Bersahabat Dengan Kerabat Bunian

Assalamulaikum. Hai pembaca FS. Ini kali kedua aku hantar cerita di sini. Ketika menulis, cerita pertamaku masih belum disiarkan.

Mungkin ramai antara kita yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan bunian. Aku salah seorang daripada yang ramai tu. Permulaannya berlaku ketika aku berusia lapan tahun. Biasalah kanak-kanak, waktu rehat yang tersisa selepas makan digunakan sehabis baik untuk bermain. Aku dan rakan-rakanku ketika itu bermain kejar-kejar di padang. Ada serumpun serai yang kelihatan bergerak-gerak namun tidak aku pedulikan kerana sibuk mengejar rakanku. Selepas masa rehat tamat, masing-masing sudah mula melangkah ke kelas. Aku melintasi pokok serai itu dan kelihatan ada sepasang mata yang sedang memandangku.

Awalnya aku ingat ada rakan yang hendak menyergahku namun aku terlebih dahulu menyergah dia dan dia bukanlah rakanku, bukan juga pelajar sekolah.

Dek kain yang meleret dia jatuh ketika mahu melarikan diri dariku. Aku amati pakaiannya dan dia kelihatan berkemban, mempunyai perhiasan bermotifkan awan larat di bahagian lengan, bercucuk sanggul, dan dia putih. Putih yang lain macam sangat.

Selepas daripada kejadian itu, aku selalu bertemunya di pokok serai tersebut. Dan dari apa yang kami bualkan, namanya Melor dan dia menggelar aku Ratna. Katanya dia mempunyai enam adik-beradik dan aku yang ketujuh. Pernah aku ceritakan kepada ibuku namun ibu menganggap ia hanya imaginasi kanak-kanak. Pada mulanya, aku juga beranggapan yang aku berangan namun terpaksa menafikannya kerana ia betul-betul terjadi dan aku bertemu Melor setiap hari. Aku juga menjadi perhatian cikgu-cikgu ketika itu tapi kebanyakan masa tiada siapa pun yang peduli dan aku happy.

Suatu hari aku sengaja meminta dia menemukan aku dengan keluarganya. Dia bersetuju dan kami berjanji untuk bertemu pada malam itu. Bukan bertemu di padang sekolah tapi di dalam mimpi.

Aku tiba di sebuah istana binaan kayu yang sangat besar dan sangat unik kerana di tengah-tengah istana tersebut ada sebuah air terjun semula jadi. Aku tidak tahu macam mana nak gambarkan binaannya. Tapi, binaan tengah itu berada di belakang air terjun. Oh ya, di pintu pagar istana ada pintu gerbang dengan hiasan tulisan jawi bertulis ‘Istana Asahan’.

Dalam kawasan istana tersebut, bukan sekadar istana. Ia seperti satu perkampungan. Keluarga kerabat dan menteri-menteri serta para pengawal tinggal di dalam kawasan istana. Mereka diberikan rumah.

Istana pula mempunyai tujuh tingkat. Tingkat pertama, dewan yang luas. Digunakan oleh Sultan kalau-kalau hendak beramah-mesra dengan rakyat. Tingkat kedua lebih kepada muzium. Menyimpan persalinan dan barang-barang tembaga kegunaan keluarga Diraja. Tingkat ketiga, aspuri dayang dan srikandi kerajaan yang masih bujang. Tingkat empat, bilik Sultan dan Permaisuri serta enam anakanda puteri. Tingkat lima, bilik mesyuarat. Tingkat enam, aspura pengawal dan hulubalang serta laksamana kerajaan yang masih bujang. Tingkat tujuh, bilik penyimpanan senjata kerajaan.

Aku yang kagum dengan istana tersebut, terus merayau dan akhirnya tersesat. Jerit pekikku memanggil Melor disambut satu suara yang parau.

“Anakanda cari siapa?”, Lelaki itu, berpakaian biasa. Berseluar putih separas buku lali, berbaju biru lembut tanpa lengan sambil menghulur salam. Aku teragak-agak namun tetap jua menyambut hulurannya.

“Saya cari Melor, pak cik.” Ketawa lelaki itu bergema. Entah mengapa aku berasa sangat takut. Aku melarikan diri dan tidak pasti tersadung apa lalu aku pun terjaga. Ketika itu, aku duduk berfikir. Sama ada mimpi itu betul atau tidak namun luka pada ibu jari kakiku meyakinkan aku yang tempat itu, nyata.


Kami membesar bersama. Ayahanda bernama Aminudin, Bonda pula bernama Siti Zaharah. Anakanda puteri berenam;
1. Sukma Khadijah
2. Indah Fatimah
3. Mawar Humaira
4. Kirana Sufiah
5. Suria Rohana
6. Melor Rohani

Dari segi karakter Kak Sukma paling garang. Aku bertambah rapat dengan keluarga kerabat ni sekitar umur aku 10 tahun dan ketika itu Kak Sukma baru kematian suami. Masa tu umur dia 28 tahun. Suami dia meninggal sebab kena b***h dengan bomoh. Sekarang umur Kak Sukma berumur 44 tahun dan dia perancang strategi perang kerajaan.

