Hai semua, terima kasih FS publish post aku ini. Sepanjang hidup aku ni penuh dengan misteri, kalau aku buat novel macam penulis buku Horror Stories, Tunku Halim mesti laku. Kali pertama aku boleh tengok menda misteri ini sejak umur sekolah rendah, dimana waktu itu aku banyak tolong ayah dan ibu buat wiring bangunan-bangunan baru siap. Satu hari, bila aku test line telefon rumah ke rumah tetiba aku terperangkap dalam satu rumah corner, pintu tak boleh buka dan masa itu aku nampak kelibat baju putih rambut panjang tengah seret bungkusan guni yang bergerak-gerak. Jarak lebih kurang 2 meter dari tempat aku duduk tepi soket telefon. Masa itu aku menjerit keluar suara jantan panggil ayah aku sambil menangis. Bila ayah aku dapat buka pintu, dia marah aku sebab aku terlalu penakut (dia selalu kata aku berkhayal). Bila mak aku bergosip dengan pak guard bangunan rupanya ada kes bunuh diri kat bangunan tu. Itulah permulaan dari segalanya. Post kali ini aku nak skip terus ke zaman universiti.
Alhamdulillah, aku sambung belajar di UKM Bangi duduk di Kolej Keris Mas yang penuh misteri dan cerita Allahyarham Ustaz Harun Din. Ada aku lampirkan cerita ini dihalaman blog aku, biawak goweng nadey. Dari tahun pertama bilik aku siap tilam berdarah (bukan darah aku la pastinya), buku Biology Campbell jatuh banyak kali, pintu bilik kena ketuk kuat, kena kejar anjing hitam mata merah, cermin pecah, hantu raya menjelma jadi roomate siap mandi sebelah menyebelah kongsi syampoo (sampai sekarang aku tak tahu syampoo itu siapa punya) dan banyak lagi.
Masuk tahun kedua ketiga, kecoh tentang saka harimau blok 12 lah. Masa fire drill, ada gadis bertukar jadi harimau sebelah aku, masa itu muka aku iras tenuk takut okay. Suatu hari salah seorang junior teater kami kena histeria, tetiba ada seorang Ustaz dari Darul Syifa Bangi tanya aku, “awak sure tak ada pendamping? Balik rumah tanya ayah elok-elok. Dia just nak lindung dari makhluk lain yang kacau awak tapi tanya jelah bapa awak”. Direct terus suruh tanya ayah? Perghhh masa itu, selepas habis latihan teater aku terus merempit ke rumah pukul 3 pagi. Bila tanya ayah diam, dia warning aku supaya jangan sebut atau seru dan jangan fikir tentang saka Pendekar Hitam yang kecoh dalam legasi keluarga kami. Dia sendiri tak tahu. Dari situ aku syak aku BERSAKA (gelak, sebab rasa kelakar main syak-syak).
Selepas habis belajar, kawan aku masih ramai di Bangi ada yang lanjutkan pengajian. Maka seronok-seronok aku pindah Bangi dengan alasan nak belajar hidup sendiri. Angan-angan itu bertahan beberapa bulan dan aku kembali ke Gombak. Aku duduk apartment area Kajang-Bangi, seksyen 7 (hint dekat dengan sup urat keting) bersama 3 orang geng UKM. Duduk dengan kawan ini best weh, berjoyah 24jam, galok masing-masing, nak keluar balik lewat pon tak ada masalah, main masak-masak lah. Bermula kisah misteri satu per satu terjadi. Mungkin terlalu banyak peristiwa berlaku sampai aku lupa urutan kisah kami.
