Assalammualikum dan salam sejahtera. First time aku tulis untuk mana-mana page. Haha!
Okay, aku merupakan seorang pelajar kolej swasta di Batu Pahat (BP), Johor. Sekarang kolej aku dah ada tempat sendiri, tapi masih di BP. Dahulunya, asrama lama kami, kolej aku sewa dengan sebuah kolej lain di Sri Gading. Asrama tu besar. Seriously sangat best! Aku budak graphic design, memang selalu tidur lewatlah. Biasanya berjaga sampai jam tiga atau empat pagi. First time aku duduk situ, tak adalah pulak budak kena histeria macam yang senior-senior aku ceritakan.
Tapi masa final semester satu, ada satu malam tu, aku kena siapkan projek lukisan canvas aku. Waktu tu dah pukul dua pagi. Bilik aku ada empat orang, tapi yang stay up cuma dua orang sahaja iaitu; aku dan Ira, roommate aku. Dah siap melukis dan coloring, aku nak kemas-kemas alatan melukis. Masa tu aku nak ke tandas, cuci alatan-alatan mewarna. Tandas terletak betul-betul depan bilik aku. Aku pun beritahulah dekat Ira, “wei, aku nak pergi basuh berus, tau! Jangan tutup pintu dulu.”
Masa tu Ira tengah layan lagu pakai earphone, so dia just mengangguk faham. Aku dah biasa pergi tandas seorang-seorang, tapi malam tu entah kenapa, aku rasa tak sedap hati. Tapi aku buat tak tahu sajalah, sebab dah mengantuk sangat. Masa aku tengah basuh berus-berus tu, aku terasa macam ada benda dekat dinding atas cermin belakang aku. Aku pun saja pandang cermin singki depan aku. Aku nampak benda hitam macam tengah perlahan-lahan menyorok ke belakang. Macam dia tak nak aku nampak dia, tapi dia still nak tinjau aku. Aku diamkan lagi. Tapi bila malam tu dah dua kali aku ternampak benda yang sama, aku dah mula rasa seriau. Kali ketiga aku baru nak pandang, aku nampak dengan jelas benda hitam tu berdiri betul-betul depan pintu toilet booth belakang aku tu. Tak menyorok lagi dah. Mungkin dia dah tahu yang aku memang dah nampak dia. Dengan bulu roma aku meremang macam nak tertanggal dari kulit, aku terus campak berus-berus semua tanpa tutup air. Berlari aku masuk dalam bilik. Ira terkejut tengok aku kelam-kabut dengan muka pucat.
“Kenapa, nana?” Soal Ira risau. Aku cuma mampu senyum sahaja. Aku cakap, “saja lari.”
Tapi Ira ni macam faham. Dia senyum saja. Mungkin sebab dia perasan yang barang- arang aku cuci tadi semua tak ada dengan aku, dia ajak aku ke tandas semula. Kali ni dia offer diri nak teman. Serious aku tak pernah setakut tu! Esoknya Ira tanya aku, “malam tadi kau kenapa sebenarnya?”
Aku diamkan saja. Keliru. Tak tahu nak cerita macam mana, sebab perasaan seram tu masih terasa.
