Ban Berhantu

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin jika cerita aku ni di approve. Ini kali pertama aku menulis di FS dan harapnya bukan kali terakhir. Cerita ni bagi aku tidaklah terlalu seram tetapi bagi ‘first-timer encounter’ macam aku pastinya benda ni akan kekal dalam ingatan.

Kisahnya bermula di sebuah negeri di utara tanah air (klise kan…haha). Waktu dalam pukul 11 lebih malam. Aku baru balik pasar malam. Biasalah anak muda, tenaganya banyak. So, lepak kedai makan dulu. Pukul 11 baru bertolak balik. Jarak tapak kedai dan rumah aku tak dak la jauh sangat. Dalam 3-4 kilometer saja. Rumah aku ini terletak dalam kawasan perumahan tapi bukanlah jenis tipikal rumah teres. Boleh kata rumah kampung jugak lah. Boleh saja masuk ikut jalan taman tapi malam tu aku saja pilih jalan ban. Pada yang tak tau, jalan ban ni macam jalan kecil tepi sungai. Ah, aku kira istilah jalan ban ni dah universal kot.

So aku pun mulakan perjalanan. Sebaik saja memasuki jalan ban suasana riuh bandar kedengaran makin sayup. Memandangkan aku dah biasa dengan jalan ni, maka perjalanan pun seperti biasa. Moto ditunggang meluncur laju dengan tenang. Kejadian tak menyenangkan berlaku selepas aku tak sengaja menoleh ke kiri. Walaupun agak gelap, berbekalkan cahaya bulan, aku dapat melihat dengan jelas ada susuk tubuh berjubah putih sedang berdiri tegak ditengah bendang. Mukanya jangan ditanya la sebab aku tak nampak sebab gelap.

Aku cuba menenangkan diri. Mungkin orang-orang kot. Masa ni jangan cakap la, throttle Wave aku pulas habis. Memang fokus straight habis. Lepas tu berlaku kejadian yang paling celaka. Moto aku dengan jayanya mampus tengah bendang. Minyak habis. Entah macam mana aku boleh lupa isi minyak. Masa ni aku tak fikir banyak terus ambik fon nak call kawan. Memang aku fokus dekat jalan ja. Tak berani toleh kiri kanan. Lagi satu celaka, bateri habis. Aduh, inilah kekurangan smartphone. Beberapa kali aku cuba hidupkan moto dan fon tapi tak berjaya. Tuntun la jawabnya. Lagipun masa tu aku rasa dah tak jauh dah sebab tadi aku dah bagi full throttle.

Tengah sedap-sedap tuntun moto tu, aku nampak macam orang tengah mengail. Aku pun macam lega la. Memang biasa aku jumpa orang mengail tengah malam. Tapi abang ni memang berani la mengail sorang-sorang. Aku pun mempercepatkan langkah. Mungkin boleh pinjam fon dia ataupun sekurang-kurangnya mintak dia tumpangkan sat dengan moto dia. Agak malang sekali lagi, bila semakin dekat aku tak nampak pun moto dia. Gerek (basikal) pun tak nampak. Aku dah mula rasa tak sedap badan.

Bila semakin dekat aku perasan yang dia takdak kaki! Aduh! Macam mana orang takdak kaki boleh duduk sini malam-malam. Sorang pulak tu. Aku pun control gelabah. Bila dah lepas abang tu, aku pun dengan bodohnya toleh nak tengok. ‘Abang’ tu dah ghaib! hilang! Aku rasa macam nak tauk ja moto ni dalam sungai. Aku ni laju jugak la kalau lari pecut. Tapi memandangkan moto ni pak aku punya jadi terpaksa la tuntun.

