Assalamualaikum. Terima kasih #FiksyenShasha sebab publishkan cerita aku. Aku bukan penulis dan aku tak pandai nak bermadah. Kisah aku ni aku nak kongsikan sekadar suka-suka tapi perkara ni adalah perkara yang benar-benar terjadi terhadap aku dan juga sebenarnya kisah-kisah yang aku nak kongsikan ni lebih kepada cerita ayah aku. Mungkin sikit dan banyak typo sebab aku menaip menggunakan handphone. Maafkan diri ini kerana menggunakan aku mungkin agak kasar tapi nak bagi feel lebih dan aku harap korang semua bersabar.
KISAH AKU : Bunyi dan siapa itu?
Nama aku Zee (20), Aku orang Sabah. Kisah ni berlaku pada aku pada tahun lalu di mana kami sekeluarga balik bercuti pergi Indonesia rumah macik aku. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Allah s.w.t sampailah kami tiba di rumah macik aku pada pukul 12:30 malam. Kami tiba tengah malam kot, sunyi sepi dan gelap. Semua orang dah nyenyak tidur tinggallah kami anak beranak yang menguruskan diri. Semasa Ibu dan Ayah aku sibuk menurunkan bagasi dan barang-barang kami dari bonet kereta, Ibu menyuruh aku untuk pergi memanggil pacik aku untuk bantu diorang angkat barang-barang semua.
Aku ajakla adik aku teman sekali. Rumah macik aku biasalah rumah kampung, rumah kayu yang ada kolong bawah rumah. Selesai kami mendaki anak tangga, sesampainya kami di pintu rumah aku pun ketuklah sambil panggil-panggil, “pacik oh pacik” tiba-tiba “Hahhhhhhhhhhhh, hemmmmmmm” aku dan adik aku terus terdiam. Bunyi tu kami agak dari bawah kolong rumah pacik aku dan seolah-olah ada yang sesuatu yang memerhati kami. Bunyi tu agak kuat, seperti orang tengah menahan marah sambil nafasnya turun naik (paham tak, hehe) aku pikir positif, aku agak pacik aku nak main-mainkan aku dan adik aku tapi 12:30 malam kot orang dah tidur.
Bunyi tu dalam seminit, bulu tengkuk aku dah naik. Aku ketuk pintu rumah tu kuat-kuat panggil macik aku pula dalam 5 minit jugala kami dalam sesi ketuk mengetuk ni, aku agak tidur mati orang-orang dalam rumah tu. Bila pacik aku dah bangun baru aku lega, cepat-cepat masuk rumah. Tak nak aku turun bawah, takut kot-kot benda tu menampakkan wajah. Pacik aku dan seorang lagi pacik muda aku turun pergi bawah bantu ibu dan ayah aku angkat barang semua kami pun sekeluarga duduk sofa rehatkan badan kejap. Ibu dan ayah berbual lah dengan macik dan pacik aku pasal apa sampai malam, macam mana perjalanan dan sebagainya sampailah sepupu aku yang bernama Ani ni bangun tiba-tiba tak tau kenapa gatal tangan sangat nak buka tingkap rumah tengah malam.
Time buka tingkap tu dia buka separuh saja, lepas tu dia terkejut dia tutup balik. Kuat pula tu, begegar rumah. Mak dia tanya kenapa, dia kata dia nampak seorang perempuan pakai baju putih rambut panjang bediri dekat pokok pisang seolah-olah memerhati. Tekejut kami semua, orang dalam rumah tu terdiam. Tapi pacik aku kata tak apalah, mungkin halusinasi si Ani tu saja tengah malam buta ni. Aku pun automatik ingat kejadian tadi semasa kami dengar bunyi seperti orang berdengus tu. Adakah perempuan yang sepupu aku tu nampak berkaitan dengan bunyi suara yang kami dengar.
KISAH AYAH AKU.
Ayah aku ni seorang security guard di kilang yang ada di Sabah. Tak payahlah aku nak ceritakan lokasi dan nama kilang tersebut, cukuplah korang hayati kisah ini. Kejadian ni terjadi sewaktu aku berumur 15 atau 14 tahun lalu, ayah aku ceritakan kepada kami sewaktu dia kerja shift malam. By the way, kilang ni beroperasi pada waktu siang sahaja dan tidak pada waktu malam. Semasa ayah aku ronda-ronda keadaan sekeliling kilang tu ayah aku tiba di kawasan tandas dan beliau terlihat seorang perempuan membawa baldi masuk ke dalam tandas tersebut. Ayah aku tertanya-tanya perempuan mana pula berada dalam kawasan kilang tengah-tangah malam ni. Ayah aku pun ikut dan tunggu perempuan tu di luar tandas. Dalam 10 minit macam tu ayah aku tunggu tapi tiada seberang bunyi pun yang menandakan ada seseorang yang berada dalam tandas tersebut. Ayah aku dah rasa lain macam, dia masuk dan periksa satu persatu pintu tandas dan tiada seorang pun dalam tandas tu. Bulu tengkuk ayah aku dah tegak dia pun blah dari situ dan cepat-cepat kembali ke pondok security.
