Awek Mata Bundar (Part 6)

Assalam, admin FS dan warga FS. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Jemput baca Part 6. Jemput Like page abe juga. https://www.facebook.com/abekrambitofficial/

Nampaknya tak sampai kut Part 30 sebab ramai yang suruh habiskan cepat. Yolah, abe pendekkan cerita tu. Masalahnya abe kesuntukan masa. Bukan abe sengaja berlambat-lambat. So, enjoy…

Part 6

“Kenapa kau mengeluh?” tanya Petak bila tengok aku mendengus lepas aku terintai-intai ke dalam kereta.

“Tikah. Tadi dia ada kat dalam kereta. Bila aku cakap aku nak tanya dia soalan, dia lesap. Dasar hantu!” jawab aku. Banyak kali aku mendengus. Bengang betul aku dengan si Tikah ni. Aku nak tolong dia kut. Aku agaklah dia memang cari orang tolong settlekan masalah dia. Kalau tak, sampai bila-bila roh dia tak tenteram. Tapi bila aku nak tolong, dia buat perangai pulak. Mengada-ngada.

“Kau agak dia tu hantu ke roh?” tanya Petak sambil memandu.

“Roh. Macam pontianak jugak. Roh perempuan m4ti beranak.” Konfiden je aku jawab. Aku dengar cerita orang je pun. Entah betul entah tidak, aku pun tak tahu.

“Dia m4ti beranak ke?” Petak terkejut. “Tikah m4ti masa beranak ke?” Banyak kali Petak toleh ke arah aku.

“Eh, ya ke?” Aku sendiri terkejut. Aku bukannya maksudkan Tikah tu pontianak. Tapi boleh jadi jugak. Isy, mustahil. Eh, entahlah. Aku tak nak terima kenyataan Tikah tu pontianak. Azizah pun takde kata Tikah tu dah kahwin ke apa. Mesti dia sebut kalau Tikah dah kahwin.

Tiba-tiba suara orang menangis bergaung kat dalam kereta tu.

“Allahu!” Petak terkejut. Bergoyang kereta sebab dia terpulas stereng. Aku pegang lengan Petak bila tengok dia dah mengeletar. Mau tak terkejut. Rasa macam kat tepi telinga kau je dia menangis.

“Tikah!” Aku toleh ke belakang. Takde pun dia kat belakang. Tapi suara tangisan dia kuat Ya Rabbi. “Kau ni hari tu beria nak sembang dengan aku, Tikah. Bila aku nak sembang dengan kau, napa kau lari?” Aku cakap kuat-kuat. Kiri kanan aku pandang.

“Kau cari siapa?” tanya Petak.

“Tikahlah.”

“Napa cari kat luar pulak?”

“Orang tua-tua kata, kalau suara kuat, maknanya dia jauh. Kalau suara dia jauh, maknanya dia ada dekat.” Aku terus terjenguk-jenguk.

“Habis tu dia dengar ke suara kau?”

“Aku tawakal je la,” jawab aku. “Tikah! Whatsapp aku, Tikah. Aku nak sembang ngan kau macam dulu-dulu.”

“Berani kau, Sin.” Perlahan je Petak cakap kat aku.

“Beranilah. Kau ada.” Aku gosok lengan aku yang dah macam kulit ayam togel. Berbintil-bintil dah kulit lengan aku. Seram memang seram. Tapi takdelah takut sampai aku nak lari ke apa.

Tikah tak muncul. Tapi suara dia mengekor sampai ke rumah. Tension betul kami dibuatnya. Lepas tu dia senyap bila aku suruh dia Whatsapp aku. Aku tunggu tapi haram dia Whatsapp. Tapi aku tunggu pun tak lama. Dalam 15 minit kut. Esok nak kerja kan. Aku pulak jenis liat nak bangkit pagi. Malas aku nak stay up tunggu Whatsapp dia.

Aku cek nombor telefon dia, memang takde dalam simpanan aku. Entah macam mana dia buat bagi nombor dia keluar kat skrin aku siang tadi. Ajar aku sikit. Tak baik kedekut ilmu.