Kak Indah dan Kak Mawar lebih kepada perawat. Mereka berdua ni sangat lemah lembut. Suria yang paling gila-gila dan berani. Dia selalu hilang pergi entah ke mana. Belajar macam-macam perkara sampai ayahanda tak larat nak larang. Melor, perempuan biasa yang mempunyai banyak kebolehan. Lembut tetapi tegas.

Ketua laksamana pula ada empat orang;
1. Laksamana Adi – Ketua laksamana sebelah barat.
2. Laksamana Fansuri – Ketua laksamana sebelah timur.
3. Laksamana Umar – Ketua laksamana sebelah utara.
4. Laksamana Naiman – Ketua laksamana sebalah selatan.
Dalam empat-empat laksamana ni Laksamana Adi paling muda, umur 30 tahun.

Bila aku berpindah, keluarga kerabat tersebut membina sebuah rumah persinggahan berdekatan dengan rumahku. Rumah kayu berkaki tinggi dan berderet lapan buah bilik itu berkongsi satu serambi. Ayahanda telah membina satu jambatan yang bermotifkan awan larat dihiasi bunga-bunga yang tidak akan layu untuk aku pergi ke rumah mereka. Aku ingat lagi, jambatan itu dibina oleh seorang tukang kayu bernama Bahari. Hasil seni tangan Tuan Bahari sangat halus. Diletakkan juga sebuah papan tanda bertulisan jawi ‘Kampung Ratna’. Menurut ayahanda kalau ada sesiapa (bunian juga) yang berniat jahat, mereka akan nampak jambatan itu seperti jambatan usang yang menghala ke kawasan perkuburan. Tapi sepanjang aku ke sana, aku tidak pernah terserempak dengan sesiapa.

Biasanya kalau aku ada buat salah, Melor akan datang dan tegur aku. Kalau ada gangguan, mereka akan tolong untuk hapuskan gangguan itu. Aku juga pernah merajuk dan tak mahu balik ke rumah namun Ayahanda ada setkan had supaya aku tidak boleh tinggal di sana, sebab itu aku hanya boleh ke sana melalui mimpi. Namun mereka bebas menemui aku pada bila-bila masa.

Sekitar umurku 13 tahun, ketika itu aku hendak pulang ke rumah dari rumah makcikku dan aku ketika itu bersama Melor. Kami tiba-tiba ternampak seorang perempuan (bunian) dengan panah di bahu yang telah patah. Ketika Melor memberi salam kelihatan dia mengerutkan dahi dan kami pasti dia bukan seorang islam. Dia bernama Seri Manira dan katanya dia dipanah oleh neneknya sendiri. Melor membawanya ke istana, Kak Indah dan Mawar yang rawat dia. Hampir 3 bulan juga sebab panah itu beracun. Selepas sembuh, dia diislamkan olah Pak Meor, imam di istana. Persahabatan kami tidak panjang dan dia meninggal pada 7Julai 2010. Meninggal akibat diracun orang yang cuba menghantar santau kepada ibuku.

Kami masih bersahabat sehingga kini. Dan mereka bukanlah saka. Mereka tidak diwarisi dan mereka tidak tinggal denganku. Mereka bersahabat denganku kerana hijabku terbuka, aku boleh nampak serta berkomunikasi dengan mereka. Ketika ini pun, Laksamana Adi berada di sebelahku, memicingkan mata dan mengurut dagu kerana kurang setuju tentang pendedahan ini. Sebelum dia jeling lebih lagi, lebih baik aku berhenti di sini. Lagipun cerita ni dah panjang sangat.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang terjadi sepanjang persahabatan kami. Salah satunya, momen ketika arwah Seri Manira masih ada. Di mana keluarganya datang menyerang Istana Asahan. Insyaallah, jika diberi peluang, aku akan menulis tentang kami lagi.

Laksamana Adi, di sebelahku. Siapa pula di sebelah anda?
Terima kasih kerana membaca.

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 2.8]
Ratna

48 thoughts on “Bersahabat Dengan Kerabat Bunian”

    • memula sy pon x caya..tp bila dgr kawan mak cerita..sy caya..dia ckp kalo nk tgk pon boleh..dia boleh suruh bunian tu muncul..sy ckp x pa la..huhuhu..seram..

      Reply
  1. Rupa mereka macam manusia ke? Curious pulak aih..Dulu ayah pun ada kawan dengan bunian. Dua beradik bunian tu. Siap panjat pokok sama-sama nak amik rambutan. Tapi uwan marah, tak bagi ayah berkawan dengan mereka.

