Ayah Makin Berubah Dan Panas Baran. Rupa-Rupanya….

Terima kasih kepada admin kalau cerita saya ini disiarkan. Nama panggilan aku “Heidi” tapi bukan nama sebenar. Kejadian ni berlaku pada tahun lepas sekitar bulan April 2016. Cerita ini mengenai “ilmu hitam” yang diamalkan seorang perempuan untuk memikat ayah saya. Perempuan ni seorang janda anak dua kalau tak silap. Semenjak ayah mengenali perempuan ni dia banyak berubah.. Selalu balik lewat pagi, kadang-kadang tak balik rumah. Bila balik mesti dia dengan mak aku bergaduh teruk.

Mereka berdua memang tak boleh nak bersua muka langsung. Mak aku pula makin hari makin panas baran. Yang jadi mangsanya aku. Time ni dekat final exam semester 4. Aku selalu kena marah bila aku balik rumah. Aku kerap balik rumah sebab kolej dan rumah tak jauh sangat dalam sejam lebih macam tu ja kalau nak balik. Ada satu malam tu ayah aku balik dalam pukul 2 pagi macam tu. Aku dengar ayah aku bercakap sorang-sorang. Jalan sana sini macam ada benda tak kena. Aku takut nak tegur dan teruskan tidur. Seminggu lepas tu aku ajak mak pergi rumah adik dia dan tinggal sana dalam 5 hari macam tu sebab nak mak cari ketenangan dari terus bergaduh dengan ayah aku.

Start dari situ lah kebenaran dah terbongkar yang family aku dah kena ilmu sihir. Nak dijadikan cerita sebelum benda ni terjadi mak dah berkenalan dengan perempuan ini terlebih dahulu melalui facebook dan seterusnya mereka selalu berhubung melalui whatsapp. Mak selalu cerita masalah dia hadapi kepada perempuan ini. Ayah aku pula berkenalan dengan perempuan ini melalui wechat apabila perempuan ini ingin beli barang yang ayah aku jual. (Ayah aku menjual barangan online dan selalu membuat COD). Kebenaran terbongkar apabila abang saudara aku bawa mak aku berubat kerana merasa ada benda yang tak kena apabila mak aku cerita masalah dia dengan ayah aku yang mereka selalu bergaduh teruk.

Ustaz yang berubat mak aku kata perempuan tu dah hantar sihir yang buat mak dengan ayah aku benci antara satu sama lain. Ayah aku pula dah terkena ilmu hitam yang buat dia sukakan perempuan tu melalui jampi yang dia pakai waktu dia jumpa ayah aku time COD barang tu. Ustaz tu kata lepas balik rumah kami nanti berjaga-jaga sebab perempuan tu dah hantar benda dia dekat rumah kami. Balik dari berubat tu ayah aku call mak aku kata dia nak kahwin seorang lagi (dengan perempuan tu lah). Mak aku tak sangka perempuan yang dia anggap kawan baru tu tikam dia dari belakang dan berkenalan dengan mak aku semata-mata nak tau semua tentang keluarga kami. Mak aku time tu menangis jadi tak tentu arah.

Sehari lepas tu kami decide nak balik rumah. Malam tu, aku tak tau apa yang dah terjadi time mak aku nak tidur, tetiba mak aku meracau dan menjerit-jerit kata, “jangan kacau aku”, “pergi-pergi”, “kau tak guna”. Lepas tu giliran aku pula .. Aku tak sedar apa aku buat time ni.. adik aku yang cerita. Dia kata tetiba aku turun bawah (rumah kami dua tingkat) lepas tu aku mula ketawa sorang-sorang, cakap, “kau buat apa dekat sini”. Time ni ayah aku kalut tenangkan kami. Dia mintak pertolongan jiran belakang yang pandai bab-bab mengubat orang ni. Lepas dia ubatkan aku, aku makin pulih. Cuma mak aku makin teruk. Dia mula cakap merapu dan bukan diri dia yang sebenar dah. Kelakuan dia seperti orang mengalami masalah mental.

Suara yang dia keluarkan juga amat garau dan pandangan mata dia pun dah berubah. Sepanjang malam tu, kami tak boleh tidur dengan tenang. Benda tu berlari-lari atas siling rumah, bunyi perempuan menangis kedengaran. Adik aku nampak ada benda putih dekat luar rumah dan macam-macam lagi. Mak Dak aku ada call kami dan bagitahu benda tu ada datang rumah dia dan kacau dia anak beranak sebab marah tolong mak aku berubat. Keadaan mak aku berlanjutan macam tu dalam 2 hari. Pak Su aku datang dan bawa kami berubat. Orang yang berubat tu kata sepanjang ayah aku kenal perempuan tu, dia selalu bawak ayah aku pergi ke Grik untuk menuntut ilmu yang tak elok. Ayah aku dah terkena so dia ikut je lah.