Sebelum tidur, aku sembur ubat nyamuk Ridsect. Ubat nyamuk ni je yang boleh bvnvh nyamuk. Yang lain, nyendatkan lubang hidung je. Aku sembur kat dalam bilik aku dulu. Tutup pintu bilik. Pastu aku sembur merata rumah. Aku tak expect apa-apa tapi masa aku sembur dekat langsir depan yang owner rumah sediakan, keluar muka Tikah kat buih-buih aerosol tu.

“Hawau!” Mencarut terus aku.

Tum! Pintu mana entah dia hempas. Aku katup dah semua masa nak sembur Ridsect tadi.

“Tikah, kau…”

Pintu depan pulak berbunyi. Padahal pintu tu elok jer terkatup. Double hawau punya Tikah. Nak merampus, kau pergi balik rumah kau!

Tak suka betul aku dia buat macam ni. Macam sengaja nak kasi aku demam balik je. Tak nak dia kacau aku masa tidur, aku buang bateri handphone. Lepas tu handphone tu aku letak kat luar. Kalau berdering pun gerenti aku tak dengar.

Masa tengah mimpi, telefon bimbit aku berbunyi kat sebelah telinga aku. Terkejutlah jugak kan. Sebab aku ingat aku letak handphone tu kat luar tadi. Tikahlah ni yang bawa masuk letak kat sebelah telinga aku. Jadi aku angkat. Sebab niat aku nak tolong dia. Mata pejam lagi masa tu. Pukul tiga kut dia call aku.

“Huuuuuu… huuuuuu…”

“La ilahaillallahhh…” Aku jauhkan telefon. Tapi bukan kat dalam telefon je dia nangis. Satu bilik aku bergaung dengan suara dia. Terpisat-pisat aku duduk. “Tikah… kau nangis kenapa?
Sembanglah elok-elok macam dulu kan boleh.” Seram giler dah aku masa tu tapi dah aku sendiri yang beria-ia suruh dia contact aku tadi kan. Terpaksa acah-acah berani.

“Huuuuuu… huuuuuu…” Dia nangis lagi.

“Cakap ngan aku. Aku nak tolong kau ni. Aku nak tahu kenapa kau terawang-awang ni, Tikah? Kau m4ti bvnvh diri ke?”

Line terus putus. Pastu sekali lagi bunyi pintu berdentum. Kuat Ya Rabbi. Aku rasa dia marah. Aku letak handphone, lepas tu aku tidur mengiring. Kepit kaki sebab aku nak terkencing sangat dah. Tapi aku tahan sampai pagi. Tak berani pergi bilik air. Tak jejas buah pinggang aku kut sebab baru sekali ni aku tahan kencing.

Bangun pagi esok, aku tercari-cari telefon bimbit aku kat dalam bilik. Tapi tak jumpa. Rupanya ada kat luar. Memula tu aku konpius.

‘Uh, buang masa je konpius.” Terus aku pergi mandi.

Kat tempat kerja, aku kena pujuk Dahlia pulak. Dia masih merajuk. Pening aku. Tak faham kenapa dia nak merajuk. Aku dah mintak maaf dah. Nak merajuk lama-lama buat apa? Bukannya aku ni pakwe dia ke sapa.

Dua hari tu kerja aku, siang-siang pujuk Dahlia, malam-malam pujuk si Tikah. Dua-dua tak jalan. Dahlia tu lantaklah. Si Tikah tu, makin aku pujuk, makin kuat dia menangis. Lama-lama aku sendiri naik sendu dengar.

Tengah malam Sabtu tu aku ngan Petak bertolak balik ke kampung Petak. Majlis pertunangan dia meriah. Siap ada pelamin lagi. Malam Ahad masa berkumpul dengan saudara-mara Petak, pak tua Petak panggil Petak ngan aku.

“Sampai Shah Alam nanti, hang pi bawak kawan hang ni pi berubat,” kata pak tua Petak.

Spontan aku ngan Petak berpandangan. Aku dah agak dah. Dari tadi lagi pak tua Petak ni usha aku lain macam je. Aku agak dia nampak Tikahlah. Sebab aku pun dapat rasa ‘kehadiran’ Tikah. Cuma dia tak tunjuk diri je.

“Awat? Hampa memang dah tau ka?” Pak tua pandang aku dengan Petak berganti-ganti.

Serentak kami mengangguk. Agaknya dia tengok kami tak terkejut, tu yang dia boleh teka tu.

“Pasaipa hang tak pi berubat?” Marah pulak orang tua tu. “Ada benda ngikut hang balik dari ayaq terejun.”

