“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?……. ” [Surah Al-An’aam : ayat 130]
“Hanis, hang, kakak, hasif, duk rumah dengan tok, mak dengan ayah nak pi melawat jenazah”. Itulah yang mak beritahu yang dia hendak menziarahi ayah kepada seorang kenalannya. Aku hanya mengiyakan saja perintah mak. Aku sedar, aku tak dibenarkan ikut sebab esok aku hendak bersekolah. Lagipula mak pasti tak nak aku kebosanan apabila di rumah jenazah. “Jangan dok balik lambat lambat sangat dah jauh malam ni” kata tok sambil menunjukkan jam yang hampir pukul 10 malam. “Baik mak” akur ibuku kepada maknya.
Ayah keluar bilik, “Jenazah tak sampai lagi, baru dok ada kat bilik mayat dekat hospital. Kami pi kalo dan, kami tengok la jenazah, kalo tak dan kami balik la” jelas ayah dekat ibu mertua dia. Mak dan ayah pun bergerak menuju ke rumah jenazah itu dengan menaiki kereta proton saga. Manakala aku pula, diajak oleh tok untuk tidur. Aku tidak membantah, aku menurut kata untuk tidur didalam bilik sambil ditemani tok.
Sedang asyik dibuai mimpi, tiba-tiba aku terjaga, aku terdengar ayah aku telah pulang dari meziarahi jenazah. Aku tak pasti jam pukul berapa ketika itu. Aku yang dalam keadaan separuh sedar, menyambung tidur aku sampai keesokkan pagi. Happy nya sebab aku tak pergi sekolah. Meziarahi jenazah semalam menyebabkan mak penat sangat sampai terlupa nak kejutkan aku ke sekolah. Terdengar suara ayah bercakap di meja makan.
“Ha, hanis, pi gosok gigi lepas tu mai makan roti canai” sapa ayah. Aku pun terus ke bilik air gosok gigi dan ambil wudhuk supaya segar sikit. Setelah selesai urusan aku dibilik air, aku terus ke dapur untuk menjamah makanan. Tetiba mak datang, “lepastu abang, nak kebumi macamana tu?”. “Katanya, dah ada yang sudi jadi tuan, tapi abang tak tau la sapa” sahut ayah. “What happen ayah” aku meyampuk. Ayah memulakan bicaranya.
Jenazah telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.03 malam akibat sakit jantung. Jenazah dibedah siasat pada jam yang berikutnya. Semasa post-mortem dijalankan, seorang pakcik ternampak ada makhluk yang duduk atas bumbung bilik mayat. Makhluk tersebut berpakaian hitam, kelabu, yang duduk seolah-olah sedang menunggu sesuatu. Pakcik itu terus melihat ke atas bumbung bilik mayat itu tanpa berkedip, mulanya pakcik ingatkan manusia, tetapi ternyata bukan manusia. Pakcik tadi mengosok matanya kerana tidak percaya apa yang dilihatnya. Selepas gosok mata, buka mata, tiba-tiba makhluk yang sedang berdiri dibumbung tadi hilang, pakcik cuba mencari makhluk tersebut ditempat lain. Semasa mencari, tetiba ada suara dibelakangnya, “Kau cari aku ke manusia?”. Pakcik yang terkejut dengan suara yang menyeramkan itu, tidak segera menoleh ke belakang tetapi dia terus berjalan ke tempat orang ramai lalu naik kereta dan terus balik tanpa menceritakan apa yang berlaku pada orang sekelilingnya pada masa itu. Setelah post-mortem dilakukan, jenazah dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan. Ahli keluarga berkampung di sekitar bilik mayat untuk menunggu jenazah siap dimandikan. Jenazah dibawa oleh van jenazah hospital pada jam 12 tengah malam ke rumah. Disini lah baru bermulanya kejadian yang luar biasa.
Kaum keluarga telah menunggu ketibaan jasad ahli keluarga mereka. Agak ramai sanak saudara yang berkumpul di rumah anak si mati. Tempat tidur telah disediakan buat jasad yang sudah tidak bernyawa. Jenazah tidak dapat dikebumikan disebabkan hari telah larut malam. Tambahan pula, penggali liang lahad tidak mahu ambil risiko untuk kerja sehingga larut malam. Jadi jenazah ditidurkan di rumah anaknya sementara menunggu masa hendak dikebumikan.