Bunyi guli, bunyi orang buat sambal belacan dengan lesung batu pagi-pagi buta dan alih perabot tu macam dah biasa kami dengar. Pili air terbuka tu pun biasa, macam senaman kami ulang-alik tutup paip. Suis lampu terbuka sendiri, mungkin ‘menda’ tu nak berdisko. Bilik senior kami, Kak Joyah (betul doh nama dia Joyah aku tak main-main) ni memang bersih dan tersusun rapi barang-barangnya. Bilik dia ada satu teddy bear besar aku, kadang-kadang Kak Joyah confuse mana satu aku mana satu teddy bear. Bila Kak Joyah keluar dating, teddy bear dia bergerak weh! Dia baring atas lantai la, sampai kami pelik siapa yang masuk alih menda alah ni? Acah-acah Annabelle Doll pulak.
Cerita tentang Kak Joyah belum berakhir, ada satu hari aku tengah tekun bekerja tetiba roomate aku si Timah (betul doh nama dia Timah, Fatimah) hantar gambar selfie Kak Joyah. Aku macam “kenapa doh nak lesbian sangat bagi gambar Kak Joyah?”. Sekali Timah kata “tengok belakang kat Joyah ada kelibat lelaki hitam”. Aku terus sawan, zoom in banyak kali. Weh gila macam mana aku nak balik ni? Seram doh! Kelibat lelaki tu dah photoboom masuk dalam gambar, macam separuh badan serupa macam orang yang tengah mengintai. Jelas gila, kelibat lelaki tu. Sejak itu aku cuak nak selfie lagi-lagi dalam rumah tu.
Alih cerita Timah pula, dia adalah roommate aku dan dia ni kerja sambil belajar. Kerja dia keluar masuk hutan ambil sampel serangga dan katak. Sebabkan kerjayanya begitu, dia selalu je kena ganggu tapi dia jenis tak ambil kisah sangat (tak layan emosi sangat dengan gangguan). Ada orang buka pintu masa dia mandi, bila dia periksa tak ada orang pun balik rumah lagi masa tu. Setakat pintu berdentum masa tengah syok tidur tu biasa sangat. Bukan ada angin kuat pun dalam rumah tu. Ada satu masa, saudara dia datang tumpang tidur kat rumah, ramai-ramai kena kacau. Saudara dia dengar budak menangis tepi sinki kat dapur masa bangun pagi nak minum air. Pintu berdentum beberapa kali dan kemuncaknya bila dia rasa ada sesuatu atas kepala dia, sejak itu dia trauma nak tumpang tidur rumah kami lagi.
Dalam bilik kami ada dua katil asalnya, pastu sebab aku berat macam badak, patah besi katil maka aku tidur kat tilam atas lantai je la. Bila tak ada katil, aku malas la nak bangun-bangun so aku selalu lepak dalam bilik. Aku selalu pinjam laptop si Timah ni tengok DVD Kamen Rider.
Satu malam, tengah asyik tengok Kamen RIder lagi-lagi masa tu part konflik so aku sangat-sangat fokus siap pakai earphone. Si Timah ni galak gosip dengan Kak Joyah dan Kak Senah kat ruang tamu. Tetiba si Timah ni datang bilik duduk atas katil panggil aku ajak berborak. Aku bengang betul potong stim fokus aku. “Kau nak apa kacau aku tengah syok ni”, aku annoying tapi aku buat muka fake nak layan dia gak. Aku pause cerita Kamen Rider tu (aku seorang yang lebih pentingkan Kamen Rider dari si Timah, so kalau aku pause tu maknanya seruan gosip si Timah ni POWER).
Pastu si Timah nak pergi jamban pula, sebab gelak macam haram tadi sampai nak terkencing. So aku play balik Kamen Rider. Tak sampai berapa saat dia dah keluar sambung gosip. Aku masa ni dah menyampah nak sambung cite Kamen RIder sebab feel tu dah tak sampai dah sebab kena kacau. So aku pause lagi dan layan semula si Timah. “Kejap gila kau kencing, kau basuh tak?”, aku sound, nasib baik tak kena pijak. “Basuhlah gila”, naik suara si Timah. Kami sambung gosip, sekarang si Timah masih duduk atas katil menghadap aku.