Ni cerita kedua, dengan roommate aku seorang lagi, Lyana. Ada satu malam ni, si Lyana ni nak basuh baju waktu tu lepas isyak. Selesai cuci, kami cari ampaian kosong. Tapi tak jumpa. Lyana ajak aku pakai ampaian dekat atas. Tapi rupanya tingkat atas (tingkat tiga) tu memang kosong, sebab katanya, tingkat tu tak boleh disewa. Kolej tak kasi. Tapi kawan aku ni memang hati kental. Dia dalam bilik memang selalu tidur lambat sebab main game. Perempuan, tahu! Tapi main game sampai tak tidur. Haha! Tapi dia tak pernah kena kacau dengan hantu-hantu ni. Okay, sambung cerita…
Masa aku nak sidai kain tu, baju dia lebih banyak dari aku. Sebab tu dia nak pakai ampaian tingkat atas. Aku layankan saja, sebab memang penuh pun ampaian lain. Aku pun temankan Lyana naik atas. Tak fikir bukan-bukan pun. Just fikir sekejap lagi nak berbual sambil sidai kain. Masa aku tengah sidai kain tu, tak tahu kenapa mata aku asyik nak tengok kiri kanan. Aku tengok baju Lyana yang banyak pun dah nak habis disidai. Tapi aku? Masih banyak, wei! Macam dari tadi aku aku tak sidai apa-apa.Pelik sangat. Lyana pun offerlah diri nak tolong sidaikan sekali. Masa aku nak pandang Lyana tu, aku ternampak ada benda hitam tengah renung aku. Bila dia nampak aku pandang dia, terus dia melompat ke celah-celah dinding bilik. Aku terkejut, terus diam.
Member aku nampak aku macam dah diam saja, muka dah pucat, dia cepat-cepat tolong sidaikan kain aku. Selesai saja, dia terus cakap, “jomlah Nana, kita turun sekarang. Kau jalan dulu.”
Aku masih diam, terus berjalan macam nak belari. Tapi takkanlah nak tinggalkan member, kan? Tapi sejak kejadian tu, aku tak naik atas tu dah. Itulah kali pertama dan mungkin terakhir aku naik atas tu.
Masa aku naik semester dua, aku duduk bilik seorang diri. Sebenarnya kalau diikutkan, bilik tu boleh duduk dua orang. Tapi roommate aku ni, dia nak duduk luar. Aku pun duduklah seorang diri dalam bilik tu. Kehidupan aku waktu semester dua, aku banyak buat kerja seorang diri dalam bilik. Jarak sebuah bilik dari bilik aku tu pula adalah bilik member aku bernama Asma. Dia ni jenis susah nak kena benda-benda macam tu. Sampailah satu hari tu, dia duduk buat kerja, tapi pintu tak tutup. Dia terdengar ada orang pangil nama dia. Masa tu Asma tak ada mood, jadi dia tak sahut pun panggilan tu. Lepas tu, dia pusing, sekadar nak tahu siapa yang panggil dia. Tengok-tengok tak ada orang. Then, wing yang kitorang duduk tu sunyi semacam. Semua orang dalam bilik. Dia terus berlari masuk bilik aku. Aku yang tengah duduk dekat meja study pun terkejutlah! Masuk macam orang nak rempuh pintu. Lepas tu, dia terus duduk atas katil aku, menangis-nangis. Aku pun tanyalah, “As, kau kenapa?”
Dia kata, ada orang pangil nama dia. Tapi bila dia pusing, tak ada orang. Dia takut, terus lari masuk bilik aku. Masa dia tengah cerita tu, tiba-tiba ada benda jatuh dekat atas awning tingkay bawah. Aku memang tak tutup tingkap bilik, sebab malam panas. Waktu nak tidur baru tutup. Dengar bunyi benda jatuh tu, aku dah meremang. Tapi aku buat-buat kuat, sebab aku tahu, kalau aku takut, Asma akan jadi lagi takut. Aku cakap, “tu kucing Ibu jer tu (warden asrama).”
“Iya, iya jer kau,” balas Asma perlahan. Aku diamkan saja. Malas nak panjang-panjangkan cerita, sebab masa aku dekat rumah dulu pun, aku selalu dengar bunyi macam tu (walaupun rumah aku tu kelilingnya tak ada pokok besar).
