#Aron – Orsettas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan pembaca FS, terima kasih kerana memberi komen yang positif dan kelakar hahah korang memang best untuk cerita lagu puja lingser wengi yang saya tulis sebelum ini. Saya tahu lagu tu memang bukan untuk dipuja dan telah diubah ke pelbagai versi bagi menyeramkan lagi lagu tersebut. Tapi mungkin saya kene macam tu sebab niat saya untuk takutkan budak budak tu. Hehe padan muka dengan saya. Baiklah cerita yang seterusnya saya ingin ceritakan pada anda semua adalah cerita dari novel Indonesia berjudul Pintu Terlarang. Tapi saya ubah sedikit untuk hiburan anda semua. Cerita ini direka semata mata. Dan… ini bukan cerita hantu…

Ezki ialah seorang pelukis yang terkenal di dalam industri seni lukis Indonesia. Karyanya selalu laris dan boleh dikatakan dicintai oleh penggemar penggemar lukisan. Baru saja berkahwin dan mempunyai isteri yang cantik bernama Mira yang juga merupakan pembantu Ezki. Selepas sebulan berkahwin, kerana ingin hidup lebih selesa, Mira memujuk Ezki untuk membeli rumah baharu dan Ezki pun bersetuju.

Mira membawa suaminya ke lokasi bakal rumah barunya. Memang ternyata besar dan Ezki pun berpuas hati. Setelah berbincang pasal harganya, Ezki pun membeli rumah itu. Selepas selesai memasukkan barang-barang ke dalam rumah baharunya itu, Ezki perasan akan sebuah pintu yang berada di bilik bawah tanah. Pada daun pintu itu tertulis perkataan Orsettas. Yang anehnya, pintu tersebut berkunci. Ezki bertanya kepada isterinya, “kenapa kok pintunya berkunci ?”

“Biarin ajalah, kalau kamu buka, nanti kamu bisa hilang segala-galanya. Emm… sayang udah makan ?” jawab isterinya, memintas persoalan yang ada di benak Ezki dengan mengajaknya makan. Dia terus menuju ke atas sambil menenung aneh ke pintu tersebut.

Hari demi hari, Ezki telah melupakan akan pintu tersebut dan menjalankan harinya sebagai biasa. Tetapi pada suatu hari, Ezki keluar menenangkan diri seorang diri di café berdekatan dengan rumahnya, isterinya keluar berjumpa dengan kawannya. Dengan bertemankan rokok kretek dan kopi yang dipesannya, dia termenung jauh memikirkan karya yang akan dia lakukan selepas ini. Tiba tiba… dia terperanjat kerana seorang lelaki berbadan besar berbaju hitam berlari dengan laju dan mengambil dompetnya yang diletakkan di atas meja.

Ezki dengan segera meninggalkan café tersebut dan mengejar lelaki itu dengan perasaan geram. Sehingga dia nampak lelaki tersebut lari dan masuk ke dalam satu bangunan. Ezki menghampiri bangunan yang dimasuki lelaki itu tadi dan terkejut kerana bangunan tersebut mempunyai papan tanda yang bertulis Orsettas. Perkataan yang serupa seperti yang tertera pada pintu bilik bawah tanah rmah baharunya. Ezki pun segera menuju masuk ke bangunan tersebut dalam kebingungan dan ternampak lelaki tersebut memberi dompetnya kepada seorang perempuan yang berada di kaunter pertanyaan dan terus lari dari situ.

Ezki berjalan menuju ke kaunter dan bertanya untuk meminta dompetnya. Selepas perempuan itu bagi dompetnya. perempuan tu pun berkata sambil senyum, “hairan bukan? Mahu cari jawapan? Mari ikut saya.”

Kerana perasaan ingin tahu Ezki akan pintu yang ada di rumahnya dan perasaan aneh kerana perempuan itu seakan akan tahu akan hal yang terjadi, Ezki pun menuju ke satu lorong yang penuh dengan pintu pintu bilik dan dia pun diberhentikan di depan pintu bilik dan ditinggalkan di situ.