“Dengar la cerita aku ni… bla blaa blaaa” aku lupa kami cerita tentang apa tapi memang gosip kelakar sampai aku nak terkencing gelak. Dari keadaan baring malas aku jadi panas bontot terus mengiring tongkat kepala sambil layan si Timah bergosip. Sekelip mata tetiba je jasad si Timah baru masuk bilik buat muka lega selepas buang hajat. Aku macam terus terkejut, bukan sesaat tadi si Timah depan aku duduk atas katil gelak-gelak bergosip, sekarang si Timah kat muka pintu baru nak masuk bilik ?! Dalam masa terkejut tu aku sedikit terjerit melatah “Ehh!!” Aku pandang tempat Timah duduk tadi dengan Timah yang baru masuk. Timah yang atas katil tadi siapa doh?
Si Timah ni terkejut la bila aku terjerit “Ehh!!” pastu riak muka aku masa tu betul-betul terkejut beruk. “Kau kenapa Nadey?”. Aku terdiam sekejap hadam apa yang berlaku. “Wehhhhh sumpah!! Aku baru je berborak ngan kau, kau duduk depan aku ni ha! Aku sanggup pause kamen rider sebab layan ko berborak ni. Siap kite gelak-gelak lagi!”, masa ni aku terus bangun terangkan kat si Timah. Masa ni kami berdua dah start meremang.
“Aku pergi kencing la gila! Ni aku baru masuk bilik ni haaa. Kau jangan main-main Nadey”.
“Mandi?”. Ah sudah, aku cakap dengan siapa tadi? Masa ni, aku terus off Kamen Rider bukak surah ruqyah. Bila dah cuak, banyak tenaga aku guna masa cuak tadi so aku lapar. Aku buat-buat alasan lapar untuk keluar dari bilik. Mungkin hantu raya si Timah itu masih dalam bilik, so janganlah obvious sangat ketakutan tu.
Sejak dari kes hantu raya tu, kami pasang surah Al-baqarah non-stop selama 3 hari. Hari pertama, kami dengar Kak Joyah mengigau macam mengerang-ngerang kat ruang tamu. Kami tahu dia jenis mengigau sleep walker gitu, so itu MEMANG aktiviti paranormal Kak Joyah yang normal. Tapi malam itu dia mengerang lain macam, si Timah ni terjaga tapi dia malas layan, dia pejam mata rapat-rapat dan paksa tidur semula.
Hari kedua pasang surah Al-baqarah, aku biasa tidur bukak lampu kecik ala-ala romantik sebelum tidur baca novel (padahal aku takut tidur dalam gelap selepas apa yang terjadi). So aku tertidur menghadap dinding sambil peluk DVD Kamen RIder. Pagi itu, si Timah nak ke jamban dan dia bangun tanpa pakai spek mata. Ya, dia memang rabun teruk tapi still boleh tengok jelas dari dekat walaupun sedikit kabur. Usai laburannya, dia masuk ke bilik tetiba terkedu bila dia nampak ada kelibat hitam atas kepala aku sambil perhatikan aku tidur. Dia yakin dengan apa yang dia lihat jelas sebab masa tu lampu romantik itu masih terbuka. Dia terus melompat atas katil paksa tidur. Al-baqarah masih berbunyi dari laptop itu, tetiba ada suara dekat dengan telinga si Timah macam menganjing bacaan surah yang kami pasang tu. Kalau kau? Cuak tak. Memang mende tu tak takut ayat Al Quran siap menganjing apa perasaan kau? Hanya zikiran, ayat kursi yang diulang oleh si Timah sehingga dia tertidur semula.