Dekat kolej tu lagilah, tengah-tengah alam kot! Belakangnya padang, depannya pulak bangunan. Tapi aku cakap, “dahlah, pergi tidur.” Tapi aku tak tahulah, bilik aku tu pun keras sebnarnya. Sebab sebelum-sebelum ni, student yang duduk situ selalu kena kacau. Semenjak akududuk bilik tu tak ada pula kena kacau, tapi adalah kadang-kadang, waktu malam, aku ternampak benda hitam duduk depan pintu bilik aku tu. Macam tengah tengok aku. Tapi biasanya aku set mind yang ‘benda hitam’ tu takkan kacau aku. Tapi masa aku nak tinggalkan bilik tu, berat sangat rasanya. Sampaikan lepas aku balik rumah pun menangis-nangis teringat. Esoknya tu, mama datang bilik, tanya, “teringat dekat bilik asrama ke?”
Aku diam je tak nak tunjuk diri tu sedih. Mama sambung lagi, “dahlah, lupakan. Mama dah dua malam dengar suara orang menangis dekat luar rumah. Kamu rupanya.”
Aku ternganga dengar mama cakap macam tu. Bila masanya pulak aku menangis dekat luar rumah? Sejak dari mama cakap macam tu, aku terpaksa kuatkan diri. Tak nak teringat langsung bilik tu.
Bukannya apa, aku syak yang menangis dekat luar tu adalah ‘penghuni hitam’ bilik asrama aku dulu tu. Mungkin dia rindukan aku, tapi tak dapat masuk rumah aku tu (sebab ada pendinding). Mungkin setiap kali dia menangis, aku pun terikut-ikut sama. Wallahua’lam.
Alhamdulillah, sekarang aku dah tak sayang bilik itu macam sebelum-sebelum ni. Bukannya apa, sebab macam pelik kot perasaan rindu aku tu. Tak masuk akal. Padahal bilik asrama jer pun. Entahlah.
Maaflah kalau cerita aku ni agak membosankan. Dan maafkan aku juga sekiranya terdapat kesalahan bahasa dalam cerita aku ni. Maafkan aku. Sekian, terima kasih.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
First commennttttt!!!.. Ohh..yeahhh✌✌
tahniah budak kecikkk. nak trophy untuk ko. ???
Tak kesah pon bukannye dapat pape
ko tiup sape tu?
tiup ko la medicakk..
puhh..puhh..jampi2 sikit..
puh kanan puh kiri. hishh. seram. cikbambam, jgn pandang belakang
#serius
Haha..mlm td ade mimpi azzy x?penat die tiup ko..
#serius
azzy? siapa ni?? hahaha tertinggal cerita laaa
x kenal ke azzy??alaa..azzy la..xkan la x kenal..ish3..
**ntah..cikbambam pun x kenal..huhuhu
aku tido lambat semalam. masa aku nk tido. aku tedengar org ckp ‘syutttttt!!’ terus mata aku tebukak. aihhhh
~aku rasa aku kena stop baca fiksyen shasha
#serius
hahaha..aku pun selalu cmtu..
dgr bunyi org ketuk tingkap..rs mcm kuat gile..
rupe2 nye bunyi cicak..kuangajo btl..
besar sgt ke cicak rumah ko? ko bagi makan apa? hahaha
orang minyak kot?? haha
best la.boleh tahan
Kolej apa ni eak? Hummm
Dulu time blajar pun memang slalu kena ganggu dekat asrama.
Nak pulak asrama dekat atas bukit dekat sgt dengan tangki air.
Kalau time final exam, lagi menjadi-jadi.
UITM la ni, lendu…. hurmmm
hi
Ada kee sbb study situ dulu so far alhamdulillah tak ada apa
Uihhhh…beraninye.. Kalu aq dah lama mintak tukar bilik?
Setiap bilik ada kisah dia..kira kuat juga la nana. Dia xkacau yg heavy2 punya..tambah duduk sorang.lain bila duduk berdua dgn rumate ni.
Pape pun best! Akak bg 5 star!
