Bang, jom hantar dia balik semula.

Hi semua. First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita aku. Mungkin hambar bagi sesetengah pihak tapi aku sekadar berkongsi sahaja. Nama aku cukup aku kenalkan sebagai Fara sahaja. Sorry kalau cerita ni panjang sebab nak detailkn sikit and malas weh nak sambung pt 2 hehe.

Aku study dekat UiTM di Kota Samarahan (KS), Sarawak. Masa sem break tahun dua, aku sepatutnya balik hari Jumaat tapi aku tertinggal flight. Habis aku kena cuci telinga dekat mak aku. Kahkah. So disebabkan ticket mahal sikit esok hari, mak aku suruh aku balik 3 hari lepastu which is okay la sebab bf aku and roommate aku pun masih lagi dekat situ. So aku dengan bf decide nak pergi beach petang tu. Jejalan sebelum balik since bf aku orang Sabah and aku orang semenanjung. Lama cuti beb, rindu. Kitorang gerak pergi Damai Beach pukul 430 petang camtu sebab nak pergi beach tu dari KS memakan masa 45min-1jam. So aku dengan bf sewa kereta. Kitorang decide nak overnight malam tu kat luar lepak2 takde hala tuju macam selalu. Biasalah hari jumaat kan orang kerja lagi, so jalan agak jammed. Lepastu singgah sana singgah sini beli makan since aku ni kuat makan macam ada saka.

Dalam pukul 530 petang baru kitorang sampai dekat Damai Beach tu. Aku ni macam budak2 sikit so apa lagi, lari pergi air lah kan terus. Bf aku tengok je dari belakang. Then asyik duduk berborak kat situ sambil hisap rokok sebatang dua, masa dah menunjukkan pukul 630 petang. Bf aku ajak balik sebab dia tahu aku ni jenis takleh tempat macam tu sebab cepat sangat “benda” alah tu nak buat member. Aku kata kejap ah 5 min lagi, disebabkan aku bebudak nak main air kan. Melayu punya 5 minit, dekat setengah jam aku main air lagi. Dah dekat pukul 7 malam camtu, bf aku kata “dahla tu. Satgi awak sakit siapa nak tolong. Kata nak overnight lagi, jom blah”. Aku dengan muka sedih ikut je lah bf aku ni blah.

Lepas kitorang gerak balik dari beach tu, kitorang singgah dekat petronas Matang. Masa tu dalam pukul 8-830 malam camtu lah. Then bf aku kata, “awak isi minyak jap. Abg gi tandas.” Lepas 5 minit aku siap isi minyak, bf aku baru datang. Kat sini baru benda mistik berlaku…. ok tak. Sikit je masa ni hehehe. Bf aku masuk kereta, start enjin tapi tak hidup. Minyak dah isi. Nak kata rosak tak jugak sebab myvi baru kot. Enjin nak memain ke menda memalam ni. Aku dah cuak sebab dari tadi tak sedap hati masa bf aku pegi tandas. Dia baca2 sikit, enjin okay hidup apa semua. Kitorang decide nak pergi uptown lepastu late night movie. Last date katakn. Masa otw tu dalam pukul 9 malam camtu, kepala aku sakit macam kena pijak weh. Macam ada orang pijak kepala aku kat lantai. And sakit tu berterusan. Bukan datang kejap2 je. Bf aku suruh buka ruqyah sebab aku biasa je pasang ruqyah since memang selalu jugak “benda2” tu dekat dengan aku. Orang kata kalau kau nak tau benda tu dengan kau ke tak, kalau kau pasang ruqyah and kau mengantuk, sah lah tu! Kitorang lalu dekat satu jalan yang bebukit (aku lupa weh nama jalan dia kahkah sorry) tapi memang gelap sikit walaupn kiri kanan ada rumah. Keadaan sunyi and takdak kereta lalu. Padahal baru pukul 930 malam la kot masa tu. Aku mula la buka cerita dengan bf aku. Aku cakap, “bang, tak mengantuk ke? Sy mengantuk lah”. Bf aku kot nak sedapkan hati aku, dia kata, “haah mengantuk tapi mungkin sebab abg tak cukup tido kot semalam”. Lepas bf aku cakap tu, ada bunyi lagu tau. (Noted that radio masa tu off). Mulut celuparku mula berkata, “bunyi apa tu bang?”. Then radio hidup sendiri. Korang tau kan kereta myvi baru radio dia kena tekan2 camtu baru hidup. Aku dah tambah cuak weh masa tu. Bf aku sengih je, padahal dalam hati “tula kau mulut celupar” kahkah. Ok lepastu takdak apa dah. Kitorang pergi uptown makan apa semua, walaupn kepala masih sakit aku go on je sebab dah dekat 1030-11 malam, nak masuk kolej balik pun takleh. Dengan kereta sewa lagi. Kitorang lepak kt dataran uptown tu, then bf aku bukak cerita. Masa dia dekat tandas petronas tadi, tandas perempuan kt sebelah berkunci. Lepastu dia tetiba dengar suara orang berdehem (ehem2) kat tandas tu then ada bunyi flush. Dia taknak jatuhkan macho dia, dia buat dek je depan aku. Pukul 1130 malam camtu dia ajak gerak, lepak waterfront. Aku kata wokeyh meh sini aku drive. Masuk je kereta, kaki & kepala aku berat. Macam kena hempap batu. Aku kata kat bf aku, “bang, jom hantar dia balik semula”. Sebab masa tu aku tak tahan weh sakit, rasa nak gila.

