Salam FS. Kisah berlaku sekitar tahun 2009 dimana pada waktu itu aku sem 1 di UUM dan asrama aku di Bukit Kachi iaitu luar kampus Uum. Kebetulan aku dan N dapat assignment mengenai PKM dan N dah siap pinjam buku dekat library. Bab cari sumber aku memang suka kat N. Laju.
Satu malam sekitar pukul 12.30, N datang bilik aku dan kata nak buat assignment tu malam tu juga memandangkan esok pagi nak hantar dah. Standard student buat kerja last minit. Dan masa tu kebetulan dah nak cuti midsem dimana student dah banyak balik cuti.
Seram bermula apabila N hulur aku buku PKM tu dan kata semua bahan untuk assignment ada dalam tu. So senang kerja katanya. Aku pun belek la buku hijau tu satu persatu. Entah hati ni rasa berdebar bila buka buku tu. Belek punya belek tetiba aku terbuka satu muka surat dimana gambar mayat PKM. Aku perhati lama gambar tu. Mayat yang banyak dibariskan dan dipamerkan dalam buku tu. Secara tak sengaja aku berkata, ” kasihannya mangsa ni.” Dan aku tutup buku tu. N minta aku scan gambar tu sebab nak letak dalam assignment. Scan punya scan tak jadi. Seakan-akan tak bagi kami scan gambar tu. Aku husnuzon. Setting printer tak betul kot. So takpa. Esok fikir lain.
Jam 4.15 dengan tiba-tiba suara azan memecah suasana kami. Aku pelik sebab pada hari normal azan tak akan dengar di bilik aku memandangkan bilik aku jauh dari masjid. Azan kali ni bunyinya agak besar. Aku dengan N berpandangan satu sama lain. N dah cuak. Aku kata mungkin salah azan kot. Tapi suara azan jelas seakan-akan azan tu tepi tingkap aku ja. Bilik dah lah level bawah. Azan tu pula bacaan agak sedikit pelik dari biasa. Azan terhenti setakat “haiyya’alassolah”. Dan terus senyap. Kami dah diam. Tetiba lepas tu dengar orang seakan bernafas penat kat luar tingkap. Aku dan N dah takut. Dalam 2 3 minit juga suara tu. Lepas tu tandas tepi bilik aku bunyi pula paip orang mandi. Mandi seperti tergesa-gesa. N dah lompat duduk sebelah aku dah. Aku confirm tak ada orang mandi waktu 4 5 pagi dan level asrama aku tu hanya ada aku ja sorang. Habis siapa yang mandi tu?
Aku pun suruh N buka ayat Quran kat laptop. Peliknya, sekitar 2 minit bacaan quran dengan tiba-tiba bacaan seakan-akan batuk. Aku dah seram sejuk. Aku minta N ulang semula ayat Quran dia sebab nak pastikan bunyi batuk. Seramnya bacaan kali kedua lancar dan tak ada langsung bunyi batuk. Kami pun apalagi. Tarik selimut lah jawabnya sebab gangguan semakin teruk.
Esok paginya kami jumpa seorang kawan rakan masjid sebab nak tanya pasal azan tu kot salah time nak azan. Kawan aku kata malam tu tak ada siapa pun yang azan sebab kawan aku kata dia stay up kat masjid dan memang sah tak ada sesiapa azan pukul 4 pagi tu.
Habis siapa yang azan? Kami pun rujuk hal gangguan ni dengan seorang pensyarah iaitu Pn. R. Beliau mengesahkan bahawa cerita kami tu dah pernah berlaku dengan pelajar sebelumnya. Dan sama berlaku di bukit kachi. Pn R kata bukit kachi adalah tempat askar PKM banyak mati akibat pertempuran.
Mungkin yang mengganggu kami malam tu adalah roh yang tidak tenang akibat aku terkata kasihan kat gambar mereka. Sampai hari ni aku dan N masih ingat cerita tu.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
aku pun dulu ex kachi juga… Blok kachi 2 yang dulu siapa ingat ada kes bunuh dari dengan lompat dari tingkat 4. kali pertama terjun tak mati tapi kali ke dua baru mati
Siaapa ingat kawasan sungai di kachi sebelum naik bukit
Ala tempat bas terbalik dan terakam satu jelmaan..:::
ingat yang budak kachi meninggal lepas balik kelas petang yang terjun tingkat 4 lepastu masuk gaung.
