Ayah Aku Ke Tu??

Assalamualaikum warga Fs. First of all, terima kasih admin sbb post pengalaman acah-acah seram aku. Aku Hafiz & suka dengar kisah seram. Then, tunang aku recommend page Fiksyen Syasya ni la. Sampai skrg kami follow. Ok hari ni ada 1 pengalaman pendek yg aq ringkaskan.

1. Ayah aku ke tu??

Terjadi pada bulan Ramadhan. Yer, bulan puasa bak hang. Biasa nak sahur, parents aku akan bangun dulu. Kadang2 aku makan lepas dorang siap makan semua. Nak dijadikan cerita, bilik tido aku dgn dapur sebelah menyebelah je. Cuma kena turun anak tangga la nak ke dapur. Biasa la rumah lama peninggalan arwah datuk. (Korang bleh imagine kan?) So, kluar je dari bilik confirm nampak dapur belah bahu kiri aku.

1 hari, aku bangun sekitar 5 pagi sorang-sorang. Bila aku melangkah je kluar dari bilik, maka ternampaklah “ayah” aku kt dapur. Tengah berdiri kt water filter. Memang tak pelik la sebab ayah aku jenis kuat minum air kosong. Meanwhile, dia berkain sarong & tak berbaju. Itu pun kebiasaan nye jugak. (Kebetulan masa tu aku tak tegur & tak turun ke dapur). Masa melangkah kluar, aku tak nampak la muka dia sebab terselindung sikit dengan dinding (harap korang bleh imagine noh). Tu pun sekilas pandang je. Aku kluar jap je, pastu masuk bilik & tido. Ntah knape tak rasa nak makan.

Esok paginya, aku tanye mak. Ayah aku mana. Then, mak cakap kan mlm semalam ayah p Kota Bharu dgn kawan dia. Gulppp!!! Like seriously?? Aku terkesima…. Kalau malam semalam lagi ayah aku takde kt rumah, pastu sape plak kt dapur masa sahur tadi??? Sejibik mcm ayah aku kot.. Kalau korang, mesti blur jugak kan pikir. Then, aku cerita la kt mak & ayah aku lepas dia balik dari Kota Bharu. Reaksi dorang biasa2 je. Ayah aku cakap maybe tu “kembar” dia (sambil gelak). Aku pun terpaksa iyakan jelah.

Sebenarnya rumah tu dah banyak kali jadi benda pelik2. Kadang2 dengar benda keras jatuh atas zink, bergolek je tapi tak jatuh ke tanah. Bunyi orang ketuk pintu. Bunyi orang panggil salam dari luar (bila buka pintu takde pun). Tapi setakat ni aku buat tak tahu je. By the way, rumah tu sekarang dah takde lepas banjir kuning 2014 Kelantan. Wallahu’alam. So, ape pendapat korang semua?

2 thoughts on “Ayah Aku Ke Tu??”

  1. Rumah saya pon ada ganguan mcm tu jgk.. Rumah di kg tpi rumah batu dibina pada tahun 2006. Dengar org beri salam bnyk kli gak kne.. Siap panggil nama mak saya agi.. Mlm2 org tido, saya dgr mcm ade org jln dgn selak langsir.. Tpi bila tgk xde pon.. Alhamdulillah now saya dh boleh tido lena lps ustaz dtg pagar kn rumah saya..

    Reply
  2. I pun pernah kena, masa tu umur i 3 tahun, duduk rumah kedai je, so dapur dan toilet kt luar. Lepastu i terbangun malam nak pergi toilet, ajak mama, mama bukak je pintu belakang, i nampak baba i dkt sinki tengah minum air, tp i cuma nampak bahagian belakang baba je. I ckp dgn mama, “tu baba minum air” . ‘Baba’ berkain pelikat dan berbaju t-shirt, bukan pakaian biasa baba i. Mama i terus takut nk bwk i pergi toilet and suruh buang air kecil kt parit kecil sebelah pintu dapur je, cuci guna air masak dr dlm rumah ??? sampai i nak masuk rumah, ‘baba’ tu masih ada lagi di dapur. Sedangkan baba i yg sebenar tgh berdengkur dalam bilik. Kenangan 22 tahun yg lepas ?

    Reply

Leave a Comment