Ayah dah terminum sesuatu dan buat diri dia makin teruk. Solat pun kadang-kadang dia tinggal. Dia kalau boleh nak buat mak dengan ayah aku bercerai dan lupakan kami. Setelah berubat dan cuba pulihkan ayah aku, ayah aku alhamdulillah dah makin pulih. Dia dah kembali macam dulu. Mak ayah aku pula dah tak bergaduh macam dulu. Ayah aku dah mula tukar nombor telefon dan handphone yang baru. Handphone yang lama dah berkecai sebab ayah aku baling. Sama ada ada ayah aku masih berhubung dengan perempuan tu atau tidak aku tak tahu lah. Tapi kalau ayah aku dah benar-benar pulih dan sedar alhamdulillah. Cuma mak aku masih tak boleh nak lupakan benda tu lagi dan selalu mengungkit. Hmm..

Nasihat aku satu je kepada wanita-wanita di luar sana. Ramai lagi lelaki dekat dunia ni. Jangan lah suami orang juga kita nak. Lepas itu janganlah nak amalkan benda-benda tak elok. Dekat dunia boleh lah lepas, dekat akhirat nanti? Fikir-fikir kan lah. -Ending- Nanti kalau ada masa aku share kisah Mak Dak aku. Dia pun mengalami benda yang sama dan lagi dasyhat dari apa yang mak aku lalui.

-The End-

40 thoughts on “Ayah Makin Berubah Dan Panas Baran. Rupa-Rupanya….”

  1. kenapa ye orang melayu ni susah sangat nak tinggalkan amalan sihir ni? Justifikasi katakan amalan nenek moyanglah, adat turun temurunlah, segala bagai. Nama je Islam, tapi nak label apa pun tak tahu. Busuk sangat ke hati tu? Kata kafir tahu pulak marah. Kafir!

    Reply
    • nama pn melayu… uiase la bende mcm nie.. hasad dengki then pergi ke sihir…. otak x berkembang langsung…. Melayu= layu …

      Reply
      • Tak baik cakap camtu..
        Individu tu yang salah bangsa pula yang kene..
        Kalau sume orang baik tak adalah neraka. ?
        Kita doakan supaya terhindar dari perkara syirik ni. Dosa paling besar kekal didlm neraka. Nauzhubillah

        Reply
        • ramai sebenarnya melayu macam ni. setiap bangsa memang ada pengamal sihir ini. bab bagi makan benda pengasih ini bukan asing. kena atau tak saja. Manusia diberi pilihan untuk tidak masuk neraka. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebab sakit hati, dengki, Islam diketepikan. Memang kita doa orang macam ni dapat hidayah dan sedar, tapi kalau tak nampak nak sedar jugak, jadikanlah orang macam ni batu bahan bakar api neraka, dan berilah hukuman didunia dan akhirat buat mereka!

          Reply
  2. org melayu dengki + sihir berpisah tiadaaa(tak semua org melayu cmni ok,for those yg terlalu taksub dgn bnde ni) ikut sgt nafsu tu..senang betul kene game ngn setan..padahal setan tu pergunakan dia je..

    Reply
  3. Lately ni byk kisah kt FS nI berkisarkan seram sedih…
    Kisah2 penganiayaan dan dianiaya terus teraniaya…

    Semoga kita semua dilindungiNya dr ancaman dan niat buruk manusia berajakan syaitan, apatah lg dr pandangan syaitan yg direjam…
    Andaikata takdir Allah meletakkan kita dlm situasi sedemikian, berdoalah supaya kita dikuatkan keimanan dan ketabahan serta dikurniakan sikap redha dgn qada qadarNya…
    Semoga kita berjaya mengharungi setiap ujian dariNya…
    Aamiin…

    Reply
  4. Hai Heidi, Kisah family awak sama macam saya. Alhamdulillah sekarang semuanya okay. Dulu ayah saya selalu termenung bila dgn keluarga. Teringat perempuan tu agaknya sdgkan perempuan tu dah ada laki sendiri. Mak saya pulak bila tengok ayah mesti nak marah. Mak saya berubat & minta tolong ustaz. Kami tak pernah putus asa. Tp skrg Ayah saya tukar number phone & transfer ke branch lain. Alhamdulillah.