Alamak.. nak berindu2 pulak.. hahaha seram weyh! Jangan rindu diaaaa
Pernah share kat mana mana ke cerita ni? Mcm pernah share btw okay cerita tak membosankan mana huhu.
faz asyik hilang2 je busy ke???
Oh hahaha faz busy siapkan part terakhir kawan aku psiko3 ni. Kenapa ya?
ohh xd ape…erm sebenarnye nk tnye knp xblh add mika kat fb??? tanyekanlah hihihi…faz bg lah ig faz plssssss……
Faz kan ada cakap haritu Mika dia taknak “popular”. Err nak ig Faz? Sebenarnya Faz pun sama je macam Mika?
Fb dia cuma untuk orang yang dia kenal, kawan kawan sekolah membawa ke zaman U hingga zaman bekerja sekarang ni dan juga family dia. Strangers dia memang tak kan approve. Faz pulak memang takde fb lagipun ? Kalau rajin pergi cari nama mika mungkin mika saje mungkin mikael atau mika ahmad ke hahaha, Faz ada like dekat post kawan aku psiko2 tu. Apa nama dia tak boleh kasi tahu 😛 semoga berjaya!
Faz post kat fb mika ni rashid tu x tahu ke? Faz x gunakan nama samaran ke utk setiap watak dlm ‘psycho’ tu? Apepon serious best gila penulisan faz tu,, tak sabar nk baca lagi. Dah la lisar benar,, serammm ?
Dia takkan tahu dan FS pun dia xtahu 🙂 nnt korang akan tahu apa maksud faz ni 🙂
faz..kalo nak tau cikbambam ni sepupu mika..mika xde bgtau eh??cikbambam bkn strangers tauuu..ok..bak sini fb mika..kakakakaka?
hahahaha nice try cikbambam…. minta-minta Faz percaya
Harap2 faz pecaya kt cikbambam..?
lahhh. asal ko tak mintak kat aku FB mika?
Hahaha..ko ade eh..ok pm tepi..singkong ko ade?
#inibukanserius
kalau fb singkong aku kena kaji lebih sikit, sebab fb singkong tak guna nama singkong & keju. hahahaha
uishh..hebat ko ni..kaji aku pny fb plk..kalo ko dpt fb aku ko mmg hebat..aku sggup join yoga ngn ko..hahaha
Tanya mika jap lah hahaha mana boleh kasi dekat sini nnt semua tahu 😛
haa..g tny mika..die kenal cikbambam x?
ms raya aritu kitorang jumpa..bakar lemang sama2..
anyam ketupat sama2..sepupu la katekan..haahahaha
#nicetry
kalau ko sepupu dgn mika, maknanya aku pon sekali lah sepupu dgn ko?? ohhh, yelah. patotlah mcm kenal ko. rupanya ko la yg rebus ketupat tu raya tahun lepass. ish, kecik je kn dunia ni.
~maklumlah, 2 3 pupu ni tak berapa nk kenal sgt. huhu
ohh..ok2..baru aku igt..ko ke yg tgh kacau dodol ms raya aritu?
aku perati je sape la bdk kecik tegedik2 kacau dodol ni..
ko ghupe nye..adoii..kecik btl dunia ni..hahaha
Ok je tak la bosan pun
Selalunya insan biasa macam kita akan diberikan dengan bermacam jenis dugaan
selalulah kita bersyukur dan sentiasa saling berkasih sayang antara kita,
buanglah sifat dengki, sifat yang paling tercela sekali,
jangan selalu berangan kosong, isikan dengan ilmu yang bermanfaat,
sucikan jiwa dengan rajin membaca Al-Quran
peringatan untuk sahabat semua dan DIRI SENDIRI, insyaALLAH
7/10
999999999999/1
Cite best cough Kirim salam akak sebelah tu ye hihihihi~
Nice..ok jg lah..seram² jg..tp sbab benda tu cuma mnampak kan diri sbagai lmbaga hitam kurang jg seram nya..hehe
.