Dia kata susah kalau pergi balik dua orang je. Dah nak dekat pukul 12 pagi masa tu. Kereta pulak dah buat hal kejap dekat petronas. Aku lagi dah macam sakit takleh bangun. Since dia taknak kitorang je gerak pergi tempat tu balik, dia call member dia kat UiTM suruh panjat pagar keluar teman kitorang pergi sana. Tapi katanya tak dapat sebab polis bantuan ada dekat gate tu. Maka aku dengan bf pun berhuhu sekejap. Then fikir punya fikir, dia kata dia try contact member dia (D) dekat unimas since unimas boleh je masuk bebila.

Dah contact apa semua, si D ni on. Kitorang gerak pergi KS ambil si D ni lepastu baru gerak pergi beach. Aku masa tu dah tak begerak sebab rasa macam kena bungkus then kena tindih dengan something. Dah tebaring aku dekat belakang. Lagipun aku segan masa tu sebab si D tu agak alim ah so dia ada lah jugak baca2 dalam kereta tu. Dia ceramah sikit2 kata tak elok pergi beach masa2 macam tu then berdua pulak tu. Rasa macam kena tumbuk atas muka, dush! Tapi nak kata, memang salah kitorang & perlu pertolongan dia sebab desperate gila nak pergi balik sana. Sesampainya kitorang kat sana, si D ni pulak rasa semacam je. Dia kata macam dua hati je nak turun ke tak. Aku dah berpeluh gila masa tu.

Lepastu dia park je bebetul dekat pantai, dia baca2 then dia cakap, “pergilah balik. Diorang ni tak sengaja bawak kau sekali. Minta maaf bebanyak sebab buat kacau kat tempat kau”. Dalam dua tiga minit lepastu, aku rasa lega sikit walaupun kepala masih lagi bedenyut rasa nak mati. Plan nak pergi late night movie pun cancel. Dekat pukul 2 pagi camtu, kitorang dah sampai dekat KS balik. Hantar si D ni balik unimas then kitorang gerak pergi Desa Ilmu (taman belakang uitm tu). Bf aku kata park kereta situ je then kita duk luar borak ambil angin. Kasi lega sikit aku. Dah duduk kat situ dengan ruqyah tepasang apa semua, aku kata aku nak tidur sebab tak tahan gila.

Sampai menangis aku sakit. Bf aku dah taktahu nak buat apa, dia suruh masuk kereta tidur. Aku taktahu la dia buat apa dari pukul 2 pagi tu sampai pukul 430 pagi, sebab 430 pagi tu baru aku tesedar and aku dah okay. Takde dah sakit kepala ke apa. Masa aku bangun tu, dia duk luar lagi merokok. Dia tanya aku dah okay ke. Aku kata “haah, macam takde sakit pun tadi”. Memang bebetul lega aku masa tu. Pukul 5 pagi camtu kitorang gerak gi makan dekat mamak kahkah lepastu balik.

Sampai sini je lah cerita aku. Banyak lagi yang jadi kat aku dengan bf masa overnight. Pasal cerita dalam family pun ada tapi mungkin next time lah. Kalau korang nak lagi, kasi la feedback ye. Terima kasih sudi baca. Bye!

18 thoughts on “Bang, jom hantar dia balik semula.”

Leave a Comment