Bangun je pagi, aku biasa bangun awal sebab kalau aku gerak ke kerja lewat habis stuck jem. Bangi ke TTDI KL memang gila jem dia weh. Si Timah bangun terus cerita apa yang jadi kat dia semalam. Part nampak kelibat dan hantu raya menjelma sebagai Timah itu kes biasa lagi tapi part bisik kat telinga menganjing surah Al-baqarah tu bagi aku maksimum melampau. Yelah, kau nak halau dia tapi dia tak lut pula dengan ayat Al-Quran. Macam mana kami nak terus duduk rumah macam ni?
Masa itu, kami betul-betul rasa seram maksimum, sampai aku nak solat dalam bilik dengar orang hembus-hembus nafas kuat. Terus aku bagi salam walaupun belum sempat sempurna rakaat pertama aku. Sejak tu aku memang solat kat ruang tamu biar semua tengok aku solat. Malam tu kami paksa seorang rakan lelaki kami, Anas ni datang rumah kami. Sebab dia kata ada kawan yang boleh halau hantu. So malam itu dia dan geng-geng datang rumah. Kawan Anas tu bagitau dia dah halau dah hantu tu. Tapi macam-macam jadi lagi selepas tu. So kami buat keputusan balik ke Terengganu berubat dengan saudara si Timah. Dia ada kebolehan buat bedah batin buang hantu dan saka. Awal-awal dia ingatkan kami untuk ambil gambar area dapur, ruang tamu dan bilik.
Mulanya kami masuk rumah saudara si Timah dia terkejut tengok aku “Berat nim, ini ketua jin!” dia siap tegur kawan dia. “Weh… budak ni ada bapok jin weh”. Bayangkan muka aku masa tu? Blur, cuak sehingga terjongang aku tengok reaksi saudara Si Timah. Bila tengok muka aku, si Timah volunteer dirawat dahulu, selepas itu Kak Joyah. Masa itu, saudaranya cakap dalam bilik Kak Joyah ada langsuir.
Allah! Cuba bayang selama ni kami nampak orang dalam bilik Kak Joyah rupa-rupanya Langsuir?Mungkin dia bengang dengan teddy bear Kak Joyah sebab tu dia campak kat bawah. Semua mahkluk gangguan dia tarik dan masukkan dalam botol. Setiap botol mesti berpeluh lain macam seperti orang bernafas dalam botol tu. Dia ambil handphone snap gambar. Ada yang jelas ada yang tak jelas. Ada satu botol ni jelas nampak rupa sami (dari jauh macam cahaya kuning), ada yang rupa pocong dan yang rupa macam perempuan. Mulalah aku cuak. Sampai je giliran aku, dia mulakan dari kepala ke bahu. Lama gila dia nak tarik mende tu masuk botol. Apa aku rasa? Aku rase biasa tapi berangin macam ada menda bergerak dalam darah aku.
Habis je rawatan dia kata ” Nak dekat 50 ekor dalam badan awak, paling jelas ketua jin tu ade tiga ekor anok dia” terus dia snap gamba dari botol. Aku ada je simpan gambar tu. Jelas gile siap bertaring. Gambar itu aku tunjuk kat ayah aku dan dia terkedu. Ha.. baru dia tahu aku bukan main-main. Saudara si Timah nasihatkan aku “tapi saya tak boleh buang saka awak sebab dia tak ada kat sini”. Aku tunjuk gambar family aku, “Dalam gambar ni, dari lima orang saya nampak menda berat sangat pada ayah dan awak”, memula kami gelak sebab semua orang dalam gambar tu bersaiz badak, memanglah berat.
Kalau awak semua tak percaya rawatan saya, boleh tanya mana-mana pengamal dan Darul Syifa dia mesti nampak bekas jahit bedah batin ni. Lepas rawatan dia beri amaran tiga hari tak boleh makan pisang, satey, makan pedas dan banyak lagi. Tapi entah macam mana petang tu kami semua terlupa bila nampak pisang goreng. Malam itu, saudaranya terpaksa datang dan jahit semula luka terbuka. Malam itu juga dia tarik hantu raya dari gambar rumah kami.
