ugut nak bu nuh aku,” sambung Remy pula. “Sebenarnya, kalau kau nak tahu akulah yang laporkan hal itu kepada pihak polis. Tapi, disebabkan ayah kau berpengaruh maka kau orang semua terselamat daripada pertuduhan. Disebabkan ayah kau juga, aku mendiamkan diri. Akhirnya, aku memilih kerjaya ni, Joe. Aku nak membela nasib orang yang sama seperti Erman. Aku dah berjanji kat diri aku sendiri yang aku takkan biarkan hal buli ini terjadi kat orang lain,” sambung Remy lagi.

“F*** ***! Bangsat! Kau orang berdua memang Psiko! Binatang! Lepaskan ikatan tangan aku! Mari aku ajar kau orang berdua! Sial!” Joe sudah tidak dapat menahan amarahnya lalu bertubi – tubi melemparkan kata kesat.

“Call us whatever you want,” ujar Elena lalu mencurahkan petrol ke sekitar tubuh badan Joe.

“Kau orang nak buat apa ni?” Joe cemas setelah terhidu bau petrol yang membasahi tubuhnya. Dia memberontak untuk melepaskan ikatan tali pada tangan dan kakinya.

Remy dan Elena tidak mengendahkan perbuatan Joe bahkan terus mencurah saki baki petrol diseluruh penjuru bilik tersebut. Setelah selesai, mereka mengatur langkah ke pintu.

“Kau nak tahu macam mana rasa azab terbakar?” Elena menyambut pemetik api yang dihulurkan oleh Remy.

“Lepaskan aku… please… Maafkan aku….” Joe meronta – ronta sehingga terjatuh bersama kerusi yang didudukinya. “Ya, Allah! Bantulah aku….Ampunkan aku…..” Joe meraung – raung. Rayuan dan tangisannya langsung tidak dihiraukan Remy dan Elena.

“This is exactly like how my brother begged you for mercy last time…”

Tanpa membuang masa, Elena terus menyalakan api. Dengan pantas, api marak lalu menjilat seluruh pelusuk bilik itu dan Joe terbakar bersama – sama di dalamnya. Elena berpuas hati saat melihat Joe mengeletik kepanasan. Dendam yang disimpannya sekian lama sudah pun dibayar.

Beberapa detik kemudian, jeritan Joe sudah tidak kedengaran lagi.

“May Allah bless your soul, Joe…” bisik Elena seraya menutup pintu.

3 September 2019, negara dikejutkan dengan berita kematian seorang anak ahli politik terkenal, Joe Hakim Datuk Azman. Mangsa ditemui rentung akibat terbakar di dalam sebuah asrama milik Seri Betara International Schools yang didakwa merupakan bekas sekolah mangsa. Namun, asrama itu telah ditutup pada 12 tahun yang lepas kerana dipercayai pihak sekolah ingin mengelakkan kejadian hitam yang pernah terjadi pada sekitar tahun 2007. Berbalik kepada kes terkini, motif pembun-uhan masih lagi di dalam sisatan pihak polis dan belum ada suspek yang ditahan setakat ini.

-tamat-

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Angkara Psiko – Ending”

  1. bagi aku cerita ni best tapi kurang sikit la sebab awal lagi dah agak elena tu buat. lepastu plot twist tu macam dah biasa je dan boleh agak hujung2 tu. next time buat la lagi cerita macam ni tapi bagi plot twist yang mind blowing punya hahaha

    Reply
  2. Cerita menarik. Pengakhiran yang tak terduga juga, saya terfikir pulak kot Erman dah jadi Elena😅..Penggunaan Bahasa Inggeris yang tepat dan mudah memudahkan lagi penghayatan saya..Teruskan berkarya..Thumbs up!

    Reply
  3. Lepas aku pulak kaji ii ni mcm kes zulfarhan osman zulkarnian korg leh search kat google kes tu k i think cite ni fake k bye not kecam ckp je

    Reply

Leave a Comment