Di dalam bilik tersebut, terdapat sebuah kerusi, satu televisyen berserta dengan remote televisyen yang diletakkan di atas kerusi. Dengan perasaan bercampur baur, Ezki pun masuk ke dalam bilik yang suram itu. Dia duduk dan memandang televisyen itu dan sedia untuk menekan butang. Maka setelah ditekan, Ezki terkejut kerana televisyen tersebut memaparkan video yang kelihatannya dirakam secara rahsia. Di dalam video itu, isterinya sedang bercakap dengan seorang lelaki yang halnya berbunyi unsur seksual dan di situ Ezki mendapati bahawa isterinya curang dengannya dan merancang untuk membunuhnya. Ezki dengan rasa yang kacau, terus mencampakkan remote dan berlari keluar. Dia menyusun langkah pulang ke rumah.

Pada malam itu, Ezki sudah merancang untuk membunuh isterinya. Dia telah pun bersedia dengan memasak dan menitiskan ubat paralyze ke dalam minuman isterinya pada waktu makan malam selepas isterinya pulang. Selepas Mira pulang, dia terus membawa isterinya ke meja makan dan mempelawa Mira untuk duduk. Dihidangkannya air jus sebagai pembuka selera. Mira berbual-bual pasal apa yang terjadi harini kepada suaminya sambil minum jus yang diberi. Ezki tersenyum sinis. Tiba-tiba… Mira melepaskan gelas yang dipegangnya. Badannya keras kejung terketar-ketar. Tidak mampu bergerak dan bercakap. Matanya terbeliak mengerikan.

Terus Ezki berkata, “perempuan jalang! Baik kamu mati saja!” Tanpa membuang masa, Ezki mengambil pisau yang berada di atas meja lalu dikeratnya leher Mira tanpa belas kasihan. Selepas itu Ezki terus menangis sambil menuju ke bilik bawah tanah yang terkunci dan memecahkan tombol pintu tersebut dengan kapak. Selepas membukanya, Ezki tersedar yang semua yang berlaku hanyalah imaginasi dan bayangan yang dia sendiri mengada-adakannya.

Ezki masuk ke dalam pintu tersebut dan duduk tercangkung menangis di dalam bilik yang penuh dengan batang besi.

Kedengaran sayup-sayup suara seorang perempuan, “kesian dia, apa yang dia sedang fikirkan?”
Kemudian muncul pula suara seorang lelaki, “entahlah cik, dia memang selalu macam ni. Duduk bercangkung menggeletar,” lelaki itu diam sejenak. “Baiklah cik, masa melawat dah tamat.”

Ezki ketawa melihat dua manusia yang berada di luar biliknya itu. Seorang wartawan dan seorang pengawal keselamatan yang menjadi isteri dan lelaki yang meragut dompetnya dalam imaginasinya tadi. Wartawan wanita itu pun meninggalkan Ezki di dalam bilik itu dan keluar dari hospital sakit jiwa tersebut. Terpampang di atas hospital itu beberapa huruf yang apabila digabungkan, berbunyi:

ORSETTAS.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

89 thoughts on “#Aron – Orsettas”

    • Airish ada cari tadi,Airish cuma jumpa “Orsetta” maksudnya “bear” dalam Italian.Tapi Airish tak dapat jumpa maksud “Orsettas”..?

      Reply
  1. Thorbaek..kau twistkan otak aku 450° baca setori ni..

    Aku baca Orsettas tu td aku trus tringat kat.. Onnyetonyeve oghwemuvuem ossas..

    Reply
      • Iya jampi.. Siapa amalkan mmg awet muda.. Hahaha x la tu nama orang tp da lupa orang mana..

        Cikbambam bambam eh? Mcm x pun. Haha

        Reply
          • Amalkan 3 kali sehari ye.. Sebelum makan.. Hahaha

            X de nye cikbambam oii sado diri la bahawasanya diri anda tu kalau d tiup angin bakal terbawa pergi.. Haha

          • tak mungkin angin boleh membawa cikbambam pegi..nmpk je kurus..hakikat nye pipi cikbambam ni je da 5kg..x campur lg 6pack..hahaha

          • boleh lah boleh lah. tinggi ko ae? boleh petik bintang untuk aku tak??

