Bantal Panjang

Hai Assalamualaikum pembaca FS, Aku banyak baca cerita dari korang semua best. Aku nak ceritakan pengalaman aku yang seram bagi aku tapi tak tahu la bagi korang seram ke tak. Aku ada satu tabiat ni iaitu tabiat yang suka tidur peluk bantal panjang. Bantal panjang yang macam bentuk pocong tu tapi waktu first tidur takdela fikir tu pocong ke apa. tapi kalau takda bantal tu aku memang tak bole tidur.

Malam tu aku tidur dalam pukul 11 macam tu. Selalu tidur dengan kakak tapi kakak aku balik hostel so aku tidur solo la. Malam tu aku rasa lain dah dengan bilik aku tak tahu sebab apa. Bantal aku pulak lain macam je malam ni. Aku biarkan jela perasaan je kot.

Tetiba aku terjaga dalam pukul 2 macam sebab terdengar bunyi lompat atas bumbung. Time tu dia punya seram tak payah cakap la. Nak kencing pun tak jadi. Aku lari tidur  kat bawah (rumah dua tingkat). Aku nak masuk tidur dengan adik aku tapi dia kunci pintu. Time tu memang aku nak maki hamun dah.

Aku dengan terpaksanya tidur dekat depan tv. Dekat cermin tv tu aku boleh nampak dapur. Kat dapur macam ada orang perhati je. Ah, lantak la. Aku tidur je la sambil peluk bantal aku tapi aku rasa bantal aku tak bawa turun tadi. Benda apa pulak aku peluk ? Ah sudah, takkan nak tumpang sekali kot benda ni. Aku buat mcm takda apa. Padahal time tu takut gila. Bantal aku rasa lain. rasa keras sikit.

Esoknya, mak aku kejut aku tanya kenapa tidur bawah. Aku cakap panas padahal takut. Aku bangun tengok bantal panjang aku. Guess what ? Bantal aku takda wei. Aku tengok dekat bilik ada elok je atas katil. Benda apa aku peluk semalam ? Rasa nak menangis tak berlagu dah time tu wei. Aku tengok tangan aku lebam. Ah sudah! Benda tu buat apa kat aku ni. Start dari tu aku tak berani tidur peluk bantal panjang tu. Kalau kakak aku balik, aku peluk je la dia.

So , inilah kisah aku. Seram la bagi aku. kepada sesiapa yang tidur guna bantal panjang tu aku syorkan korang tengok dulu bantal ke tu? Jangan jadi macam aku. Tak pasal pasal peluk pocong. Pocong tu pula seronok la dapat peluk. Terima kasih sudi baca.

6 thoughts on “Bantal Panjang”

Leave a Comment