    Reply
    • Hai .. Saya Heidi. Oh ya? alhamdulillah ayah kita dah ok macam biasa. Harap benda2 cmni x berulang lagi. Just tentang perempuan tu saya dapat tahu yang dia sekarang still bertukar2 lelaki dan semua lelaki2 tu suami orang. Dia pakai ilmu bagi lelaki nampak dia cantik je selalu tapi hakikat sebenar? saya tak tahu la nak cerita muka dia macam mana. Just nasihat hati2 dekat lelaki luar sana sekali dia jampi apa pun tarak. Huhu..

      Reply
      • Die mengikis tak???
        Sbb sllunye yg suami org ni ekonomi dh stabil…
        Sooo masyuuukkk sng nk kikis poket tebeelll…

        Papepon, Alhamdulillah semua dh ok…
        Semoga berkekalan…

        Reply
  5. Dah biasa dgr kisah spt ini di FB atau whassup..tanpa sihir pun ramai laki org atau bini org bercerai gara2 bercinta dgn org lain..apalagi thru gambar di FB pun org leh sihirkan org lain..hati2 la

    Reply
    • Yang jenis suke kt laki org ni btol2 seram.. seram buat isteri2 yg dok kt umah.. hehehe..
      Si suami sayangi la isteri ad. Hargai lah yg ad..

      Saje je ckp.. ak xkawen lg.. xtau dugaan die cmne!! Wahahaha!!

      Reply
  6. Sini ulasan saya kenapa Melayu, Janda, suka menyihir

    First sekali jangan lah kita menilai status kaum, agama, status bujang,janda,duda manusia ni kita kaitkan dengan sihir.

    Sebenarnya tak kisah apa pun status seorang manusia tu, jika jauh dari agama dan jika hati sudah penuh hasat dengki dan ketamakan, maka mereka akan terjerumus dalam melakukan dosa demi mendapatkan apa yang mereka mahu.

    Banyak kita dapat baca kes janda sihir laki orang, lelaki bujang sihir wanita idamannya dalam FS ni. Yalah dah ini page cerita seram, mestilah cerita-cerita seantero Malaya berkumpul disini.

    Kalau dah cerita sihir menyihir disihir berkumpul disini dan menjadi ‘information pool’ atau data tak rasmi ni, maka pembaca akan judge ‘wow, banyaknya manusia masih sihir menyihir’.

    Sebenarnya tidak, ada saja Janda yang baik dan kuat agamanya, ada banyak lelaki bujang yang berusaha di jalan yang betul demi mendapat wanita idamannya.

    Cuma you came to the right place untuk baca cerita seram, sihir, sirih, Kak Yulie, Kucing Kelabu, Kucing Garong, Carlito Rocker, Dee Fen, Senyuman Perantau, Danial.eh menyelit.kahkahkah

    So jangan judge lah melayu ke, india ke, cina ke, Islam ke, Buddha ke, Hindu ke, kristian ke yang banyak menyihir or not.

    Ia berbalik kepada individu itu sendiri. Zaman moden ni orang dah tak guna sihir. Orang guna Instagram.

    Seriously aku ada cerita macam mana orang Cina guna hantu diorang untuk menjatuhkan perniagaan orang Cina lain. Cerita dia macam ni. Dulu aku ada sewa rumah di Kajang bersama kawan aku yang lain, 6 orang semuanya. Rumah dua tingkat, lima bilik dan besar. Sewa cuma 800. Owner dia Cina.

    Owner dia kami panggil AhSo. Rumah dia tak jauh dari rumah sewa kami dan kat rumah dia ada kedai runcit yang mana menjadi bisness utama dia selain menyewakan rumah.

    Sepanjang kami duduk di rumah tu, banyak sangat gangguan yang kami alami antaranya ialah sugar glider belaan housemate aku mati kepala hilang, pocong melintas kat tingkap dapur, api hijau berlegar-legar dalam rumah, sampah yang kami buang dalam trash box kat pagar boleh tiba-tiba ada dalam almari baju aku, tangki air dalam toilet berkocak-kocak macam ada orang berenang dalam tu.

    Satu hari tu kami tekad pergi ke rumah AhSo nak tanya rumah yang kami sewa tu ada hantu ka?
    Ahso jawab seperti dibawah:

    Ahso: Aiyarkkk..itu hantu latang lagi ke? Ada lu nampak api hijau ka lalam lumah?
    Kami: Ada ahso macam mana Ahso tahu pasal api hijau tu.
    Ahso: Itu hantu ala tuan punya. Itu rumah tu (Ahso tunjuk rumah jiran berhadapan rumah dia)
    Ahso: Lulu dia selalu kacau gua..gua lawan balik.hantu gua lagi kuat maa..
    Kami: Dah kenapa pulak ahso main lawan-lawan hantu. Tolong la ahso kami dah tak senang luluk itu lumah
    Ahso: Tak ape. ini malam gua lawan dia punya hantu.kasi mati.