Dia kata besar kita kot hantu raya tu kat bahagian ruang tamu dan dapur. Mungkin yang photoboom dalam selfie Kak Joyah tu hantu raya. Dalam beberapa bulan aku duduk di Bangi dan terpaksa pindah semula ke Gombak kerana nak jimat duit LOL. Kau rasa logik ke alasan aku? Kalau aku free aku sambung lah cerita aku, banyak sangat aku nak cerita. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hahaha , sumpah best ! nt buat sambung naa kami naa , sat sat na tanya anas ? adakah anas tu kwn kami , nama penuh dia ap ?
Anas tu of course nama lain nanti bini die marah sy gune nama laki dia… heheh
Nadey ni nma penuh apa
hahahahahah nadirah dulu kawan sekolah india yg bg aku nama ni…. napa name ni mcm laki ke??
boleh tahan weyh . rancak hantu2 kau
Rancak weh, pas aku pindah gombak memang tak kacau dah. Mungkin dia tak suke aku dok bangi kihkih
Rmh sy dekat taman sepakat indah.. Tak jauhh pun dri sup urat keting tu..
heheheh dah dekat la tu hehehhe pe2 pon take care ok
Sambung lagi.. plizz
Actly kan cerita tentang kat UKM tu sy tulis dalam blog dulu… boleh la bc sini dulu heheh http://nadey-nadeyslam.blogspot.my/2013/10/ukm-kolej-keris-mas-berhantu.html
kamen rider..kah3
Henshin!
Kak Joyah…
Kak Timah…
Kak Senah…
Mak Jemah sgt nama kwn2 ekau ekk…
Mcm heipening jer memsg…
Haahahhaa…
Sonookkk…
hahahahha, kami berjoyah 24 jam. Meronggeng area bangi tu yang kene tegur tu hahaha smpai ikut balik rumah hehehe
Dlu akk dip study kt bangi gak…
KYPM tuuu…
3tahun dok sna…
Akk sgt sgt sgt suke Bangi…
Moden+islamik…
Manusianya mcm high class sket cara pemikirannye…
Semenggah pe’elnye…
Akk dh go tru bbrpa artikel dlm blog nadey tu…
Kagum sgt dgn penceritaan jenjalan yg dgt detail infonye…
Baguih sesgtler…
Saya suke sgt dengan Bangi… lg2 bab makan hahahaha
Jalan2 tu masih amatur… kalau silap minta tunjuk ajar ya
lawak penceritaan dia..hahaha..best
Terima kasih, sebak dan terharu sgt kuhkih…. padahal sy xreti nak cerita seram mcm mana sbb diri sendiri jenis gelabah hahaha
Kak nadeyyyyy…saya pnah lawat blog akak
Haura ….. yeeee akak saje je hantar cite kt sini hehehehe
patut la rase lain mcm je lalu kt UKM tu…byk sgt berkampuing kt situ rupanya…huhuuhu
Cer try masuk jalan-jalan rasanya dorang tak strict sgt org masuk kuar hehehe
uishh…mmg idok le teman nk carik pasai….huhuhuhuhuh….sbb dh tau kesahnye nnt asik terbayang je…
UKM mmg guardnye sgt sgt x kesah org luar kuor masok…
Akk dlu selaluuuu kuor msk UKM tu sbb geng2 usrah dr sna…
Dlu akk gelarkan guard UKM tu Pasu Bunga…
Hahahahah…
Sbbnye mcm xde fungsi jer dok post guard tu…
