(Pertama sekali, aku ingin ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca kisah pengalaman aku. Ini kali pertama aku kongsi dengan orang luar selain ahli keluarga. Pada yang marah kerana aku cerita sekerat-kerat, sebenarnya aku memang berniat untuk ceritakan setakat haritu sahaja. Tapi untuk penjelasan yg lebih lanjut, aku akan sambung cerita hari tu dan tiada lagi sambungan yg korang kena tunggu.)
Since ada yang nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada aku, baiklah aku ceritakan. Tapi terpulanglah sekiranya ada yang tak percaya. Yang pastinya aku hanya ceritakan kebenaran. Sejak insiden tu, aku makin kerap alami histeria. Seolah olah aku sangat lemah. Hakikatnya aku bukan macam kawan-kawan perempuan aku yang lain. Aku agak kasar tapi bukan tomboy. Sejak tu, aku boleh rasakan kedatangan ‘benda’ lain yang cuba nak mengganggu. Contohnya, kalau aku pergi sesuatu tempat baru, aku akan kena migrain & kena tidur sampai esoknya. Kemudian aku akan rasakan sakit2 badan. Itu memang cara ‘penghuni’ dalam aku bagitau yg tempat tu ada benda lain. Aku juga tidak boleh berada di luar rumah/bangunan pada waktu maghrib, tatkala langit merembang merah. Aku akan dapat migrain dan berasa tak selesa. Puncanya, wallahualam.
Di sekolah baru pun sekali sekala aku kena histeria. Tapi kemuncaknya semasa aku masuk kolej matrikulasi. Matriks mana tak perlu la aku bagitau, tapi yang pastinya itu matriks baru dan aku batch kedua 2011/12. Nak dijadikan cerita, masa sesi orientasi, fasililator boleh dikatakan ragging kitorang tapi bukan secara fizikal, lebih kepada mental. Jerit, maki hamun. Ada satu malam tu, kami kena berkumpul di dewan besar, alasannya nak practise cheer sebab nak lawan budak laki esoknya (hari akhir orientasi). Rupanya diorang nak maki kitorg sebab attitude kitorang la apela. Aku memang malas nak ambik port benda2 macam ni so aku buat tak layan. Tiba tiba, aku rasa seram sejuk. Takde apa pun berlaku tapi aku boleh rasakan sesuatu.
Kemudian aku terkumat kamit katakan yang ‘jangan tengok pintu, jangan tengok pintu’ tak lama lepas tu masuk fasiliator yang menjerit-jerit tadi dlm keadaan takut dan kelam kabut. Rupanya ada budak kena histeria kat luar dewan. Secara tiba-tiba, seluruh badan aku menggeletar. Kemudian tanpa aku sedar, aku menangis ketakutan. Terus aku pengsan.
Tak lama kemudian, aku tersedar dek percikan air. Aku syak itu air yassin dan aku dikelilingi oleh fasilitator perempuan. Kemudian dalam keadaan separa sedar, aku terdengar jeritan pelajar yang kena histeria. Aku terus melawan, bukan kerana aku sakit atau benci dibacakan yassin, tapi aku takut sekiranya ‘benda’ yang mengacau pelajar histeria berkenaan datang mengganggu aku. Dalam aku meronta, hati aku berasa lemah selemahnya. Dan aku pun semakin kehilangan tenaga. Aku pengsan buat kali kedua.
Aku tak tahu berapa lama aku telah pengsan, yang pastinya hari sudah siang. Aku ditempatkan di bilik sakit pelajar sementara menunggu ibu bapa ku datang menjemput. Di rumah, atuk dan nenek aku bersetuju untuk membawa aku ke Darul Syifa’ daerah Banting bagi tujuan pemulihan semangat. Dalam keadaan lemah longlai, aku pun ikutkan sahaja kehendak mereka.
Setibanya di Darul Syifa’, aku diminta untuk duduk melunjurkan kaki. Kemudian ustaz yang merawat, menyuruh aku untuk membacakan Al-Fatihah dan selawat Nabi 10 kali. Setelah aku baca, dia mula membaca ayat Ruqyah. 10 minit pertama aku tak berasa apa-apa lagi. Hampir 20 minit, badan aku mula gelisah, tak senang duduk. Seolah-olah aku ‘panas’ tapi aku masih dapat bertahan. Tak lama kemudian, aku mula mengalirkan air mata. Ayat yang ustaz tu bacakan pada waktu itu, walaupun aku tak faham maksudnya tapi hati aku rasa sebak teramat sangat. Aku sampai menangis teresak-esak.
Setelah habis 30 minit sesi pemulihan semangat tu, ustaz tu memberitahu bahawa dalam badan aku ada penghuni lain. ‘Dia’ ialah seorang perempuan tua yang baik dan berjanji untuk menjaga aku selagi aku hidup. Punca utama kenapa aku menangis sewaktu ustaz tu bacakan ayat Ruqyah adalah kerana ayat tu memberi maksud bahawa ‘dia’ perlu tinggalkan badan aku. Tapi disebabkan ‘dia’ dah sayangkan aku dan berjanji untuk tidak mengapa-apakan aku, makanya ustaz tu tak jadi keluarkan dia. Ustaz tu tambah lagi, ‘penghuni’ itu sudah lama tinggal dalam badan aku dan memang susah untuk keluarkan dia sebab dia dah berpegang pada hati aku. Sebab itu aku menangis kerana sedih teramat sangat walaupun aku sendiri tak faham kenapa aku menangis. Ustaz tu cuma berpesan agar aku kuatkan sendiri pendinding diri dan jika aku diganggu dengan teruk, dia akan buang terus ‘penghuni’ tersebut selamanya.
Sehingga kini, aku masih sihat walafiat, alhamdulillah. Aku masih lagi dapat migrain bila datang ke tempat yang baru dan ‘keras’, seolah-olah aku dapat rasakan benda jahat lain. Tapi secara keseluruhannya, ‘penghuni’ dalam badan aku masih baik dan belum lagi ada apa-apa buruk yang terjadi. Sampai sekarang juga, aku tak boleh dengar ayat Ruqyah walaupun sekadar suka-suka. Terima kasih kerana sudi baca kisah hidup aku. Assalammualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Saya suka cerita awak