Askar Jepun

Nama aku D. Umurku lewat 20-an. Apa yang bakal aku ceritakan ini adalah cerita seram yang berlaku kat aku sepanjang bekerja kat salah satu company di ibu kota. Ada lagi cerita seram tapi ni lah yang aku rasa paling seram.

Pagi tu aku decide nak datang awal ke tempat kerja sebab ada kerja semalam yang belum selasai. Aku datang sejam lebih awal. Biasalah, jam2 begini memang belum ada pekerja lain yang datang. Aku seorang je kat dalam building tu. Nak dijadikan cerita, pagi tu aku decided nak buat water sampling kat dalam production area. Sebelum masuk memang rules kena pakai coverall, face mask dan juga sarung kasut (sapa yang keje kat manufacturing company paham lah ni). Selesai pakai baju yang dikhaskan, aku pun masuk ke dalam. Ya Allah! Gelapnya! Seram pulak rasa.

Kat dalam production ni memang seram sikit.  Bayangkan, kalau nak buka lampu kat lorong berjalan kaki tu kena redah gelap sikit dalam 5 meter baru boleh capai suis kat dinding. Kat dalam ni ade lebih kurang 100+ bilik kecik yang digunakan untuk proses pembuatan produk. So, aku pun dengan perasaan takut berjalan dengan langkah panjang ke tempat suis lampu. ‘Klik!’ Lampu tak dapat on! Buat hal pulak. Dah lah aku kat dalam gelap.

Tiba- tiba bulu romaku berdiri tegak. Satu ketukan kat pintu bilik kecil yang betul betul di sebelah kananku mengejutkanku. Pada awalnya bunyi ketukan perlahan tapi lama kelamaan bunyi semakin kuat hingga pintu itu kelihatan bergegar. Takut punya pasal, aku buat langkah seribu. Ingat dah habis tapi belum lagi. Sampai sahaja kat pintu nak keluar tu, thumb print tak boleh nak detect. Maknanya pintu keluar tak boleh buka. Berkali kali tekan tak dapat. Aku dah menggigil dah seluruh badan. Peluh dan air mata tu memang dah kluar.

Ketukan kuat kat pintu tu berhenti tiba-tiba tapi bunyi lain yang kedengaran. ‘Tuk tuk tuk tuk’, bunyi tapak kaki dari lorong tadi kedengaran sayup sayup. Korang imagine bunyi macam orang tengah kawad. Macam tu lah bunyi dia. Makin lama bunyi tapak tu makin kuat dan yang seramnya bunyi tu menuju ke arah aku yang tengah bersandar kat dinding. Dalam hati berdoa semoga dia tak munculkan diri. Memang aku dah usaha nak baca surah yang aku boleh baca tapi semua berterabur.  Tangan aku tak henti henti tekan thumb print tu supaya boleh buka pintu. Tapi still tak boleh buka. ‘Try again please!’. Suara perempuan kedengaran dari mesin thumb print menyakitkan hati aku. Kalau perempuan yg punya suara ni ada kat depan aku, memang aku lenyek lenyek dia sampai lumat. Nasib kau mesin je.

Aku ketuk pintu dengan sepenuh hati berharap ada orang kat luar boleh dengar. Tapi memang tak ada lah. Pada waktu tu aku memang dah pasrah. Apa nak jadi, jadilah. Bunyi tapak kaki tiba-tiba berhenti. Aku menoleh ke belakang. Di balik kegelapan lorong tu, aku boleh nampak beberapa orang lelaki membawa senapang, berbaju askar. Dalam kesamaran tu aku boleh melihat mereka seolah olah sedang merenung tajam ke arah aku. Yang lebih seram, mereka semua tak ada kepala. Aku dah tak boleh tahan diri, memang takut yang amat sangat. Terus pengsan.  Sedar je, aku dah ada kat bilik rehat. Ada beberapa orang kawan aku ada kat situ. Diorang tanya, aku kenapa. Aku cakap aku nampak askar jepun kat production.

Zaid, production manager, marah aku. Dia cakap lain kali jangan masuk ke dalam sorang sorang. Siap buat arahan lagi, selepas ni kalau ada yang masuk ke dalam seorang diri akan diambil tindakan. Yang lebih pelik, diorang jumpa aku kat dalam bilik yang pintunya diketuk kuat tu.  Seingat aku, aku rebah kat depan pintu masuk je. Macam mana pulak aku boleh ada kat dalam bilik tu? Gigihnya askar jepun tu nak angkat aku masuk ke dalam bilik tu. Lepas tu aku tobat dah, aku tak akan masuk ke dalam area tu sorang sorang walau darurat macam mana pun. Sebelum ni memang pernah terjadi benda macam ni. Pekerja shift malam lagi lah selalu diganggu. Cuma benda tu tak tunjuk muka kat diorang seperti dia tunjuk kat aku.

Banyak lagi cerita seram yang aku dan member2 aku kat company ni. Nanti kalau aku ada masa, aku cerita yang lain. Apa apa pun, terima kasih kerana sudi membaca.

6 thoughts on “Askar Jepun”

  1. Ko tobat xnak masuk situ sensorg lg sbb takot antu jopun koo atau takot kena amik tindakan ngan boss tu…???
    Hehehehehehhe…
    Dedua menakotkan gak tu…

    Reply
  2. Dalam kesamaran tu aku boleh melihat mereka seolah olah sedang merenung tajam ke arah aku. Yang lebih seram, mereka semua tak ada kepala”Camne die renung?pale pn xde,kikiki

    Reply

Leave a Comment