Tercengang aku. Power jugak pak tua ni. Memang aku pergi berkelah kat Hutan Lipur Kanching dengan kawan-kawan sekerja minggu lepas. Malam tu yang aku nampak Tikah duduk kat Warung Tok Minah.

“Pak tua tak boleh ubatkan saya ke?” tanya aku. Berharap sangat dia jawab boleh.

“Tak boleh. Aku tak reti. Aku boleh nampak ja,” jawab dia. Kecewa aku dibuatnya. “Balik dari sini, hampa teruih pi cari ostad.”

“Dah,” jawab Petak, sepatah.

“Hang cari hat yang betoi-betoi ostad la,” marah pak tua. Dia macam tahu-tahu je ustaz yang Petak bawa balik rumah hari tu bukan ustaz betul. Kawan sekerja Petak tu. Jadi perawat tu kerja tepi dia. “Hang kalau hang tangguh-tangguh, makin payah hang nak baik.”

Masalahnya aku tak sakit pun. Tikah kacau aku je.

“Hampa paham dak cakap aku ni? Ka aku cakap dengan tunggoi kayu?”

“Paham, pak tua.”

Malam Isnin, kita orang balik semula ke Shah Alam. Aku drive. Pergi hari tu Petak drive. Dalam kereta, Petak cari perawat Islam kat internet yang ada kat Selangor. Ramai gak yang advertise servis kat Facebook. Tak tau cheq hat mana satu nak pilih. Ceh! Cakap utagha pulak aku. Tapi aku bagi tahu Petak, aku dah mintak ibu carikan ustaz kat kampung aku.

Sampai Shah Alam, kami singgah Warung Tok Minah dulu sebelum balik ke rumah.

“Bang.” Azizah datang ke meja masa kami tengah makan. Masa tu dah dekat tengah malam. Dia dah tak masak dah. Tok Minah pun dah balik. Aku cari laki dia. Tak nampak pulak batang hidung mamat sial tu malam ni.

“Makan, Azizah.” Aku pelawa. Dia sengih je tengok aku berselera makan air tangan dia.

“Tikah ada sini ke?” Pelan je suara dia tanya aku. Spontan aku pandang keliling.

“Takde.”

Azizah tarik nafas. “Boleh duduk tak?” Dia tunjuk kat bangku.

“Duduklah.” Aku mengangguk. Dia duduk.

“Lama abang tak datang ke sini,” kata Azizah.

Lama ke? Baru tiga malam rasanya aku ngan Petak tak datang ke situ. Takkan dia rindu kat aku kut.

“Saya nak bagi gambar ni kat abang.” Azizah keluarkan sekeping gambar dari kocek apron dia. Letak atas meja. Aku ambil gambar tu.

Gambar tu gambar lama. Dah kusam sikit warna dia. Dalam gambar tu aku nampak Atikah, dua orang perempuan dan seorang lelaki. Walaupun ada perempuan lain dalam gambar tu, aku boleh nampak lelaki tu mesra betul dengan Atikah. Tiba-tiba aku jealous.

“Dia orang ni kawan-kawan baik Tikah.” Azizah terbalikkan gambar yang aku pegang. Ada tertulis nama Hamid, Maya dan Saleha kat belakang gambar tu. Nama sebuah universiti tanah air pun ada kat situ. “Kalau abang nak tahu cerita Tikah, abang cari dia orang ni.”

“Nak cari kat mana?” tanya aku. Ingat dia senang ke nak cari guna gambar tu je sebagai clue.

“Dia orang ni lecturer kat tempat Tikah mengajar dulu,” kata Azizah.

“Ni ke universitinya?” Aku terbalikkan gambar tu sekali lagi. Azizah mengangguk.

“Abang cari dia orang. Kalau abang dapat infonya, abang bagi tahulah kat saya. Saya nak tahu jugak macam mana kakak sepupu saya m4ti.”

“Kenapa awak tak cari sendiri?” tanya aku bila Azizah nak bangun. Yalah, Tikah tu kan sepupu dia.

“Mak tok tak bagi. Suami saya pun tak izinkan.” Azizah tersenyum sayu. “Tolong ya.”

Aku mengangguk. “Jap, Azizah. Tikah dah kahwin ke masa dia meninggal tu?”

