Asrama unikl

Assalamualaikum admin. Aku ayu. Aku nak cerita pengalaman aku masa sambung study kat UniKL dulu. UniKL mana, biarlah rahsia. haha!! Masa tu aku tengah semester 3.cerita ni bermula bila aku ni bermulut celupar.

Masa study dulu, boleh dikatakan aku la orang yang boleh tahan beraninya dulu. Bilik aku betul2 sebelah tandas asrama. Masa tu bilik aku di aras 3. Asrama UniKL yang aku duduk masa tu pelajar perempuan sikit sangat sebab UniKL ni bahagian engineering. Perempuan sangatlah kurang. Bayangkanla ada 4 aras tapi smpai aras 3 yang ada penghuni. Aras 4 langsung tak ada student pun. Pastu, aras 3 pun student xramai. Xpenuh pun. Kiranya, banyakla bilik2 yang kosong, yang korang boleh ambil locker atau tilam lebih.

Aku 1bilik dengan Amy dan Rehan. Punyala penakutnya si Amy… Allah hu rabbi. Kalau siang2 pun dia penakut, malam lagila menjadi2. Penah sekali dia mandi masa siang hari, sabun penuh dekat kaki dan bahu dia bila dia masuk bilik. Kami yang dalam bilik ni tak larat nak gelak dengan perangai dia. Mandi laju macam lipas kudung.

Maybe sebab dia jadi penakut macam tu, sebab selalu ada banyak cerita pasal asrama ni. Orang main guli, tolak locker, almari kat aras 4 selalu sangat2 dah. Aku sendiri pun dengar tapi kami buat tak reti jela. Lepas tu dengar pulak ada sesuatu yang menyerupai sorang kawan aku. Kawan aku ni duduk kat meja study dia, sambil goyang2kan kerusi dia. Pastu ada pulak yang menyerupai muka kawan aku bilik hujung tu time dia period, siap berkemban dan suruh tolong belikan pad!

Penah sekali ada budak junior kena sampuk sampai kena panggil ustaz dari luar halaukan benda2 ni. Blok budak2 lelaki jangan tanyala.lagila banyak cerita.ada budak lelaki kelas aku bagitau pernah 1 malam kawan dia nak pinjam helmet nak keluar pagi esoknya.lepas tu dia suruhla ambil helmet tu siap2.pengsan budak lelaki tu sebab dia capai je helmet atas locker kawan aku tu.padahal sebenarnya kepala je.siap terjelir2 lidah.helmet tu still atas locker.

Ok. Berbalik pada cerita aku. Aku ni selalu marahkan Amy sebab asyik cerita dia kena tindih. Biasala kan duduk asrama mesti dengar cerita kena tindih2 ni. Kerap sangat dia kena tindih sampai dia mintak nak tidur sebelah aku.jenis aku pulak, kat rumah, aku anak tunggal perempuan. Katil queen ayah aku bagi. Aku terus xselesa bila kat asrama kena tidur katil single ni.

Pastu cuba bayangkan si Amy nak tidur menyempit sebelah aku. Confirm rimas tapi sebab kesian kan dia dan dia kawan baik aku yang penakut. Malam tu aku tidurla dengan dia tapi mulut aku ni tak habis2 bising sebab geram dia asyik bagitau kena tindih.

Jeng.jeng.jeng….Malam tu, bila tengah tidur, aku rasa badan aku kena tindih. Kena tindih sampai aku lenguh 1badan. Pastu aku bukala mata. Cuba korang bayangkan tengok. Atas lutut aku, aku nampak perempuan hodoh sangat tak boleh nak cerita macam mana hodohnya tengah duduk sambil senyum.

Badan dia smpai pinggang je. Masa tu jangan tanyala perasaan aku. Aku menangis teresak2 sebab aku tak boleh bergerak langsung. Aku nampak amy sebelah aku, tidur mengiring. Rehan pulak tidur katil sebelah kami tapi tangan aku tak boleh bergerak langsung untuk kejut diorang.

Perempuan hodoh atas lutut aku tu, tengok aku lama sambil tersenyum je. Korang bayang perasaan aku macam mana. Macam2 surah aku baca. Kursi aku ulang2 baca 2ayat terakhir tu. Lepas lama dia tengok aku, dia pun hilang..

Perlahan2 badan aku rasa ringan. Baru aku tau rasa kena tindih yang selalu Amy rasa tu macam mana. Sian dia. Aku selalu kata dia khayal je.emmm..Bertuah amy sebab tak nampak makhluk yang tindih dia tu. Aku xtaula kalau dia boleh tengok macam manala agaknya ketakutan dia tu.

Tapi lepas tu, aku pun dah jadi penakut. Sapa2 yang ajak aku teman pergi tandas, memang aku tak temankan dah. Dan lepas tu, Amy memang suka sangatlah sebab tiap hari aku yang pelawa dia tidur sebelah aku.  hmmmmm….

 

25 thoughts on “Asrama unikl”

  1. Mcm unikl yg sy tgh blja ni je..cuma skrg tgh prktikal so xde la dduk hostel.. mmg bnyk kisah2 seram lgi mistik dekat situ.. hahaha

    Reply
  2. perhhh.. cantek seswai dgn nama hang. maki orang x ingat dunia. bro, jeles ke dia kt rumah katil queen, ko mesti tido tilam atas lantai ja kan? kena sangat baq ang

    Reply
  3. Mak aiii…kte nie klau nk bce citer bace je la…
    X suke x pyh la nk maki2 penulis…
    Relax la ko nie…bahasa ko lg seram dr citer penulis nie plk…??

    Reply
  4. Tah pape tah ko nie…kerana sebaris ayat penyata tu ko dh terbakor mcm nie….msti ko nie dengki kn sbb xpnh merasa tdo katil queen! hahahaha die nk buat perbandingan je…ko plak komen bukan2…haih org cm ko nie elok duk dlm gua je la….p kwn dgn monkey sana….

    Reply
  5. UniKL BMI ke?
    :: Teka je, sbb tau situ ramai engineering course, lg² famous dgn bdk² Biomedical Electronic Engineering…
    #SyBknBdkUniKL
    ?

    Reply

Leave a Comment