Antara Nyata Dan Ghaib

Kali ini aku nak kongsi cerita yang berlaku 30 tahun yang lalu. Aku menyaksikan satu keadaan yang cukup tegang antara nyata dan ghaib berlaku depan mataku. ‘Teringat’ kali ini Tidaklah seram, namun ini aku dengar dan aku menyaksikan sendiri depan mata apa yang berlaku.

{TERINGAT}

Chapter : Ambil

Kisah ini adalah tentang gangguan Hantu Raya yang Kecoh diperkatakan di kampung masa aku masih di bangku sekolah rendah.

Kelibat perempuan berambut panjang hitam bermata merah menjadi asas penceritaan di merata pelosok kampung waktu itu.

Ada yang penah menjumpai lembaga hitam bermata merah berdiri di atas titi atau jambatan kayu depan rumah aku.

Dan hantu raya ini dikaitkan dengan seorang wanita yang aku panggil Mak Jah. Kelibat Mak Jah berwajah bengis bermata merah menjadi perbualan ramai orang Kampung.

Mak Jah sebenarnya seorang wanita

yang sering membantu orang Kampung untuk selesaikan fardhu kifayah dalam urusan jenazah. Adakala Mak Jah bertindak juga sebagai bidan. Mak Jah juga sering dirujuk sebagai insan yang membantu selesaikan urusan gangguan mistik di kampung waktu itu.

Namun kerana cerita cerita orang kampung membuatkan Mak Jah seperti dipulaukan.

Aku sering mendengar cerita cerita dongeng dan cerita cerita hikayat dari mulut Mak Jah. Mak jah sering gorengkan nasi utk kami kanak kanak yg bermain sekitar kampung. Mak jah memang sukakan kanak kanak. Sementelah dia tidak mempunyai anak. Mak aku cerita suaminya meninggal selepas sebulan Mak Jah nikah.

Satu hari aku nampak Pak Mid menuju ke rumah adik nya Pakdin yang tinggal berdekatan rumahku dan selepas itu berjalan ke rumah Mak Jah yang terletak bersebelahan dengan rumah ku.

“Jah.. hang kan aku lama dok perati hang.. awat hang tak puas hati apa lagi kat aku?”

Jerit Pak Mid kepada Mak Jah

“Mid oii..aku dengan hang ni dah mcm adik beradik.. hang yang tak puas hati kat aku pasai apa?? Aku buat apa kat hang” balas Mak Jah

“Hang toksah dok buat taktau la Jah.. selama ni hantu raya hang la yg dok kacau kami.. hang ingat aku bodo aku tak tau??

Kata Pak Mid lagi

“Astaghfirullahal azim Mid.. hang cakap apa ni… hang jangan dok ckp yg bukan bukan.. ” kata Mak Jah mula menangis.

“Pasai hang la ayah aku sakit sampai ke la tak m**i m**i.. Hang kalau tak pindah dari kampung ni hang siap Jah..”

Ugut Pak Mid sambil berlalu pergi

Aku yang berada di bawah beranda rumah ku waktu itu nampak jelas Mak Jah menangis di tangga rumahnya. Rumah Mak Jah amat bersih lamannya. Pokok pokok bunga dijaga rapi. Tiba tiba aku nampak Mak Jah sedang mengangkat baju di ampaian di belakang rumah.

Puas aku menggosok mataku, ya aku nampak Mak Jah menangis dan Mak Jah mengangkat baju pada waktu yang di lokasi yang berbeza.

Berderau darahku waktu tu. Aku menceritakan kepada ayahku. Namun ayah ku hanya berkata itu hanya perasaan ku sahaja.

———-

Satu petang aku sedang bermain guli bersama Epol di tepi rumah. Tiba tiba Mak Jah muncul dan memanggil aku.

“Dik Syah Mak ada ka?” Tanya Mak Jah

“Mak tak dak pi mandi orang M**i kat kg sebelah.” Jawabku

Mak jah berlalu pergi. Sekali lagi waktu itu aku nampak Mak Jah di tingkap rumahnya sedang memandang tepat kepada ku.

Aku terus mengalihkan pandangan.