Selalu amalkan doa pendinding dan banyakkan beribadah.?
cantiknya Airish…hihih
Alhamdulillah,terima kasih Maira
Maira pun cantik jugak?
Good story…
duduk asrama kalau tak pernah merasa agak pelik jadinya…
Bahaya wo rindu bilik lh pulak
Penghuni asrama? Setiap asrama ada cerita nya yang tersendiri. Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku first time tinggal di asrama. Baca tau. Hahahahah. Nak di jadikan cerita, satu malam tu selepas aku prep malam di tingkat 1, aku nak naik bilik aku di tingkat 2. So, aku guna lah tangga belakang sebab dekat je nak menuju ke bilik aku. Sewaktu aku naik tu, tiba tiba aku rasa macam ada benda memerhatikan aku dari tepi. Maklumlah asrama selalunya area hutan kan… Aku perasan ada benda tengah tengok aku tapi aku tak nampak benda tu. Lepas tu, aku ape lagi lari pecut lah masuk bilik. Hahahahahah
Aku ada member yang hijabnya terbuka. Kiteorang memang rapat jugaklah sebab pernah jadi roomate masa form 4. Lepas 2 3 hari kejadian lari pecut aku tu, aku hairan tengok kawan aku ni langsung taknak pandang aku, taknak cakap dengan aku, taknak tegur aku. Say hai pun taknak. Satu hari tu, aku pergi jumpa dia. Aku tanya dia, kenapa dia lari dari aku? Aku ada buat salah ke?
Kau tahu dia jawab apa? Dia kata ade benda menumpang di sebelah bahu kanan aku. Benda tu muka hitam. Hodoh sangat sangatttttt! Tapi aku tak terkejut lah. Aku buat muka cool je. Dia cakap dia tak boleh nak dekat dengan aku sebab benda tu. Tiap kali dia nak rapat dengan aku, muka dia berubah jadi pucat sangat sangat dan dia akan berasa sangat sejuk menggigil. Dia cakap benda tu nak something dari aku. Tapi aku tak tau lah benda tu nak ape. Hahahahahahaha.
So, 2 3 bulan lepas benda tu dok bertenggek dengan aku.. Kawan aku tu pun datang jumpa aku cakap benda tu dah takde. Rasanya benda tu dah dapat apa yang dia nak. Hahahahahaha. Tapi, kesan nya sampai sekarang aku dapat rasa. Contoh nya, bahu kanan aku kadang2 sakit rasa macam ada beban yang sangat berat di bahu aku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hahahahahaha.
Dan aku rasa benda tu masih ade lagi dengan aku sekarang ni. Hahahahaha. Okay sekian terima kasih.
Selamat hari sabtu!
dia nak apa sebenarnya?
Entah lah maira. Saya pun tak tau dia nak apa. Hahahahah. Sampai sekarang masih lagi menjadi misteri benda tu.
tp dia tak kacau FF la kan?? just tumpang bertenggek je?? sakit kan bahu?? sebab maira pernah rasa bahu kena tenggek macam tu. sakit + sengal…
tak kacau. Tumpang je. Sakit sangat maira. Selalu kalau FF rasa bahu berat semacam je, FF dah tau dah benda tu betenggek. Kalau dia takde, langsung takde rasa sakit pape. Ringan je rasa bahu. Hahahaha
then kalau rasa sakit tu FF buat macam mana? Maira menangis2 bila kena haritu.. sampaikan kena minta air penawar dekat orang..
FF tahan je maira. Baca selawat, ayatul kursi. Kadang2 sakit tu sampai ke kepala. Tapi hanya di bahagian sebelah kanan je. Sampaikan FF nak tidur pun takboleh nak mengiring belah kanan. Tidur mengiring belah kiri je. FF rasa maira lagi teruk dari FF. hm. Sampai nangis2 maira kena. huhu
Maira mungkin sebab pertama kali kena.. tapi memang tak boleh nak tahan sakit. memang susah nak tidur. maira baca juga bismillah 12x dengan ayat Kursi tapi x lut. hihihihi
silap.. 21x
Allahu. Memang kuat benda tu kan sampai x lut langsung. Hehehe. So, sekarang ade sakit2 lagi x?
