Assalamualaikum. Aku dah masuk 4 series, perempuan, anak campuran malay/indian, berkawin dan tinggal di Klang Valley. Pengenalan di atas berkenan keturunan aku ada kaitan dengan kisah yang bakal aku cerita, itu pun jika pihak FS sudi paparkan, terima kasih.
Aku mulakan kisah berkenaan ibuku, masa tu dia berpantang sebab melahirkan aku (sulung) di sebuah kawasan di Selangor yang dipenuhi dengan lombong tetapi sekarang maju membangun. Ketika itu bapa aku bekerja sebagai pemandu lori kayu balak, sering out-station dan ibuku terpaksa berpantang dirumah abang bapaku yang sudah berkeluarga yang berlainan bangsa dan agama tetapi atas semangat persaudaraan, ibuku tidak kisah untuk menumpang dirumah abang ipar (jangan tanya mengapa ibuku tidak balik kampong sebab sampai sekarang aku sendiri tak pernah tanya soalan tu). Buat pengetahuan pembaca, kawasan perumahan di sana belum ada bakalan elektrik cuma ada generator itu pun ikut masa, tepat jam 10 malam generator akan berhenti dan semua penduduk akan guna lampu gasoline atau lilin begitu juga dengan bekalan air, itu pun tunggu giliran dan tidak mengira masa.
Nak dijadikan cerita, suatu malam abang ipar dan isterinya bergaduh besar sehingga banyak kata makian dilemparkan oleh kedua pihak dan kebetulan bapaku out-station ke Pahang. Mereka bertekak berjam-jam sehingga tengah malam. Anak-anak mereka semua sudah terlena kecuali ibuku yang terpaksa tahan telinga dan juga memujuk kakak iparnya supaya bersabar. Keadaan menjadi sepi seketika tetapi mereka bertekak semula sehingga abang ipar mengeluarkan kata-kata hina pada bapa mertuanya yang meninggal akibat menggantung diri suatu ketika dahulu. Bila sahaja isterinya terdengar kata hinaan tersebut, dia bertambah berang dan mula minum beer (tak silap aku).
Ibuku yang berada disana mula terdiam bila kakak iparnya mula bercakap merepek seperti orang menurun, meminta ayahnya datang untuk melawat mereka. Keadaan senyap semula, hanya terdengar kakak ipar bercakap-cakap dengan perlahan sambal menangis dan ketawa. Tiba-tiba ibuku terdengar seperti orang mencakar dinding bilik yang menempatkan dia, kakak ipar dan aku yang masih bayi. Cakaran itu sangat kuat dan panjang seperti dari depan rumah ke belakang rumah dan berulang kali. Selepas itu, tidak lagi kedengaran bunyi cakaran tetapi tiba-tiba terdengar seperti orang menabur pasir di atas bumbung zink berkali-kali. Ada ketika ibuku terdengar bunyi suara seperti lelaki tercekik di luar rumah, menurut ibuku suara tersebut sangat kuat, panjang dan menakutkan “aaaaarrrrrgggggghhhhhhhhhhhh”, seperti menahan kesakitan yang amat sangat.
Ibuku merasa seram dan menyuruh kakak iparnya untuk dengar, dia cuma kata, “itu bapa aku sudah datang kan tadi aku panggil dia, ada orang hina dia, sekarang dia sudah datang, biar dia jumpa orang yang hina dia tadi hahahaha” lalu ibuku seram dan tekup selimut. Abang ipar ibuku berada di ruang tamu cuma mendengar bunyi pasir yang dibaling berkali-kali dan kadang-kala seperti terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan atas bumbung, mungkin dia juga menyesal sebab menghina orang yang sudah tiada.
Hendak dijadikan cerita, lepas berjam-jam gangguan tersebut kira-kira pukul 4 pagi semua berada dalam keadaan selamat dan senyap. Ibuku dan kakak ipar telah dibuai mimpi selepas menunggu gangguan tadi reda tetapi abang ipar masih belum tidur. Dia terpaksa menunggu giliran rumah kami untuk mendapatkan bekalan air, di mana dia terpaksa keluar ke belakang rumah untuk menarik paip air dari paip utama untuk masuk ke dalam rumah. Aku rasa jiran tetangga sana sudah membuat jadual menarik paip air walaupun waktu larut malam. Dia terdengar suara jiran berada di belakang rumah untuk mencabut paip untuk memberi laluan orang lain pula, abang ipar ibuku terus keluar dengan cepat kononnya ada orang di luar jadi dia tak takut sangat.
Sebaik berapa langkah sahaja keluar rumah, jiran tersebut sudah tiada mungkin dia juga seram sebab keadaan sana sangat gelap hanya diterangi bulan dan keadaan sekeliling dipenuhi lalang. Semasa abang ipar ibuku mahu menarik paip masuk ke dalam rumah, dia terdengar semula suara orang mengerang kesakitan tercekik dan mata beliau semasa tu berada di atas bumbung zink. Dia ternampak sebujur tubuh hitam sedang memerhati dengan mata merah menyala dan kedengaran seperti mendengus marah. Abang ipar ibuku terpaku tetapi masih dapat berlari masuk ke rumah dengan meninggalkan paip air yang mengalir dengan deras begitu sahaja. Sampai terkejut ibuku dalam rumah bila terdengar bunyi lintang pukang orang berlari dan pintu ditutup dengan kuat, lalu ibuku bertanya apa yang terjadi.
Selepas kejadian itu, mereka tidak pernah bergaduh dan menghina sesame sendiri lagi. Buat pengetahuan semua, bapa saudaraku sudah meninggal dunia 15 tahun dahulu, beliau sangat baik pada kami adik-beradik. Dia adalah bapa saudara aku yang paling aku rapat dan sanjungi sebab sifat kebapaan kepada anak-anak buah.
Aku harap cerita nie tidak mendatangkan sebarang kemusykilan berkenaan agama keluarga aku kerana kami memang Islam dan tidak terpesong akidah walaupun duduk sekali. Jika cerita ini mendapat sambutan, aku akan ceritakan lagi kisah seram di kalangan keluarga dan juga pernah aku alami, insha Allah. Terima kasih.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Wahh .. best cite you .. rare gitu … nnt share lg aaa
Best dan dasyat juga cerita u. Mcm cerita hantu zaman dulu2 (memang berlaku zaman dulu pun kan)