Berjanji Dengan Jin -Part 3

Assalamualaikum…
Hai…
Sekali aku kena mintak maaf sebab typo. Kakakaka. Kelakar dowh, aku dah check banyak kali tapi tak perasan jugak. Insyak tu, bukan typo, aku memang eja macam tu. Kakakaka. Cikgu BM ngan cikgu BI aku selalu marah sebab aku ni susah sikit nak ingat ejaan. Think pun jadi thing.
Typo paling seram, Nama Anip. Jadi Anib. Bengang dia tadi bila baca citer aku. Awek dia bantai gelak sebab aku eja Think jadi Thing. Dahla awek dia cikgu BI. Adoiii. Nasib baik awek Anip masak nasik daging baik punya tadi. Ha Ha Ha. Kenyang.

Ok, Jom kita sambung. Perut kenyang baru ada mood nak taip bebanyak.

Masa aku tengah bawak motor slow-slow nak balik rumah tu, aku terperasan ada sorang orang tua ni, berjalan tepi jalan sambil heret something. Orang tua tu tinggi. Tinggi dia lain macam. Aku agak dalam 190cm adalah. Sebab aku tengok dia dari jauh pun aku nampak dia macam tiang. Badan kurus. Pakai jubah hitam paras buku lali. Compang camping hujung jubah dia tu. Kepala botak. Ada janggut panjangggg sampai paras pusat.

Pelik. Aku slowkan motor aku. Masa aku berselisih dengan orang tua tu, aku usha habis-habis. Bapak ah…Kau orang tau apa benda yang dia heret tu? orang tua heret harimau putih beb! Aku ingat dia pegang tali heret anjing ke, kucing siam ke. Sekali harimau.

Orang tua tu pusing. Tenunggg je muka aku. Lepas tu dia senyum sinis. Apa lagi? aku pulas minyak tak ingat dunia. Pecut balik rumah. Apa bendalah agaknya yang jadi kat aku ni? sebelum aku balik ke kampung tak ada pulak aku nampak benda pelik-pelik macam tu.

Lepas dah jauh sikit, aku tengok kat side mirror, orang tua tu dah tak ada. Sekali dengan harimau dia ghaib. Gila, bersiar-siar tepi jalan bawak rimau. Ke aku yang gila?

Park je motor kat depan rumah, mami aku berdesup datang.

“Ijam…Ijam pergi mana? Ijam pergi mana? dengan beg semua ni? Ijammmm!!!” Mami tarik-tarik beg aku. Sampai tersenget-senget badan aku. Tak sempat lagi kut nak turun dari motor. Dahla gigil jumpa harimau belum habis.

“Tak pergi mana, mi. Pergi lepak rumah Anip je. Ni kan Ijam dah balik. Dah, dah tak payah risau. Sini sini…” Aku turun dari motor, dakap mami yang dah mula menangis. Aku usap-usap bahu Mami.

“Kenapa panas sangat badan kamu ni? kamu demam ke, Ijam?” Cepat-cepat Mami rasa dahi aku. “Sejuk je…” mami buat muka pelik.

“Kenapa, mi? orang takde apa-apalah. Badan panas sebab… Ha…tadi baru lepas makan megi panas ngan Anip. Tu megi dalam perut belum sejuk lagi tu.” Aku gelak kuat. Saja nak tutup situasi pelik tu. Aku tak mahu mami syak apa-apa. Tapi instinct(betul tak ejaan ni) ibu-ibu kan kuat perkasa. Aku rasa mami dah boleh syak aku balik kampung.

“Dedi kamu pun risau tau…” Mami lap air mata.

“Dedi marah ke?” Risau jugak aku. Dedi aku dahla garang.

“Dia tak marah, sebab mami cover, cakap kamu teman Anip pergi interview kat Johor.” Ni satu lagi sikap ibu-ibu yang paling win. Suka selamatkan anak dia yang dalam bahaya.

“Tq mami. Muah” aku cium pipi mami dan terus masuk rumah.

Mami dah boleh pergi masak dengan senang hati siap boleh menyanyi lagu new boyz. Masa tu New Boys la…Takkan Aiman Tino pulak.

Aku masuk bilik, terus cari nombor fon imam. Nasib sempat ambik. Nombor Fatehah je tak sempat nak risik-risik.

“Assalamualaikum Pakda…” Aku bisik-bisik je cakap.

“Waalaikumusalam…Ijam ka ni? hang sampai dah Ijam?” suara imam kedengaran risau.