———-

Esoknya sekali lagi ketika aku sedang bermain , Mak Jah memanggil aku..

“Dik Syah ooh Dik Syah mai sat Mak Jah nak tanya”

Aku segera menghampiri Mak Jah yang sedang duduk ditangga rumahnya.

“Awat Mak Jah nak tanya apa?”

Tanyaku

Mak Jah tersenyum sambil menggosok kepalaku.

“Dik Syah tak takut kat Mak Jah ka?” Tanya Mak Jah. Dari raut wajahnya ternyata sugul yang kelihatan.

“Awat nak takut pulak.. Mak jah bukan orang jahat” jawabku ringkas

Mak Jah memandangku dengan tepat..

“Kan org kampung dok kampung dok kata Mak jah bela hantu raya.. dik Syah tak takut ka??

Aku terkejut dengan soalan Mak jah.

Sambil menggelengkan kepala..

“Mai Mak jah nak cerita. Dulu masa Mak jah muda. Mak Jah ni anak murid kepada seorang Tok guru… Nama dia Pak Awang Lah

Macam macam Mak Jah belajaq antaranya mengurut orang.. mengandam orang.. belajar buat anyaman.. belajar buat atap nipah semat bagi kemas elok..

Ada satu hari dia panggil Mak Jah.

Tok Awang ni cakap sangat lemah lembut

“Jah hang mai la umah aku malam Jumaat… 3 kali Jumaat hang maii.. aku nak bagi hang. Hang kena ambikk..

Aku sayang kat hang.. hang mcm anak aku..

Mak Jah pun tanya

“Pak Awang nak bagi apa kat chek??

Tok Awang tersenyum sambil berkata

“Hang mai la dulu.. nanti hang tau aku nak bagi apa kat hang.. hang kena mai sorang.. kalau hang nampak apa apa kot Jalan atau depan rumah aku, hang naik teruih tangga.. hang mai.. hang kena ambik.”

Mak jah berfikir banyak kali untuk pergi. Namun Mak Jah yakin Tok Awang Akan menghadiahkan dia sesuatu. Jadi Mak Jah memberanikan diri untuk pergi pada malam Jumaat yang pertama.

Mak Jah berjalan dari rumah pusaka neneknya ke rumah Tok Awang Lah. Jalan gelap gelita. Mak jah hanya pegang pelita minyak tanah. Angin bertiup kencang sampai terpadam pelita Mak Jah.

Angsa berbunyi nyaring di tepi sungai. Mak Jah mendengar air Sungai bagai dikuak kuak sesuatu.

Mak Jah terus berjalan laju, sampai betul betul di depan rumah Tok Awang Lah, Mak Jah ternampak seekor harimau bengis depan tangga rumah Tok Awang. Harimau itu bagai ingin menerkam Mak Jah. Ia mengaum kuat.

Mak jah terus berlari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang lagi.

Esoknya di siang hari Mak Jah pergi ke rumah Tok Awang.

“Pak Awang suruh chek mai.. semalam chek mai, tapi ada Rimau besaq dok depan tangga chek tak berani. Chek lari balik.. “

Tok Awang tersenyum sambil berkata

“Laaaa hang ni, aku pesan dah.. hang kena lari naik cepat cepat.. hang sorang saja boleh lalu, boleh naik, boleh ambik.. Khamis depan hang mai lain”

Mak Jah kata, takut betul Mak Jah malam tu. Namun Malam Jumaat berikutnya Mak Jah memberanikan diri sekali lagi berjalan ke rumah Tok Awang Lah.

Kali ini ada ular sawa dan ular tedung selar berpuluh puluh ekor di atas tangga. Mak Jah memang gelikan ular. Seekor ular tedung selar tiba tiba mengejar Mak Jah.

Mak jah terketar ketar dan terus berlari pulang. Keesokkannya Mak Jah demam.

Petang Rabu berikutnya baru Mak Jah ke rumah Tok Awang lagi.

“Haa awat hang tak mai Khamis lepas?? ” Tanya Tok Awang..