Azizah menggeleng. “Belum. Tapi kami dengar cerita, dia ada boyfriend.”

“Yang ni ke boyfriend dia?” Aku tunjuk gambar Hamid.

“Tak tahu.” Azizah menggeleng. “Rasanya bukan.” Dia mintak diri lepas tu. Aku angguk jelah.

Aku bagi gambar tu kat Petak.

“Mesra semacam je Tikah dengan si Hamid ni,” komen Petak.

“Kan…” Aku mengeluh. Menyebal. Tiba-tiba je. Ya! Aku ngaku aku cemburu.

“Bila kau nak cari dia orang ni?” tanya Petak. Macam tau-tau je dia aku tengah plan nak ambil cuti minggu depan. Cuti aku masih berbaki seminggu. Nak simpan pun dah tak boleh dah sebab cuti tu pun berapa tahun punya cuti yang aku carry forward.

Masa aku tengah fikir tu, aku ternampak Tikah kat dalam kereta. Camana dia duduk pun aku tak tahu sebab kat seat belakang tu penuh dengan durian dan lemang yang emak Petak suruh kami bawa balik Shah Alam.

“Tikah.” Aku muncungkan mulut aku ke kereta. Spontan Petak menoleh.

“Kat mana?” Petak tak nampak.

“Kat dalam kereta.” Aku pandang je Tikah. Dia pandang je aku dengan muka sedih dia. Aku dapat rasa yang aku dah dekat nak bongkar misteri dia. “Minggu depan aku nak cari kawan-kawan dia.” Habis je aku cakap, Tikah terus hilang. “Kau nak ikut?”

Petak termenung sekejap. Dia kira cuti dia kut. “Tiga hari bolehlah.”

“Okey. Tiga hari. Kita ambik cuti hari Rabu minggu depan. Ahad kita balik sini balik.” Aku buat plan. Harap-harap aku tak kena jaga site kat mana-manalah masa tu.

“Bila kau nak berubat dengan ustaz yang ibu kau cari tu?”

“Hujung minggu ni aku balik kampung.”

Petak angguk. Lepas bayar harga makanan, kita orang pun balik. Malam tu aku dapat Whatsapp daripada Tikah.

Tikah: Tak payah!

Aku: Apa yang tak payah?

Tikah: Tak payah!

Aku: Tikah, apa yang tak payah?

Tikah: Tak payah Tak payah Tak payah Tak payah Tak payah Tak payah Tak payah Tak payah Tak payah…

Aku keluarkan bateri handphone baru m4ti Whatsapp dia. Termenung aku fikir mesej dia tu. Aku rasa dia tak bagi aku cari kawan-kawan dia. Yang dia ngikut aku balik dari air terjun tu pasal apa? Fikir punya fikir, lama-lama aku tertidur.

Esoknya, aku drive ke ofis sebab nak bawa durian dan lemang nak jamu kawan-kawan seofis. Dahlia dah okey. Dah sembang dengan aku balik. Siap ajak aku keluar makan dengan dia malam tu. Aku setuju je sebab aku pun memang terpikat kat dia.

Dahlia bawa aku makan kat Seksyen 2. Macam-macamlah dia sembang pasal diri dia dan keluarga dia. Masa tengah makan tu, ramai jugak yang datang ke meja kami. Lelaki perempuan, semuanya tegur Dahlia dan tanya bila lagi dia nak buat open house. Pandai masak rupanya dia. Ciri-ciri wanita idamanku.

“Terima kasih belanja.” Dahlia bagi aku senyuman paling manis.

“Nanti buat open house, ajaklah saya. Nak rasa jugak air tangan awak.”

“Betul ke?” Bersinar-sinar mata Dahlia.

“Betullah.”

“Okey, hujung minggu ni saya buat.” Cepat je Dahlia buat plan.

“Okey. Alah!” Aku tepuk dahi. “Hujung minggu ni tak boleh. Saya nak balik kampung. Dah janji dengan ibu.”

“Nak ikut.”
“Eh…” Aku ketawa. Nak ikut pulak dia.

“Gurau je lah.” Dahlia tersenyum lagi. “Jumpa esok.”

