Assalamualaikum semua. Tq fiksyenshasha sebab sudi publish cerita aku ni. Sebenarnya aku publish kisah aku ni sebab nak dapatkan pandangan readers FS ni korang pernah mengalami kisah ni atau tak. Ok. Jom start
Nama aku Kuya. Aku dah khawin lebih dari 2 tahun. Disember tahun lepas aku dapat tau aku pregnant tapi sebab aku dan husband duduk berjauhan, aku dan dia kena selalu naik flight untuk jumpa antara satu sama lain sama ada aku ke tempat dia, atau dia ke tempat aku. Time aku pregnant tu aku dah beli tiket flight awal2, so rasa sayangla pulak kalau tak pegi. So aku tawakal jela naik flight dengan kandungan yang baru sebulan time tu. Lagipun doktor pun kata takde masalah untuk fly within Malaysia..
Kisahnya bermula ketika di rumah suami, ada satu malam tu time kitorang dah nak tido, siap baring dah dan lampu semua dah tutup (kitorang memang jenis tido bergelap), tiba-tiba aku dengar bunyi daun pintu dibuka dan ditutup. Alaa, bunyi engsel tu, padahal rumah tu ada empat pintu ja. Pintu depan belakang dan dua pintu bilik. Aku siap bangun check pintu mana yang dok terbukak dan tertutup tu, manala tau angin tapi semua pintu tengah statik.
Aku baring balik tapi telinga tengah tangkap bunyi tu ada lagi. Husband aku dah risau dah sebab dia tengok aku takut semacam. Since hari tu, aku rasa takut semacam walaupun hari siang. Aku bukanlah seorang yang penakut. Aku jenis berani, suka duduk rumah sendiri, shopping sendiri, drive sendiri. Rasa takut tu sampai aku rasa nak nangis time husband aku pegi keja. Husband aku dah tak senang hati nak tinggalkan aku kat rumah seorang tapi sebab cuti dia pun dah tak banyak, dia pujuk aku dia akan balik sebelum maghrib. Perasaan takut tu macam ko tengah dikerumun something yang ko x nampak, tapi ko boleh rasa..
Lepas tu aku balik ke tempat aku semula, aku start rasa perut macam kempis pulak tetiba then kebetulan ada checkup dengan doctor, time doctor scan size kantung baby tak seiring dengan usia sebenarnya doctor kata nak bagi chance sebab kandungan sulung maybe size kantung kecikla katanya tapi aku kena checkup secara kerap disebabkan kes aku ni berpotensi besar untuk gugur. Lepas tu sampaila usia baby sepatutnya dah masuk 8 minggu, patutnya dah boleh nampak heartbeat, tapi kantung aku kosong, size kantung still kecik macam 6 minggu dan tak lama lepas tu aku officially keguguran. Sedih memang sedih, tapi aku dan suami redha..
Aku pun lupa kejadian di rumah suami hari tu. So kami move on sampailah suatu hari aku kena jumpa seorang makcik ni, katanya dia boleh tengok2 la benda ghaib ni dan dia dok tengokla aku ni.Dia suruh aku berubat kat mana-mana ustaz yang pandai, sebab katanya ada something kat aku dan katanya baby aku tu bukan tak membesar, tapi dimakan something ketika dalam perut lagi sebab tu kantung aku kosong dan keguguran. Jatuh jantung aku time dengar tu terus terflash back kisah kat rumah suami dan adalah lagi beberapa gangguan ringan yang aku tak ambil peduli sangat..
Lepas tu aku ikhtiarkan berubat dekat satu pusat perubatan islam ni..first sesi aku ustazah yang rugyahkan. Nak tau apa jadi kat aku, aku nangis tersedu sedan tapi dalam hati aku sendiri blur kenapala aku nangis time tu. Aku nangis sampailah akhir sesi. Jantung aku berdebar bukan main lagi. Macam tengah buat marathon pulak.
Lepas dah habis sesi tu, ustazah tu tanyala kenapa aku nangis. Aku just dapat bagitau aku rasa sayu sangat..tiba2 menjadi sangat sayu padahal aku pun tak tau kenapa. Ustazah tu katala sambil melawak, kononnya aku sedih nak berpisah dengan orang yang tu. Aku blur. Ustazah tu suruh repeat sesi next lagi minggu hadapan sebab katanya sesi pertama selalunya tak nampak sangat lagi tapi sebelum balik dia ajar aku untuk ruqyahkan diri sendiri sebelum tidur menggunakan ayat kursi, alfatihah & 3 qul..