“Chek takut la Pak Awang.. ada ulaq banyak atas tangga. Kena patuk satgi. Chek takut” Jawab Mak Jah

“Hang ni aku dok habaq dah.. mai naik teruihh. Esok malam hang mai.. hang kena mai.. bagi berani!!!” Ujar Tok Awang lagi

Mak Jah mengangguk sambil berkata “Haa esok cek try mai..

Malam tu, kiranya Malam Jumaat yang ketiga.. Mak Jah tekad memberanikan diri.

Mak Jah nak ambil apa yg Tok Awang nak bagi.

Setiba Mak Jah di depan rumah Tok Awang.

Kali ini ada wanita berambut panjang hingga ke tanah dan bermuka hodoh.. bergigi panjang. Lembaga ini sedang berdiri di atas tangga memandang tepat mata Mak jah.

Anjing menyalak bersahut sahutan.

Mak jah melangkah ke depan.. tiba tiba seperti ada seseorang menepuk bahu Mak Jah. Bau busuk bagai bangkai menusuk hidung Mak Jah. Mak Jah melangkah lagi

“Dik Syah tau dak malam tu lah Mak Jah ambil…”

Belum sempat Mak Jah habiskan ceritanya kepada ku petang tu , Fatin anak Pak Din datang memanggil Mak Jah.

“Mak jah tolong sat.. kak Aishah mengamuk lagi.. dia lagu kena rasuk, tak tau pasai apa”

Ujar Fatin tercungap cungap.

“Haa Awat pulak dah.. jom kita pi tgok sat.” Mak Jah bingkas bangun menuju ke rumah Pak Din.. jam hampir 6.45 petang waktu tu.

Aku mengikut Mak Jah dan Fatin ke rumahnya. Rupanya Ayah aku pun ada sekali di rumah Pak Din petang tu..

Aishah seperti tidak terurus.. ketika kami sampai dia sedang makan daging mentah. Dan kicap di minum bagai air sirap.. Dia akan memarahi siapa sahaja yang bercakap dengannya.

“Jangan kacau aku bodohhhh” Aishah tiba tiba menjerit kepada ayahnya Pak Din

“Hang ni Din dah tua pun tak sedaq diri.. anak hang jadi lagu ni pun hang tak buleh buat apa.. bodo piang hahahahahaahh”

Aishah menjerit sambil menjeling orang sekeliling.. dia seperti membuka silat rambutnya saat itu mengerbang..

“Orang tua tak sedaq diri berambuihh hang dari sini. pi balik” Jerit Aishah kepada Mak Jah.

Mak Jah terkumat kamit membaca sesuatu. Mak Jah juga membuka kuda kuda. Saat itu angin mula bertiup.

Pak Din ayah Aishah memeluk Aishah dari belakang. Namun tidak semena mena Pak Din terpelanting ke belakang. Kekuatan yang aku lihat bukan lagi kekuatan Aishah.

Pak Din sekali lagi bangun dan kali ini dengan bantuan abg Jali dan Pak Kasim Kodiang dan ayah aku memegang tangan dan kaki Aishah. Aishah meronta rota minta dilepaskan.

Mak Jah memegang ibu jari kaki Aishah…

Aishah menjerit kesakitan.

“Awat hang buat aku.. kurang ajaq punya pompuan tua.. hang ingat hantu hang kuat celaka punya org tua tak sedaq diri”

Kilat sabung menyabung. Langit berdentum guruh memecah kesunyian. Senja sudah berlabuh.

Tiba tiba Pak Mid abang kepada Pakdin terpacul depan pintu rumah..

“Jah hang pi balik.. hang yg sengaja dok buat kacau.. pi balik semua.. aku tau nak buat lagu mana anak menakan aku..”

Pak Mid memegang kepala Aishah. Aishah pengsan selepas itu.

Oleh kerana suasana makin tegang, Mak Jah perlahan lahan turun tangga dan berjalan balik ke rumahnya.

Saat itu aku melihat wajah Mak Jah begitu suram. Pak Kasim dan Abg Jali pun minta diri untuk pulang.

Aku dan ayah masih berada di rumah Pak Din. Pak Mid Marah betul dengan Mak Jah.

