Badik Dan Cincin Pusaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS. Aku peminat setia FS. Pertama sekali terima kasih admin FS kerana sudi memilih cerita aku untuk hari ini. Hampir setiap hari aku akan membaca cerita cerita di page ni. Hari ni aku terpanggil untuk menceritakan kisah aku sekeluarga. Maaf jika cerita aku ini panjang dan tidak seram.

Kisah ni bermula pada tahun 2008 apabila datuk aku meninggal dunia. Dia meninggalkan banyak barang lama seperti kuku harimau, cincin, duit duit lama dan badik. Datuk aku merupakan ahli perubatan tradisional. Tiada apa yang aneh berlaku sewaktu dia meninggal pada waktu petang. Namun, selepas pengebumian jenazah, semuanya bermula.

Pada malam setelah pengebumian jenazah, aku dan sepupuku berada di luar rumah selepas rumah aku selesai membuat majlis tahlil. Dalam pukul 11 malam gitu, aku dan sepupuku terdengar sesuatu mengilai entah dari mana datang dan terus lari masuk ke dalam rumah. Aku ceritakan pada ibuku, namun katanya hanya karut.

Pada malam itu lagi, sekali lagi aku diganggu di dalam bilikku dengan bunyian orang melempar pasir di atas bumbung sehingga aku demam teruk seminggu. Esoknya, saudara mara datang rumah aku untuk sesi pembahagian harta dan barang-barang termasuk badik dan cincin pusaka.

Selepas beberapa hari, keadaan rumahku menjadi semakin teruk. Pada pukul 12 malam, aku masuk ke dalam bilik datukku untuk meletakkan barang. Seperti yang dijangka, ada sesuatu di dalam bilik datukku. Aku terlihat sesuatu seperti “budak kecil” di atas kipas bilik datukku dan “dia” seperti sedang memerhatikan ku. Aku terus memecut keluar dengan sepantasnya sambil baca ayat quran yang aku ingat.

Tidak terhenti di situ, ibuku menceritakan kisahnya. Semasa dia tidur dalam biliknya, dia tersedar sebab terkejut dengar sesuatu seperti belon meletup di tepi telinganya lalu ternampak susuk tubuh perempuan di hujung katilnya yang sedang memerhatikannya. Dia terus ambil telefon dan buka ayat suci al-quran.

Hampir setiap malam keluargaku diganggu dengan makhluk halus, maka ibuku tidak tahan lagi dan pergi bertemu dengan ustaz untuk mengetahui cerita sebenar. Kata ustaz tu, datukku ada menyimpan barangan bertuan iaitu badik dan cincin. Makhluk dalam badik tersebut akan keluar sekiranya badik itu dibuka sarungnya dan cincin itu di pakai di tangan. Tujuannya adalah untuk melindungi diri, namun perlu diberi makan.

Setelah datukku meninggal, tiada siapa yang memberi makhluk itu makan dan menyebabkan benda tu lapar lalu menggangu anak beranak datukku dan keturunan. Keluargaku perlu mencari barang tersebut sehingga jumpa untuk memasukkan balik makhluk tersebut ke dalam badik dan cincin. Namun, sehingga kini benda tersebut tidak ditemui. Sehingga kini jugalah keluargaku diganggu.

Bukan keluargaku sahaja diganggu, namun bapa saudaraku juga diganggu. Hampir meninggal bapa saudaraku dicekik oleh makhluk tersebut. Nasib baik ada sebelah rumahnya orang yang tahu juga tentang berubat, dia datang lalu membaca ayat ayat suci al quran dan lalu bapa saudaraku sedar.

Bukan terhenti di situ sahaja, semasa dia solat, katanya benda tersebut ada di hadapan sejadah membuatkannya tidak khusyuk sehingga takut untuk menunaikan perkara wajib tersebut. Seluruh ahli keluarga dinasihatkan untuk memagar rumah supaya makhluk tersebut tidak dapat masuk ke dalam rumah. Alhamdulillah, tiada lagi makhluk itu dalam rumah. Namun dia tetap ada menunggu anak cucunya di luar kawasan rumah untuk menggangu .

Pengajaran di sini, janganlah menggunakan sebarang pendinding lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan syariat agama untuk menjaga diri dan keluarga kerana perkara tersebut akan memudaratkan ketengan orang lain di akhir kelak. Sekian, terima kasih.

2 thoughts on “Badik Dan Cincin Pusaka”

Leave a Comment