Aku mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta dan memandu pergi. Masa kereta dia berselisih dengan kereta yang datang dari arah depan, lampu kereta depan menyuluh ke kereta dia. Masa tu aku nampak ada dua kepala kat dalam kereta Dahlia. Terus hati aku berdebar-debar. Aku masuk kereta aku, nak kejar Dahlia tapi sampai kat simpang, dia dah hilang. Rumah dia pulak aku tak tahu kat mana. Aku call dia asyik engage je.

‘Tikah!’ Terdetik nama Tikah dalam hati aku masa tu. Aku rasa memang Tikah ada kat dalam kereta Dahlia tadi dan Tikah yang buat handphone Dahlia engage.

Tak senang hati aku balik ke rumah. Aku cerita kat Petak apa yang aku nampak, masa dia tengah menjamah makanan yang aku bungkus untuk dia.

“Kita tunggu je lah esok. Harap-harap takde apa-apa,” kata Petak. “Tapi Dahlia tu siapa?”

“Kawan satu ofis aku.”

“Tak pernah sebut pun nama dia.”

“Yang hilang pendrive tu dialah.”

“Oh, budak baru tu. Kau suka dia ke?” Petak tersenyum gatal. “Patutlah kau tak layan kawan tunang aku.”

“Aku baru nak kenallah. Kau janganlah buat lawak. Aku tengah tak sedap hati ni.”

“Try call lagi sekali.”

Depan-depan Petak aku call Dahlia. Dapat pulak.

“Assalamualiakum. Dah sampai ke?” tanya aku.

“Dah. Risau ke?” Dahlia ketawa. Petak sengih-sengih tumbuk bahu aku. Binawe! Dia ingat tak sakit ke?

“A ah.”

“Dah lama sampai. Nak tidur dah.”

“Oh, sorry.”

“Takpe. Jumpa esok.” Dahlia menguap. Tak senonoh.

“Okey. Good nite.”

“Assalamualaikum.” Dia gelak. Sukalah tu dapat sindir aku.

“Wa’alaikumussalam.”

Malam esoknya pun aku makan malam dengan Dahlia. Sekali lagi aku nampak dua kepala dalam kereta dia. Cepat-cepat aku start motor mengekor dia. Memang Atikah ada kat dalam kereta Dahlia. Sebab Atikah paling ke belakang tengok aku masa motor aku betul-betul kat belakang kereta Dahlia. Panas hati aku dibuatnya.

Sampai ke rumah Dahlia dia ikut. Lepas tu dia ikut aku balik. Tumpang motor aku pulak. Macam bagus je perangai. Kalau orang yang selisih dengan aku tak bagi lampu tinggi pun aku tahu Atikah ada kat belakang. Motor aku berat Ya Rabbi.

Aku tak terus balik ke rumah sebab Petak tunggu aku kat Warung Tok Minah. Ingatkan nak teman dia makan je, tapi aku pekena kuetiau tomyam Azizah semangkuk. Aku cerita kat Petak apa jadi tadi.

“Kau rasa dia nak buat apa dengan Dahlia?”

“Tak tahulah aku.” Aku baca Whatsapp Dahlia. Dia tanya, aku ke yang ikut dia sampai ke rumah tadi. Aku jawablah ya. Sebab aku risau, aku jawab. Dia balas dengan emoji gambar hati tu. Masa ni emoji hati tu tak berdegup-degup lagi. Saiznya pun kecik je.

“Dengki kut.”

“Jangan dia buat hal sudah. Cuti kau lulus ke?”

“Dah,” jawab Petak.

Siang esoknya, sampai-sampai je aku kat ofis, Dahlia terus lempang muka aku depan semua kawan-kawan seofis. Kuat giler tempeleng dia. Berpinar mata aku dibuatnya. Terkebil-kebil aku pandang Dahlia. Bila dia mencangkung sambil menangis kat tepi meja dia, baru aku sedar apa yang berlaku. Buruk betul rupa dia mencangkung. Mujurlah dia pakai slack hari tu.

Staf perempuan semuanya cuba pujuk dia.

“Jangan sentuh dia.” Aku bagi amaran. Dia orang semua pandang aku dengan muka hairan. “Dia kena rasuk.”

“Tak payah!” Tiba-tiba Dahlia menjerit. Mata dia tajam merenung aku. “Aku kata tak payah, tak payahlah!” Lintang pukang staf perempuan yang ada dekat dia cabut lari. Aku telefon Petak.