Alhamdulillah xde. cuma kadang2 kalau Maira tak sihat.. terasalah sakitnya
Alhamdulillah. Semoga kita sama sama di lindungi oleh Allah. Amiinn
seram cite ko. aku baca menggigil lutut kanan kiri. tak tahulah malam kang nk tido mcm mana. ini kalau ko hantar kat fiksyen shasha ni, top 5 cite ko. hahahahaha. ok. joke2.
~dia nak apa tumpang kat bahu ko?
#pleasesambung
hahahahah
ye ye je kau ni medi. Dia nak kau! Kau nak dia tak? Kalau nak, aku suroh dia pegi cari kau. hahahahahahahahha. Gurau2. Entahlah medi. Aku pun tak tau dia nak apa sebenarnya. Masih lagi menjadi misteri sehingga sekarang.
Takde sambungan wei. Setakat ni je. Hahahahahahah. Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri ~ muehehehehehehe
Tumpang = Kacau . Benda yang sama.
Jin memang suka menumpang badan manusia. Dalam saluran darah. Badan manusia boleh tampung berekor ekor Jin. Dorang tak ada jisim. Bukan benda tu tak ada, Jin sepantas kilat. Dorang boleh pergi datang bila bila. Kalau dorang dah ‘TANDA’ badan manusia, senang dorang dtg pergi. Macam tu jugak la dengan saka. Kalau benda benda macam ni, kena cepat cepat berubat. Jangan fikir banyak lagi.
ye. betul tu EL. Dah pergi berubat dah. Tapi tetap jugak sama. Bila sakit memang sakit sangat2 lah . Sekarang pun sakit gak ni. Hahahahahahah.
sakit ko tu mcm mana??? bahu ko rasa sengal2, rasa berat ke? tak boleh angkat tangan ke atas ke mcm mana?
#serius
ye medi. rasa berat je. Rasa lenguh macam ada satu benda yang berat kat atas bahu. Baring pun tak boleh nak baring mengiring ke kanan. kalau ke kanan, rasa macam ada benda yang di himpit. Faham kan maksud aku mcm mana?
#Akupunseriusjugak
kesian ko. pegilah berubat. meh sini aku nk puhhh puhhh ko.
amboi. tak sangka kau ada sifat penyayang kan medi? hahhahhahahhahahahahhahaha
Ko jangan puhh puhh sangat. Nanti air liur ko kena kat aku. Hahahahaha gurau
air liur tu yg mujarab tu. hahahahahahhahah
aku masih lagi ada sifat penyanyang. hahahahaha
kuajaqqqq! Hahahahha dalam sifat mentaikkan org, ada gak sifat penyayang dalam diri kau ni. Hahahahaha muah ciked! ?
hahahahahahahahah
nah! ???
Dia tau tu kot Haha
yelaa kot. ada yang memerhati. mueheheehe
Tahap keseraman 4 bintang..aku mmg seram dgn sebarang penampakan..hahahah
~aku masih x bole move on dgn cerita hantu pocong dak haikal tu..masih teringat2 sampai skg..mlm td terpaksa tdo dgn lampu menyala..adehhh
Mcm kena badi mayat
sama la kita …tapi pocong main fb ke?? hairannya disitu…
Dorang pon maju haha
Macam slenderman pun ade…huhuhuhu
huish hantu apakah itu?
seriau plk part menangis2 rindukan.. bilik asrama je pun?
Macam mana cara kalau kita nak post cerita kt sini ?sy ada cerita seram yg mmg terjadi dkt family sy dri dulu sampai sekarang,
Kktm sri gading ke hehe