    Malam tu, dan malam berikutnya tiada lagi gangguan kat rumah tu. Tapi kami masih rasa seram. Sebab memori gangguan masih berbekas dalam minda.

    Point aku sekarang bukan Melayu saja kuat menyihir/main hantu. Bangsa lain pun ada cuma tak kecoh je. Belum lagi aku buka cerita orang India main hantu. hehe

    Ini semua bergantung kepada individu itu sendiri..

    Tetapi ingatlah janji Iblis kepada Allah akan menyesatkan umatnya sampai hari kiamat.

    So to all readers. Jangan gelabah, jangan terlalu marah. Cuma Beringat saja agar tidak terkena sihir dan buatan orang.

    Salam

    Komen ikhlas dari #Danial

    Reply
    • saya setuju dengan danial bagi sesiapa yang tak pernah kena, atau ahli keluarga yang tak pernah kena.

      Kerana fokus di sini adalah melayu, janda dan sihir, makan itulah yang dibincangkan. kalau lain kali india, siam dan tomyam, maka kita fokuskan la pada yang itu.

      Jangan banyak sisi pandang. tak semestinya, tak semestinya. Sudah terang lagi bersuluh. Orang melayu masih lagi ada yang mengamalkan sihir. Perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengakui masalah sihir ini ada.

      Saya sendiri alhamdulillah tak pernah kena secara terus, tetapi ada ahli keluarga terdekat yang pernah kena. bukan sekali, tetapi berkali kali. dari zaman sekolahnya (sebab mak budak perempuan tu suka adik saya untuk dijadikan menantu, jadi dia jemput makan datang rumah, bagi makan benda kotor). Kemudian adik saya sambung belajar, jumpa pula orang yang bapanya bomoh. Dan orang terdekat dan seterusnya.

      Ya, apa yang berlaku pada keluarga saya memang tidak boleh mewakili kekerapan hal ini berlaku, tetapi kita tidak boleh terlalu naif, dan perlu berhati-hati.

      FS berkongsi cerita untuk menjadikan kita berhati-hati, dan mulakan persiapan diri. Hal Ghaib itu ada, dan Raja Bomoh yang sudah bertaubat itu pun salah satu contoh perkara ini masih menjadi darah daging dalam masyarakat kita.

      Mungkin sudah kurang, tapi mari kurangkan lagi.

      Kena marah, tapi lepas tu tuntut ilmu agama bagi mantap lagi. jangan marah macam maraknya api, esok pagi dah padam.

      Reply
    • Setuju sgt. Kita nmpk org melayu yg byk main sihir sbb kita org melayu & duduk dlm masyarakat melayu. Sedangkan org lain, bangsa lain, agama lain, negara lain juga lebih krg sama je..
      Jgn salahkn melayu tp salahkn individu tersebut.
      Pernah tny kwn org pakistan ttg sihir. Dia kata kt sana pn banyak kes2 sihir.. sama saja~

      Reply
  7. pasal kes rampas merampas nie… hati2 lah… de kes yg berlaku dari sama2 lepak Smule je dan ugut somi seseorg u nak i ke nak bini u ? (kebetulan si dia Janda) si isteri siap ajak meke bermadu… janda cakap… ko bini pertama nanti ko buli aku…
    yg x faham si somi tu jadi baran kaw2 terhadap si isteri… mcm kes sihir ke x… x tau lah sebab negeri asal janda tu mmg normal sihir2 nie…

    Reply
  8. Allahu..ramai lagi lelaki kat luar sana yg bujang2. Kenapa masih nak kacau yg dah berpunya, yg dah ada anak isteri. Tolonglah cari lelaki yg takde sesiapa lagi tu…

    Reply
  9. mcm mana la janda,ank.dara,nenek ,toknek xcari suami org..korang tgk la zaman skrg ramai ke laki tulen?dh bujang trantangtang tapi tulen tu tidakk…disebabkn ketulenan laki zaman skrg dh kurang,maka yg jdi sasaran somi org lah…hahahhaa kdg2, tgk laki tu handsome gilaa tapi syg dia sibuk nk.jdi (PONDAN)..sbb tu laa kita perlu cegah LGBT niii…punca dok jdi mcm tu laa ramai bini org dgn laki org kena rembat oleh org len hahaha..dunia akhir zaman makin ramai perempuan dri laki(bapok)…..sekian

    Reply

Leave a Comment