Bercuti di Tasik Raban

Assalamualaikum dan hai. Namaku Mawar (bukan nama sebenar). Sepanjang aku membaca post-post di laman Fiksyen Syasya (FS) ni buat aku tertarik untuk bercerita tentang kisah aku sendiri. Terima kasih admin sekiranya post aku ni disiarkan. Kisah ni merupakan lembaran pertama dalam hidup aku yang menyedari aku sebenarnya ada kebolehan melihat makhluk halus.

Tahun 2007 seingat aku, berlaku di Tasik Raban, Gerik, Perak. Sebenarnya percutian kami ni tak dirancang pun. Kami menginap di salah satu tempat penginapan seperti chalet di tasik tu. Pada waktu siang memang cantik sangat pemandangan dari tempat menginap kami tu tapi setibanya malam hari suasana sunyi sepi, memang nak keluar melepak depan chalet pun takut. Chalet tu apa yang boleh aku gambarkan adalah mempunyai satu bilik air betul-betul sebelah pintu utama, satu ruang tamu dan dua bilik tidur dan keduanya bertentangan antara satu sama lain hanya dipisahkan dengan ruang tamu. Aku dan adikku Orked (bukan nama sebenar) tidur di bilik yang mempunyai dua katil single bed.

Sebelum aku terlupa, kami sebenarnya buat perkara terlarang dengan membawa kucing kesayangan kami bersama. Mungkin sebab tu kena kacau kot. Selepas maghrib aku, mak, abah dan adik berkumpul menonton tv. Sekitar waktu isyak aku sedang sms dengan rakanku jadi aku terus masuk bilik sebab dah bosan menonton tv. 5 minit pertama dalam bilik tu aku tak rasa apa-apa lagi tapi selepas beberapa minit aku terperasan bantal di katil adikku seperti bergerak sendiri. Aku terus berpaling untuk kepastian tetapi keadaan seperti normal dan aku rasa mungkin perasaan aku saja.

Aku pun teruskan bersms sampai sekali lagi aku ternampak dengan ekor mata yang bantal seperti bergerak dan kali ni lagi teruk dengan kain selimut pun macam terselak ke bawah. Masa ni aku buat-buat biasa lagi sedangkan hati dah nak meletup. Tapi bila kali ketiga aku betul-betul terpandang benda yang aku nampak dengan ekor mata tadi tapi secara berdepan, terus aku lari keluar ke ruang tamu. Masa ni abah dan adikku masih menonton tv. Adikku dah pelik tengok muka aku yang cuak, tapi aku diamkan ja sebab kalau aku beritahu habis dua-dua merempat bilik mak dengan abah.

Pukul 11 malam lebih kurang, adik aku dah mengantuk aku pun ikot dia masuk tidur sedangkan masa tu aku tak mengantuk lagi. Kali ni kami tidur tutup lampu hanya berbekalkan lampu ruang tamu sahaja memasuki ruang bilik. Pintu kami biarkan terbuka luas begitu juga dengan pintu di bilik mak dan abah aku. Katil aku betul-betul menghadap pintu dan malam tu kucing kami tu tidur sekatil dengan aku manakala adik aku tidur seorang. Sedang elok aku nak lena, adik aku bangun dan ambil kucing aku.

Masa ni aku dah takut sebab sorang-diri atas katil. Mahu tak takut selepas apa yang aku lihat tadi. Tapi kucing aku tu sampai 3 kali adik aku ambil tidur dengan dia, dan ketiga-tiga kali tu la kucing aku balik semula ke katil aku. Masa ni hati aku lega sangat dan sempat la aku terlelap beberapa minit, sampai aku tersedar semula dan terkejut aku bila aku buka mata seperti ada bayang lelaki gelap sedang berdiri menghadap aku. Ya berdepan aku di muka pintu! Allah! Tuhan ja yang tahu. Aku lelapkan mata konon tak nampak dan aku perasan kucing aku seperti tak senang duduk (nasib tak berbunyi).

Aku sedar adik aku belum tidur, segera aku panggil adik aku dan kata, ‘Orked, kakak nak tidur sebelah boleh?’. Senang hati si Orked bila aku kata macam tu. Malam tu memang aku tidur berkepit dengan adik sampai dia naik rimas. Yela dah dua kali aku kena kacau, nasib lena sampai pagi. Paling best kucing kami yang tak mahu tidur sekatil dengan adik aku tiba-tiba tidur elok celah-celah kaki kami berdua dan sampai pagi juga. Pelik kan!

Esok tu selepas check out semasa dalam kereta aku buka cerita tentang apa yag dah terjadi malam tu. Masa inila adik aku beritahu kenapa dia nak sangat kucing kami tidur dengan dia rupanya malam tu dia rasa ada ‘sesuatu’ di tepi katil dia. Ya tepi tu juga la aku tidur malam tu. Katil adik aku ni sebenarnya sebelah dengan tingkap jadi dia dapat rasa yang langsir tetiba bergoyang walaupun tak ada angin kuat. Mak kami apa lagi terus membebel sebab kami berdua terlalu berani. Sebenarnya kami tak berani pun, tapi kami lagi takut terpaksa keluar bilik dan lalu di ruang tamu untuk ke bilik mak dan abah kami. Waktu tu sekolah lagi, konon-konon takut “benda” tu tahu yang kami nampak dia kalau kami lari.

Selepas dari itu, bermulalah hijab aku ni boleh rasa dan nampak dengan ekor mata. Tak suka pun kelebihan ni sebab aku penakut tapi hanya percaya Allah kan ada. Terima kasih sudi baca kisah aku ni.

5 thoughts on “Bercuti di Tasik Raban”

  1. Org yg boleh melihat makhluk halus adalah org yg berpenyakit. Sebaiknya si pencerita pergi berubat. Pusat rawatan islam skg byk. and 1 lg, kalau parents kami mmg pantang katil menghadap pintu. xtau la apa sebabnya. diorg cuma ckp ‘xbagus’. ikut je la kan. org tua lebih byk pengalaman. 😛

    Reply

Leave a Comment