Al-fatihah utk arwah..
Ya Allah betul..ingat Sgt…dia lari mlm tu..bersungguh2 terjun Dr tgkat 4..xmati..pastu terjun gaung…dengar Kata tanah tempat dia terjun tu mendap..wallahualam..
Sorry, yg jelmaan terakam tu budak2 chinese course multimedia punya karya.. jgn percaya..
Ain,
Yang pasal tanah terjun tu xde pula dapat inform. Tapi arwah meninggal dekat Hospital sultanah Bahiyah.
arwah batch saya tapi kos xsama.
cuma sempat baca FB sebelum arwah meninggal.
Memang gangguan yang kacau dia sebelum meninggal. Wallahua’lam.
aku first batch yang masuk stay kat bukit kachi. macam2 cerita time tu tapi alhamdullilah xde lah kena kacau walaupun aku stay sorg je sbb roomate menjadi pendatang haram di bilik member dia.. cuma masa last sem n last day di bukit kachi tu baru penghuni asal kawasan tu bagi ‘salam perpisahan’.. mengilai kat tepi tingkap bilik aku.. aku just tarik selimut n tutup muka dengan bantal trus tido.. lantak ko la nak mengilai sampai ke subuh pun…
merepek…mana ada roh tak tenang…orang lepas mati, roh duduk dalam kubur sehingga hari kiamat untuk dibangkitkan……
Datang sudah geng masjid…hahahhaha
ahhh tu pon isu…mangkok la hang, harap depa berdiri sebelah hang malam ni….jangan sembang ah, lau nampk pocong hang tekencing kot…puiii….hanya yg penah duduk kachi je tau
biar jdi geng masjid atleast byk phala,ilmu pun bnyk..x mcm hang bodoh piang..betul ap cpt die tu..yg gnggu tu jin.bkn roh org yg dh mati..
dh tau cetek ilmu bljar la bodoh
hang jangan sembang kencang kalo hang tak tau apa, hang mai duduk dulu bukit kachi time cuti sem…baru hang tau bahasa.
aku doa supaya hantu kacau ko malam ni..fuhh
tak kena lg kot…. aku doa tuhan buka hijab mata ko, biar gila smpai tua….
Gila punya doa nihh ??
Huhuhu…geng bukit kachi sedang memarahi sejenis buah….buah apa… ? Buah Langsat….
Namakan sejenis hantu….hantu apa ?
Hantu Kachi…peace yo !!
Bukan roh(roh semua dah kena soal dgn malaikat)..iblis standard ah hantar askar dia kaco org kat tapak² mcm tu..setan² tu x leh kaco, iblis suruh la depa hasut jin(qarin² askar tu) buat benda² tu..apa yg kita kena kaco nih semua jin² yg kena hasut tu la punya keja wallah hua’lam
Jangan merepek nah ni Mak nak marah.. Mak dok Bukit Kachi 7 sem.. Dok sorg2 1 bilik sbb xdak roomate, bilik sebelah plak mmg management biaq kosong sbb angker kononnya.. Setakat sikit2 baling2 barang tu normal la sbb tang mana2 pn depa ada.. Chill ja jgn nk takutkan diri sndiri.. Solat, doa banyak2..
Cerita mmg banyak.. Mcm2 gaya.. tp sbg JPMDPP biro kerohanian masa tu, mak tak pernah jumpa kes student nampak hantu or student kena rasuk hantu.. Kena rasuk benda dr Changlun bawak balik Kachi ada la… hehe
Macam yg Mr. M ckp la kita kena baca sekali apa yg kita play kat pc radio semua..kalo kotor baca la selawat zikir² yg bukan ayat quran..
Bolehla
PKM tu apa? Maaf bertanya…
Parti komunis malaya
OIC.. Trima kasih Mong…
Time aku baca ni aku pakai earphone bkak lagu,, pastu lagu stop n ada bunyi grrrr,, bila loop balik takde pun..okbai
peh…menakutkan