Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab sudi siarkan kisah kedua saya ni. Dan seperti biasa, saya akan gunakan kata ganti nama “aku” untuk mengeratkan sillaturrahim antara pembaca dan penulis. Kisah yang aku nak ceritakan kali ni adalah atas permintaan kawan-kawan juga sebenarnya.
Kisah bermula.
Aku diterima masuk ke salah satu universiti yang terkenal di Parit Raja. Kalau korang dapat teka, mesti korang tahu kan universiti yang mana satu dekat Parit Raja, Johor? Aku ditempatkan di salah sebuah asrama yang diberi nama KKTDI. Aku ditempatkan di Blok C, tingkat paling atas dan paling hujung. Bila bukak tingkap bilik, boleh nampak “hutan” kelapa sawit dekat belakang blok asrama. Asrama ni, satu bilik 5 orang. 4 katil single dan 1 katil double-decker. Tujuan aku terangkan kedudukan bilik aku ni supaya korang senang nak faham jalan cerita yang aku nak bagitahu nanti.
Okay, dipendekkan cerita, alhamdulillah roommate aku pada semester 1 semuanya baik-baik. Hormat privacy orang lain, hormat orang masa tidur dan diorang memang sangat memahami. Tapi kan, faham-faham sajalah bila duduk bilik yang paling hujung, paling dekat dengan hutan, dia punya rasa seram pun boleh tahan.
Pada satu malam tu, aku stay up sebab nak siapkan assignment. Typical college student. Roommate aku yang lain semua dah tidur. Tinggallah aku seorang buat assignment bertemankan cahaya lampu study. Tengah syok buat assignment, tiba-tiba macam ada angin bertiup lembut dekat belakang tengkuk aku. Dingin. Sejuk je angin tu. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku pandang belakang dan nampak roomate aku tengah nyenyak tidur. Aku pun shut down laptop aku, kemas barang atas meja, dan pergi tandas untuk basuh kaki. Tabiat aku kalau nak tidur, aku memang akan basuh kaki. Walaupun sebelum tu aku dah mandi.
Okay, sambung cerita. Lepas balik dari tandas, aku pun kibas katil aku dengan selimut aku sebanyak 3 kali sambil selawat. Sebab orang tua-tua pesan, sebelum tidur, kibas dulu katil tu at least 3 kali sambil selawat sebab kadang-kadang ada “benda” yang datang menumpang tidur atas katil kita. Dan sebelum tidur, dinding dulu diri kita dengan 21 kali Bismillah, Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul. Kiranya, kalau ada benda datang kacau, dia tak boleh nak sentuh kita. Dia just boleh pandang, jeling-jeling gitu je. So lepas siap-siap baca semua, aku pun lelapkan mata. Tengah nyenyak tidur, tiba-tiba rasa macam ada angin bertiup dekat bahu aku aku dari depan. Masa tu aku tidur mengiring. Dia punya effect angin tu memang kuat. Terus aku tersedar, aku bukak mata and guess what? Benda tu ada betul-betul depan muka aku. Muka dia betul-betul menghadap muka aku. Benda tu macam tengah duduk bersila dan muka dia tengah pandang muka aku. Aku ingat lagi muka dia warna hijau, hidung dia besar, panjang. Pastu muka dia macam menggurutu. Macam kulit limau purut. Muka dia besar dua kali ganda dari muka kita. Mata dia aku tak ingat warna apa. Aku pun tak pikir panjang, terus capai Al-Quran dekat atas meja study aku, aku letak kat atas bantal kepala aku, dan aku pusingkan badan aku mengiring ke belah kiri. Kiranya aku membelakangkan benda tu. Nasib baik masa “dia” pandang aku, dia just pandang je, dia tak main pegang-pegang sebab masa tu bawah bantal ada Yasin. So, kira macam pendiding la. And lepas tu aku tidur. Aku biar je “dia” dekat belakang. Asalkan jangan dia main pegang-pegang. Jenis aku, kalau aku memang mengantuk, tolonglah jangan kacau. Tolonglah. Dan aku teruskan tidur macam biasa sampai subuh. Keesokan harinya, aku buat macam biasa. Malas nak cerita dekat roommate lagi. Sebab masa tu kitorang belum betul-betul rapat. So, aku pendam seorang-seorang je dulu tentang kejadian tu.
Semakin lama masa berlalu, aku dengan roommate aku dah semakin rapat macam adik-beradik. Sumpah tak tipu. And yes, semakin nak dekat musim exam, makin banyak “dia” ganggu kitorang. Masa tu, roommate aku, Maria (bukan nama sebenar) tengah stay up seorang-seorang buat coding. Kitorang yang lain semua dah tidur. Dalam pukul 3 pagi macam tu, dia dengar ada orang ketuk pintu bilik. Tapi dalam bilangan ganjil. Mula-mula 3 kali, lepas tu senyap sekejap. Lepas tu 5 kali. Maria pun terus shut down laptop dia, terus naik atas katil dan tidur. Katil dia yang double decker tu. Katil dia tingkat atas.
Malam keesokannya, kitorang semua tidur awal. Seperti biasa, aku akan pasang lampu tidur biar ada walaupun sedikit cahaya lampu sebab aku jenis tak boleh tidur dalam gelap. Aku nyctophobia. Bila dalam gelap, aku automatik sesak nafas. Pelik betul fobia macam aku ni. Tengah syok aku tidur, tiba-tiba macam ada orang goncangkan katil aku, terus aku bangun, dan aku tengok phone, tepat-tepat pukul 3 pagi. Lepas tu, macam kena pukau, mata aku terpandang katil Maria. Sebab katil aku dengan Maria setentang. Guess what? Aku nampak tangan Maria masa tu panjang gila. 3 kali ganda dari tangan manusia normal. Dia punya tangan tu macam berbelit-belit dekat besi katil tu macam ular. Aku pun tak fikir panjang, aku bangun dari katil dan aku pasang lampu utama. Serta-merta bilik kitorang cerah dengan cahaya lampu. Dan aku pun sambung tidur macam biasa.
Keesokan harinya, aku tanya Maria, ada benda pelik tak berlaku semalam? Dia cakap dia kena tindih. Lepastu aku bagitahu dia, pasal tangan dia tu. Kiranya kejadian yang aku nampak tangan dia berbelit dengan kejadian Maria kena tindih tu berlaku dalam waktu yang sama.
Okaylah, sampai sini dulu aku cerita. Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak ceritakan. Tapi tangan dah lenguh menaip. InsyaAllah, kalau diberi kesempatan, aku sambung cerita aku pasal KKTDI nanti.
Terima kasih sebab sudi membaca
Bapak scary punya gambar. Terkejut aku bukak fs terus terpampang makhluk hijau ni. Dah la tadi pegi tengok annabelle. Scary belum hilang lagi ni.
Lumut ke cendoi tu,
Uthm ka, kat parit raja,
woi..bau jagong kolej tu..ak masuk mase kuitho lg..tp ok jela..stakat kene tindih je duk kat kolej tu..ak duk kat tmpat hadap tasik n kilang sawit tu..thn 2006
6/10
Aku pun ada fobia macam tu, bleh sesak nafas dan pening sangat kpla sampai pengsan kalau biar lama sangat mcm tu.