Agak lama jugakla aku tuntun tapi akhirnya sampai jugak rumah. Nasib baik la ‘dia’ tak ‘sesatkan’ aku. Aku tengok mak & ayah dok depan rumah. Masa aku nak melangkah tu ayah suruh hold dulu dekat luar. Dia suruh aku baca ayat kursi dan ludah. Aku pun ikut tak cakap banyak. Mak pun muka pelik ja. Adik-adik dah tidur. Mak suruh pi mandi dulu, aku pelik jugak sebab selalu mak tak bagi mandi malam-malam. Aku ikut saja sebab tak mau jadi anak derhaka haha.

Esoknya baru aku tau yang semalam pak aku nampak ada ponti ikut belakang. Bila aku baca ayat kursi terus hilang benda tu. Depa dua tunggu aku depan rumah sebab mak rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya pukul 2 baru aku sampai rumah. Aduhh. Kena sesat jugak la ni. Cilanat 3 jam aku duduk jalan tu. Demam jugak la 2-3 hari. Baru aku tau yang jalan tu memang port dia la. Aku bukan mangsa pertama. Huhu..

Terima kasih sudi membaca. Sekian dari saya, Zom.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]
Zomba

17 thoughts on “Ban Berhantu”

  1. Perghh , nie mesti jenis aku malas boh minyak , tngk minyak kalau lepas p , aku p . kalau tak lepas amik moto len lerr . sebek ak tak terkono lagi mcm nie , stakat menumpang sampai tayar bocoq biasalaaa.

    Reply
  2. Pergh.. best giler bro! Ringkas dan padat citer ni!

    Mmg seram la.. bab ‘mende’ tu diri tgh bendang n org mngail takdak kaki..

    Org lelaki gitu la kot.. mls isi mnyk moto.. dkat kontang baru dia isi.. (somi saya gitu orgnya juga)

    Klu org prmpn biasanya, sensitip tgk mnyak wlau tnggl 2 bar pun..

    Reply
    • Maaf sy nk tegur sikit. Bkn semua prempuan yg paranoid bila bar tinggl 2. Sy prmpuan jugak. Ok aje. Pnunjuk jarum tangki minyak dah tggl sikit lg nk hala ke empty. Tp alhamdulillah sy rileks n cool aje. Cuma nk beritahu x smua org sama. Harap Tatie x marah sy.

      Reply
      • alah..saya myk kelip2 dh dh..lek ja leh pi balik keja 2x jarak berkm²..
        (juah gile, satg balik mampuih keta padan muka aku)

        Reply
        • HAHAHA.. beb, sama la kita.. aku pn minyak dh kelip2 dok rilek lg drive gi keje siap en.somi marah sbb takut kete benti tgh jln.. inilah penyakit org konfiden level tahap tinggi nih .. 😛

          Reply
  3. Kes minyak abis sbb die sebat mutu pak dia…
    Kirenya pak dia ar yg kena isi minyak…
    Ni kesah tau naik jer x gheti nk isi, heheheheh…
    Lg satu mmg terserlah peel sambil lewanye tu ble bateri fon pn abis gak…
    Mmg compact padat padu arrr serangan yg ko kena mlm tu kan…
    Haahahaahah…

    Tapi syahdu plak rase ble mak pak tu dok tggu smpi kol 2pagi…
    Kasihnye ibu ayah membawa ke syurga…
    Huwaaa rindu arwah abah…
    Dlu klu g memane atau otw blk kg, mesti abah akan call/sms setiap setgh jam…
    Tapi skrg dh xde dah…
    Rindunye hati…

    Reply
  4. ok mmg menarik nampak org tgh mancing tapi bila dekat kaki dia xdak…… tap mmg klw naik muto malam2 ni perkara pertama yang xnak muto m**i tengah jalan…dah lah tengah malam….tmpat gelap plak tu..aihhhhh

    Reply
  5. Muncul lagi seorang penulis best…. Cerite la lagi!!!!!
    Hai!! Kak yulie!! Pengkomen tegar FS..rasà màçàm NK kenàl jer ngàñ kàkyulie Ni…

    Reply
  6. best la cita ko..ringkas pastu pham plak..kah kah kah..

    pergh..yg pling xleh move on..3 jam ko dok kat ban tu..kah kah kah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.