aku jns xbole nmpk tp slalu dgr je..cuma aku pelik npe mende ni suke sgt dok blkg aku.mcm time bdk ostel aku kna rasuk mst budk tu akn tunjk dkt aku surh pegi2 bila sldk2 rupnya bnda tu dok blkg aku.time aku pg kemensah 2x first pegi umh lame.dkt situ mende tu pon dok ats aku kira aku dkt bwh then dkt bahagia ats rumh tu die dudok.lg satu mse tgh buat bbq mse tu buat dgn famly membe aku.membe aku tu nk buat birthday party wife die so ktorg buat dkt situ.die ade 2 org anak.anak pompuan die jns bole nmpk bende halus.nk dijadikn cerita mse tiba aku toleh dkt pokok pisng blkg aku.aku plk knpe dkt pokok tu salah satu daun pisng goyang kuat gila pdhl angin pon xde.pastu aku buat dek je tiba2 budk keck pompuan tu ckp cmni “ibu2 tu ha eee buruknya muka die ibu die dudok dkt situ..ee klaka la ibu muke die ” aku ape lg rse mcm nk terkencg n last membe aku ckp ala kakak xde ape la mne ade ape dkt situ then die ckp dkt aku sorry tau ank saya mmg mcm tu.hihihi
wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ko xsakit bdn ke weh. Aku sampai berubat tau, 1 badan sakit. Tapi kes kau ni smpai budak2 pon nampak means arghhhh seram. Ko ade try berubat x? Takut juga kalau pendamping ni jenis syg kat kau nanti teruk orang sekeliling kau. Lg2 kalau dh berumah tangga
xde contact number sedara si timah tu ke ..
Kisah ni 2 tahun lepas, bila aku tanye si Timah dia kata si Yie dah pindah. Pastu tak dapat contact. Ramai gak mintak tolong dia berubat ni
nnty kalau ada bgthu boleh x nadey .. sian nenek aku dah lama bpuluh tahun sakit .. dan nadeyyy gileeeerrrr jatuh cinta dengan blog kauuu .. hari2 dah ketagih terjah bace cerpen kau .. omggg nak signnn
in sha Allah kalau ada aku roger tp biase skrg kalau jd apa2 aku g jumpe ustaz area umah aku ni ha… kat markas pas gombak. Nenek ko dh try mcm2 ke weh? Ya Allah susahnya kalau bab ni… sbb nk cr org yg betul2 leh buat susah. smuga dipermudahkan urusan. btw cerpen mane yg ko suke… kt blog aku ramai bc kawen pakse tu je wakakak nmpk sgt ramai nk kawen pakse kihkih
Dekat je dengan rmh sy kat Greenwood..
Oh mat yie , macam nama aku je
hehe ke ko yang berubat bedak batin aku? kihkih
2 hari aku Latihan Umum Sukarelawan Sea Game Kat UPM… Dok Kat Kolej Pendeta Za’ba… Ada jg bdk dok Kat Kolej Keris Mas…
Perghh… Nseb blk kolej tok tido je
UKM…
UPM? hahahah Zaaba tu pon mcm2 cerita weh. Pernah dengar x budak sains Kimia meninggal jatuh bangunan? Budak tu batch aku, dia ni kire alim la tapi dia asik kene ganggu je. Nak jadi cerita lepas kes dia terjun tu roomate die pernah cerita la… sebelum ni budak tu mengadu yang dia asik kena ganggu, pastu malam-malam dia selalu nampk roomate dia tu duduk atas katil sambil tenungg tajam kat arah dia. heheheheh kau duduk blok mane. Dulu viral 1 ukm gamba pocong kat tempat letak kete. aku pon lupe simpan mana gamba tu
Penulis ni lelaki ke perempuan
perempuan 😀
Perempuan hehhe thanks zek senader
bagus jugak kau cite seram2 pasal bangi ni. so xpayah la aku nk lalu jem pagi2 nnt. naik pishang aku tiap pagi jem nk g kelas. keep up this story ok.
anas kebetulan lak nama kau dlm cite aku…. btw bangi sekarang dengan jem adalah sahabat xleh dipisahkan… smuga kau bertabah mengharungi jem… sbb tu aku pindah smula ke gombak.
tengok gambar2 yang dapat tuuuu pleaseee..
