Terima kasih sebab pilih cerita saya ni . Ni pengalaman yang saya sendiri lalui mengenai BERJIRAN DENGAN BUNIAN YANG GARANG. Saya akan gunakan “aku” sebagai kata ganti diri ehh. Lebih selesa.
Kampung aku ni dekat Perak. Dan sekarang kami dah tak balik walaupon rumah pusaka tu masih ada makcik duduk. Maklumlah atok and nenek dah tak ada. Kami cuma akan singah kalau lalu sahaja. Rumah pusaka arwah nenek & atok ni kira penghujung jalan sebenarnya. Rumah atok dari simpang jalan besar dekat jugaklah. Dalam 4 minit jer. Dan rumah dekat kawasan situ cuma ada berdekatan simpang jalan utama jer, sampai pertengahan jalan akan tempuh dusun durian kiri kanan jalan dan baru lah akan sampai rumah atok. Kira rumah atok aku ni memang betul2 hujunglah. Tak ada rumah lain dah and jauh dengan jiran sebab terpisah dek dusun durian keluarga atok.
Kejadian pelik memang selalu berlaku pon tapi aku nak cerita masa kejadian yang aku sendiri alami , selalu dengar makcik2 je cerita. satu hari tu semua keluarga mak pulang ke kampong kerana cuti hari raya cina yang panjang , adik beradik mak ada 4org je tapi sepupu2 aku ramai . Dan aku ingat lagi . Setiap hari pada waktu Magrib ,akan ada orang bagi salam dekat tingkap dapur . Tapi tak semua boleh dengar suara bagi salam tu, rumah kami bentuk L. Tapi L terbalik , memanjang ke belakang dan masuk kanan untuk ke dapur . Dan waktu tu arwah atok sempat cakap dekat nenek “jangan jawab” . Aku pulak terdegar. Aku cakap dengan mak aku “mama kenapa atok tak bagi nenek jawab pulak kali ni” . Mak aku cakap “mana mama tahu , mungkin ada sesuatu yang tak kena”.
Keesokannya, pakcik2 aku semua buat tembok dekat belakang rumah, sebab mengelakkan kinzir untuk lalu kawasan rumah kami, kinzir tu kira buat belakang rumah atok kami sebagai laluilah, nanti habis pokok2 nenek disondol, tapi tak selalulah dia lalu, cuma kadang2 bila si kinzir tu nak pergi kenduri (gurau, jangan lurus sangat). Masa tengah2 buat tu kami semua ambik gambar kenanganlah konon, kan. Petang tu lepak2 dekat buaian depan rumah sambil belek2 handphone masing2. Tiba2 muka kakak aku pucat, ayah aku pon pelik ,terus tanya kenapa , kakak pon tunjuk kan handphone dia. Kakak tunjukkan gambar. Dalam gambar tu ada benda sebelah ayah aku. Orang pakai serba putih tapi tak ada muka, siap pakai kopiah. Atok cakap “tu jiran kita tu”. Wah, aku dah mula meremang! Dah takut nak pergi mandi. Sebab bilik air tu dekat dengan tembok tu.
Malam tu, semua mandi ramai2 sebab takut dek kerana jiran tak ada muka. lagi2 bilik air kami ada perigi dan tak ada zink dekat kawasan yang perigi tu. Pendapat aku tak ada zink sebab mungkin hujan turun, penuhkan air perigi. Lagilah buat kami tak keruan. Lepas kami makan malam, semua duduk tengok tv. Tiba2 kami semua dengar ada tapak kaki yang berlari2 keliling rumah. Nenek nak bukak pintu untuk tengok siapa, tapi dihalang oleh atok. Atok tak bagi bukak pintu. Tiba2 lampu rumah semua terpadam. Masa tu kami yang penakut ni pon mula tak keruan, mujur tak ada baby. Semua dah besar2. Atok seorang je yang berani waktu tu. Yang peliknya, semua takut termasuklah ayah and pakcik2 sebab ganguan macam ni memang extreme sangat2 and masing2 dah pernah alami tu yang kecut perut semua.
Lepas lampu dibuka oleh atok, adik aku hilang. Hilang weyh! Aku yang tadi nangis, terus terdiam sebab dalam otak aku takot aku pulak dia ambik. Dan yang tadi semua takot terus berani sebab adik aku hilang dan kami terpaksa mencari. Semua geledah satu rumah, nak cari adik aku yang umur 12 tahun tu, padahal bukan kecik lagi. Tiba2 abg sedara aku jerit “weyh, situ!” Aku yang dari dapur belari dekat abg sedara aku. Cis, atas almari rupanya adik aku! Punyalah kitorang geledah satu rumah, dekat situ dia sorokkan adik. Yang peliknya, adik aku diam je. Bila ayah aku turunkan dari atas almari, adik aku cakap “Lama nya lampu padam. Adik takutlah…” Kami semua terus senyap dan tak cerita apa2 pada dia. Semua dah penat , masing2 cari port nak lelap.
Tiba2 bunyi air menitik2 dekat bumbung rumah. Rumah atok atap zink. Jadi bunyi tu terlalu jelas dan cuma menitik di satu kawasan je. Makin seram kami dibuatnya. Aku terus lari dekat mak aku sebab dah mengigil2 ketakutan. Dan tiba2, “tuk… tuk… tuk… tuk… tuk…” ada orang ketuk pintu rumah. Atok pon bukak pintu dan atok keluar rumah, tengok siapa yang mengetuk. Aku yang terlalu penat terus terlelap. Esok pagi aku bangun sepupu aku cakap “kenapa kau boleh ada kat luar semalam?” Aku jadi bingung sebab setahu aku, aku tidur dekat dalam rumah/ Bila pulak aku keluar? Tiba2 makcik aku sahut “cili mulut tu tahulah , gatal cerita2 kenapa?” Aku terus tanya dekat sepupu aku yang lain. Diaorang cakap tiba2 aku hilang , dan atok jumpa aku dekat bawah pokok mangga tepi rumah. Ish, aku memang tak sedar apa! Sedar-sedar dah pagi.
So, sepupu aku cerita semalam jiran kami mengamuk sebab kami buat tembok. Situ tempat anak dia bermain. Jiran yang garang tu ingat atok dah tak ingin untuk berjiran dengan dia. Pagi tu bermulalah operasi kami merobohkan tembok yang dibina dan berhentilah gangguan-gangguan tu semua. Tapi lepas kejadian tu, kami semua jadi hilang semangat. Pergi kemana2 semua berteman. Tak ada siapa yang nak tidur dalam bilik. Pergi dapur pun bila perlu je.
Sampai sini jerlah cerita aku. Aku ada banyak lagi cerita seram. Kalau berpeluang, aku akan cerita pulak pasal arwah atok dan nenek aku yang menyeramkan.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Best2. Citer la lg. Dh post citer inform sy flu taw. Haha.
arwah atok nenek pun seram???..ada bela2 kot.
Pulak dah….atok ngn nenek dia plk seram.smbung2.smbung cptt..
jiran bunian yg garang??? huuu….atok nenek yg seram? mcm2 penulis ni…cepat2 cita tau…letak nama glemer senang sikit aku nak usha2
Ya ampun. Nasib baik ko tak sedar dik masa ko kena pindahkan. Geng akak dulu..sedar2 kat tepi pokok bunga raya, sipi2 jalan. dia sedar sebab bunyi hon.
adoiiiii sorg atas almari pahtu sorg kat luar rmh.. paht msg2 xnk buka cerita org yg kena tu (maybe xnk bg takut)
best2
cter la lagi.
Sambung guna title yang same tapi letak part 2..senang nak cari..