“Alhamdulillah, Pakda. Dah selamat sampai. dah kat rumah saya ni. Syukur saya dah rasa sihat sangat-sangat.” Nak je aku tanya pasal Fatehah, tapi aku tahan-tahan dulu. Kang imam cakap aku gelojoh pulak. Takkanlah dia nak bermenantukan lelaki gelojoh kan?

“Alhamdulillah…Lega Pakda dengaq. Pakda tengah tengok-tengokkan Fatehah ni. Tadi lepas subuh dia macam dah okay sikit. Ijam tolong doakan dia na…” sayu aku dengar suara Imam.

“Fatehah okay ke tak tu? dia dah sedar ke masih meracau lagi? Saya rasa bersalah Pakda…Sebab saya pergi menumpang kat situ, Fatehah yang sakit teruk. Pakda…Saya minta maaf. Cakap kat Fatehah, saya minta maaf ye. Saya akan selalu doakan Pakda sekeluarga. InsyaAllah.” Peeghhh…Macam nak menitik air mata jantan aku bila dengar Pakda minta tolong doakan Fatehah. Sedih wei.

“Ijam…Sakit, m**i, jodoh dan apa-apa saja kat dunia ni, semuanya ketentuan Allah. Dialah yang bagi kita sakit dan kesembuhan, tak ada daya upaya kita tanpa izin Dia. Kita serah saja pada Allah. Kamu betui-betui ka dah sihat?” Imam ni lebih risaukan aku dari anak dia sendiri. Allah…Baik sungguh bakal mertua aku ni.

“Saya okay, pakda. Okay banyak dah ni. InsyaAllah. Lepas saya mandi, solat jap g. Okaylah ni…” Aku gelak kecil. Nak buktikan yang aku dah sihat. Padahal, aku still rasa sakit-sakit badan. Still rasa perut aku memulas macam kena cakar. Macam kena simpul-simpul usus.

“Ijam…hang p lah berehat. Pakda nak p masjid ni. Nak masuk lahoq dah ni. Kat sana masuk dah ka lahoq?”

“Dah, dah. Baru habis azan. Baiklah, Pakda. Assalamualaikum…Kalau ada apa-apa Pakda call saya tau…” Entah kenapa aku rasa tak sedap sangat. Dalam dada aku ni dup dap dup dap. Aku letak fon dengan keadaan tak rela. Kalau boleh, masa tu nak je aku minta cakap dengan Fatehah. Tapi…Segan pulak. Huhuhu.

Tut…
Talian m**i. Fon aku lempar atas katil.

“Ijammmm…Makan…” Suara mami kuat bertempek dari dapur.

Aku yang baru nak masuk bilik mandi, keluar dulu ke dapur. “Mami, orang mandi dulu. Solat dulu, jap g orang makan…” Aik? mana mami ni?

Aku tinjau kiri kanan depan belakang. Mana mami aku ni? tadi bukan main menjerit kalah tarzan.

Aku melilau. Tengok sup daging masih atas dapur. Tengah mendidih. Api perlahan.
Aku menapak ke arah bilik mami. Bukak pintu bilik. Aku tengok mami tengah solat.

Terpinga-pinga jugak aku. Siapa yang jerit panggil aku makan?

Aku malas ambik pusing. Aku pergi dapur, matikan api dapur gas. Lepas tu terus pergi mandi.

Masa aku mandi tu, sayup-sayup aku dengar macam bunyi rimau mengaum. Sampai banyak kali jugak aku tutup shower. Sebab nak dengar bunyi tu. Bila aku tutup shower, tak ada pulak bunyi rimau tu.

Sambil mandi tu pun aku rasa macam ada orang tengokkkk je aku mandi. Hishh…Melilau aku pusing kiri kanan. Last aku tertengok tingkap kecik kat belah atas dinding bilik mandi.

“Allah!!!” dekat-dekat nak jatuh dah aku sebab lantai licin. Aku nampak sepasang mata tengah usha aku. Aku tak kenal mata tu. Tapi aku hairan, tingkap tu tinggi kut. Macam mana manusia biasa boleh mengintai kat situ? takkan ada gay sesat area rumah aku ni? Takkan gigih pakai tangga semata nak ngintai teruna suci macam aku ni mandi?

Bila pikir-pikir balik. Aku teringat orang tua yang tinggi macam tiang tu. Apa lagi, aku mandi cepat-cepat, terus blah. Dahla aku dengar bunyi rimau. Fuh…

Lepas mandi, solat aku gerak ke dapur nak makan. Masa tu jugak aku tengok dedi aku berlari masuk laju-laju. Macam orang bodoh aku. Terpinga-pinga. Dalam blur-blur tu, aku ikut dedi berlari ke dapur.