smlm kan kol 3 pg aku terjaga pastu aku xleh tidur.. then aku bukak external aku cari balik semua gamba…. tetibe aku terbuka gamba viral pocong kt kolej zaaba UKM tu terus aku tertekan ape tah…. hilang gamba tu. Masa tu aku dh rasa seram terus bukak lampu bilik. Aku cari balik gamba2 botol tu nanti aku upload dlm blog
Assalammualaikum…berani la korang semua.Aku yg jantan nih pon blom tentu berani.Actually kat umah aku pon ada gak bunyi2 air paip la…bunyi guli ngan meja bergerak la.Tapi aku malas la nak mengarang.Jangan dia tunjuk muka kat aku udah la.Kat area umah aku nih dah ler ada sejarah org nmpk poc 3 beranak kt pokok pisang hutan depan tu.Area umah aku pon namanya ada kaitan dgn rimba.Biarlah rahsia dulu la ya….
aku ni penakut gile kot….. tp aku suke cerita hantu. Idoklah macam seekers tu siap mencari bagai… doa smuga Allah xbukak hijab ko nmpk bukan2… lg2 ko tau history area rumah ko so jgn kuar lewat2 mlm kihkih
Rimba??Rimba mas ke??
utk kkm, aku admit bende ni. thn 2012/2013 aku ade kwn duk dlm kkm ni. blok paling belakang yg dkt dgn gate yg turun bukit ke perumahan bkt puteri belakang tu. masa tu, kitorg berempat, bru lps meronggeng kt kl. kami hantar minah tu balik kolej dlm kul 11 lebih. lps hantar minah tu, kwn aku merangkap driver, terus drive keluar. sblm sampai kt gate, aku ade nampak org berdiri kt tepi kereta yg parking kt tepi2 blok tu, tp pakaian die cm semacam sikit & sgt menarik minat aku. pakaian mcm pesilat lps tu mcm ada kain selepang corak jawa atas bahu die. kitorg melepasi dia, & aku siap toleh sbb nak tgk muka dia. tp disebabkan mcm terhalang (org yg agak tinggi duk dalam kelisa, paham2 je la pandangan tu mcm mana) plus kenderaan tgh bergerak, aku tak sempat nk tgk die betul2, so, bila lps je dia, aku terus toleh kebelakang. bila aku toleh, takda langsung kelibat tu. fyi, aku back seater. xkan dlm masa sekilas je die boleh hilang kan??? (tinggalkan bnyk sikit tanda soal)
OMG!!!!!!! tu blok 14 blok paling hujung. Sbrnye pasai org yg pasai baju silat tu slalu kami dgr gak! aku xsangke ko pon salah sorg dr mangsa. Blok hujung tu slalu je org kecoh nmpk ponti terbang2 penah je org cerita pasai keranda terbang pon weh. Aku penah tidur dalam bilik senior aku kt blok tu, nak pergi jamban ya Allah… better aku pendam je sampai siang. Plus blok tu banyak bilik kosong yang ade pagar dan berkunci… bilik tu xde plajar pon duduk. mcm bilik tu org asing sbb byk gangguan
blok2 kat stu pon berapa bnyk thn terbengkalai… blok yg dpn2 tu pon masih terbengkalai kan??? dah lama xmasuk ukm.. fyi, makcik aku ada duk dalam perumahan belakang tu, sbb tu aku selalu ulang alik je kt stu.. yg aku rasa selamat, kat cafe je la.. hahahaha…tp, tingkat atas kt cafe tu, aku ada rasa sikit.
yeke… aku slalu g area blakang tu sbb aku budak zoology makmal dan rumah haiwan semua kat blakang… tiap kali nak g makmal mmg aku mengucap je… btw banyakkkkkkkkk sgt kisah blok terbengkalai tu. seekers pon penah dtg
Wah aku pun rajin layan blog ko nadey,seronok bace cerita si P.Hitam tuh
#biawakgoweng
thanks weh!! btw cerita panglima hitam tu half betul. smpai skrg family aku xtau sapa owner panglima hitam. Nak kata ayah aku dia kata dia tak pernah terima. Masa dia kawen dulu, dgr kata gelap dunia tok kadi jap smpai demam2… tp doa2 la bukan ayah aku.