            ~ takkkk cikbambam, mcm biasa. aku ejas untuk ko. hahaha

          • X tinggi pun ckup makan je.. Hahaha ejas tuk cikbambam eh.. Kalau tuk cikbambam aku petik la juga bintang tu..
            Ciaciacia

          • yelah weiii, nak ejas untuk aku, tak bedeboooo pulak hati ni. kahkahkahkah.

            apalagi singkong? jgn sampai bunga cikbambam di taman dipetik orang. kang menangis tak berlagu ko.

          • tak tinggi?kalo mintak jdk model da blh lepas la singkong..cikbambam model baju kanak2 blh la..huhu

            **background music (ku petik bintang..utk kau simpan..cahaya nya terang..)

          • Hahaha.. Tinggi singkong cuma padan untuk baju rekaan budak sekolah menengah je.. Nak apply jd model juga tp modal x ckup.. Hahaha

            **untung siapa dpt cikbambam x yah susah2 cr baju.. Bawa je masuk Anakku, Johnson baby.. Hahahaha jgn marahhh

          • Haha..ok la tu blh pkai bju bdk skola menengah..cikbambam ni lg parah..baju bdk kecik pun cikbambam sebat..nsb baik pampers baby cikbambam x muat..hahaha?

            **ssh jgk kalo dpt cikbambam..baju baby mahal tau dr baju org dewasa..haha

      • aku tak leh bayang. kalau dia mention ‘rekaan’ last sekali takpe jugak. huhu. aku kalau bab nak bayang2 ni fail sikit. hahahahahahahaha

        bayanggggg , mekar di dalam jiwaku

        aku pon sekarang dah pandai tuju2 lagu.

        kah!!

        Reply
    • Fiksyen tp setori nye x berat..sekali baca boleh paham la..fiksyen yg berat2 tu aku cm ssh sikit nak hadam..2x baca x masuk dlm hati aku tkr next setori..kahkahkah?

      Reply
  2. Tak berapa nak faham lah. Orsettas tu ape? Kenapa tak explain awal awal maksud orsettas? Malas beno nak pi google maksud tu. ?

    Kalau Osas tu tau laa. Melambak di fb. Haahahaahahahahahahaha

    Reply
  3. Nasib baik pnulis ckp cite nie d ambik dari novel indo + d reka..haha
    Sorry pnulis..fiksyen is not my type..tp nah..4 stars..

    Reply
  4. Salam teguran daripada saya

    Berapa lama anda mengadap fiksyenshasha dari anda menghadap Al-Quran?
    Adakah lebih lama masa untuk Al-Quran atau sebaliknya?

    Adakah ini yang akan menyelamatkan anda dari seksaan Neraka?

    bukan berkhutbah, cuba betulkan diri juga.

    salam Jumaat.
    Peace

    Reply
    • Solat, Ibadat yang lain biar la Allah je yang tahu. Tak perlu di tunjuk tunjuk kepada orang. Tulis harta benda orang cakap tunjuk kaya, tulis amal ibadat orang cakap bajet alim. WELL YOU SHOULD KNOW THE REST. by the way, there’s no such thing ‘Salam Jumaat’ kalau nak beri salam, baik taip penuh!

      Reply
      • “Salam teguran daripada saya” atau “Salam. Teguran daripada saya” ??

        Lain maksud dari 2 ayat tu. hehe. Itulah betapa pentingnya ‘noktah’ . hahahahaha

        Assalamulaikum. Selamat Pagi.

        Reply
    • Assalamualaikum man..

      Kami berjimba disini bukan bermaksud kami lupa al quran..lupa solat..buat semua tu sendiri simpan tak perlu dicanang.

      Terima kasih atas teguran..

      _cikbambam❤️

      Reply
      • Saya tak tuju kat sesiapa pun.
        Saya hanya bertanya.
        sebab saya pun tersedar benda yang saya sendiri buat jugak

        24h a day.
        How many hours for Al-Quran. How many hours for fiksyen shasha.
        Bila saya fikir. saya tak baca lagi pun Al-Quran harini.
        Tapi saya dah bukak page Fs pagi2 ni.
        so saya tersentak.
        sebab tu saya memperingati diri dan yang lain.
        Allahuu
        melenting ye El..
        haha
        bukan suruh tayang ibadah korang pun kat sini.
        just berpesan..
        korang pun boleh pesan/tegur aku.
        macam F.F tegur penggunaan simbol titik aku.
        sorry aku tak pandai guna ‘titik’ sampai ko salah anggap Sis.