Tung tang tung tang bunyi.
Sampai je kat dapur, aku tengok dedi tengah pegang mami. Mami tengah mengamuk. Habis pinggan mangkuk sudu pisau dia baling ke lantai.

“Allah…Kenapa ni dedi?” aku dah gelabah. Mami mengamuk sebijik macam Fatehah. Ganas dowh.

“Dedi balik tadi, nak makan. Jenguk kat tingkap dapur, suruh mami bukak pintu dapur…sekali nampak dia baling-baling barang.” Dedi terangkan keadaan sambil termengah-mengah kilas tangan mami.

“Azan, Ijam…Azan…” Dedi menjerit. Suruh aku azan.

“Cekak dahi dia lepas tu baca surah Al-Fil. Lepas tu hembus ubun-ubun dia.” Tiba-tiba aku nampak orang tua bawak harimau tu berdiri sebelah aku dan berbisik. Arahkan aku buat macam tu.

Aku mara ke depan. Aku cekak dahi mami. Aku baca surah Al-Fil. Aku hembus ubun-ubun mami. Alhamdulillah…Mami sedar balik slow-slow. Tapi macam blur je.

Aku terduduk kat lantai. Tekup kepala. Serius, kalau benda tu ikut aku sampai sini, ini bala namanya.

Dedi papah mami masuk bilik. Dedi tenunggg je aku dalam-dalam.

Dua minit lepas tu, dedi aku keluar bilik dan tarik leher baju aku. “Kau cakap, baik kau cakap. Kau pergi mana? cakap aku kau pergi mana?”

Aku bangun. Puas jugak aku lucutkan pegangan dedi aku kat kolar baju. Kemas kut. Polis weiii polis. Dan aku rasa aku macam penjenayah je sekarang ni.

“Orang tak pergi manalah, di.” Aku menipu. Muka dah cuak habis dah. Dah la aku nampak orang tua tu tengah ushaaaa aku dari satu sudut. Aku rasa macam tak waras dah. Dahla tadi aku pergi dengar cakap si tua tu. Hantu ke iblis ke apa benda ni? ke betul-betul aku dah gila?

“Kau pergi mana Ijam? benda apa yang kau bawak balik? cakap!!!” Dedi aku dah hala penumbuk ke muka aku. Tak pernah kut aku tengok dedi aku bengang sampai tahap ni. Menggigil jugak aku. Aku rasa dia dah dapat agak yang aku curi-curi balik kampung.

“Tak pergi manalah, d…” Aku jawab perlahan. Malas dah nak jerit-jerit. Aku rasa macam aku kat dunia lain dah.

“Kuang hajar kau ni erk?” Tinggi dedi aku angkat tangan…

Pang!!!

Aku pejam mata. Tapi pipi aku tak ada pun rasa sakit. Sekali…bila aku celik, aku tengok dedi aku dah terperosok bawah meja makan. Dan orang tua yang tinggi tu berdiri betul-betul depan aku. Tangan dia terhala ke depan. Dia yang pukul dedi aku?

Aku tergamam. Aku dah tak boleh handle dah. Serius aku rasa macam aku mimpi.

“Dedi…”

“Ya Allah…Kamu pukul dedi kamu, Ijam?” Mami yang masih terhuyung hayang tu datang.

Pang!
Ha…kali ni memang betul aku yang kena.
“Keluar sekarang!” Mami aku menjerit sambil dia bantu dedi aku bangun.

Aku rasa saat tu, saat paling celaka dalam hidup aku. Tak pernah aku, dedi dan mami jadi macam ni. Sumpah! selama ni happy-happy, gelak-gelak sama-sama. Dedi ngan mami ni manusia paling paham aku. Manusia paling sporting. Hari ni semua nak emosi, aku pun tak paham.

Aku pun bodoh jugak. Ikutkan ego aku. Anak manja. Tak pernah kena lempang. Aku teruslah ambik baju apa yang patut, blah pergi rumah Anip balik.

Fikiran aku celaru gila masa tu. “Anip, aku on the way pergi rumah kau ni.” Atas motor aku call Anip.

“Weeiii, setan, aku kat klinik ni. Aku excident dowh. Kereta aku habis remuk. Kau bawak balik khurafat apa dalam kereta aku dowh?”