nadey, ko ni asal utara ke? sbb sleepmate aku pon mcm ade cerita keturunan belah dia ada pasal panglima hitam ni. belah arwah tok dia. seminggu lps kitorg kawen, aku duk sorg dlm bilik, dia keluar melepak jumpa kwn die.. kul 2 3 pg aku tersedar, aku nampak ujung kaki aku ada 2bende, atas kepala aku ada 1 bende. suma dalam bentuk bayang hitam. bila 2 yg depan bergerak nk dekat dgn aku, yg atas kepala ni pon akan bergerak ke depan mcm nak halang. bila yg 2 tu mengundur, yg atas kepala pon mengundur jugak. bila aku cerita kt sleepmate aku ni, die ckp tu keturunan tgk anak cucu. dia suruh abaikan je. ermmmm~~~
aku org pahang, mak kuantan ayah bentong. Pernah kwn aku kata byg2 die mmg blakang aku… hitam je… aku mls nk caye tp bile lebih dr 2 orang tegur ko mende yg same mesti pelik kan. menurut family aku mmg bende tu dia jaga anak cucu pemilik tu je… kalo mcm kes ko seram gile siap nmpk… tp seb baik xkacau… kwn aku kene sentak kaki kot mase tido….
Aku penghuni kkm blok 14 selama dua tahun, macam-macam aku dengan jiran aku kena. Siap bangun tidur dengan bekas cakar-cakar lagi. Tapi blok tu la paling best sebab tak semak dan memekak macam blok lain. Buaian belakang blok tu pun keras juga, banyak kali jugalah aku nampak sebab aku suka tutup tingkap pukul 2-3 pagi. KKM mmg seram pun. hahahha
Yeke batch tahun berapa? Aku tahun 2007-2010 duduk blok 11,10 & blok 3
Kalau nak cerita kumpul pengalaman penghuni2 sure boleh buat buku… kawan aku teruk kena kecau kat blok 14 siap mintak felo tukar bilik
Masa ni bukak ukm ni 1 bas arwah ustaz haron din buang jin,walau pun dia menafikan.. Tp sbnrnya hakikat.anak murid nya sendiri yg cerita.
Tu la pasai masa first year awal2 tahun ni kes ni naik… masa tu kecoh ada budak kena rasuk sampai terapung2 Allahyarham Harun Din datang KKM tolong berubat. Kes pasal bas tu ramai saksi tp mungkin ada sebab dia bg kenyataan kt media mcm tu.
Haah aku pun ade lg simpan gmbr botol yg di dalamnye ade pelbagai spesies jembalang. Sape nak tengok bg e-mail
ko punya tu gmbar dkt ukm k tak? klau ukm, aku nak tngok
Jin islam kot sbb tu xlut atau bolh baca balik..atau surah dibaca tu tak sesuai..ibarat kita sakit kepala tapi pegi sapu minyak angin kt perut..bukan masalah lut tak lut.
Mkcik ukm dulu.keris mas kira kolej baru ms zamn mkcik..dh tawaf @tido semua kamsis/kolej.penah jln kaki sorang2 mlm pukul 12lbh dr kolej C ke area msjid.takde apa2 aman..alhamdulillah..cuma ssetengh koleh sgt sosial.mmg padan la kan.bila lupa Allah..gitu la jdnya.
Kt kolej c pun ada kt nmpk ponti ke lngsuir..atau pgguna public phone xdk kepala..tp tu la..rezeki mkcik xpnh btembung
ade clue tak kolej c tu kolej mana??
Sambung lg nadey…memang layan cerita ko ni✌
Blog apa pls…
Nak layan gak.
Link atas tu tak boleh buka. Huhu