#APK- Budak 18 Setengah

Sebelum aku start cerita aku ni , aku nak berterima kasih kerana cerita aku yang lepas mendapat sambutan yang baik daripada korang semua , ADA MAKHLUK DISEBELAHKU ? Ni salah satu lagi cerita pengalaman aku semasa di asrama form 1 . Cerita ni mengisahkan salah seorang ahli batch aku , namanya Jimmy (bukan nama sebenar).

Sejak dari form 1 lagi , Jimmy ni memang annoying macam bodoh . Sepanjang hidup aku tak pernah aku jumpa manusia yang sepelik dia . Sorry Jimmy , ni perasaan aku kat kau masa form 1 dulu . Kenapa aku rasa kau macam ni sebab kau suka sakitkan hati orang . Mungkin kau tak pandai nak bersosial .Cara kau bergurau dengan orang memang tak lawak langsung , rasa naik tibai je. Aku cakap macam aku ni perfect je . Tapi tulah ape yang aku and budak batch rasa .

Sejak dari tu mulalah seorang demi seorang memulaukan si Jimmy ni . Memula secara tersembunyi , lama kelamaan kami sendiri menggelarkan dia “Budak 18 Setengah” sebab kitorang batch yang ke 18 . Dan tak mengaku dia salah sorang budak batch . Aku akui kitorang memang kejam waktu ni tapi nak buat macam mana , dia sendiri yang perangai macamtu . Aku rasa sebab dah takde orang nak berbual , dia mula berbual sorang diri dan macam orang tak betul dah . Ade masa dia duduk sensorang kat tapak silat lama time prep ,kata nak jumpa kawan dia . Kitorang buat taktau je , sebab anggap benda tu dia buat untuk tarik perhatian . Lama lama makin teruk sampai prep malam dia tak datang . Kami mula syak pelik sebab satu malam ni dia dipukul oleh senior sebab tak bagi salam tapi yang peliknya , balik dari kena pukul tu dia langsung tak menangis , langsung tak bercakap dengan sesapa .

Sejak tu , kawan dorm dia mula risau , dia pun cuba pujuk kitorang untuk layan dia sebab aku ni classmate dia . Macam biasa la , waktu prep malam aku adakan mesyuarat dekat belakang kelas nak bincang pasal masalah budak ni . Ade yang kesian , ade yang tak percaya , ada yang kata dia memain . Ada sorang budak ni , yang memang anti dengan Jimmy ni cakap “Alaa , budak tu menipu je, bukan takat orang hantu pun taknak kawan dengan dia”. Pastu kitorang gelak , and hasil mesyuarat tu kitorang nak abaikan dia lagi teruk dari sebelum ni . Tapi kami silap , keesokan harinya semasa kelas pagi kawan aku yang bercakap besar semalam , matanya lebam sebab tak cukup tidur . Kitorang pun tanya la “Tak tidur ke semalam” . Pastu dia jawab “Aku rasa dia tu tak memain . Semalam , macam-macam aku kena start dari aku berus gigi kat tandas sampai la aku tidur , benda tindih aku sampai tak boleh bangun. Sampai la azan subuh” . Waktu tu kami masing-masing goyang , budak yang paling anti dia ni takan la nak menipu . Sejak dari tu , makin banyak cerita pelik berlaku . Kat aku sendiri pun pernah berlaku , satu hari ni aku balik dari prep malam then terserempak dia bawak air tin cincau yeos (less sugar) . Aku pun dengan perangai taktau malu selamber badak paw dia . Pastu aku tanya la , “kau nak pegi mana , tak gi surau ke?” Dia jawab tak “Aku nak pegi tapak silat , nak jumpa kawan aku jap” .Pastu dia terus berjalan ke arah tapak silat iaitu bertentangan arah dengan surau . Tapi yang peliknya bila aku sampai surau , dia dah habis solat isyak . Siap baca AlQuran lagi .Member aku dah menganjing cakap aku minum air cacingg . Hahahaha kuajar betul .