Alhamdulillah, tetamu terhormat yang ditunggu oleh sanak saudara telah datang. Jenazah diusung masuk ke dalam rumah untuk menunggu azan subuh berkumandang. Setelah jenazah ditutupi kain batik panjang(kain batik Indonesia), ramailah ahli keluarga datang melihat jasad arwah, ada yang menangis, ada pula yang sebak. Tak kurang jugak, ramai yang baca surah yassin sebagai peneman arwah itu. Kini,sudah 2 jam jenazah berada disitu. Pembaca pembaca yassin telah letih sebab tidak berganti lalu mereka tertidur.
Sekarang jenazah tidak ditemani sesiapa pun. Mulalah perkara-perkara yang luar biasa berlaku. Tepat pukul 4.37pagi, salah seorang ahli keluarga terjaga disebabkan hendak pergi ke tandas. Dia melalui di hujung kaki arwah dan terus ke bilik air. Selepas melunaskan hajatnya, dia kembali ke tempat tidurnya yang berada di hadapan pintu rumah. Dia terpandang ke arah jenazah tadi, alangkah terkejutnya apabila jenazah yang tadi tidur di selimuti kain batik panjang, sudah duduk sambil melambai ke arahnya. Perempuan yang berusia lewat 30an itu mejerit mengakibatkan semua ahli keluarga yang nyenyak tidur, terjaga. Semua ahli keluarga melihat perempuan tadi yang pucat, kehairanan mengapa dia menjerit? “Ko dah kenapa?” Tanya salah seorang ahli keluarga disitu, namun perempuan tadi tidak menjawab, hanya menunjuk menggunakan jarinya ke arah jenazah.
Alangkah terperanjatnya semua ahli keluarga apabila jenazah tadi bangun terduduk dan senyum pada mereka semua. Ada yang pengsan, ada yang jadi kaku, dan ada yang gagap tak mampu bercakap disebabkan terkejut dengan fenomena pelik tu berlaku. Arwah tidak berkata-kata, hanya duduk bersila, mata pejam, muka pucat seperti orang meninggal, dan yang menyeramkan apabila dia melihat orang dia senyum. Semua ahli keluarga menjadi takut, ada yang lari ke luar dari rumah.
“Macamana nak buat ni?” Tiba-tiba salah seorang anak arwah bersuara. “Kita panggil ustaz lah, sebab abang tak reti nak buat apa-apa” kata sepupu kepada anak arwah. Mereka segera menelefon ustaz yang tinggal berdekatan dengan harapan dapat menyelesaikan kekalutan yang dialami oleh keluarga itu. Tidak lama selepas itu, seorang ustaz muda datang. Ustaz tersebut hanya melihat jenazah yang sedang senyum kepadanya. Lalu ustaz tu memberitahu ahli keluarga yang ada di sekitarnya, “Kamu sepatutnya tidak boleh meninggalkan jenazah begitu sahaja tanpa ditemani oleh orang, kerana syaitan atau jin pasti menggunakan tubuh atau jasad yang tidak berpenghuni.” “Maksud ustaz?” Anak arwah menyapuk kata-kata ustaz. Lalu ustaz terus menyambung kata-katanya. “Maksud saya, apa yang ada dalam jasad arwah sekarang bukan roh arwah tetapi makhluk Allah yang lain. Saya kira dia merupakan jin. Mungkinkah arwah pernah ada khadam sebelum ini?” Tanya ustaz. Semua ahli keluarga melihat antara satu sama lain, menunjukkan mereka tidak tahu adakah arwah memang ada saka atau tidak.
Tiba-tiba ada seorang wanita yang berumur lewat 50an, menjawab, “ayah saya memang ada khadam, tapi semua anak tak mahu ambil khadam tu.” “Susah jugak sebab dia pasti taknak keluar dari jasad arwah” kata ustaz tadi sambil memikir cara keluarkan makhluk itu dari tubuh yang tidak bernyawa. Ustaz meminta ahli keluarga tunggu sebentar, dia hendak buat beberapa panggilan untuk bertanya kepada guru dan sahabat-sahabat beliau.
Didalam rumah, melihat arwah datuk yang tidak bernyawa itu menjadi boneka makhluk tersebut, seorang cucu mendekati jasad itu, walaupun takut, dia terus mendekati jasad. Jasad itu melihat perbuatan cucu arwah yang cuba menghampirinya. Cucu yang berusia lewat 20an pergi untuk menidurkan semula datuknya kerana kesian dan sedih melihat datuknya diperlakukan sebegitu rupa. Lalu cucu tadi menolak dengan lembut jasad itu ke tilam yang disediakan, namun gagal kerana jasad itu terlalu kuat. Cucu yang tadi hendak menidurkan datuknya, berbisik ditelinga jasad. Jasad itu memberi kebenaran dengan tidak melakukan apa-apa kepada cucu arwah. Selepas 1 ke 2 minit cucu tersebut berbisik, jasad itu melihat tepat ke cucu itu. Lalu dia mengeluarkan kata-kata yang perlahan tetapi cucu arwah itu dengar. Selepas jasad itu berbisik, cucu tersebut terus keluar dari rumah, dan masuk kedalam keretanya.