Terjegil mata aku. “Serius r Nip? kau kat klinik mana?” Lepas Anip bagitau lokasi klinik, aku pecut ke sana.

Nasib baik Anip luka sikit je kat dahi sebab terhentuk kat stereng. Muka pun luka sikit kena cermin depan yang pecah.

“Apahal kau ni? naik kereta laju ke apa?” Aku papah Anip ke motor. Kereta dia dah kat bengkel. Tadi dia ke klinik pun ada orang yang hantar. Nampak gayanya aku kena merempit dengan dialah balik ke rumah.

“Aku naik slow je dowh. Siang-siang buta ada hantu. Kau tau tak? dalam kereta aku tu bau macam celaka. Busuk kalah kentut kau lepas makan telur. Lepas tu, pasir. Pasir merata-rata dalam kereta. Kat cermin depan ada bekas tapak kaki kau tau? tapak kaki saiz 8 yang berselut. Penuh. Apa jadah panjat kereta aku weeiii? kat cermin depan kesan tapak kaki tu.” Anip picit-picit rahang dia. Mungkin cramp sebab banyak cakap.

Gulp! aku telan air liur. Tiba-tiba aku rasa macam bulu roma aku naik. Seram kut. “Ke kau ambik barang ni? kau high ke apa?”

“Jadahnya barang. Aku tak mainlah benda tu semua. Aku sedar..Aku waras. Tengah-tengah drive nak g Mcd je pun. Aku usha cermin belakang. Ada pempuan beb! rambut dia panjang ke depan. Apa lagi…menonong aku langgar tembok. Terkejut dowh. Bukan takut.”

Aku terdiam. Tiba-tiba aku terfikir pasal pasir yang aku jumpa dalam kereta Anip. Aku diamkan je. Aku pendam.

“Naiklah..Aku nak tumpang rumah kau dua tiga hari. Takpe ke?”

“Kau ni dah kenapa dowh? baru balik tadi je, dah nak tumpang rumah aku pulak. Aku no hal…Jom jom…ada jugak member lepak main game.” Anip punyalah suka kalau aku lepak rumah dia. Mana tak suka, aku jadi orang gaji.

Malam tu, Anip tidur awal. Aku pulak tak.boleh tidur. Melilau mata aku ke segenap penjuru ruang tamu rumah Anip. Rumah Anip ni dahla bapak besar. Orang kaya Anip ni. Mak bapak dia bukan selalu ada kat rumah pun. Malam tu, Anip macam ngigau-ngigau je. Aku syak dia terkejut pasal excident lagi tu, lepas tu terbawak-bawak dalam tidur. Tapi bila dia mengigau tahap bangun berjalan satu rumah. Sampai kena simbah ngan air ruqyah baru dia sedar, aku dah rasa pelik. Dahla asyik dengar bunyi harimau mengaum kat luar rumah.

“Bro, kau okay ke tak?” Selesai simbah air ke muka Anip, aku lepak kat sofa.

Dia pun lepak kat sofa sambil istiqfar panjang. “Weei, aku rasa something r. Aku still terbayang-bayang muka perempuan yang tumpang kereta aku tu. Aku mimpi tadi ngeri dowh. Aku mimpi perempuan tu cari kau. Dia nak kau. Kalau tak dapat kau, habis dia nak b***h semua orang yang kau kenal. Khurafat apa tu weeiii?”

“Kau ni khurafat, khurafat. Takde mendalah…Kau tu je penakut…” Aku saja nak legakan perasaan Anip. Padahal aku pun goyang jugak.

Jadinya malam tu, sama-samalah berjaga. Walaupun aku dah solat dan khatam Surah Al-baqarah. Aku still kena teman Anip sebab dia takut nak tidur.

Dalam masa yang sama, aku teringat kat mami ngan dedi. Entah macam mana keadaan dorang. Jahat gila aku tinggalkan dorang macam tu.

“Aku kena berubat dowh…” Tiba-tiba Anip menjerit.

“Kenapa?”

“Aku dah suruh kawan aku Ostat Jamal ni tengok-tengokkan aku kat dalam Watsap. Dia kata aku kena sihir dowh…Kau kena teman aku jumpa dia malam esok.”

“Jadahnya scan kat watsap. Itu betul khurafat. Gila…Nipu je tu…Kau baik pergi solat. Baca Quran…Tu ubat paling mujarab.”

Anip buat pekak je bila aku cakap macam tu. Anip ni dia punya degil kalah batu.