Alhamdulillah, next sesi tu aku macam dah tak rasa apa dah. Aku buat 3 sesi semuanya. Cuma aku sampai sekarang tak pasti betulkah apa yang jadi pada baby aku tu macam yang makcik tu cakap? Dan betulkah aku dah bebas daripada benda tu? Dan benda tu apa sebenarnya? Kalau yang ada pengalaman tolonglah share ye. Terima kasih suda baca kisah tak berapa seram ni.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ni pengalaman fmly sy sendri…terjadi kat makcik saya….saya gelarkan M adik kepada ayah saya…sbelum kterog berubat satu family besar ayah saya (tahun 2011). mak cik saya pernah keguguran sebanyak 5kali. dan organ dalaman yang perempuan punya (mcm rahim, tiub fallopio dan sebaga nye) rosak dan perlu dibuang. bila kami satu fmly besar berubat, baru dpt tahu yg sbrnye ade ‘bnd’ yg mkn janin dan organ dalaman td tu sehingga rosak. Uztaz tu ade buat scan secara batin, die kate mmg dlm perut tu da kosong, sbb nye da kene buang. Saka fmly kteorg ni die xcari lelaki, die akan rosak kan yg perempuan, sebabnye bila makcik M da xde bnd nak dimakan, ‘bnd tu’ beralih ke mak cik sy lg sorg. saya xpasti ni yg mkn ni Saka atau bnd yg dihantar. Sekarang kami dalm proses penyembuhan….doa kan kami pulih sepenuhnye….
semoga awak sekeluarga cepat sembuh.. aminnn
hi..ni pengalaman sy sendiri..sy pnah rse ape yg awk rse..2kali sy keguguran..sekali dalam usia 12 mggu kantung ade tapi janin tkde..kali kedua usia 5 minggu..dan sy juga dapati ade gangguan pada rahim saya..dan sy dapati org tu betul2 berdekatan dgn sy..sy harap awk jgn biarkan..teruskan berubat sampai pulih..pengalaman sy sampai sy dapti ‘benda’ tu siap bersarang dalam rahim..so die senang kluar dan masuk..setakat ni alhamdullillah sy tk rse pape lg dah lepas sarang tu dah dibuang..
betul.kena berubat cepat kalau lambat akan merosakan rahim
Sebenarnya benda ni normal. Sy pun pernah lalui masa 2nd pregnancy. Kantung baby kosong, by week 8 takda denyutan jantung. Dah masuk week 10 start bleeding masuk week 11 dah keguguran. Sy anggap bkn rezeki. Tp 3 bln lepas tu saya mengandung lagi dan dpt baby girl. Skrg dah 3 org anak. Bkn tak percaya benda ghaib cuma dlm hal mengandung ni kantong kosong ke tiada denyutan jantung perkara biasa. Cuba google byk org share pengalaman mcm ni. Jgn kusutkan hati dgn benda mistik ya. Usaha lagi sbb lepas keguguran selalu nya subur. Oh btw, ms pregnant ke 3 selepas miscarriage tu, saya tak sedar pun sy pregnant. Sy aktif work out masa tu. Lompat2 zumba, buat muay thai dan ikut larian marathon. Ajaibnya tak pulak keguguran masa tu. Waktu mengandung gugur tu saya betul2 jaga tak buat kerja sgt tp dah bkn rezeki. So percayalah kalau Allah nak bg rezeki mcm mana pun tetap kita dpt. Sorry terpjg pulak komen hehe
setiap org pengalaman lain2..mngkin bg awak mmg perkara normal..tp tk pada org terkene gangguan..setiap org lain2..tp dah Allah kte bkn rezeki kte mmg tkla..hihi..