“Orang tua ni jgn bagi muka.. dia yg dok bela. Dok kacau anak cucu kita. Hang tak kenai dia Din.. toksah dok panggil dia mai lain kali”

Sudah beberapa kali Aishah dirasuk. Seakan histeria menjerit dan bercakap yang bukan bukan. Kekuatan Aishah menjadi 4 kali ganda hinggakan seorang lelaki tidak mampu memegangnya.

—————

Selepas beberapa hari ada satu malam tu, pintu rumah kami di ketuk kuat..

“Assalamualaikum.. long oo long …tolong sat Aishah kena rasuk lagi.. Marwan anak sulong Pakdin datang memanggil ayahku.

Ayah dan mak aku bergegas ke rumah Pak Din. Aku ikut dari belakang. Saat itu Aishah hanya berkemban sambil menari tarian MakYong. Lain macam situasi malam tu.

Angin bertiup kencang macam nak ribut.

Mak aku terus berkata

“Pi panggil Mak Jah maii tolong sekali Mak Jah pandai sikit… “

Tiba tiba Aishah menjerit..

“Oiii Long toksah dok panggil hantu raya tu maii.. aku lagi hantu ni dok ada depan muka hang.. hang kata hang pandai.. hang pun bodo..”

Mak jah tiba tiba muncul.

Aishah menjeling tajam.. sambil menjerit.. ” maiii dahhh …aku ingat hang dah mampoihh.. hang yang bawa aku mai kan.. nama hang Jah kan. Hahahahahah heeeeeheheheeheh eiiiii eeiiiiiiiii heheheheh eeeiiiiii eeii “

Aishah mengilai kuat…

Waktu tu aku ternampak Mak Jah seperti menadah tangan berdoa.. terkumat kamit mulutnya.

Tingkap rumah tiba tiba terbuka. Terkuak kuak dipukul angin.

Hujan renyai mula membasahi bumi.. aku yang melihat hanya berani duduk di tepi.

“Aku nak balikkk. lepas la aku.. sakit la bodo” Jerit aishah pada Mak Jah..

“Sapa antaq hang???” Mak Jah bertanya kpd Aishah

“Aku tak tau.. lepas la kaki aku.. sakit la.. jahh lepas kaki aku jahhh…” Jerit Aishah lagi

Mak Jah meminta semangkuk air dari Mak Midah isteri Pak Din.

Sementara Aishah dipegang oleh Pak Din. Mak Jah seperti berzikir membaca sesuatu ke dalam mangkuk. Air itu kemudiannya direnjiskan ke muka Aishah.

Sekali lagi Aishah menjerit. Aishah Pengsan selepas itu.

Berdebar kencang jantung aku malam tu. Belum pernah aku melihat situasi ini.

Dan saat itu Pak Mid sekali lagi muncul di depan pintu. Pak Mid Memegang sebilah parang panjang. Sambil menjerit

“Oiii jah.. berapa kali aku habaq kat hang jangan kacau keluarga aku lagi.. hang yg hantaq mai.. hang nak tolong pulak.. hang ingat aku bodo.. “

Mak Jah dengan tenang menjawab. “Mid hang salah faham ni pasaipa?? aku pulak nak hantaq mai nak buat apa.. ni semua bukan gheja aku.. aku ni hang pun tau kan.. ??” Tanya Mak Jah sedikit tegas

“Hang toksah dok buat baik jah.. aku tau hang pi umah ayah aku 3 malam Jumaat.. hang ambikk apa yg ayah aku bagi. Bukan aku tak tau” Ujar Pak Mid lagi.

Pak Mid menurut ke depan menghampiri Mak Jah.. dia cuba mengangkat parang nak menetak Mak Jah.

“Allahuakbar!!! Mid!!!” Mak Jah menjerit sambil bertakbir dan menepis tangan. Mak Jah sekuat hati menolak dada Pak Mid.

Pak Mid jatuh, ayah aku cepat mencapai parang dan menahan Pak Mid.

Mak Jah sekali lagi beristighfar..

” Mid .. betoii aku pi umah ayah hang.. 3 malam aku pi sbb dia nak bagi kat aku yg aku pun tak tau natang apa.. aku ni belajaq macam macam kat dia. Dia mmg tok guru aku.. “

Mak Jah berdiri sambil menyinsing lengang baju..