KISAH KEDUA
Masih dalam kawasan kilang tu juga. Kawasan kilang ni office dan kilang berdekatan sahaja cuma perlu berjalan kaki sikit untuk sampai ke kilang daripada office utama. Kilang ni kepunyaan orang cina, mestilah dia simpan tokong kecik-kecik warna merah yang ada patung buddha tu kan tempat diaorang sembayang. Di kawasan tokong tu agak berbukit dan agak tinggi juga kedudukannya kalau jatuh mungkin boleh patah tulang belakang kot, aku tau sebab aku pernah kerja di kilang ni semasa nak tunggu result spm keluar. Sambung kisah ayah aku, ayah aku penatlah kan ronda-ronda kawasan time ni ayah aku shift malam juga. Ayah aku duduk berdekatan dengan tokong tu nak rehat kejaplah katakan, ayah aku duduk dalam 10 minit lepas tu tiba-tiba ada sesuatu benda yang tolak ayah aku tolakan dia tu macam yang orang main gelongsor. Ayah aku tahan dan benda tu masih tolak ayah aku sampai setengah bukit tu, korang boleh bayangkan keadaan tu tak. Setelah benda tu berhenti tolak ayah aku, ayah aku menoleh belakang tapi tiada siapapun dan seorang pun melainkan beliau. Kalau iyapun manusia yang buat mesti ayah aku dengar kesan bunyi tapak kaki kalau pun benda tu lari.
KISAH KETIGA
Kira-kira jam 8 malam ayah aku hendak ke rumah kawan yang terletak di kampung sebelah. Nama kampung tu kampung pisang. Jika hendak ke kampung pisang dari kampung aku, kita akan melalui satu bukit. Sesampainya kita di atas bukit tersebut bukit tu di atasnya adalah tanah yg sangat lapang, kebesarannya adalah sebesar padang bola sepak atau lebih. Tiada apa di atas bukit tersebut kecuali pokok-pokok mangga dan pokok lain serta semak samun. Jam dinding telah menunjukkan jam 10 malam jadi ayah aku pun baliklah rumah, seperti yang aku katakan kalau dari kampung pisang ke kampung aku kena lalu bukit. Semasa naik bukit menggunakan motor tiada apa yang berlaku tapi setibanya ayah aku di atas bukit tersebut tiba-tiba enjin motor dia mati. Ayah aku hairanlah kenapa pula motor ni buat hal sedangkan motor ayah aku tu kira barulah waktu tu. Dia turun dan cek keadaan enjin motor tersebut.
Atas bukit tu gelap ya sekalian teman hanya ditemani cahaya bulan. Mata ayahku dok gatal sangat nak melilau kiri kanan dan dia ternampak sesusuk tubuh seorang lelaki yang tinggi dan agak besar. Ayah aku kata badan dan muka dia macam Jaafar Onn (maafkan saya jika menyentuh sensitivity tapi saya hanya memberikan gambaran rupa sebenar. Sekali lagi saya minta maaf, maaf sangat-sangat) tetapi benda tersebut makin mendekati ayah aku dan membesarkan matanya sehingga matanya hampir tercabut, ayah aku dah cuak dan dia nak hilangkan perasaan takut dia, ayahku ambil rokok hisap dan dia duduk balik atas motor dan mata pandang bawah saja. Dia tak nak nampak benda tu lagi. Dalam dua tiga minit jugalah ayah aku gagahkan diri bertahan hadapi benda tu disamping ayah aku berusaha hidupkan balik enjin beliau dan tiba-tiba enjin motor ayah aku dah baik balik, apalagi dia pecutlah balik rumah.
Itu sahaja cerita aku, sebenarnya banyak lagi benda yang ayah aku hadapi tapi aku tak pandai sangat nak mengarang dan penatlah sebab aku guna phone ja, Okey sekian terima kasih.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kah kah, berdekah aku baca muka hantu tu macam Jaafar On
Pada mulanye seram..tbe2 kluar Jaafar on terus jd lawak?
Dasyhat Jugak Ayah Kau Jumpa Hantu Still Boleh Bakar Rokok. Kalau Ayah Aku Dah Baca Kursi Dah