Tp bnda mcm ni x boleh asyik nk positif je.tk semua orang sama. Diri sendiri tak kena,boleh la ckp gitu. Writer ni, time ngandung da kena gangguan.and dia pon x de bleeding. Mcm sis, time keguguran tk de gangguan and ada bleeding. Tu bezanya. Adehh
Takde ilmu sgt pasal perkara camni…
Cume penah borak dgn sorg doktor…
Dia kate upt mmg boleh tunjuk 2line (means pregnant)…
Dan itu dah boleh dianggap pregnant…
Tapi utk disahkan pregnant secara medical adalah setelah ujian heartbeat mase kandungan berusia 8minggu…
Kalau dalam masa sebelum 8minggu tu possibility utk dtg bulan adalah tidak mustahil…
Boleh dianggap sebagai keguguran dan akan keluar sebagai darah period…
Itu apa yg akk paham dr sisi manusia yg xde pendidikan perubatan…
Tapi sekiranya dicurigai dikhuatiri ade unsur mistik, maka x salah juga untuk rawatan alternatif asalkan dengan cara yg betul…
Kita ikhtiar…
Allah tentukan…
Yang kak yulie ckp betul..
Sy walaupun xbeekahwin lagi xde pengalaman tapi pengalaman kawan baik yang 3kali mrngandung dan keguguran. Doktor cakap mcm kak yulie share.
Berkaitan mistik kawan xde cerita. Sebab dia dah pergi berubat tapi xde kaitan.
Belum tiba masanya lagi. Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah. Rezeki Allah sentiasa ada.
Semoga puan sentiasa berubat dan teruskan berusaha. Jangan mengalah.
Sbb UPT boleh jd unaccurate…
Kdg kuar 2line tp sebenarnye x pregnant…
Kdg dh pregnant 2-3bln tp UPT still x dpt detect maka line x kuor…
Semua pengalaman berbeza bergantung pada hormon…
Papepon teruskan berikhtiar…
Berikhtiar utk kebaikan xde limitnye kan bergantung pada keupayaan…
saya pon pernah jadi macam sis.. tapi saya x da keguguran atau apa.. saya cek pregnant dan scan pon dah nampak heartbeat semua sebab masa tu dah 2 bulan lebih.. sebulan lepas tu saya kena checkup kat klinik ibu anak bila scan sekali lg terus xda apa.. kantung apa semua xda..saya pon x pasti saya pregnant atau tidak..tp kalau ikut alat upt dan scan mmg disahkan saya pregnant..
selepas baby hilang saya pon ada pergi berubat jugak…seminggu selepas baby saya hilang saya dah start sakit kaki…sampai nak berjalan pon x boleh…nak angkat kaki rasa berat sangat…kaki bengkak xda sebab…pergi cek hospital, klinik semua cakap xda apa..bengkak biasa…bila sentuh xda rasa sakit tp kalau nak berjalan memang sakit sangat…
bila saya berubat dengan darul syifa saya pon jadi mcm sis jugak la…menangis tanpa sebab…rasa sedih sangat..selepas berubat baru tau ada org hantar sihir kat keluarga mentua…semua kena termasuk saya..tapi sekarang alhamdulillah semua dah sihat…kaki saya pon dah x sakit macam dulu..tapi bengkak x surut2..
Kaki bengkak still tak surut ke? Pernah ada sesak nafas tak sebelum ni? Rasa mudah letih bila naik tangga, tak macam selalu..ada tak? Pernah rasa macam kena serangan jantung which jantung berdegup laju tiba2, berpeluh2, nak pitam? Kalau ada, better jumpa Doktor utk further investigation.saya pernah jumpa org yg kaki bengkak sbb masalah jantung atau mungkin masalah buah pinggang..saya bukan sesiapa pun cuma niat nak tolong je, jgn salah anggap..sbb better dapat rawatan awal kalau ada apa2.. semoga cepat sembuh 🙂
saya ada pergi hospital buat checkup, dorg ada cek jantung jugak yg kena lekat2 kat dada tu..dia tengok jantung kita gerak tu…saya pon xtau apa org panggil test tu…dorg cakap jantung normal..setakat ni xda lg rasa berpeluh, nak pitam ke apa, jantung pon rasa normal xda gerak laju2..
saya akan refer hospital semula la kalau macam ni..
terima kasih just me bagi pendapat.. terima kasih jugak doakan saya..
ha pasal pregnent ni kan saya nak cerita ckit lh pasal pregnant test.. kakak saya tnga sarat skarang ni smoga sihat slalu lh ye, saya lelaki masa mula pregnant dulu dia pnah bagi saya try pregnent tes dia. yang mcm kayu kecik tu.. dia suruh saya try bende tu dia ckap klau satu line saya normel tapi kalau dua line ade pnyakit siplis. maklom lh nurse otak dia lain sikit haha. saya ckap lh tak kan lh aku ade siplis bersetubuh pon tak pnah teruna oky hahaa slepas dia gelak dia paksa saya, mulanya jakun jugak dok belek² ferst time tu hahaa akhirnya selepas dipaksa cuba satu line yaa saya normal hahaa rasa mcm prmpuan pulak
Seb bek bukan pregnant…
Hahahhhaha…!!!