Tidak lama selepas itu, tiba-tiba jasad yang tadi ada makhluk di dalamnya, jatuh ke atas tilam dan kelihatan tidak bernyawa semula. Melihat kejadian itu, anak-anak dan cucu arwah menghampiri jasad dan segera menutupi jenazah dengan kain batik tadi. Salah seorang daripada mereka memanggil ustaz yang berada di beranda hadapan rumah. Ustaz datang melihat jenazah. “Saya yakin, jin yang mengawal jasad arwah telah keluar dari tubuh ini. Kita harus segera kebumikan arwah. Afiq, awak telefon penggali kubur dan kata saya nak dia gali kubur sekarang juga, yang lain tolong saya persiapkan jenazah.” Ustaz membahagikan tugasan kepada ahli keluarga.
Tanpa banyak bicara, mereka semua mempercepatkan urusan jenazah. Setelah siap memandikan jenazah dan mengkafan ke jenazah, mereka meletakkan jenazah itu ke dalam keranda sementara di dalam van. Pemandu van jenazah mengarahkan supaya ada yang ikut dibelakang menemani jenazah, hanya dua anak dan satu cucu menemani jenazah di tempay duduk belakang van. Manakala ustaz tadi duduk di sebelah pemandu van. Jenazah terus dibawa ke masjid berdekatan untuk disolatkan. Nasib baik kerana waktu itu hampir subuh, jadi jemaah subuh boleh lah mengejarkan solat jenazah tersebut.
Setelah selesai solat jenazah, jenazah diusung dengan keranda lalu dikebumikan. Setelah selesai urusan itu, ahli keluarga ada yang kembali ke rumah dan ada ke masjid terdekat untuk menemani ustaz tadi. “Saya pelik, kenapa khadam tadi tidak ganggu langsung masa majlis pengembumian. Saya betul-betul tak faham” kata ustaz tadi. Menjadi pelik juga apabila cucu yang berbisik dengan jenazah itu juga turut hilang selepas menaiki kereta. Adakah ia bersangkut paut? Tidak siapa yang dapat mengesahkan nya…
//ps:
1. cerita tidak tergantung, tetapi penulis memang tidak mengetahui apa yang berlaku seterusnya
2. Thanks kepada FS kerana sudi publish cerita aku
3. Sudi2lah melawat blog saya(based on true story) yang baru nak hidup https://hansstories.blogspot.my/
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
cucu dia ambik ke???
Jangan tinggal kan Jenazah sorang sorang
Windu oppa EL. Oppa jangan tinggalkan Geng Sajat 🙁
kalau betullah cucu dia ambil….mmg tabah betul hati dia…sanggup ambil demi tak sanggup tgk jenazah arwah atuk dia terseksa. Hope cucu dia dapat cr org2 yg arif utk bantu dia buang khadam berkenaan.
opss…lupa nk gtau..Admin leh tukor gmbr tak? haha..bc siang2 pn terkejut…..kan bila kita Back kuar gmbr tu dulu ^_^
Ingat kite sorang je rase camtu…siap cover skrin dlu ngan tgn sblum nak bukak n back? sbb x nak tgk gmbr tu
hasif babi
Bagus penulis ni bt cerita tergantung mcm ni, sebab x yah la sambung2, admin fs pun dh pesan x leh sambung cerita, aku suka cerita ni, kalu penulis up kat fb personl aku follow,
Mungkin si cucu ada buat perjanjian dengan makhluk tu kot, yala sanggup bela makhluk tu.
5 🌟🌟🌟🌟
hrp penulis bgtau ape yg jd.. yelah blh tanya parent kan, atau org2 kg yg ade tu.. mesti dh jd buah mulut org kg sb kes pelik2 gini.
cucu yg hilang tu takkan menghilang selamanya.
rasanya cucu yg tak sanggup tengok tu terima kot. sebabtu dia terus p ja macam tu. dia kesian kot kat tok dia.
Cucu tu x sabar nk ghey lettew…