“Dahlia kena rasuk.” Aku bagi tahu Petak. “Kau tanya kawan kau yang ustaz tu, macam mana aku nak buat.” Masa ni Dahlia dah menggelupur kat atas lantai. Beberapa kali kepala dia terhantuk kat meja. Sakit betul hati aku tengok apa yang Tikah dah buat kat Dahlia.

Ustaz kawan Petak suruh aku ambik air mineral sebotol, baca al-Fatihah 7 kali dan ayat Kursi sekali. Lepas tu dia suruh aku renjis kat muka Dahlia.

“Tak payah! Batalkan. Batalkan!” Dahlia jerit sekuat hati. Merah padam muka dan mata dia pandang aku.

“Sapa ada air mineral yang belum bukak lagi?” Aku buat tak peduli je pada kehendak Atikah. Dia main kotor. Sengaja rasuk Dahlia sebab nak paksa aku batalkan niat aku cari kawan-kawan dia. Mana boleh. Aku dah apply cuti.

Seorang staf perempuan bagi aku botol air mineral dia. Aku jampi air tu, lepas tu aku renjis ke muka Dahlia. Dia berhenti menggelupur. Tapi dia mengerang. Tangan dia merekot-rekot.

“Renjis lagi, Mohsin.”

Aku renjis lagi sampai Dahlia sedar. Terpinga-pinga dia bila tengok dia tengah terbaring kat atas lantai.

“Apa jadi ni?” tanya Dahlia. Kelam-kabut dia betulkan tudung dan baju dia.

“Balik rumah, Dahlia. You tak sihat,” kata Mr. Ong. Muka dia pucat lesi. Dahlah putih.

Semakin terpinga-pinga Dahlia pandang aku. “Kenapa dengan saya?”

“Awak kena rasuk.”

Terus berubah jadi muka Dahlia. “Please, Mr. Ong. Saya tak nak balik rumah. Takde sapa kat rumah saya.”

“Haiya…” Mr. Ong mengeluh. Yalah, kalau Dahlia kena rasuk lagi, habis tak jadi kerja kami satu ofis hari ni.

“Saya boleh tengok-tengokkan dia, Mr. Ong,” kata aku pulak. Tapi orang lain aku tengok macam tak setuju je dengan cakap aku tu.

“Okey. Kalau kena possess lagi, you kena balik.” Mr. Ong bagi kata putus. “Yang lain semua tunggu apa? Buat kerja masing-masing. Chop chop!” Mr. Ong tepuk tangan.

Seharian tu, Dahlia okey. Tak kena rasuk lagi. Tapi tengah malam tu dia kena. Macam biasa, lepas makan malam sama-sama, aku ikut dia balik ke rumah. Lepas tu aku lepak dengan Petak kat Warung Tok Minah. Balik ke rumah, aku nonton tv dulu. Dengan baju kerja tak tukar lagi. Masa tu Dahlia telefon aku.

“Mohsin… tolong Dahlia, Mohsin…” Dahlia bercakap dengan suara yang kuat.

“Kenapa?” Aku syak yang cakap dengan aku ni Atikah. Lain benar caranya.

“Tolong Dahlia, Mohsin…” Suara Dahlia hampir menjerit.

Bergegas aku panggil Petak yang dah masuk bilik dia. Petak keluar. Aku on speaker. Kita orang dengar bunyi nafas Dahlia yang sangat kuat. Lepas tu kita orang dengar satu lagi bunyi. Jantung aku dah berdegup laju.

“Dahlia, awak kat mana, Dahlia?”

“Saya… saya kat air terjun.”

Bulat mata aku pandang Petak. “Awak kat Templer Park ke?”

“Mohsin, tolong Dahlia. Dahlia tak nak m4ti.”

Petak sarungkan baju dan seluar. Lepas tu dia call kawan dia yang bekerja sebagai pegawai polis.

“Dahlia, saya on the way.” Aku bagi tahu dia. Petak pandu kereta.

“Saya tak nak m4ti. Dia suruh saya terjun.”

“Atikah!” Aku jerit panggil Atikah. “Atikah! Kau jangan apa-apakan dia, Atikah.”

“Ni semua kau punya pasal!” jerit Dahlia tapi aku tahu, itu Atikah yang jerit kat aku. “Aku kata tak payah, tak payahlah.”

“Okey. Okey. Aku tak pergi cari kawan-kawan kau.” Aku janji pada dia.