        Btw, aku tak suruh korang canang ibadah korang pun.
        aku saja share sebab aku terfikir benda ni.

        sekian.
        peace again

        Reply
        • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.. Terima kasih mengingatkan.. Alhamdulillah Al-Quran aku lagukan di setiap selesai solat..

          Reply
        • tak tuju dekat sape2, habis teguran tu?
          LOL
          Melenting? bila masa aku melenting? dari balas komen panjang2 sampai 22 baris tu baik Jumaat ni baca Al-Quran (sekadar cadangan)

          Reply
          • teguran untuk umum dan diri sendiri.
            Aku tak cakap teguran untuk El pun.haha

            tak boleh terima teguran ke El?

            Ok El. aku reply 5 baris je. lepas ni aku gi bace Al-Quran plak.
            Thanks bagi cadangan. aku terima. aku tak melenting tak pasal.haha.peace

          • aku tak terasa pon.
            Eh.. ada aku cakap tak tak terima? Baca jangan tunjuk2 okey, nanti jadi riak. HAHAHA.

    • Assalammualaikum man…

      Apa amal ibadah kami biarlah hanya kami yang tahu. Samada lebih di FS atau lebih di mana2. Teguran tak salah tapi caranya mungkin tak sesuai. Mungkin kena kaji lebih sikit method-method untuk menegur secara rawak.

      Terima kasih menegur.

      yang ikhlas #Maira

      Reply
      • Waalaikumsalam Maira.
        Aku pun tak mahu tahu amalan korang macam mana
        whats the point?haha

        Cara mana lagi yang betul kalau nak menegur?
        Letak pisau kat leher then tegur?
        Chillex…
        aku hanya pakai jari dan keyboard.
        Jangan sakit hati…

        Aku tahu manusia memang susah nak hadap teguran.
        Tambah2 lagi kalau kita tegur tu kena kat muka.
        samalah macam aku. aku pun tak boleh sebenarnya.

        aku tak berniat nak buat korang marah pun..
        tapi aku tahu.

        Kalau aku tak mampu pakai tangan, aku pakai lidah, kalau aku tak mampu pakai lidah, aku pakai hati aku je.

        Tapi jari aku boleh bergerak lagi.hehehehehehehe

        Reply
        • EL?? maira ada salah ke?? hihi

          Man… kami berlapang dada menerima teguran man tu… so harapnya man pun sama. berlapang dada la andai kata-kata anda diterima mahupun tidak.. harap janganla ditegangkan keadaan yang tenang ye…

          Assalammualaikum.

          Reply
          • Terima kasih kerana berlapang dada..
            Man pun sama.
            Maafkan Man kalau Man ada terkasar bahasa or terguris hati.
            Man minta maaf lah ye.. Sorry kalau tak boleh menegur ‘disini’. Man pegi tegur tempat lain lah. Assalamualaikum. Chow~

          • Eh xla..bkn x boleh tegur..bagus la saling mengingati antara satu sama lain..kdg2 kite bt salah org lain tegur..kdg2 org buat salah kite tegur..

            Komen yg baik kite amek sbgai panduan..mana komen yg merepek kite anggap sbgai gurauan..hehe..chill ok..thanks atas teguran..

            Love,
            Cikbambamgojes❤️

          • Terima kasih kerana menegur.
            Alhamdulillah,semua amal ibadah wajib dan sunat Airish sudah laksanakan.Saya tahu saudara,berdakwah bukannya mudah.Bukan semua mampu menerima.Sebab itu perlunya berhikmah dalam berdakwah.Semoga sentiasa tabah dan cekal dalam melakukan kebaikkan.
            Cuma satu sahaja,jangan pernah berputus asa dalam berdakwah!Teruskan berdakwah wahai saudara!:D
            Waalaikumussalam

Leave a Comment