“dah semua ada di sini ni Mak Jah nak habaq.. betoii sebenaqnya Tok Awang Lah nak bagi kat Mak Jah natang hat dia dok bela ni.. dia cari warihh semua tak mau.. semua anak anak dia kata tak mau.. hang tak buleh dia kata. Dia tanya hang juga Mid.. hang pun ckp tak mau masa tu..

tapi Mid… masa aku lari balik malam tu.. aku nampak hang pi.. dan hang naik rumah ayah hang.. dan Pak Awang habaq kat aku dia bagi dah kat orang lain.. 2 3 hari lepas tu.. masa tu aku taktau kata hang… tp la ni aku tau..hang yang ambik.”

Malam tu aku mmg ambik.. tp aku ambik keputusan untuk tak mau jadi warihh benda benda syirik semua ni.. “

Mak jah terduduk

Semua yang ada terkejut dan saling berpandangan.

Pak Mid juga terduduk di tepi pintu.

“Ya aku geram kat hang pasai ayah aku sayang kat hang lebih.. dia pilih hang dulu.. lepastu baru pilih aku.. dan la ni aku tak da warih nak bagi.. anak aku semua semua tak bulehh harap.. tp Aisyah dia mau.. dia yg nak ambik..”

Ayah ku memandang Pak Mid.sambil berkata

“Astaghfirullahalazim Mid..awat jadi lagu ni…? “

Rupanya Pak Mid menyimpan dendam pada Mak Jah kerana ayahnya telah memilih Mak Jah sebagai waris untuk ambil belaan warisan pusaka mereka.

Namun Mak Jah tidak sama sekali menerima, mungkin Allah lindungi Mak Jah atas hati baik yang ada padanya. Berkat Mak Jah membantu menyempurnakan jenazah orang lain barangkali.

Pak Mid akhirnya mengaku dia sudah setahun diganggu oleh makhluk ini. Sebab dia sudah tidak mampu meneruskan warisan Tok Awang.

Marwan menjemput Pak Kasim, Pak Kasim akhirnya sedia membantu untuk sama sama selesaikan kemelut Ambil Waris ini. Mak Jah juga turut serta.

Malam itu juga semua yang ada pergi ke rumah Tok lang Dollah yang sedang sakit tidak jauh dari rumah Pak Din .. Tok Lang Dollah dijaga oleh Mak Ngah Leha. Baru ku tahu ToK Awang yang diceritakan oleh Mak Jah adalah Tok Lang Dollah. Aku hanya kenai nama dia Sebagai Dollah cuma orang dulu dulu panggil Tok Awang Lah. Dan dia ayah kepada Pak Din.. Pak Mid dan Mak Ngah Leha.

Proses untuk membuang ikatan berlangsung sampai Tengah malam. Peralatan peribadi Tok Awang di bungkus dalam kain kuning sebesar cadar.. Atap nipah dibuka.. kilat masih sabung menyabung hujan tidak lebat titisan masih terasa. Sebuah Lori digunakan untuk mengangkat bungkusan besar kain kuning.

Dan ianya amat berat.

Akhirnya atas usaha Pak Kasim Kodiang dan Mak Jah serta Tok Imam Yahya. Mereka berjaya meleraikan ikatan janji warisan yang diambil oleh Pak Mid.

Pak Mid dan Aishah pengsan. Tok Awang nampak uzur sangat. Dan seusai azan subuh pagi itu Tok Awang menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun. Selama ini mungkin Allah panjangkan usia walau pun sakit tua dan belaan telah diwariskan kepada Pak Mid.. namun kegagalan Pak Mid mencari waris seterusnya menjadi penghalang kepada belaan ini untuk diterima ambil.

Itu yang aku faham setelah ayah dan mak bersembang semula selepas itu.

Rupanya Mak Juga pernah dipelawa untuk Ambil. Mujur tidak setuju terima dan Ambil.

Imam Yahya Pesan jangan buat main dengan hukum Syirik kepada Allah ni

Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mgengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

(Surah al-Nisa’: 48)

Wallahualam

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 76 Average: 4.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.