“Dia tak percaya cakap kau, Mohsin,” kata Dahlia pulak. “Dia kata kau tipu. Aku tak nak m4ti, Mohsin.”

“Atikah, aku janji aku tak cari kawan-kawan kau! Aku janji.” Aku menjerit sikit punya kuat ke. Terdesak betul aku masa tu. “Kau boleh pantau aku lepas tu, Tikah. Jangan apa-apakan Dahlia.”

“Ahhhhhh…” Dahlia menjerit. Suara dia makin jauh, lepas tu hilang.

“Dahlia! Dahlia!” Habis menggeletar tubuh aku.

Petak telefon kawan dia tapi tak dapat. Aku masa tu rasa macam nak m4ti. Menggeletar habis badan aku sampai aku tak boleh nak cakap. Tak dapat aku bayangkan apa jadi kat Dahlia masa tu. Air terjun tu tinggi. Banyak batu. Kalau Dahlia m4ti…

Setengah jam lebih kurang, kami sampai kat pintu masuk air terjun tu. Kereta Dahlia ada kat depan tu. Aku tak nampak apa-apa tanda ada orang lain kat situ. Macam mana kami nak cari Dahlia pun aku tak tahu. Kami park kereta kat sebelah kereta Dahlia. Keluarkan dua lampu suluh besar. Satu Petak punya, satu lagi aku ambik dari kereta aku.

Masa nak masuk tu, kawan Petak yang polis tu telefon dia.

“Hah? Air terjun ketujuh?” Petak pandang aku. “Kami naik, boleh?” Petak diam kejap. Aku tanya dia apa jadi tapi dia buat tak tahu je. “Okey, okey.”

“Apa? Apa?” Aku tanya Petak.

“Dahlia selamat. Orang Asli selamatkan dia.”

“Ya Allah!” Aku urut dada.

“Kawan aku tak bagi kita naik. Dia suruh kita tunggu sampai dia datang,” kata Petak. Kejap-kejap tu dengar bunyi siren. Kami nampak ambulans sampai.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

43 thoughts on “Awek Mata Bundar (Part 6)”

  1. Please bang..jangan seksa saya macamni…penanti satu penyeksaan bang menunggu part demi part ni…..kt trafic light,belek fiksyen shasha tgk cite awek mata bundar updated..terus benti tepi jalan bang…baca smpai habis baru gerak jalan balik…pleaseeeee….😣😣😣😣

    Reply
  2. Aduuu… Dia sambung lagi… Kalo ko post tetiap ari xpe gak la… Ni lebih kurang seminggu sekali, mana abang bole tahan. Mcm drama tv plak.

    Kasi panjang sket la bro… Cpt sket abis

    Reply
  3. Sorry to say. Mula2 baca memang best. Tapi start part 5 tu, aku dah rasa tak best. Aku rasa macam meleret pulak cerita ni. So aku dah stop baca. Aku tunggu part last sekali je baru aku baca.

    Reply
  4. abe kerambit, ko penah tengok tak k drama tajuk lets fight ghost! kalau ko layan tikah good2 aku rase ko boleh tolong dye kot. maksud aku ko treat dye awal2 dgan baik. tapi watak ko ngan tikah ni ada la sket macam dalam cerita yang aku mensi tu, sebab yang pempuan tu x m**i cuma dye koma dan roh dye merayau. yang hero pulak memang boleh nampak mende2 ghaib. haa persamaan nya ko boleh interact dengan tikah. perbezaan nya ko x boleh nmpak mnde ghaib, cuma ko boleh nmpak tikah. lagi satu, aku x confirm tikah tu roh or jelmaan nates. hopefully tikah tu roh la. mane tahu tikah koma kan. ada chance la ko nak nikah dgan dye, kalau dye sedar. haha kalau x grab je dahlia. lagi satu ko makan kat seksyen 2 tu kat abc special tu ke hahahaha.

    Reply
  5. Bila nanti saatnya telah tiba
    Kuingin kau menjadi istriku
    Berjalan bersamamu dalam terik dan hujan
    Berlarian kesana-kemari dan tertawa
    Namun bila saat berpisah telah tiba
    Izinkanku menjaga dirimu
    Berdua menikmati pelukan di ujung waktu
    Sudilah kau temani diriku

    to atikah hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.