Ok, nanti aku sambung cerita bab aku pergi teman Anip berubat. Masa kat situ aku dapat rungkai satu misteri yang menghantui hidup aku ni. Korang jangan seru-seru sangat nama aku kat komen. Tersedak aku time makan nasik.
Ha Ha Ha….

Kalau nak sembang-sembang pergi Like Page Aku. Aku buat petang tadi.
seach Ijam Kachak. Pic rumah buruk yang admin FS guna untuk cerita aku tu. Ok…
nombor telefon je aku tak boleh bagi. Kang korang habis data watsap aku siang malam. Ka Ka Ka.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.9]

70 thoughts on “Berjanji Dengan Jin -Part 3”

  1. Kenkdg bace citer ko ni dik akk kompius nak gelak ke seram…
    Ko patot dr awal kena terus terang, tgk abis org keliling ko jd mangsa…
    Akk nk teka, skrg Fateha tu mmg dh jd bini ko ekk???
    Bersungguh ko sebut nama die berkali2 dlm satu story…
    Mau tersedak2 plak budak tu kang…
    Hahahahahhaa…

    Reply
  2. aku baru baca part 1 td tengahari, part 2 dah ada. punya berdebar aku baca sambungannya..refresh website fiksyen shasha dpt truss part 3..aku mcm nak gilaa nk tahuuu sambungannya…Ijam Kachakk jgn la tangguh2 citer ko..kmi dah trtunggu2 sgt ni daa..

    aku nakk like jap page kau haha

    Reply
  3. oii yeop, apa kehe ni yeop? main sambung sambung pulok. teman rasa cerita kau ni bagi kat penerbit drama yeop, boleh jadi cerita. btw yeop sambungannya nanti habis kan. kalau tak yeop, teman carik kau yeop.

    Reply
  4. Pendek pulak citer ko episod kali ni. Ijan..Ijam..Ijam..Ijam… Bio ke lantak, bio ko tersedak. Sape suh wat Cite bsambungΒ²? Penat menunggu taw!! Suspen!!???

    Reply
  5. Ijam..jap2..akak rs cite kau yg ke3 ni mcm da main2 jer.btul2 la ijam..sedih akak n folower2 akak taw..serius bebenor kitorg folo dah ni..plisslaa..plisss jgn hampakan akak.cm putus cinta dah rs sedih nya nihh kau taw x..akak like page kau okehh..tolong arrr..tolongggg..seriuss perabiskn ceta kaw ni…tolongg arrr.kemurungan ahkakkdh ni dik oii

    Reply
  6. Kalau hg dok seru nama Fatehah, kami dok seru nama hg. Suruh hg perabih cita ni ijammmm ??

    Hang sengaja buat aku berdebaqqq weiii.

    Reply
  7. weh ijam si anip tu nasib la dia tolong kau …. untung kau ada kawan mcm dia. tp kata lah one day dia tak tolong kau, kau tampo je dia.. tp kau pun kena tolong dia jugak kalau dia minta tolong.

    kalau wife si anip tu minta tolong kau pun kau kena tolong jugak. mana la tau kot untung2 dapat share2.. ehhh.. melalut pulak! heee

    Reply
  8. Dah episod ke tiga.
    tapi tak ada part menunjukkan yang ‘Berjanji dengan Jin’ pun.
    Cerita best. Cuma bnyak part sangat.
    Sengaja nak famous?

    Markah: 12/10

    Reply
  9. ijam oooo ijammm…. kalo jumpa depan2 ni, memang aku tembak2 hang ni..aishhhh… kalah movie khurafat syamsulyusuf ni.haha

    Reply
  10. Mami ko nyanyi lagu new boyz, maknanya ko ni umur baya2 aku la ye ijam kachak. Nasib baikla time aku terbaca citer ni dah ada part 4. Xdela meroyan jiwa aku tunggu sambungan.

    Serius ko kuat bro. Kalau aku awal2 dah menyorok mcm anas

    Reply
  11. weyyy. ni 2019 aq baru baca citer hang. yang aku pelik kau dengan anip ni sebaya ke? asal awek anip tu cikgu? kata ko umo 17. kau ni kisah benar ke menipu je ni?

    Reply
  12. β€œDia tak marah, sebab mami cover, cakap kamu teman Anip pergi interview kat Johor.” Ni satu lagi sikap ibu-ibu yang paling win. Suka selamatkan anak dia yang dalam bahaya.Sebijik mcm prangai mak aq tetap cover takmau bg pak maqah hero dia,ank dia ngn mau tak syg ye dok…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.