    Reply
    • Dia nk cerita lh bukan nk agong.. lagi pun dia kan berkawan sejak kecik.. mmg bunian tu ambil dia jdi keluarga… mse budk2 thu main, berkawan dengan orang baru d knal.. tk heran lh dpt kawan dngn bunian

      Reply
  2. Hahaha…mcm² komen readers ada yg percaya ada x tak percaya dan ada jg yg x suka… Huhuhu… Tapi org yg Alamo lebih tahu dan lebih percaya apa yg dilihat… Sbb x nmpklah wdia x masuk dngn akal logik…

    Anyway… Guess what…den pelik sikit n curious… Mcm mna ko kata ko Anak ketujuh kerabat tu… Ada kisah history ka? Ya la ayahanda bonda tu sultan permaisuri kot… Mcm mna depa boleh terima ko mcm tu je…

    N jg penasaran… Depa x dak peraturan² mcm geng raja manusia ni kah…mksdnya sempah patik harap diampun apa semua tu…mesti ada peraturan ala semua kan…

    N ada lagi soalan… Siapa p.Cik yg tnya ko wk2 ko cari melor kat istana tu…

    Maaf bnyk pupa soklan
    Last but not least… Den nk dngr next entry ko… Hope bolehlah tulis n buat #tag ka #ankketujuhbunian…
    Hahaha
    Nk follow cerita seterusnya…

    Reply
    • Bnda tak kena dekat ko, boleh la ckp writer ni isap gam. Kena kat diri ko, bru tau. aq harap hijab ko trbuka, bru ko tau apa yg penulis ni nmpk. Klu hijab tu dah trbuka jgn trkedu pulak ya.ngehngehngeh

      Reply
  3. Well aq caye sebab bapak aq pun ada kwn ngan bangsa camnie….jgn dok kta org isap gam….x baik….awatt lh lgu tu…jin n bunian ni hamba Allah jugak….

    Reply
  4. Menurut kisah dari orang tua kwn, asal-usul orang bunian ni orang laki bini yg di sembunyikan Nabi SAW, dari pedang Saidina Umar. Lalu diperkenankan oleh SWT. Dan pasangan tersebut serta keturunan mereka dan segala ternakan mereka ghaib tapi ada hingga kiamat. Suara ada tetapi orangnya tak nampak. Hmmm,tanyakan pada panglima yee. Teringat Panglima Hitam dan Panglima Berantai Api.,hihihi

    Reply
  5. Menurut kisah dari orang tua kwn, asal-usul orang bunian ni orang laki bini yg di sembunyikan Nabi SAW, dari pedang Saidina Umar. Lalu diperkenankan oleh SWT. Dan pasangan tersebut serta keturunan mereka dan segala ternakan mereka ghaib tapi ada hingga kiamat. Suara ada tetapi orangnya tak nampak. Hmmm,tanyakan pada panglima yee. Teringat Panglima Hitam dan Panglima Berantai Api.,hihihi

    Reply
  6. Sy pcaya cerita ni..sb ada pengalaman. Hanya mereka yang terpilih dapat rasa…Ratna, Kirim salam kt laksamana Adi n Melor

    Reply
  7. mane admin FS dpt gambar2 untuk setiap entry ya? agak menepati combination rare + cantik + kena dgn tajuk.
    maaf la lari tajuk sikit. tapi agak curious jugak lah ni.. hehe.. mohon admin jawap

    Reply
    • HAHAHHAHAHA sumpahh ni lawakkk.. Mesti comel je ann sebab pelik ntah pape je alam lagi satu ni haaaa 😂😂😂

      Reply
  8. sambung lagi sis..xsabar nak tahu lg mcm mana alam bunian..

    psstt: xnampak pulak siapa sblh saya ni..sis nampak tak?? siapa eh? hehehe

    Reply
  9. Crita dh pnh publish dh..
    Crita ni hnye rekaan
    Pnulis sbnrny kurg perhatian jdi imaginasi dn berangan jdi terlalu tggi.
    Kesian….

    Reply
  10. Kak Sukma perancang strategi perang kerajaan.
    Kak Indah perawat
    Kak Mawar perawat
    Kirana (what’s her specialities??)
    Suria yang paling gila-gila dan berani.
    Melor, perempuan biasa yang mempunyai banyak kebolehan. Lembut tetapi tegas.

    Reply
  11. Xtau nak percaya ke x. Mcm x logik tapi sbenarnye benda ni mmg wujud.. entahlah slagi seseorang tu x rse sendiri mmg susah nk pcaya kot. Tapi x seram ke berkawan dgn bunian.. ya lah dunia kita ni lain, dunia mereka lain..

    Reply
  12. Rumah aku dulu.. Tempat istana diorang.. Diorang aku rasa ada je datang kalau ada orang lawat rumah aku..
    Ayah aku pernah cakap puteri tu cantik.. Hurm.. Based on nada suara ayah dia memang cantik 😂 look at my mom..lol

    Wished to meet them tho(bunian baik je laa).. Tapi takpe laa.. Allah tak izinkan.. Huhu

    They can see me but I can’t see them.. Haihhhhhh.. Tak adil betul 😂 dah tinggal satu tempat..lebih 10 tahun tinggal kat rumah tu tapi diorg tak pernah tunjukkan diri..huhu

    Reply
  13. ya allah aku nk sangat jumpa ngan orang bunian sebab aku nak lihat kebesaran mu ya allah

    kenape aku rase laksamana adi tu hensem sangat eh dan kenape aku rase melor tu cantik hahahha

    #harapdapatjumpeorangbunian
    #nakpergialambunian
    #nakkawannganorangbunian

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.