Assalamualaikum admin dan rakan2 semua.. Saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika berkerja di sebuah kilang di pulau pinang. Mungkin tidak begitu menyeramkan tp kisah ini terjadi di malam raya dimana beberapa technician diminta untuk membuat OT. Malam tu hanya ada dalam 10 org tech dan mugkin dalam 18 org operator.
Kisah ni bermula pada pukul 3 pagi. Masa tu saya rasa dahaga sangat2. Kantin ketika tu ada membekalkan air percuma kepada pekerja yg datang OT pada malam itu. Kantin tu hanya beroperasi pada pukul 9 malam, 12 mlm, dan 4.30 pagi. Setelah rasa dahaga yang sangat2, saya pun mengambil keputusan untuk pergi ke kantin. Semasa on the way (otw) ke kantin tu, saya sempat mengajak seorang rakan saya untuk pergi bersama, tapi masa tu ada kerja sikit. Mesin down katanya dan dia cakap dia akan join saya kejap lagi. Saya pun tanpa menunggu rakan saya tu, saya terus gerak ke kantin. Kawan saya tu saya panggil dia, Ed.
Sampai je di kantin, saya terus ambil gelas dan minum. Tiba2 saya ternampak seperti ada orang di dapur kantin. Saya ingat bangla yang jaga kantin tu. Saya pun panggil la dia, “Baiya, buat teh ais satuu”. Tapi tak ada respon dari bangla tu. Saya ingat mungkin dia tak dengar saya panggil dia, maka saya pun pergi la ke pintu dapur untuk memanggil dia buat kali ke dua. Sampai saja di pintu dapur tu, saya nampak dia hanya berdiri menghadap tingkap dapur tanpa berpaling kepada saya. Saya pun panggil dia sekali lagi dan kali ni dia pun pusing berpaling menghadap saya. MasyaAllahh.. yang saya nampak tu bukan bangla yang jaga kantin tu, tapi makhluk lain! Mukanya menyeramkan. Muka dia macam terbakar.. hitam legam! Kulit dia yg hitam tu macam ada lendir2… Darah kot. Mata dia pula tak ada, belubang. Macam orang mati kena bakar je. Saya pun apa lagi, terus cabut lari la. Bila kita dalam keadaan takut dan terkejut ni, secara automatiknya lutut kita jadi lemah. Tapi saya kuatkan semangat dan terus lari masuk semula ke production.
Setelah sampai waktu rehat yang ke tiga iaitu rehat pada pukul 4.30 pg, Ed datang berjumpa saya, dia bertanya,”mana hang pi tadi? Aku mai kantin takdak org pun”. Kemudian saya tanya dia tak ada apa2 yg pelik ke masa dia di kantin sorang2. Kemudian Ed pun bercerita, dia nampak saya tengah hisap rokok sorg2 kat smoking area. Mana ada saya hisap rokok kat sana. Saya terus lari masuk production ada la, lepas tu dia pelik, pastu dia ada cakap yang masa dia otw ke smoking area, tiba2 saja saya hilang. Itu saja kisah yang tak berapa seram saya. Hihihi.. Sy x brapa pandai becerita. Maaf ya admin.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kalo kt kilang tmpat keje aku die slalu menyamar gak,yg pelik nye die x nk jd operator tp nk nyamar jd leader,supervisor n executive je..dh bnyk org kene termasuk aku sndiri..
aku suka btl komen hang …
kalau jd operator byk kerja siap ..nak ada pangkat ja.. memilih jg eh..haha
adoi, gelak trs baca comment korg ni ha… 😀
BEST!🤗
Teruskan berkarya!
hurmm..benda2 mcm nie da biasa menyamar