Pastu kisah kisah pelik ni tersebar luas bila sorang perempuan form 5 histeria dan ustaz memanggil Jimmy ni pergi ke bilik kaunseling untuk berbincang . Waktu tu mula la tersebar sampai ke form 5 tentang kisah Jimmy . Malam tu , waktu kami menuju ke dorm , pakwe perempuan histeria tu menjerit dari pintu surau kearah Jimmy yang berada di belakang aku “Kau siap kau malamni , aku datang tibai nak tengok kawan kau tu kuat ke tak” . Waktu tu , kitorang rasa bersalah sebab semua ni jadi sebab kitorang tak layan dia so kitorang rasa bertanggunjawab nak tolong dia so kitoang buat keputusan nak sorok Jimmy supaya tak kena pukul malam tu . Kitorang letak Jimmy di belakang locker di penjuru bilik tapi Jimmy cakap “tolong teman aku , sebab aku takut dia datang time aku seorang” So aku pun pergi la belakang almari teman dia .Waktu tu dia terus terang dengan aku sebab ada kitorang berdua je . Dia kata dia menyesal berkawan dengan benda tu sebab sekarang benda tu susah nak kawal , asyik nak ikut dia je . So aku pun tanya la macam mana dia dapat kawan macam tu , dia pun jawab dia belajar benda ni daripada pusat sumber . Time tu aku rasa nak gelak sambil tibai dia tapi disebabkan muka dia serious , aku pun serious la . then aku tanya dia apa maksud dia belajar kt pusat sumber .

Dia kata dia ada mencuri buku syair melayu lama dari pss dan mengamalkan salah satu syair tentang empat sahabat . Aku pun tanya apa kaitan benda dengan buku tu , dia kata tiap kali lepak dekat tapak silat , dia akan baca benda ni berulang kali menyeru sahabat sampai la satu hari ni datang seekor lembaga yang menggelarkan dirinya SAHABAT . Aku waktu tu mcm tak percaya sangat cerita dia tapi disebabkan malam tu dia hampir nak jadi lauk so aku percaya je cerita dia . Secara tetiba aku rasa nak terkincit , mungkin sebab aku tibai teh tarik kat dewan makan sampai 4 gelas . Aku pun bangun nak pegi tandas jap tetiba Jimmy ni pegang kaki aku cakap jangan pergi . Habistu takan aku nak kencing kat situ . Aku cakap kat dia nanti aku datang balik . Waktu aku tengah kencing kat tandas ada suara orang cakap “Ni darah sape plak ni, aku pun keluar la dari pintu jamban tu nak ushar ape benda . Senior form 3 pun cakap kat aku “kau darah ni kenapa?” Aku pun pelik , aku pun tengok bawah ade kesan darah menuju ke jamban aku . Aku pun cakap “Eh , saya tak period” . Aku bergurau dengan senior tu , sekali senior tu cakap “kaki kau berdarah tu” . Bila aku tengok tumit kaki aku , duadua berdarah ,aku pelik sebab aku tak rasa sakit . Benda tu makan darah aku ke ? Mungkin sebab aku ni darah O (universal donor) .

Syukur malam tu Jimmy tak kena pukul malam tu and hasil rawatan dari ustaz dan kajian dari BADAR , Jimmy sudah pulih dari sebarang gangguan dan buku itu pun telah dirampas .Jadi sebenarnya BADAR ni ada la jugak function (sorry aku bash korang cerita yang lepas) HEHEHEHE . Sebelum aku tamatkan cerita ni , aku nak kasi korang baca mantera yang Jimmy ni amalkan , kepada mereka yang lonely or baru lepas clash , boleh la cuba cari sahabat , kalau pape jadi APK tak dapat tolong .

YA TAGRI OTAK SUMSUM
YA SI KADUK TULANG
YA SI TEGANG SAHABAT
YA SI TEMPE DAGING
YA SI DUROK DARAH

YA SI TEMANGKU KULIT
YA SI CECENCANG BULU ROMA
DATANG PADAKU SAHABAT KEDUA
DENGAN BERKAT DOA لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

24 thoughts on “#APK- Budak 18 Setengah”

  1. arwah atok saya pernah bagi ayat lebih kurang macamtu. sampai tanggal kuku dengan isi baru kau lupa padaku. sampai sekarang masih ingat walaupun tak pernah amalkan. pelik sebenarnya sebab saya ni jenis pelupa yang tahap kronik. tapi kalau ada ayat macamni otomatik terus ingat ayat arwah atok bagi. hm

    Reply
  2. Kwajonye hntu.. Ko bawa la c jimmy tu bkwan baik.. Dr korang bertiga duk lepak kat dlm blik computer tu.. Baik bawa dia.. Update lg next story..

    8/10 bro

    Reply
  3. Not bad apk.
    Cecengang bang bang.
    Cerita nampak macam true story cuma ada beberapa tambahan elemen kelakar.
    Saya suka.

    7/10

    Teruskan berkongsi. Unit BADAR memang tak de keje.heheh

    Reply
  4. part lawak selit2 tu best.
    “satu hari ni aku balik dari prep malam then terserempak dia bawak air tin cincau yeos (less sugar) .” ~brapa Yeo’s bayar ko?

    jadi mana satu Jimmy yg betul. Yg kat surau ke yg air dia ko paw (air cacing)?

    Reply

Leave a Comment