Haru biru kalau pregnant tu . hahaha
Komen kak yulie semua kelakar
Dulu selalu macam tertanya tanya siapa la kak yulie ni
sy peminat tegar akak sekarang , hehe
bende ni xhabis2 menyusahkan manusia….
itu janji die..
janji allah kau tunggu…
Kisah sy pula hamil anak first tapi gugur 8 minggu sbb heartbeat dah berhenti. Masa tu buat d&c tapi hospital kol suruh dtg scan smula sbb diorg x jmpa kantung baby yg d&c.. Huhu. Sy mmg ada masalah bunian sejak dr kcil sehingga berkahwin. Tapi bln 7 2017 sy dah berubat dgn sorang ustaz perubatan islam. Alhamdulillah bunian lelaki tu sudi lepaskan sy.. Msa berubat tu menangis jgak la. Masa lafaz cerai. Sy sedar masa tu dan pelik napa nangis. N napa sy ckp.. Yela msa tu bnda tu yg ada dlm bdn kita.. Setelah 2 kali gugur. Skrg sy hamil lagi dah 7 bulan. Kehamilan kali ni sy hadapi dgn tenang. Emosi sy stabil x macam dlu asyik nk bunuh baby dlm kndungan dan mengamuk pkul suami sy.. Tapi kali ni alhamdulillah.. Emosi sgt stabil. Tapi baru ni mimpi plak sy beranak tanpa sakut, dan baby dah besar. Dlm mmpi tu ada bunian perempuan baju putih bertudung marah2 nk ambil anak sy.. Hmm.. Sy harap smoga Allah pelihara ank dlm kandungan sy smpai selamat dilahirkan.. Jika sesiapa yg ada msalah keguguran berulang tlgla berubat ya. X kisah la moden or islam. Check la. Takut ada masalah yg kita x tau.. Jin dan syaitan mmg tugasnya mahu mnyesatkan dan merosakkan anak adam.. Gangguan pda rahim tu x mustahil..
Hi.. Masa saya mengandung pun saya selalu dapat mimpi ke peekampungan bunian.. Kerap sangat mimpi tu.. Sampai stiap kali nak tidur saya rasa takut.. Mimpi tu saya masuk keperkampungan bunian dan di sambut mesra penduduk2 kampung tu.. Di bawanya saya ke tempat2 yang sangat cantik.. Tempat yang saya tak penah nampak sebelum nie.. Setiap kali mereka hantar saya balik mesti waktu subuh.. Saya ingat lagi ayatnye.. “kalau nak pulang mesti la sebelum azan subuh.. Kalau selepas azan subuh maka keesokkan harinya baru boleh balik”.. Diorang buat bacaan yasin ketika subuh untuk iring kepulangan saya.. Bila saya sedar dari mimpi ngam2 azan subuh berkumandang.. Mimpi tu berturut2..
Sama macam Sedara suami,mengandung anak sulung,usia kandungan dia 6bulan anak dalam kandungan dia hilang,kebetulan esokan hari dia ada checkup dengan doktor.doktor pun pelik macam mana boleh hilang..g check doktor pakar semua,x de pun kesan..Tapi keluarga belah pempuan ada kaitan dengan bunian,adik beradik mak dia di ambil bunian..sampai sekarang dah 6tahun belalu dia x mengandung 2 lagi..
Assalammualaikum, kes mcm ni memang selalu sya dgr. Tapi berdasarkan pengalaman saya. Sila amalkan doa ini sehari sbyk yg mungkin hembus nafas melalui mulut ke kandungan ( bismillahi majreha wamursaha inna la ghafu rurrahim) dibaca sbnyak 3x dan baca “iyaa qana’ budu wa’ iya qanasta’in” ( sebaiknya di fahami maksudnya) selamat mencuba. Doa ini ble d gunakan jikalau ank2 atau anda sndri sakit keteguran bnda halus. Jika di dalami maksud nya ayat ini. Kamu akan jmpa kekuatan doa ini utk jdi pelindung dlm diri kamu🙂
nak tanya kalu jd mcm ni nk berubat kat mana